You are on page 1of 5

ِِ ِ‫الر ْح َـمـن‬

ِ‫للا ِب ْس ِم‬ ِ ِ ‫الر ِح ْي‬


َّ ‫م‬ َّ ‫أجـمـعيِ وصحـبه أله عىل و والمرسـليِ األنبـياء رأشف عىل والسالم والصالة العـلـميِ رب هلل الحمد‬

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,

Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar

Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa

Penolong-penolong Kanan, guru-guru

Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini
bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh

Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan tahniah
kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis
ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli
jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini berjaya dilaksanakan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif
dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis
seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal
mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa
mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum
mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris
yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam
kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan
tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu
bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk
mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat
sekolahِrendahِperluِharusِ‘memberi’,ِagarِparaِpelajarِbersediaِuntukِ‘menerima’.ِSelainِinsanِ
yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang
paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai
komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya
kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi.
Dato’ِAzharِMansor,ِDatukِSharifahِMazlinaِdanِDato’ِSyeikhِMuzzaffar sendiri melalui pelbagai
kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu
mengingatkanِkita,ِ“Diِmanaِadaِkemahuan,ِdiِsituِadaِjalan”,ِ“Hendakِseribuِdaya,ِtakِhendakِ
seribuِdalih”,ِ“Kalauِtidakِdipecahkanِruyung,ِmanakanِdapatِsagunya.”ِOlehِituِtuan-tuan dan
puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat
anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah
kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh
para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian
mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan
pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang
ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan
hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya
menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya
tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-
tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan
tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini
bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan
merupakanِsecalitِwarnaِkehancuranِatasِkealpaanِdanِkelekaanِkita.ِInsya’Allah.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima
anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari
Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini.

Sekian, terima kasih.


TEKS UCAPAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Tuan Haji Anuar bin Manap, Yang Dipertua PIBG SKKKP,

Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKKKP, pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya
ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini kita dapat berkumpul
bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah memperoleh tahap
pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2016. Di samping itu
juga, majlis pada pagi ini turut meraikan majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra sekolah. Sesungguhnya
majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda
pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para pelajar
kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya telah
berusaha dengan gigih supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya
mencapai matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk
memberi makna dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak generasi pewaris masa depan
negara. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya
percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan
lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPSR 2016 telah pun diumumkan pada 17
November yang lalu. Alhamdulillah SKKKP telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan.
UPSR 2016 ini merupakan kohort pertama bagi KSSR dan pelajar-pelajar ini merupakan kumpulan
pertama yang menjawab setiap mata pelajaran dengan menggunakan format baharu. Untuk
perkongsiaan bersama Gred Purata Sekolah (GPS) untuk UPSR pada tahun ini ialah 2.57 manakala
peratus lulus adalah sebanyak 81.48 %. Kelulusan 100% telah berjaya diperoleh bagi tiga mata
pelajaran iaitu BM Pemahaman, BM Penulisan dan Sains. Namun demikian, bagi mata pelajaran
B.Inggeris serta Matematik ianya juga telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. SKKKP
juga telah berjaya meletakkan namanya pada rangking ke-15 dalam Daerah Hulu Langat. Tahniah
diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan UPSR yang baik.
Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan
menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima
pembelajaran di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya
mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan negara sejajar dengan kehendak
semasa pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak
pernah jemu dan sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu
dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi
pelajar secara optimum. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting
untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Namun demikian , pada hemat saya yang paling
utama kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan
motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.

Para hadirin sekalian,

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini merupakan satu pengiktirafan
kepada para pelajar yang berjaya . Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan
akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap
daya saing untuk mempertingkatkan mutu pemcapaian mereka dalam bidang akademik bahkan
dalam bidang kokurikulum juga. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus
melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat, bangsa dan
negara.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan
terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2016 Sekolah
Kebangsaan Kampung Kuala Pajam. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang
sampai bila-bila.

Ikan sembilang sepat dan kelah,

Guna bubu biasa di hujung,

Pencapaian cemerlang dapat hadiah,

Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi
wabaratuh.

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

You might also like