You are on page 1of 14

TAJUK:

Ekosistem Tanah – Biota tanah dan jaringan makanan


TUJUAN:
Mengkaji ekosistem tanah iaitu biota tanah dan jaringan makanan.
PENGENALAN:
Ekosistem merupakan suatu sistem yang terdiri daripada dua komponen
utama iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik meliputi
semua makhluk hidup seperti tumbuhan dan haiwan yang dilihat berdasarkan
aras trofik yang berbeza. Komponen abiotik pula meliputi semua unsur selain
daripada makhluk hidup seperti udara, suhu, air, tanah dan lain-lain. Kedua-
dua komponen ini saling berinteraksi dan berfungsi bersama-sama untuk
membentuk satu sistem semula jadi yang stabil dan seimbang.

Selain itu, ekosistem adalah satu sistem terbuka dan menerusinya


tenaga mengalir daripada sumbernya untuk menghasilkan output tenaga haba,
dan nutrien seperti karbon, nitrogen, fosforus, sulfur, air dan lain-lain. Secara
fizikal, sesuatu ekosistem terbahagi kepada beberapa bahagian yang diduduki
oleh pelbagai jenis organisma tertentu. Bahagian-bahagian sesuatu ekosistem
demikian disebut sebagai habitat atau mikrohabitat jika bahagian itu kecil.

Dalam sesuatu ekosistem, setiap organisma mempunyai fungsi dan


peranan yang berbeza mengikut tempat yang didudukinya. Ruang fizikal yang
diduduki sesuatu organisma dan peranan berfungsinya di dalam komuniti
tersebut disebut sebagai nic.

Biota tanah atau disebut organisma tanah merupakan semua makhluk


hidup sama ada haiwan (fauna) mahupun tumbuhan (flora) yang
menghabiskan seluruh atau sebahagian dari kitaran hidupnya berada dalam
sistem tanah. Biota tanah memerlukan makanan, oksigen, air dan habitat yang
sepatutnya untuk berkembang dan menjalankan peranannya dengan baik.
Terdapat beberapa jenis biota tanah yang dapat dikenal pasti seperti pengurai
(decomposer), pengikat nutrien, pemangsa, dan lain-lain. Kewujudan biota
tanah di suatu habitat itu akan membentuk satu rantaian makanan yang
bermula daripada pengeluar. Pengeluar ini kebiasaannya adalah tumbuhan
hijau yang mampu untuk menghasilkan makanan sendiri melalu fotosintesis.
Akhir sekali, ekosistem tanah sememangnya tidak dapat dipisahkan
dengan keberadaan flora dan fauna serta persekitarannya. Setiap satu
merupakan elemen-elemen penting yang melengkapi antara satu sama lain.

HIPOTESIS:
Tanah di lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna dan mikrofauna
berbanding tanah di lokasi 2.

PEMBOLEH UBAH:
a. Dimanipulasikan: Jenis tanah
b. Bergerak balas : Jumlah dan jenis makrofauna dan mikrofauna
yang dijumpai di lokasi 1 dan 2
c. Dimalarkan : Isipadu tanah
ALAT DAN RADAS:
Piring petri, forseps, bikar 100ml, corong Tulgren, kanta pembesar, pencakar
tanah, spesimen tanah di lokasi berbeza, beg plastik, pen penanda, kertas label,
corong turas, kaki retort
PROSEDUR:
(A) Di lokasi sampel diambil
1.1 Sampel tanah dan tanah permukaan dikumpulkan dari dua lokasi
berbeza iaitu Blok Sains dan Blok kediaman Gajus.
1.2 Sampel dimasukkan ke dalam plastik dan dilabel dengan
lokasi kutipan dan nama kumpulan.
1.3 Pada setiap lokasi, jenis tanaman dan ciri-ciri tempat pengambilan
tanah direkodkan dalam jadual 1 di bawah.
1.4 Maklumat yang diperolehi digunakan untuk membandingkan habitat
tanah dari dua lokasi yang berbeza.
(B) Dalam makmal
Prosedur 1
2.1 Tanah dari lokasi 1 dimasukkan ke dalam corong Tulgren dalam
kuantiti yang diketahui (200g) dan dibiarkan selama 2 hari.
2.2 Prosedur 2.1 diulang dengan menggunakan campuran tanah dari
lokasi 2.
2.3 Selepas 2 hari, kandungan balang pengumpul dituang ke dalam
piring petri dan bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna
kedua-dua lokasi dikenal pasti.

Prosedur 2
3.1 Daripada beg sampel, spesimen tanah diperiksa menggunakan
mikroskop atau kanta tangan. Sebarang fauna yang dijumpai
dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenal pasti.
3.2 Semua fauna dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam order atau
kumpulan fauna yang berlainan.
3.3 Bilangan individu dalam setiap kumpulan dikira.
3.4 Jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur
3.1 dan 3.2 direkodkan dalam jadual 2 dan 3.
KEPUTUSAN:

Ciri-ciri lokasi Lokasi 1 (Blok Gajus) Lokasi 2 (Blok Sains)

Rumput, Rumput
Jenis tanaman Rumput
berkayu
Redup Panas
Tahap naungan (Terlindung daripada (Terdedah kepada
cahaya matahari) cahaya matahari)
Kelembapan/
Lembap Agak Lembap
Kekeringan Tanah

Kemampatan Tanah Kurang padat Lebih padat

Tekstur Tanah Tanah Kebun Tanah Kebun


Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah
Makrofauna:
Jumlah organisma
Order atau kumpulan
Lokasi 1 (Blok Gajus) Lokasi 2 (Blok Sains)
makrofauna
Isipadu tanah=200 cm3 Isipadu tanah=200 cm3

Nama organisma:
Semut hitam
1 0
Order: Hymenoptera

2 1

Nama organisma:
Siput kecil

Order: Mollusca
1 1
Nama organisma:
Kutu Kayu

Order: Isopods

3 1

Nama organisma:
Cacing Tanah

Order: Lumbricidae

1 0
Nama organisma:
Labah-labah

Order: Araneae

Jadual 2: Makrofauna di Lokasi 1 dan Lokasi 2


Makrofauna
Kaki
4 kaki 6 kaki 8 kaki >10 kaki Tanpa kaki
Semut Hitam Labah-labah Kutu Kayu Cacing tanah
(1) (1) (2) (4)
-
Siput kecil (3)

Mikrofauna:
Jumlah organisma
Order atau kumpulan
Lokasi 1 (Blok Gajus) Lokasi 2 (Blok Sains)
mikrofauna
Isipadu tanah=200 cm3 Isipadu tanah=200 cm3

1 0

Nama organisma:
nematoda
Jadual 3: Mikrofauna di Lokasi 1 dan Lokasi 2
Mikrofauna
Kaki
Tanpa
4 kaki 6 kaki 8 kaki >10 kaki
Kaki
- - - - 1
Berpandukan keputusan dari jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau
kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order
atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.
Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2

Bilangan order atau


9 unit/200 = 3 unit/200 =
kumpulan seliter
0.045 unit perliter 0.015 unit perliter
tanah/litupan daun

Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
semut hitam perliter -
0.005 unit perliter
tanah/litupan daun

Bilangan kumpulan
2 unit/200 = 1 unit/200 =
anak siput perliter
0.01 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/litupan daun

Bilangan kumpulan
1 unit/200 = 1 unit/200 =
kutu kayu perliter
0.005 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun

Bilangan kumpulan
3 unit/200 = 1 unit/200 =
cacing tanah perliter
0.015 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun

Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
labah-labah perliter -
0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun

Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
nematoda perliter -
0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun
PERBINCANGAN:
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Cadangkan kenapa terjadi perbezaan sedemikian. Apakah parameter
yang diukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan
tersebut?
Tanah merupakan salah satu elemen dalam alam semula jadi yang
dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor-faktor inilah yang menentukan sifat
tanah tersebut selain daripada persekitarannya. Antara parameter yang boleh
digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut adalah populasi diversiti,
kepadatan tanah, keamatan cahaya dan suhu. Kita dapat perhatikan biota
tanah di kedua-dua lokasi ini terdapat perbezaan kerana faktor abiotik. Suhu,
iklim, kelembapan, tekstur dan struktur tanah, keasidan dan pH menjadi faktor-
faktor abiotik yang utama. Secara umumnya, suhu dan kelembapan tanah yang
dipengaruhi iklim mempunyai kesan kepada aktiviti dan pertumbuhan
organisma tanah.

Berdasarkan Jadual 2 dan Jadual 3, sampel tanah di lokasi 1


mempunyai lebih banyak makrofauna dan mikrofauna berbanding lokasi 2.
Tanah lokasi 1 diambil di kawasan ampaian blok kediaman Gajus yang
mempunyai kelembapan yang lebih tinggi dan tanah yang kurang padat. Tanah
di lokasi 2 pula diambil di blok Sains yang kurang lembap berbanding lokasi 1
serta tanah yang lebih padat. Tahap naungan di lokasi 1 yang lebih tinggi
berbanding lokasi 2 menyebabkan perbezaan ini berlaku.

Keadaan di lokasi 1 yang menerima keamatan cahaya yang lebih rendah


berbanding lokasi 2 membuatkan tanah di situ lebih lembap. Suhu yang tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah merupakan keadaan optimum bagi
organisma tanah untuk berkembang dengan baik. Rumusannya, keadaan
tanah di lokasi 1 mempunyai banyak kelebihan dalam menarik makrofauna dan
mikrofauna untuk hidup di situ. Flora dan fauna saling memerlukan di dalam
sebuah ekosistem yang baik. Makrofauna dan mikrofauna membantu untuk
menjadi pengurai tumbuhan dan tumbuhan menjadi pengeluar kepada mereka
selain membentuk kitar-kitar biogeokimia yang penting seperti kitar karbon,
kitar sulfur dan lain-lain.
2. Terangkan peranan makrofauna pada tanah tersebut.
Sifat fizikal tanah diseimbangkan dengan bantuan makrofauna yang
melalui beberapa proses-proses penting. Antara fungsi makrofauna yang boleh
disebutkan adalah sebagai pengurai, mencegah hakisan tanah, membantu
meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta
menjaga kestabilan struktur tanah di sesuatu kawasan. Harus diingat,
makrofauna ini juga dipengaruhi oleh struktur tanah, bahan organik dan
kesuburan tanah yang ada.

Jenis organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah


Semut hitam  Mengubah sifat kimia dan sifat fizikal tanah dengan
mengangkut makanan dan kandungan tanah semasa
makan.
 Bertindak sebagai pengurai dengan memakan bahan
buangan organik, serangga dan bangkai haiwan.
 Membantu mengekalkan kebersihan persekitaran.
 Membuat sarang pada kayu berpenyakit dan
mempercepatkan proses penguraian kayu.
Siput kecil  Memakan tumbuhan yang reput.
 Memakan bangkai haiwan yang mati apabila
makanan terhad.
 Membersihkan ekosistem tanah.
 Menjadi sumber makanan kepada haiwan lain kerana
tinggi kalsium.
Kutu kayu  Bertindak sebagai pengurai.
 Memecah tanaman dan bangkai haiwan menjadi
nutrien tanah.
 Memakan bahan organik dan tumbuhan hidup yang
lain.
Cacing tanah  Membawa tanah daripada satu lapisan ke lapisan
lain.
 Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.
 Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui
lubang yang digalinya.
 Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan
tanah.
Labah-labah  Merupakan pemangsa haiwan kecil, terutamanya
serangga.
 Pengawal biologi serangga pertanian.
 Menjadi makanan kepada haiwan lain.
 Memakan semua haiwan kecil, termasuklah yang
bermanfaat dan berbahaya untuk kesuburan tanah.
Nematoda  Membantu pereputan bahan organik

Oleh itu, setiap daripada makrofauna yang ditemui sememangnya ada peranan
masing-masing terhadap ekosistem tanah. Pulangan yang diberi kebiasaannya
dapat dimanfaatkan manusia seperti tanah yang subur dan struktur tanah yang
lebih stabil.
3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis
biota (contohnya fungi, nematoda dll), apakah fungsi mereka (pemangsa,
pemakan daun dll).
Matahari menjadi sumber tenaga utama dalam rajah di atas. Pengurai
yang bertindak adalah fungi dan bakteria. Bahan organik akan dicerna oleh
fungi dan bakteria yang terdiri daripada tumbuhan yang mati, najis detritivor
ataupun sisa makanan yang diurai oleh detritivor. Sebagai contoh, detritivor
akan mencerna sisa organik atau haiwan dan tumbuhan yang mati. Cacing
tanah merupakan salah satu contoh detritivor. Seterusnya, sisa makanan
cacing atau najis cacing akan diurai oleh fungi dan bakteria.

Berdasarkan rajah di atas, cacing tanah yang merupakan nematoda


memakan akar tumbuhan dan fungi serta bakteria menguraikan tumbuhan dan
haiwan yang telah mati dan mereput dengan memakannya.

4. Huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku. Contohnya, dimanakah


bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak
rantai makanan).
Antara jenis rantai makanan yang terdapat dalam rajah di atas adalah
rantai makanan herbivor dan rantai makanan detritus. Rantai makanan herbivor
adalah keadaan di mana pengeluar dimakan oleh herbivor. Rantai makanan
detritus pula adalah sisa tumbuhan yang dimakan oleh pengurai. Detritivor,
pengurai dan herbivor dikenali sebagai pengguna primer. Jadi, nematoda, fungi
serta bakteria merupakan pengguna primer dalam rantai makanan detritus
berdasarkan rajah di atas.

Rantai makanan herbivor bermula daripada tumbuhan yang


kemudiannya akan dimakan haiwan herbivor selaku pengguna primer.
Seterusnya, barulah pengguna akan dimakan pemangsa lain iaitu pengguna
sekunder. Apabila pengeluar mati, detritivor akan mengurainya menjadi
serpihan. Najis atau serpihan bahan yang diurai oleh detritivor seperti cacing
tanah kemudiannya akan diurai oleh fungi dan bakteria. Pengeluar menyerap
tenaga 100% untuk menghasilkan makanan pada peringkat awal. 90%
daripada tenaga itu akan hilang menjadi tenaga haba dan tenaga lain.
Pengguna primer akan mendapat 10% tenaga yang berbaki. Pengguna primer
adalah seperti yang telah dinyatakan tadi iaitu nematoda, fungi dan bakteria.
Daripada pengurai, tenaga dipindahkan kepada artropod pada peringkat kedua.
10% daripada 10% tenaga yang berbaki tadi pula dipindahkan kepada
pengguna sekunder. Jadi, ini menandakan bahawa hanya 1% tenaga yang
diperolehi pengguna sekunder daripada pengeluar. 90% yang hilang pada
peringkat awal tadi digunakan untuk proses pernafasan, pergerakan,
tumbesaran dan pembiakan.

Akhir sekali, pengguna tertier pula akan mendapat 10% daripada 1%


yang diperolehi pengguna sekunder. Hal ini bermaksud pengguna tertier
mendapat 0.1% daripada tenaga pengeluar. Peringkat terakhir dalam aliran
tenaga adalah apabila tenaga dipindahkan daripada artropod kepada
pemangsa seperti burung dan tikus.

5. Apakah yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada
puncak rantai makanan mati?
Apabila organisma pada puncak rantai makanan mati, bangkai
organisma ini akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah.
Dalam situasi ini, pengurai seperti ulat-ulat akan memainkan peranan sebagai
pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat akan memakan bangkai-bangkai
haiwan yang ada. 90% daripada tenaga terbebas ke persekitaran dalam bentuk
tenaga haba sepanjang proses pemindahan tenaga daripada satu tahap ke
tahap yang lain.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:

1. Melabelkan plastik yang berisi sampel tanah sebaik sahaja diambil untuk
mengelakkan kekeliruan.

2. Menggunakan forseps untuk memindahkan makrofauna dan mikrofauna ke


piring petri untuk menjaga keadaan fizikal makrofauna dan mikrofauna.

3. Tutup kipas sewaktu melakukan pemerhatian ke atas sampel tanah untuk


mengelakkan makrofauna dan mikrofauna yang mungkin ada terbang ditiup
angin.

KESIMPULAN:
Tanah di lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna dan mikrofauna
berbanding tanah di lokasi 2. Jadi, hipotesis diterima. Tanah yang mempunyai
keadaan yang optimum dan pelbagai bahan mineral akan mempunyai lebih
banyak makrofauna dan mikrofauna.
Rujukan
Bayyinah Raflis. (2013, Februari 22). Amali Biota Tanah Ben. Diperolehi
daripada Academia.edu:
http://www.academia.edu/35842887/amali_biota_tanah_ben.docx
Ling, L. S., & Audrey M.A.L. (2007). Complete Text & Guide Bilingual Science
Form 2. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Norzahara Wahida. (2018, Februari 4). Amali 1. Diperolehi daripada
Academia.edu: https://www.academia.edu/6255260/AMALI_1
Snails As Pets. (2017, April 17). What roles do snails play in the environment?
Diperolehi daripada Snails As Pets: https://www.snailaspet.com/single-
post/2017/04/12/Snails-and-slugs-are-not-just-pests
Tetty Setiowati, & Deswaty Furqonita. (2007). BIOLOGI Interaktif Kls.X IPA.
Jakarta Timur, Indonesia: Azka Press.

You might also like