You are on page 1of 2

Nama: Pushpavalli Viliatham

Nom. Matrik: BG18110211

Seksyen: 101

Berdasarkan kepada gambar di atas, sila berikan ulasan berkenaan isi yang tersurat dan
tersirat. Ulasan anda hendaklah MINIMUM 400 patah perkataan.

Kekeluargaan adalah kumpulan yang penting di mana seseorang itu memperoleh


perasaan keahlian dan identity. Ia merupakan suasana pertama yang dilihat oleh seseorang
setelah dilahirkan. Sebahagian besar masa kita, juga banyak dihabiskan dengan keluarga.

Selain itu, institusi keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi
seseorang. Dengan kata lain, keluarga merupakan inti masyarakat. Keluarga juga memainkan
peranan dalam membentuk masyarakat yang berintergrasi dan berakhlak mulia.

Walau bagaimanapun, pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang kian maju
membantu menghubungkan serta merapatkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Hal ini kerana, seseorang itu boleh terus berhubung dengan seseorang yang lain tanpa
berjumpa dengan individu tersebut. Fungsi ini sangat berguna, melalui penciptaan pelbagai
aplikasi yang cukup terkenal seperti, WeChat, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi. Namun
perlu diingati bahawa melalui aplikasi ini juga hubungan kekeluargaan seseorang dapat
dirobohkan.

Berdasarkan gambar yang di atas, ahli-ahli keluarga semua tidak saling bermesra
padahal mereka asyik sibuk dengan gadget dan media sosial masing-masing. Kita juga dapat
melihat bahawa penyalahgunaan teknologi dalam gambar tersebut kerana kita semestinya
menggunakkan media sosial sebagai medium untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan.
Malah, mereka tidak menghiraukan ahli-ahli kelurga dan sering menumpukan perhatian kepada
gadget-gadget mereka masing-masing.

Media sosial merupakan medium yang memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seseorang tanpa mengira lapisan masyarakat. Hal ini disebabkan kerana, semua
golongan masyarakat kini menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat dan
lain-lain tanpa mengira umur. Oleh itu penyalahgunaan media sosial bukan sahaja memberi
kesan kepada golongan remaja padahal akan memberi kesan kepada masyarakat kita,

Tidak perlu diperkatakan lagi, bahawasanya WeChat popular dalam kalangan


masyarakat termasuk pasangan yang telah berkahwin. Kebanyakan wanita meluahkan perasaan
mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui wechat. Tambahan pula,ada
juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Hal ini kerana, terdapat fungsi-fungsi yang boleh
membawa kemudaratan seperti fungsi ‘people nearby’ di mana seseorang itu boleh mencari
mana-mana pengguna wechat yang berdekatan. Andaikan apabila seorang suami atau isteri itu
berseorangan, ‘people nearby’ di wechat membolehkan mereka berjumpa dengan orang lain
yang mungkin hanya berada berdekatan. Hal ini membuktikan kehebatan media social dalam
merosak dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul. Antara kesan yang
berlaku akibat permainan wechat adalah isteri berasa syak pada suami yang berahsia. Perkara
ini sering terjadi kerana si suami leka melayan aplikasi wechat bahkan lebih teruk lagi melayan
perempuan lain secara rahsia. Hal ini menyebabakan si isteri berasa terpinggir justeru
merenggangkan hubungan mereka suami isteri. Hal ini juga menyebabkan keruntuhan rumah
tangga dan akhlak mulia seseorang.

Selain itu, Facebook mudah didapati dan diakses samada melalui komputer mahupun
telefon pintar. Majoriti masyarakat kebiasaanya meluangkan masa yang banyak hanya untuk
facebook. Perbuatan ini menjadi satu tabiat buruk kerana hampir setiap masa diluangkan
dengan telefon pintar di tangan. Seperti contoh, walaupun ketika makan bersama, si isteri atau
suami masih sibuk melayan facebook di tangannya. Akibatnya, pasangan mengabaikan
komunikasi bersama bahkan lebih teruk lagi mengabaikan tanggungjawab masing-masing.
Demikian hal inilah yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga kerana sikap dan perangai
yang buruk akibat penyalahgunaan teknologi media social.

Di samping itu, Instagram merupakan salah satu laman sosial yang terkenal bukan
sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Dalam instagram disediakan fungsi memuat naik
gambar ataupun video. Justeru masyarakat dapat berkongsi cerita rutin kehidupan mereka. Hal
ini tampak baik pada asalnya, namun jika disalahgunakan mengakibatkan banyak kesan buruk
antaranya perselisihan dalam rumahtangga Daripada pemerhatian terhadap kes yang berlaku
berpunca dari laman sosial, masalah perselisihan terjadi akibat isteri yang suka memuat naik
gambar yang menarik perhatian lelaki seperti gambar selfie dan sebagainya. Oleh itu, rentetan
daripada komen-komen dan like dalam instagram menyebabkan si suami mudah cemburu
kepada isteri. Hal ini bertambah buruk apabila si isteri turut melayan komen-komen tersebut
dengan mesra. Maka terjadilah pergaduhan dalam rumahtangga akibat penyalahgunaan aplikasi
tersebut.

Kesimpulanya, media sosial merupakan elemen yang penting dalam mengeratkan


hubungan dengan seseorang bukan sahaja keluarga mahupun orang lain. Pengunaan media
sosial secara berhemah dapat mendatangkan kebaikan kepada institusi keluarga. Oleh itu, ibu
bapa berperanan dalam mendidik anak-anaknya untuk menghayati kasih saying dan semangat
kekeluargaan dari kecil lagi. Hal ini juga dapat membantu untuk mementuk masyarakat yang
berakhlak mulia dan sejahtera.

You might also like