You are on page 1of 2

Nma: Pushpavalli A/P Viliatham

No Matriks: BG18110211

Seksyen: 101

Menulis pandangan anda cara menyemai sikap saling hormat dan bertoleransi dalam kehidupan
bermasyarakat majmuk di Malaysia (500 patah perkataan)

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berdaulat. Rakyat Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama serta hidup makmur dalam kehidupan
sehari-hari. Sikap hormat-menghormati serta bertoleransi amat penting dan perlu diamalkan
oleh setiap warganegara bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim sekali gus merealisasikan
perpaduan nasional.

Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kita menyemai sikap saling menghormati dan
bertoleransi di kalangan masyarakat kita. Pertama sekali, kita mestilah berusaha membina
semangat kejiranan yang baik dalam kehidupan seharian. Dengan ini, nilai hormat-
menghormati antara kaum akan terbentuk dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.
Kita juga selalu dinasihati agar sentiasa bersikap toleransi dan bertolak ansur terhadap amalan
dan budaya masyarakat majmuk Malaysia. Rakyat yang hidup aman, makmur dan harmoni
akan menghasilkan masyarakat yang progresif.

Selain itu, pelaksanaan program seperti rumah terbuka, amalan kunjung-mengunjungi


pada musim perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas, usaha
sama dalam dunia perniagaan dan lain-lain dapat merapatkan hubungan dan menjauhkan
perseteruan.Di samping itu, kita juga dapat mengeratkan perpaduan kaum dengan melibatkan
diri secara proaktif dalam sambutan perayaan di Malaysia. Bersempena dengan musim
perayaan juga, kita dapat mengambil peluang untuk mendalami nilai budaya kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia. Jelasnya, rakyat jelata dapat hidup aman damai dan bersatu padu ke arah
menjayakan pembangunan Negara dengan standing dengan negara-negara gergasi yang lain.

Selain itu, kita sepatutnya memanfaatkan penggunaan media massa dan teknologi
maklumat dengan sepenuhnya. Media massa dapat membantu menyiarkan rencana dan drama
khas untuk menyemaikan sikap saling menghormati dan bertoleransi antara masyarakat
majmuk kita. Kaedah ini dapat menyampaikan mesej yang tepat secara langsung kepada rakyat
jelata dan sekali gus mananamkan semangat perpaduan, muhibah dan jati diri dalam kalangan
rakyat.

Seterusnya, pihak kerajaan juga berperanan penting untuk menyatupadukan rakyat


melalui pelbagai perancangan dan program. Misalnya, dalam bidang pendidikan, guru dapat
memainkan peranan yang proaktif untuk menyemaikan nilai-nilai kerjasama dan persefahaman
dalam kalangan murid melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Siviks dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Sejarah. Usaha gigih guru juga boleh diterjemahkan
dalam aspek kokurikulum yang melibatkan murid-murid dalam kegiatan unit beruniform, kelab
atau persatuan dan permainan. Misalnya, penglibatan murid-murid yang berbagai kaum dan
agama dalam pelbagai program dan aktiviti perkhemahan dapat menyemai sikap bertoleransi
dan bekerjasama antara berpasukan.

Di samping itu, semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk
berinteraksi dan berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing.
Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam masyarakat sama
ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak
seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat
Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu
masyarakat bukan Islam memahami nilai-nilai Islam yang dapat menghormatinya sebagai
agama rasmi Negara.

Kesimpulannya, kita haruslah bersikap sehati sejiwa dalam usaha merealisasikan


perpaduan kaum dalam kelangan rakyat Malaysia yang berlainan kaum, agama dan latar
belakang kehidupan bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Jelaslah bahawa perpaduan rakyat dapat membangunkan dan memakmurkan bangsa
dan negara menjelang Wawasan 2020.

You might also like