You are on page 1of 2

AMALAN MUSLIM UNTUK KESELAMATAN DIRI

         


Ertinya: Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu,
dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (Thaaha: 55)

Ayat ini digunakan apabila ingin berjumpa dengan orang terutamanya orang yang berniat tidak
baik terhadap kita seperti samseng, atau dalam situasi yang memerlukan kita berhadapan
dengan orang ramai. Selain itu, ayat ini juga boleh digunakan apabila kita terjumpa dengan
binatang yang berbisa atau anjing lalu mengharapkan pertolongan Allah agar terhindar
daripadanya. Bagi mengelakkan daripada terkena santau dan sihir juga kita boleh berusaha
mengamalkan ayat 55 surah Thaaha ini.

Petua untuk mengelak sihir dan santau

3 Amalan iaitu:

1. Al-Fatihah 7x
2. Surah Hud ayat 56
            
       
56. " kerana Sesungguhnya Aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! tiadalah
sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah Yang
menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan Yang lurus.

3. Surah At-Taubah ayat 128-129


         
       
            
 
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh
kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas
serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku
Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya
Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Ketiga-tiga bacaan ini sebaiknya dibaca sebelum makan di kedai-kedai makan bagi mengelakkan
daripada terkena santau.
Zikir Sebelum Berdoa

Sebelum kita momohon doa dan hajat daripada Allah SWT adalah lebih baik sekiranya kita
berzikir terlebih dahulu. Zikir ini baik diamalkan bagi seseorang yang memliki hajat dan sangat
berharap doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Selain itu, zikir ini juga boleh diamalkan ketika
hujan lebat dan memohon agar dipermudahkan sesuatu urusan.

‫اَل إِ َلــــ َه إِاَّل هللاُ العظيم الحليم‬


‫اَل إِ َلــــ َه إِاَّل هللاُ رب العرش العظيم‬
‫اَل إِ َلــــ َه إِاَّل هللاُ رب السماوات ورب األرض ورب العرش الكريم‬
Sesudah membaca zikir ini barulah mulakan membaca doa dan hajat yang ingin dimohonkan
kepada Allah. Mudah-mudahan InsyaAllah dengan Kebesaran rahmatNya Allah akan
memakbulkan doa kita.

You might also like