You are on page 1of 6

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil
tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat
masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mahadir


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad
Taufek Bin Haji Abd Ghani, Exco Belia dan Sukan Negeri
Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Paroi dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke Dewan Pendeta
Za`aba. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Nyanyian lagu Negaraku Mahadir


LAGU
NEGARAKU Hadirin dipersilakan duduk

Persembahan Pembukaan.

Solutasi Mahadir
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan memeriahkan suasana
Kami menyambut dengan penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani


Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Paroi

Yang Berusaha Tuan Haji Misri Bin Mistama


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan

Yang Berusaha Puan Hajjah Rodiah Binti Mohd Jan


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
Seremban

Yang Berusaha Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja Soh


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati Dr Mohamed Faidz Bin Mohamed Said


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati Tuan Abdul Rahman Bin Khalid


Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai

Yang Dihormati Koperal Noor Fadzley Bin Zubir


Pegawai Perhubungan Sekolah
Yang Dihormati Tuan Haji Ebini Hajal Bin Haji Ramli
Imam Masjid, Masjid Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati Pn Fazni Bt Abd Ghaffar


Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati En Daud Bin Sulaiman


Penolong Kanan HEM SK Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati En Mohd Fuzi Bin Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Tuanku Jaafar

Yang Dihormati En Wan Zawawi Bin Wan Ali


Penolong Kanan PPKI SK Taman Tuanku Jaafar

Barisan ajk PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar,


barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke Mahadir


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua, maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini bagi menyempurnakan MESYUARAT
AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar Kali
ke 22 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2019.

Untuk makluman hadirin, persembahan koir pembukaan itu tadi


dipersembahkan oleh murid-murid SK Taman Tuanku Jaafar
dengan bimbingan En MOhd Faiz Syukri.

Mawar di taman mekar nan indah


Di rumpun serai harum mewangi
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan yang dirai.

Hazean
Bacaan Doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Lebat Kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah


rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Md Anizam bin Ngadimon untuk
memimpin bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Md Anizam bin


Ngadimon atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis
yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.
Mahadir
Ucapan NYDP Bagi meneruskan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput dan mempersilakan Dr Mohamed Faidz Bin Mohamed
Said, Yang Dipertua PIBG SK Taman Tuanku Jaafar untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Dr Mohamed Faidz Bin


Mohamed Said, Yang Dipertua PIBG SK Taman Tuanku Jaafar
atas ucapan sebentar tadi.

Hazean
Ucapan Guru Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha
Besar Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja Soh, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Majlis dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Nik Abd Rahman


Bin Raja Soh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku
Jaafar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Mahadir
Perasmian Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati
memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang
Berhormat Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani Exco
Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Paroi untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK
Taman Tuanku Jaafar Kali ke 22. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

**********Ucapan*******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat


Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani Exco Belia dan
Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Paroi atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Persembahan Hazean
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan nyanyian solo oleh adik
Nurfariesha Aliya Bt Bahari. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar
tadi. untuk makluman hadirin, adik nur fariesha aliya bt bahari
telah menjadi johan pertandingan Nyanyian solo daerah
Seremban 2 yang telah berlangsung di Pasaraya Kipmart pada
13 Februari yang lepas. Tahniah diucapkan.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan, Mahadir


Hadiah
Bagi meneruskan majlis kita ke acara penyampaian Hadiah
Kecemerlangan PPSR, PASR dan UPKK Tahun 2018.

Majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Haji Misri Bin Mistama Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan diiringi
oleh Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja Soh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk menyampaikan hadiah
kecemerlangan PPSR dan PASR Tahun 2018. Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Misri Bin


Mistama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Hazean


Yang Berusaha Puan Hajjah Rodiah Binti Mohd Jan Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
Seremban dengan diiringi oleh Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja
Soh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar
untuk menyampaikan hadiah kecemerlangan UPKK 2018.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajjah Rodiah


Binti Mohd Jan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban atas kesudian menyampaikan
hadiah itu tadi.

Seterusnya, Majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolah Mahadir


2019. Dengan itu pihak majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Taufek Bin
Hj Abd Ghani Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Paroi dengan diiringi
oleh Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja Soh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk menyampaikan
Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2019. Dipersilakan
Yang berhormat.

Dipersilakan.... Hazean
1.
2.
3.
4.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan


Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani Exco Belia dan Sukan
Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Paroi atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya, Majlis penyampaian cenderahati kepada Yang


Berhormat Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani Exco
Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Paroi. Dengan itu pihak majlis
mempersilakan Tuan Nik Abd Rahman Bin Raja Soh Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat.
Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan


Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani, Exco Belia dan Sukan
Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Paroi atas kesudian menerima cenderahti itu tadi.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul Hazean


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan warga kerja SK Taman Tuanku Mahadir
Jaafar, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Hj Abd Ghani Exco
Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Paroi atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-22 serta Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan
2019 Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan tuan
puan sekalian. Dengan itu berakhirlah majlis perasmian
Mesyauarat agung PIBG Kali Ke 22 SK Taman Tuanku Jaafar.
Tetamu jemputan dijemput ke ……………..untuk menikmati
sedikit Jamuan.

Ibu bapa dan Penjaga yang hadir diharap tunggu untuk kita
teruskan mesyuarat Agung PIBG kali ke 2 sebentar lagi.
Sekian…

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..
MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada Dr Mohamed Faidz Bin
PIBG Mohamed Said, Yang Dipertua PIBG SK Taman Tuanku Jaafar
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Taman
Tuanku Jaafar bagi tahun 2019

You might also like