You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN TUAN GURU BESAR

BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH.

Terima kasih Pengerusi Majlis,


Yang Berhormat Dr Daroyah Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Sementa
Yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah,
Yang Berusaha Encik Suffian bin
Naib Yang Dipertua PIBG SK Tok Muda,
Yang Berbahagia Barisan Penolong Kanan SK Tok Muda,
Yang Dihormati Encik….. Wakil GSM Door,
Warga Pendidik SK Tok Muda,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta murid2 yang cemerlang sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera..

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya saya berpeluang buat
pertama kalinya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis Anugerah
Kecemerlangan bagi tahun 2018 SK Tok Muda ini. Bagi pihak sekolah, sekalung
ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Dr kerana sudi hadir
bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada para jemputan yang sudi meluangkan masa memenuhi
undangan ini.
Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan;
Kehadian tuan, puan kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah dan
amat bermakna bagi kita apabila anak-anak kita diberi anugerah atas
kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Acara tahunan ini menunjukkan
bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil dan sewajarnya diberi
pengiktirafan. Tahniah dan syabas kepada anak-anak didik yang berjaya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang dimaklumi, sekolah ini telah mula beroperasi sejak tahun 1951 lagi, tetapi
buat pertama kalinya saya berdiri di atas pentas ini sebagai meneruskan
kesinambungan pengurusan yang terdahulu mengurus dan memimpin sebuah
institusi di sini bermula 1 Ogos yang lalu.

Melihat enrolmen sekolah yang telah menjangkau seramai 468 murid iaitu 443 murid
aliran perdana, dan 25 murid Pra-Sekolah, membuktikan sekolah ini sememangnya
diterima baik oleh masyarakat di sini. Sekolah ini turut didokong seramai 38 orang
warga pendidik sebagai tulang belakang serta dibantu oleh 3 orang staff. Wpun tidak
mncapai bilangan melebihi bilangan 500, namun sekolah ini terpaksa beroperasi dua
sesi iaitu pagi dan ptg disebabkn kekurangan bilik darjah.
Yang Berhormat Dr , tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang telah berdiri selama hampir 67 tahun, sudah
pastinya kami begitu komited dalam bidang akademik dan berusaha untuk menjadi
antara sekolah di daerah Klang yang berprestasi tinggi.

Dalam usaha merealisasikan hasrat dan aspirasi dari pihak Kementerian Pendidikan,
pihak sekolah sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program yang diyakini
dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Program dari Kementerian
seperti (Memperkasa Bahasa Melayu , Mempertingkat Bahasa Inggeris) telah
dilaksanakan di sekolah. Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber
Sekolah menjalankan aktiviti spt Sehari Sebuah Buku, Program Tuntas Bahasa serta
ucapan bertemakan peribahasa dalam perhimpunan mingguan dalam usaha
meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Panitia Bahasa Inggeris juga turut mengembeleng tenaga menjalankan beberapa


aktiviti dalam usaha meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris spt Story Telling,
English Drilling, dan Highly Immersive Program. Warga SK Tok Muda bertuah kerana
mndapat bantuan dari MCII (Malaysian Collective Impact Initiative), iaitu sebuah
badan bukan kerajaan yg mndapat ksama dari badan korporat dan syarikat2 besar
dgn ksama dari KPM utk mmbntu mpertingkatkan pndidikan yg bkualiti, terutama
dalam meningkatkan penguasaan BI. Hasilnya terdapat peningkatan yang positif
dalam penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Ini terbukti dalam PPT Tahun 6 peratus
lulus adalah sebanyak 32.43% telah meningkat ke 52% dalam peperiksaan Percubaan
UPSR lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah ini dari


pelbagai aspek. Aspek pembangunan rohani atau sahsiah turut ditekankan dengan
menjalankan program-program untuk sahsiah seperti:

- Solat Hajat dan bacaan Yaasin bersempena UPSR


- Sambutan Maulidurrasul
- Kem Bestari Solat
- Program Penghayatan Ramadhan
- Kem Bestari Solat & Kem Akil Baligh
- Program Sekolah Penyayang

Manakala program yang melibatkan Disiplin spt:


- Kursus Kepimpinan Pengawas
- Bimbingan dan Kaunseling
- Kami Prihatin- Fokus kpd murid ponteng
- Penampilan kemas dan berdisiplin
- Pengiktirafan kpd murid hadir penuh ke sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saya amat berbangga kerana sebagai agen perubahan, sekolah ini telah berjaya
mencungkil bakat dan potensi murid-murid. Sekolah ini turut meraih beberapa
kejayaan dalam bidang ko-kurikulum di sepanjang tahun 2018. Antaranya :
1) Sekolah ini menjadi JOHAN MSSD dalam permainan sofbol di mana 4 org
pemain dari sekolah ini telah terpilih dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah dan
2 org pemain pula telah dipilih mewakili Majlis Sukan Sekolah Sekolah
Selangor. MSSS.
2) Acara memanah –Tempat ke3 bersama dalam MSSD.
3) Sekolah SK Tok Muda juga Berjaya mnjadi JOHAN dalam anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Daerah bagi kategori Bilik Sukan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada murid-murid dan guru2 yang telah
mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian ini. Kita berharap sekolah ini
dapat mengorak langkah ke arah kejayaan yang lebih besar. Insyaallah.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Saya juga berbesar hati memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan


peruntukan yang besar bagi merapatkan jurang pendidikan selaras dengan agenda
utama dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar. Segala kemudahan yang
disediakan mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan
murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai
kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Selain ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan murid yang cemerlang,
kemudahan logistik yang baik dan selamat juga membantu kita mencapai hasrat itu.
Keselesaan dan keceriaan sekolah akan memberi satu suasana yang menggalakkan
kepada murid – murid. Mereka pastinya akan berasa seronok untuk ke sekolah
seterusnya menimba ilmu dalam keadaan yang selesa dan terhibur. Walaupun
sekolah ini terletak di luar bandar dan berlatarbelakangkan susuk fizikal yang
sederhana, ia tidak mustahil dapat membentuk seorang pemimpin yang hebat atau
pegawai tinggi kerajaan satu hari nanti.

Namun, ia harus bermula di sini, di sekolah. Oleh itu, saya berhasrat untuk
menyediakan kemudahan yang terbaik dan sesuai dengan potensi yang dimiliki oleh
mereka. Sejak beberapa bulan saya di sini, saya sudah dapat membayangkan akan
keceriaan dan kegembiraan murid-murid jika saya dapat mengubah landskap
persekitaran dan struktur fizikal sekolah ini. Bukan mengubah sepenuhnya, tapi
penambahbaikkan serta pengubahsuaian yang perlu bagi menyediakan khidmat
terbaik untuk murid – murid.

Saya percaya, keceriaan dalam pembelajaran dapat memberi kuasa tambahan


kepada motvasi murid – murid untuk belajar. Oleh itu, saya menyeru ibu bapa, pihak
PIBG dan yang berhormat untuk bersama – sama kami, warga sekolah dalam
melahirkan lebih ramai cendikiawan dan pemimpin tersohor yang boleh kita
banggakan suatu hari, untuk itu dengan rendah hati saya memohon YB tengok2kan
sekiranya dapatlah diusahakan peruntukan pembinaan bangunan bhru yg saya
dimaklumkn sudah dimohon sjk 2013 lagi dan shingga kini tiada apa-apa bayang yg
nmpak wpun tapaknya telah ada. Dan satu lagi pihak sekolah ingin memohon
sumbangan utk mbina sambungan astaka berbumbung bagi mberikan keselesaan
sekiranya ada program yg melibatkan satu sesi dan semua murid perlu hadir dalam
satu masa.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada kesempatan ini juga saya mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada YDP PIBG, NYDP dan seluruh Ahli Jawatankuasa
PIBG sekolah ini yang sentiasa memastikan dan mengambil cakna terhadap
kecemerlangan pelajar.
Harapan saya agar sekolah kita mampu untuk terus menjana kecemerlangan dalam
bidang akademik dan kokurikulum, di samping memperkasa permuafakatan dalam
organisasi melalui kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah serta ibu
bapa.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam
bidang akademik dan kokurikulum. Begitu juga kepada seluruh warga pendidik SK
Tok Muda yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-
anak kita. Wajarlah hari ini pihak sekolah memberi penghargaan atas usaha dan
penat lelah mereka. Diharapkan anugerah ini terus membakar semangat masing-
masing untuk terus maju jaya. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun :

Keterlibatan semua tidak tersukat,


Permuafakatan ukhwah sebagai makrifat,
Seia Sekata kita berpakat,
Kecemerlangan sekolah menjadi matlamat.

Terima kasih

You might also like