You are on page 1of 8

3.

0 Pandangan semesta dalam Tamadun India

Tamadun India adalah sebuah tamadun unggul yang tertua di dunia dan mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Tamadun India juga merupakan panduan bagi pelbagai bentuk
budaya hingga melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini. Sejarah India yang
dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden
telah menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi,
agama, falsafah, bahasa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai
dan kekal dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu
masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat
perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan
peluang bagi pembahagian masyarakat.

Kepelbagaian dalam masyarakat menyumbangkan unsur-unsur kontradiksi seperti


kebaikan dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi, perpaduan dan tidak bersatupadu,
kesetiaan dan ketidaksetiaan, persamaan dan ketidaksamaan, integrasi dan perasingan,
bekerjasama dan persaingan, persetujuan dan konflik, persamaan dan perbezaan, keadilan dan
ketidakadilan, dan perasaan khuatir dan tidak dipedulikan. Tetapi masyarakat India tidak
berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan
antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan
kestabilan walaupun terdapat zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal
kerana serangan luar. Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam
kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil
menentang perubahan-perubahan.

Tamadun India, khasnya tamadun Hindu, telah mengembangkan pandangan semesta


yang dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur
kepelbagaian dunia fenomena. Pandangan semesta organik ini, walaupun dibentuk berasaskan
sifat kerohanian, menerangkan realiti seperti yang didapati di peringkat dasar dan di peringkat
duniawi. Pada peringkat dasar realiti dilihat sebagai tidak berpenghujung dan tidak terbatas
tetapi pada peringkat duniawi ia dilihat sebagai bersifat majmuk dengan pelbagai nama dan
bentuk. Tiap-tiap satu ini diakui sebagai realiti dengan unsur-unsur tersendiri di peringkat
masing-masing. Walaupun perbezaan- perbezaan ini diakui sebagai satu yang berdasarkan
tujuan ia wujud dalam konteksnya, mereka ini haruslah dilihat sebagai pandangan terhad.
Unsur- unsur majmuk, yang dianggap sebagai manifestasi realiti mutlak, saling berhubung dan
bergantung antara satu sama lain sebagai elemen-elemen keseluruhan yang berbeza. Tiap-tiap
satu boleh menjadi tumpuan bagi memahami keseluruhan. Dengan mengidentifikasikan unsur-
unsur majmuk dengan keseluruhan, konflik yang berlaku di peringkat duniawi dapat diatasi.
Jadi pandangan semesta ini menekankan sifat perpaduan di satu permgkat dan sifat majmuk-
relativisme di peringkat lain.

Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat
dalam realiti sosial, jadi ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial
dan kepercayaan-kepercayaan. la tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat
dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenamn. Pandangan semesta ini membenarkan
seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri. Oleh yang demikian
kontradiksi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini
menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan dapat mengekalkan pelbagai tradisi,
pandangan dan pemikiran yang sering berbeza. Kesimpulannya, pandangan semesta ini bukan
sahaja menerima perbezaan dan kepelbagaian tetapi menuntut supaya mereka wujud bersama.

Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya


merupaan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia. Sifat ini ialah asas
pandangan semesta India yang asal. la menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara
hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan satu
sama lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradiksi
bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar
semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang dan
berpadu. Jadi tradisi ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka
tidak boleh mempunyai unsur-unsur bertentangan. Misalnya dalam aspek agama terdapat
pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah yang dianggap sebagai unsur realiti agama. Dalam
perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal
dengan beribu- ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Lama-
kelamaan dewa-dewi ini hilang kepentingan dan akhirnya lenyap dari sistem agama orang Indo
Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang berbeza dan kadang-kadang
bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan menyatakan bahawa mereka
didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa
mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme atau monoteisme mahupun
Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah
perwakilan simbolik realiti agama yang sama.

Kesimpulannya, sifat penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi
pemikiran orang India sehinggalah mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan
yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan.

4.0 Kepercayaan roh berdasarkan agama:

4.3 Agama Islam

Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum kehadiran


agama lain. kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi. Mereka percaya semua
benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan
manusia sama ada baik atau buruk. Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa
kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana
terdapatnya aktiviti-aktiviti memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan
menambahkan hasil padi. Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-
undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah
tarian,nyanyian,drama,muzik ,unsur mainan,mentera,adat menanam,adat kematian dan
sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu.

Kemunculan unsur budaya seperti tarian,nyanyian,unsur mainan dan sebagainya


sebenarnya berasaskan kepada kepercayaan kuasa ghaib seperti memuja semangat padi,hantu
laut dan sebagainya. unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan
upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus
ubat dan sebagainya. Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara
jampi serapah yang betujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan
menghalau jin dan hantu daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada
peraturan dan pantang larang kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya
dihubungkait dengan kuasa ghaib.

Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan


masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti
dukun,tabib,pawang,nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri
seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat. Terdapat juga bentuk kepercayaan
terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya individu yang semasa hidupnya
mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi perlindungan. Berdasarkan
kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agar dapat memberi
perlindungan.

Walaubagaimanapun, kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis


sebahagian amalan kepercayaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu.
Agama Islam disebarkan oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran
Islam menekankan dua aspek penting iaitu Akidah dan Syariah. Akidah ialah kepercayaan
seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah manakala syariah merupakan perundangan dan
hukum Islam berdasarkan Al Quran dan Hadis. Ajaran Islam berlandaskan kepada lima Rukun
Islam dan enam Rukun Iman yang wajib diketahui oleh penganutnya. Kedatangan agama Islam
telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya
masyarakat Melayu.

Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah iaitu raja
telah digantikan dengan gelaran sultan. Malahan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam.
Segala upacara rasmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan
dalam hal-hal mengenai hukum syarak atau hal berkenaan dengan agama Islam.

Dari segi perundangan hukum syarak digunakan berpandukan al-Quran dan al-Hadis
Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari
rezeki yang halal. Disamping itu amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu
golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan

Dari segi sosial pula wujudnya semangat jihat bagi memilihara kesucian agama Islam
daripada penjajahan Barat. Malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa bersyukur dengan
kurniaan Allah. Dari segi adat pula didapati terdapat pengubahsuaian daripada unsur Hindu-
Buddha kepada unsur keislaman seperti perkahwinan,adat turun tanah,melenggang
perut,berkhatan dan sebagainya. Adat bercukur dimulakan dengan berzanji dan marhaban iaitu
bacaan mengenai kisah kelahiran dan kebesaran nabi Muhammad. Upacara ini diakhiri dengan
bacaan tahlil dan doa selamat sebagai mengucap syukur kepada Allah. Pada peringkat awal
Islam, pengajian al-Quran menjadi asas kepada system pendidikan awal ketika itu. Disamping
itu mereka belajar sembahyang dan fardu ain. Biasanya mereka belajar di sekolah pondok.

Walaupun terdapat pelbagai bentuk kepercayaan di kalangan masyarakat tempatan,


namun amalan animisme tetap subur dan terus dipercayai. Penyebaran agama Hindu-Buddha
serta Islam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya
dalam aspek kesenian.

4.4 Agama Sikh

Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak(1469-1504) yang merupakan Keshatriya Hindu
yang dilahirkan di Punjab. Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang
satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa. Ajaran agama sikh menolak penggunaan
patung sebagai gambaran tuhan yang transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuatGuru
Nanak iaitu guru pertama dalam agama Sikh. Guru dalam agama Sikh tidak dianggap sebagai
penjelmaan Tuhan tetapi seorang yang menunjukkan kepada orang ramai jalan ke arah
kebenaran dan kesejahteraan.

Kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi
mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian iaitu,
keperluan perkembangan insan, perhubungan antara manusia, dan penyelarasan kewujudan
roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir manakala keperibadian mulia pula adalah
kebijaksanaan atau kearifan, kejujuran, keadilan, kesederhanaan, keberanian, merendah diri
dan kepuasan diri.

Sikhisme berasal dari daerah Punjab di India, namun kini pengikutnya juga dapat
ditemukan di berbagai penjuru dunia yang mempunyai komunitas India. Di Asia Tenggara,
umat Sikh banyak ditemukan di Malaysia dan Singapura. Umat Sikh dapat dikenali melalui
namanya yang kebanyakan diakhiri Singh untuk pria dan Kaur untuk wanita.
Kepercayaan-kepercayaan utama dalam Sikhisme adalah percaya dalam satu Tuhan
yang pantheistik. Kalimat pembuka dalam naskah-naskah Sikh hanya sepanjang dua kata, dan
mencerminkan kepercayaan dasar seluruh umat yang taat pada ajaran-ajaran dalam Sikhisme:
Ek Onkar (Satu Tuhan).

Dalam masyarakat agama sikh, animisme dapat dikaitkan dengan kewujudan semangat,
roh, penunggu, puaka, dan makhluk alam ghaib yang lain. Bagi orang sikh, semangat
dipercayai hidup di merata tempat sama ada di kawasan pertanian iaitu sawah dan kebun,
lautan, pantai, hutan rimba, rumah atau dalam diri manusia itu sendiri. Orang beragama sikh
percaya bahawa semua makhluk ghaib boleh dihubungi, diseru dan dipujuk. Malahan makhluk
ini dipercayai boleh dan dapat menunaikan segala permohonan para pemohon dan pemujanya.
Semangat ini dipercayai dapat mempengaruhi sesuatu hasil pertanian. Hasil tuaian padi
dikaitkan dengan adanya semangat padi yang sentiasa mengawal padi ini. Semangat padi
hendaklah dijaga supaya tidak merajuk atau marah sehingga boleh mengurangkan mutu atau
hasil padi. Misalnya, semangat padi dipercayai boleh membantu mengeluarkan hasil yang
banyak dengan syarat semua peraturan upacara, pantang-larang, dan cara melaksanakannya
diikuti.

Sikhisme dipengaruhi pergerakan perubahan dalam agama Hindu (misalnya Bhakti,


monisme, metafisika Weda, guru ideal, dan bhajan) serta Islam Sufi. Agama ini berangkat dari
adat-adat sosial dan struktur dalam agama Hindu dan Islam (contohnya sistem kasta dan
purdah). Filsafat dalam Sikhisme bercirikan logika, keseluruhan (bersifat komprehensif), dan
pendekatan yang sederhana terhadap masalah-masalah spiritual maupun material. Teologinya
penuh kesederhanaan. Dalam etika Sikh, tidak ada konflik antara tugas pribadi terhadap diri
sendiri dengan masyarakat.

Mitologi Batak adalah kepercayaan tradisional akan dewa-dewi yang dianut oleh orang
Batak. Agama Batak tradisional sudah hampir menghilang pada saat ini, begitu juga dengan
mitologi Batak. Kepercayaan Batak tradisional terbentuk sebelum datangnya agama Islam dan
Kristen oleh dua unsur yaitu megalitik kuno dan unsur Hindu yang membentuk kebudayaan
Batak. Pengaruh dari India dapat terlihat dari elemen-elemen kepercayaan seperti asal-usul
dunia, mitos penciptaan, keberadaan jiwa serta bahwa jiwa tetap ada meskipun orang telah
meninggal dan sebagainya.
Dewa lain yang penting adalah Debata Idup (dewa kehidupan) dan Pane na Bolon yang
memimpin dunia tengah. Banyak dewa-dewi lain yang juga masih sekerabat dengan dewa-dewi
Hindu di India. Antara lain Boraspati ni Nato dan Boru Saniang Naga. Selain itu juga ada roh-
roh yang mendiami danau, sungai dan gunung. Dalam kepercayaan animisme Batak tradisional,
semua dewa-dewi ini masih dipercayai disamping roh-roh dan jiwa leluhur (Begu).
5.0 Kepercayaan roh mengikut zaman:

5.3 Zaman Moden/Sekarang

Kepercayaan roh atau kepercayaan animisme mengalami perubahaan kelanjutan (evolusi) dari
kepercayaan kepada roh nenek moyang. Penghormatan dan penyembahan manusia purba atas
roh-roh pengatur alam semesta tersebut dilakukan dengan melakukan pembacaan doa-doa,
pemberian sesaji, ataupun korban.

Selain itu, semua kepercayaan mengalami perubahan dan perkembangan mengikut putaran
masa yang berlaku tanpa batasan. Walaubagaimanapun ada juga golongan masyarakat yang
masih berpegang kepada kepercayaan roh ini. Hal ini demikian kerana, bukan semua
masyarakat yang mampu mengikuti perkembangan budaya mahupun sosial yang berlaku di
alam globalisasi ini. Perkara ini juga dipraktikkan untuk mempertahankan kebudayaannya
tersendiri mahupun untuk mempergabungkan kebudayaan yang baru dengan yang telah sedia
ada. Sebagai contoh, masih juga wujudnya beberapa masyarakat di pendalaman Kalimantan,
Irian Jaya khususnya kaum minoritas di Pulau Jawa yang menganuti kepercayaan roh ini.
Terbuktinya, kepercayaan roh atau animisme ini masih diganuti oleh masyarakat zaman
sekarang.

You might also like