You are on page 1of 2

Nama: Pushpavalli Viliatham

Nom. Matrik: BG18110211

Seksyen: 101

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya
ini harus dikekalkan kerana untuk memelihara identiti tersendirinya. Hal ini termasuklah
pakaian, makanan, adat resam, seni, seni bina dan sebagainya.

Selain itu, budaya tradisional melambangkan identiti sesebuah tamadun. Amalan budaya
tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional
pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni melambangkan keharmonian Negara kita dan
juga kebebasan beragama. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat
kita. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada
hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra dan juga
memelihara perpaduan Negara yang dicapai. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi
pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti dan budaya kita
yang dikagumi oleh dunia luar dan budaya ini perlu dikekalkan.

Identiti juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada
hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut
merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih
bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan
siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan untuk memajukan sesebuah tamadun.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita
mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar
tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya,
tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak
menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran.
Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Kemerdekaan yang ada pada hari ini berpunca daripada yang
silam. Oleh itu, generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengekalkan identiti dan budaya tradisional, seseorang itu mesti didedahkan kepada
kekayaan warisan budaya tamadunya. Oleh itu, kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan
lebih memahami budaya sendiri. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan
tradisi dan identiti Negara juga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah
dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, identiti dan warisan budaya dapat diikuti dan dilihat
sepanjang masa.

You might also like