You are on page 1of 9

AMALAN PROFESIONAL KEARAH MENGUKUHKAN

PROFESIONALISME DALAM KALANGAN PENSYARAH


POLITEKNIK MALAYSIA.
Noor Rosmawati Yusuf, Abdul Razak Bin Ahmad & Mohd Mahzan Bin Awang
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
rozzyusuf@yahoo.com, razaq@ukm.edu.my & mahzan@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian tentang profesionalisme dalam kalangan pensyarah politeknik selepas pelaksanaan Skim Pegawai Perkhidmatan
Pengajian Tinggi (PPPT) yang berkuat kuasa pada tahun 2008, masih kurang dilaksanakan. Justeru kajian ini mengkaji
tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik Malaysia berdasarkan tujuh atribut yang telah dikenal
pasti iaitu amalan kandungan kursus, pedagogi, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, jaringan kolaborasi dan juga etika
kerja. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat dengan jelas pola dan tren atribut yang paling tinggi dan menyumbang
serta mengenal pasti atribut yang terendah dalam amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik supaya
penambahbaikan dan pengukuhan terhadap profesionalisme dapat dicadangkan kepada pemegang taruh. Kajian ini
dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach sebanyak
0.956. Bagi mendapatkan maklumat tersebut analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 22.0
digunakan dalam memberi tahap skor min kepada atribut tersebut. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik berada pada tahap sederhana tinggi
dengan skor min=3.54 dan sisihan piawai=0.51. Bagaimanapun terdapat atribut yang berada pada tahap sederhana rendah
iaitu amalan penerbitan dengan min=2.70, amalan jaringan kolaborasi dengan min=2.87 dan amalan penyelidikan dengan
min=2.88. Namun di samping itu terdapat atribut yang berada di tahap tinggi iaitu etika kerja dengan min = 4.27,
kandungan kursus dengan min=4.24 dan amalan pedagogi dengan skor min=4.09. Disini jelas terlihat pola di mana bagi
penilaian baharu dalap PPPT skor min pensyarah berada pada tahap sederhana rendah. Manakala amalan kebiasaan
pensyarah berada pada skor min tertinggi. Situasi ini mungkin disebabkan elemen penilaian baharu dalam skim PPPT
seperti penyelidikan, jaringan kolaborasi dan penyelidikan yang belum dikuasai sepenuhnya oleh pensyarah politeknik.

Kata kunci: Profesionalisme, amalan profesional dan politeknik Malaysia.

PENGENALAN

Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah beroperasi hampir setengah abad bermula dengan
Politeknik Ungku Omar, Perak pada tahun 1969. Semenjak itu, pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dalam
perkhidmatan dilaksanakan seperti kemasukan politeknik ke dalam Kementerian Pengajian Tinggi dari Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2004. Begitu juga dengan perubahan skim perkhidmatan dari Skim Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (DG) kepada Skim Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (DH) pada tahun 2008. Skim
PPPT mempunyai satu sistem penilaian kenaikan pangkat yang dinamakan Skim Kecemerlangan Politeknik, di mana
semua kakitangan perlu melalui penilaian yang digariskan bagi tujuan kenaikan gred dan pangkat, secara tidak langsung
menilai tahap profesionalisme pensyarah. Keadaan ini berbeza dengan skim terdahulu yang hanya menetapkan markah
prestasi tahunan dan tempoh perkhidmatan bagi tujuan kenaikan gred dan pangkat. Setelah sedekad pelaksanaan skim
PPPT dan Sistem Kecemerlangan Politeknik ini dilaksanakan, pengkaji berharap dapat melihat tahap, pola dan tren
amalan profesionalisme pensyarah berdasarkan atribut yang dikenal pasti.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah politeknik berdasarkan tujuh
atribut iaitu kandungan kursus, pedagogi, penyeliaan, penerbitan, penyelidikan, jaringan kolaborasi dan etika kerja.
Kajian ini juga menganalisis skor min item tertinggi dan terendah yang dilaporkan oleh responden. Terdapat 45 item
yang relevan bagi mengukur amalan profesional tersebut. Bagaimanapun tidak terdapat bukti menunjukkan sumbangan
atribut dalam amalan profesional. Maka analisis deskriptif digunakan untuk memberi rank kepada skor min atribut
tersebut. Dengan melaksanakan analisa tersebut diharap ia akan menunjukkan pattern atau trend amalan profesional
pensyarah politeknik.

METODOLOGI

Soal selidik amalan profesionalisme terdiri dari 7 atribut dengan 45 item iaitu amalan kandungan kursus(5 item), amalan
pedagogi (9 item), amalan penyeliaan (6 item), amalan penyelidikan ( 8 item), amalan penerbitan (6 item), amalan

999
jaringan kolaborasi ( 6 item), dan amalan etika kerja ( 5 item). Pengkaji menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi
menentukan kebolehpercayaan soal selidik kerana ia seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan
dalaman (Creswell 2010; Pallant 2011; Sekaran 2000). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna
pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 2000 dan Pallant 2001). Cronbach Alpha bagi
soal slidik ini ialah 0.956.

Jadual 1: Kebolehpercayaan item dan Nilai Alpha Cronbach


Amalan profesional item Alpha Cronbach
Kandungan Kursus 5 0.891
Pedagogi 9 0.935
Penyeliaan 6 0.862
Penyelidikan 8 0.963
Penerbitan 6 0.979
Jaringan Kolaborasi 6 0.920
Etika Krja 5 0.827
Jumlah 45 0.956

Kajian dijalankan melibatkan seramai 1490 pensyarah lelaki dan perempuan dari 17 buah politeknik yang terbahagi
kepada empat jenis politeknik (Premier, konvensional 1, konvensional 2 dan METrO). Pensyarah terdiri dari yang
mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan dengan tahap pendidikan berbeza iaitu
berkelulusan pra siswazah dan pasca siswazah meliputi pengalaman mengajar yang berbeza. Profil responden kajian
adalah seperti jadual 2 di bawah.

Pentadbiran soal selidik dilakukan secara bersemuka dengan pensyarah dan dilaksanakan dengan pelbagai medium
bergantung dengan persetujuan pihak politeknik, seperti edaran semasa perhimpunan bulanan, edaran di dalam pejabat
pensyarah dan juga edaran semasa mesyuarat. Dapatan kajian ini dianalisis berbantukan perisian SPSS 22.0. Analisis
deskriptif dilibatkan dalam kajian ini. Sebelum penyelidik melakukan ujian-ujian statistik, beberapa langkah awal perlu
diambil iaitu membersih dan menyemak data yang dikumpul bagi memastikan tiada data yang berulang, bertindan, hilang
atau terpencil. Langkah ini dapat memastikan data yang dimasukkan adalah data yang betul sahaja dan tiada kesilapan
dibuat

Jadual 2: Profil Responden Kajian

Sampel kajian Bil.


Peratus
sampel
Lelaki 446 30
Jantina
Perempuan 1044 70
Premier 384 26
Jenis Konvensional 1 800 54
Politeknik Konvensional 2 210 14
Pensyarah METrO 96 6
Politeknik Bidang Kejuruteraan 786 53
Skim PPPT Kepakaran
(DH) Bukan Kejurutraan 704 47
Pendidikan Pra Siswazah 717 48
tertinggi Pasca Siswazah 773 52
Pengalaman 0 – 5 tahun 138 9
Mengajar 6 – 10 tahun 563 38
11 tahun katas 789 53

Analisis deskriptif adalah analisa huraian yang dapat menghuraikan ciri-ciri sampel (Bashah Abu Bakar 2007). Dalam
kajian ini analisis deskriptif digunakan untuk memperihalkan tahap amalan profesional pensyarah politeknik yang
melibatkan min dan sisihan piawai. Manakala intepretasi tahap berdasarkan Nunally (1994).

1000
Jadual 3 : Intepretasi Berdasarkan Nunally (1994)
Tahap Min
Rendah 1.00 - 2.00
Sederhana Rendah 2.01 – 3.00
Sederhana Tinggi 3.01 – 4.00
Tinggi 4.01 – 5.00

Menurut Nunnaly (1994) skor min 1.00 hingga 2.00 adalah berapa pada nilai yang rendah. Manakala pada nilai skor min
2.01 hingga 3.00 adalah pada tahap sederhana rendah, 3.01 hingga 4.00 pula mewakili tahap min pada tahap sederhana
tinggi dan seterusnya nilai skor min 4.01 hingga 5.00 menunjukkan nilai skor min yang tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan hasil analisis menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap amalan profesional dalam kalangan pensyarah
politeknik berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min= 3.54 dan sisihan piawai 0.51. Namun jika dilihat secara
individu terdapat pelbagai tahap yang berbeza mengikut atribut. Dari 7 atribut yang diuji tiga atribut berada pada tahap
tinggi iaitu etika kerja dengan skor min = 4.27 dan sisihan piawai=0.51, kandungan kursus dengan min = 4.24 dan
sisihan piawai =0.48, dan pedagogi dengan nilai skor min = 4.09 dan sisihan piawai =0.45. Atribut yang berada pada
tahap sederhana tinggi adalah atribut penyeliaan sahaja dengan skor min = 3.91 dan sisihan piawai = 0.94. Manakala
terdapat tiga atribut yang berada pada skor min sederhana rendah iaitu penerbitan dengan skor min = 2.70 dan sisihan
piawai =1.01, jaringan kolaborasi dengan skor min = 2.87 dan sisihan piawai =1.00 serta penyelidikan dengan skor min =
2.88dan sisihan piawai =0.94.

Jadual 4 : Min dan Sisihan Piawai Tahap Amalan Profsional Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Malaysia.
Amalan Profesional N Min Sisihan Intepretasi
Piawai
Kandungan Kursus 1490 4.24 0.48 Tinggi
Pedagogi 1490 4.09 0.45 Tinggi
Penyeliaan 1490 3.91 0.63 Sederhana tinggi
Penyelidikan 1490 2.88 0.94 Sederhana rendah
Penerbitan 1490 2.70 1.01 Sederhana rendah
Jaringan Kolaborasi 1490 2.87 1.00 Sederhana rendah
Etika Kerja 1490 4.27 0.51 Tinggi
Min Keseluruhan 3.54 0.51 Sederhana tinggi

Tahap amalan profesional kandungan kursus dalam kalangan pensyarah politeknik berada pada tahap tinggi dengan min
= 4.24 dan sisihan piawai =0.48. Amalan profesional kandungan kursus merujuk kepada kekerapan amalan profesional
dalam menerangkan secara mendalam dan terperinci tentang fakta konsep dan prinsip yang relavan dengan kursus yang
diajar; amalan menyampaikan kandungan kursus dengan jelas dan terperinci; menyusun kandungan kursus bagi mencapai
hasil pembelajaran yang diharapkan; selalu mengaitkan dengan jelas kandungan kursus yang boleh diaplikasi dalam
situasi semasa dan sentiasa mematuhi standard of operating prosedure dalam penyampaian kandungan kursus.

Manakala amalan profesional pedagogi berada pada tahap tinggi dengan min= 4.09 dan sisihan piawai 0.45, pula merujuk
kepada mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian topik; memyesuaikan pengajaran
mengikut kebolehan pelajar; menyampaian kandungan kursus dengan sistematik dan jelas; mempelbagaikan aktiviti yang
melibatkan semua pelajar secara aktif; menggunakan ICT dengan baik dan bersesuaian dengan topik; menyediakan
pelbagai bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif; membuat pelbagai penilaian bersesuaian dalam kursus;
menggunakan input penilaian untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dan sering menggunakan portfolio
dengan optimum untuk pengajaran dan pembelajaran.

Amalan profesional etika kerja berada pada tahap paling tinggi dengan min= 4.27 dan sisihan piawai 0.51. Dalam kajian
ini etika kerja merujuk kepada amalan menilai prestasi pelajar mengikut garis panduan performa penilaian yang
ditetapkan; berkomunikasi secara profesional dengan kakitangan dan pelajar; menjaga kerahsiaan dan data sulit

1001
berdasarkan Akta Rahsia Rasmi; menggunakan harta dan kemudahan awam dengan betul dan amanah serta mematuhi
standard operating prosedur dalam menjalankan tugas sebagai pensyarah.

Atribut yang berada pada tahap sederhana tinggi hanyalah penyeliaan dengan min=3.91 dan sisihan piawai =0.63. Dalam
kajian ini penyeliaan merujuk kepada amalan mempelbagaikan strategi yang berkesan dalam penasihatan akademik;
memberi panduan tentang proses pemilihan kursus mengikut kemampuan pelajar; membimbing dan memantau prestasi
akademik dan kurikulum pelajar secara berterussan; membimbing projek pelajar dalam menyediakan proposal,
mengumpul dan menganalisa data; menggunakan laman web dan media sosial untuk berinteraksi dengan pelajar.

Atribut amalan profesional setrusnya yang dibincangkan adalah amalan penyelidikan yang berada pada tahap sederhana
rendah dengan min = 2.88 dan sisihan piawai 0.94. Amalan penyelidikan dalam kajian ini merujuk kepada menjalankan
pelbagai jenis penyelidikan dalam bidang kepakaran; menyediakan proposal untuk mendapatkan dana penyelidikan;
kekerapan mengaplikasi teori dan kajian lepas dalam penyelidikan; melaksanakan pelbagai reka bentuk penyelidikan;
menggunakan perisisan tertentu untuk tujuan statistik bagi analisis kuantitatif; menggunakan perisisan tertentu untuk
tujuan statistik analisis kualitatif, amalan menyemal plagarisme menggunakan perisisan tertentu dan kekerapan membuat
rujukan dalam penulisan akademik

Atribut seterusnya adalah amalan penerbitan yang berada pada tahap sederhana rendah dengan min=2.70 dan sisihan
piawai 1.01. Terdapat enam item yang mengukur amalan penerbitan iaitu kekerapan menulis pelbagai artikel akademik;
amalan menulis buku atau bab dalam buku; menulis jurnal mengikut standard penulisan jurnal berindeks; mengenal pasti
prosedur penerbitan jurnal pelbagai peringkat; memaparkan analisis dari hasil kajian sebenar mengikut keperluan jurnal
terindeks dan kekerapan menjadi corresponding author kepada jurnal terindeks yang diterbitkan.

Amalan profesional terakhir yang dikaji dalam kajian ini adalah amalan jaringan kolaborasi yang berada pada tahap
sederhana rendah dengan min = 2.87 dan sisihan piawai= 1.00. Amalan jaringan kolaborasi ditinjau dari sudut menjalin
kolaborasi penyelidikan bersama institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara; mengaplikasikan input-input semasa
dalam memantapkan program sedia ada; menjalinkan hubungan baik dengan industri melalui penempatan dan penyeliaan
latihan industri; membuat jaringan dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan kualiti kursus dan pelajar; memberi
khidmat rundingan dan latihan kepada komuniti serta mendapatkan dana dari luar untuk pelbagai program politeknik.

Tahap Amalan Profesional Terendah Mengikut Skor Min


Hasil Analisis Deskriptif Dari Pada Tujuh Atribut Yang Melibatkan Empat Puluh Lima Item, Didapati Tidak Terdapat
Sebarang Item Berada Pada Tahap Rendah, Lima Belas (15) Item Berada Pada Tahap Sederhana Rendah Iaitu Skor Min
Di Antara 2.00 Hingga 3.00. Tiga Belas (13) Item Pada Tahap Sederhana Tinggi Iaitu Min Di Antara 3.01 Hingga 4.00
Dan Tujuh Belas (17) Item Berada Pada Tahap Tinggi Dengan Min Di Antara 4.01 Hingga 5.00.(Lampiran 1)
Kajian Ini Melihat Pola Sepuluh Item Yang Berada Pada Tahap Paling Rendah Berdasarkan Skor Min Yang Dperolehi.
Item Terendah Yang Dikenal Pasti Adalah Rendahnya Amalan Menggunakan Perisian Envivo Untuk Tujuan Statistik
Bagi Analisis Kualitatif (Min=2.52) Di Bawah Atribut Penyelidikan. Ini Kemungkinan Besar Disebabkan, Pensyarah
Teknikal Kurang Membuat Kajian Sains Sosial Yang Menjalankan Kajian Secara Kualitatif. Di Ikuti Dengan Jarang
Menjadi Corresponding Author Kepada Jurnal Terindeks Yang Hendak Diterbitkan (Min=2.52). Skim Kecemerlangan
Politeknik Yang Baharu Tidak Mensyaratkan Menjadi Correspending Author Sebagai Salah Satu Item Dalam Penilaian
Kenaikan Pangkat, Maka Ia Belum Menjadi Keutamaan Pensyarah Politeknik.

Item ketiga terendah adalah wujudnya kelemahan dalam memaparkan analisis dari hasil kajian mengikut keperluan jurnal
terindeks (min=2.61);Penerbitan merupakan elemen yang baharu sahaja diperkenalkan di politeknik, ini mungkin
disebabkan penguasaan pengetahuan dalam cara memaparkan analisis belum dikuasai sepenuhnya dan latihan-latihan
yang diberikan belum memadai untuk mereka mengamalkan pada tahap tinggi. Item keempat terendah pula melibatkan
amalan jaringan kolaborasi. Didapati pensyarah politeknik masih lemah dalam mendapatkan dana dari luar untuk
mempelbagaikan program diperingkat politeknik (min=2.64). Keadaan ini mungkin disebabkan pensyarah politeknik
belum dapat mewujudkan jaringan kolaborasi dengan pihak luar. Di mana sebelum ini dana 100% diperolehi dari pihak
kerajaan. Namun setelah beberapa program politeknik berdasarkan Work Based Learning jaringan kolaborasi ini semakin
baik di antara politeknik dan rakan industri dan pemegang taruh yang lain.

Item kelima terendah juga dari atribut jaringan kolaborasi di mana kurangnya jalinan kolaborasi penyelidikan pensyarah
politeknik dengan institusi pendidikan dalam dan luar negara (min=2.66).Sistem yang tidak menggalakkan penyelidikan
dipoliteknik sebelum ini dan kemungkinan kewangan yang terhad membuatkan budaya penyelidikan bersama institusi
dalam dan luar negara masih berada pada tahap yang sederahana rendah di politeknik. Tidak kerap menyemak
plagiarisme menggunakan perisian Turnitin atau perisisan lain (min=2.69) merupakan item keenam terendah. Ia banyak
berkaitan dengan penguasaan penyelidikan dan penulisan pensyarah politeknik.

1002
Kerana kurangnya amalan penulisan di kalangan pensyarah, maka kelemahan dalam mengikut standard penulisan jurnal
terindek(min=2.69) juga disebabkan kemungkinan yang sama. Begitu juga dengan item kelapan terendah di mana
didapati kelemahan dalam mengenal pasti prosedur penerbitan jurnal di pelbagai peringkat(min =2.69) adalah
disebabkan kurangnya amalan penulisan disebabkan kurangnya penguasaan dan ekologi pembelajaran politeknik yang
kurang menyokong kepada amalan penerbitan.

Item kesembilan dan keselupoh terendah juga masih lagi melibatkan amalan penerbitan yang mana amalan menggunakan
endnote atau mendeley dalam penulisan akademik (min=2.76) masih lagi rendah. Pensyarah mungkin menggunakan cara
lama penulisan rujukan dan tidak mengetahui wujudnya endnote dan mendeley atau kurang mendapat pendedahan dan
latihan penggunaan endnote dan mendeley dalam penulisan perpustakaan dan penulisan rujukan kajian. Item terakhir
adalah berkaitan amalan penulisan yang masih rendah iaitu tidak kerap menulis buku atau bab dalam buku (min=2.81)
tidak kerap menulis buku atau bab dalam buku. Ini mungkin disebabkan kurangnya dorongan dari pihak atasan dalam
perkara ini, di mana rujukan dipoliteknik masih sangat rendah jika dibandingkan dengan universiti. Perpustakaan
politeknik masih tidak melanggan jurnal atas talian dan sebagainya, ditambah dengan kemudahan WiFi yang agak terhad
dan tidak meluas di dalam kampus politeknik.

Jadual 5 di bawah menunjukkan sepuluh item terendah (min di antara 2.81 hingga 2.52) yang melibatkan tiga atribut
daripada tujuh atribut iaitu penyelidikan, penerbitan dan jaringan kolaborasi. 5 dari 10 item terendah adalah penerbitan
(50%), 3 item terdiri dari aspe penyelidikan (30%) dan 20% adalah dari aspek jaringan kolaborasi.

Jadual 5: Sepuluh amalan profesional berdasarkan skor min terendah.

Sub konstruk Item Soal Selidik Min


No.
Penyelidikan menggunakan perisian seperti envivo untuk tujuan statistik 2.52
bagi alanisis kualitatif.
menjadi “correspoding author” kepada jurnal terindeks
Penerbitan 2.52
yang hendak diterbitkan.
Penerbitan memaparkan analisis dari hasil kajian mengikut keperluan 2.61
jurnal terindeks.
mendapatkan dana dari luar untuk pelbagai program
Jaringan Kolaborasi 2.64
peringkat politeknik.
menjalinkan jaringan kolaborasi penyelidikan bersama
Jaringan Kolaborasi 2.66
institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Penyelidikan menyemak plagiarisme menggunakan perisian Turnitin 2.69
atau perisian lain.
menulis jurnal mengikut standard penulisan jurnal
Penerbitan 2.69
berindeks.
Penerbitan mengenal pasti prosedur penerbitan jurnal di pelbagai 2.69
peringkat.
membuat rujukan menggunakan endnote atau mendeley
Penyelidikan 2.76
dalam penulisan akademik.
Penerbitan menulis buku atau bab dalam buku. 2.81

Tahap amalan profesional tertinggi mengikut skor min


Sepuloh amalan yang berada pada tahap paling tinggi di mukan dengan amalan menjaga kerahsiaan dan data sulit
berdasarkan Akta Rahsia Rasmi; seterusnya amalan menggunakan harta dan kemudahan awam dengan betul dan amanah;
mmatuhi standard operating prosedure dalam menjalankan tugas sebagai pensyarah; mematuhi SOP dalam penyampaian
isi kandungan; menyampaikan kandungan kursus dengan jelas dan terperinci bagi semua aspek yang diajar; menyusun
kandungan kursus bagi mencapai hasil pembelajaran kursus; selalu mengaitkan dengan jelas kandungan kursus yang
boleh diaplikasi dalam situasi semasa; menerangkan secara mendalam dan trprinci tentang fakta, konsep dan prinsip yang
relavan dengan kursus; menyampaikan kandungan kursus dengan sistematik dan jelas serta berkomunikasi secara
profesional dengan semua kakitangan dan pelajar.

1003
Jadual 6: Sepuloh Amalan Profesional Berdasarkan Skor Min tertinggi

Item Soal Selidik Min


No.
Etika Kerja Menjaga kerahsiaan dan data sulit berdasarkan Akta 4.39
Rahsia Rasmi.
Etika Kerja Menggunakan harta dan kemudahan awam dengan betul 4.37
dan amanah.
Etika Kerja Mematuhi standard of prosedure (SOP) dalam 4.33
menjalankan tugas sebagai pensyarah.
Kandungan Kursus Mematuhi standard of prosedure (SOP) dalam 4.26
menyampaikan isi kandungan.
Kandungan Kursus Menyampaikan kandungan kursus dengan jelas dan 4.25
terperinci bagi semua subjek yang diajar.
Kandungan Kursus Menyusun kandungan kursus bagi mencapai hasil 4.23
pembelajaran bagi setiap kursus.
Kandungan Kursus Mengaitkan dengan jelas kandungan kursus yang boleh 4.23
diaplikasikan dalam situasi semasa.
Kandungan Kursus Menerangkan secara mendalam dan terperinci tentang 4.21
fakta,konsep dan prinsip yang relevan dengan kursus.
Pedagogi Menyampaikan kandungan kursus dengan sistematik dan 4.19
jelas.
Etika kerja Berkomunikasi secara profesional dengan semua 4.18
kakitangan dan pelajar.

Jadual 6 di atas menunjukkan sepuluh item tertinggi dari keseluruhan 45 item. Daripada tujuh atribut hanya tiga atribut
amalan profesional yang termasuk dalam 10 item yang mempunyai min tertinggi iaitu etika kerja, kandungan kursus dan
pedagogi dengan min di antara 4.18 dengan 4.39 (Tertinggi). Dari pada 10 item tersebut terdapat 4 item etika kerja
(40%); 5 item (100%) kandungan kursus dan 1 item dari (10%) pedagogi berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar item etika kerja dan kandungan kursus berada pada tahap tinggi.

PERBINCANGAN

Daripada dapatan analisis di atas menunjukkan amalan profesional pensyarah politkenik adalah pada tahap sederhana
tinggi secara keseluruhannya. Namun dapat dilihat trend di mana item ini tidak berselerak mengikut atribut. Iaitu didapati
sebahagian besar atribut etika kerja (100%), kandungan kursus (100%) dan pedagogi (67%) berada pada tahap tinggi.
Begitu juga dengan kelompok pada tahap sederhana rendah di mana penerbitan (100%), jaringan kolaborasi (67%) dan
penyelidikan (63%) item berada dalam kelompok sederhana rendah . Manakala yang selebihnya pada tahap sederhana
tinggi.

Trend ini menunjukkan bahawa amalan etika kerja, kandungan kursus dan pedagogi dalam kalangan pensyarah
politeknik berada pada tahap yang tinggi, ini seiring dengan dapatan Abdul Shukor shaari (2010) bahawa pensyarah
yang mengamalkan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi akan berupaya menjadikan pengajaran lebih menarik dan
lebih mudah difahami. Ia disokong oleh Kleickmann et al (2013) yang menyatakan amalan isi kandungan adalah kunci
kepada kompetensi pendidik yang mempengaruhi kemajuan pelajar. Bagaimana pun ia tidak mungkin berlaku sekiranya
etika pendidik terhadap kerja adalah rendah. Ahmad Sarji (1994) juga mengatakan bahawa pembinaan disiplin dan etika
kerja perlu ditingkatkan ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif dan berkualiti. Ini menunjukkan
etika kerja adalah penting dan ianya haruslah diserapkan ke dalam perkhidmatan awam. Amalan etika kerja sangat
penting di kalangan pensyarah politeknik kerana ianya akan menentukan arah dan makna kepada pemikiran, tindakan dan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Manakala penerbitan , jaringan kolaborasi dan penyelidikan berada pada tahap yang rendah. Penerbitan adalah
penghasilan produk yang berbentuk tulisan ilmiah atau akademik. Penghasilan penerbitan yang banyak dan berkualiti
boleh membuktikan bahawa politeknik adalah salah sebuah institusi penyumbang hasil penulisan yang mampu dirujuk
oleh pelbagai pihak. Walaupun penerbitan semakin meningkat di IPT namun perkadarannya sangat rendanh berbanding
bilangan pensyarah iaitu seramai hampir 18,000 (Kementerian Pengajian Tinggi 2006). Menurut Ujang (2008) kualiti
pensyarah IPT boleh diukur antaranya melalui bilangan citation terhadap hasil penerbitan. Amalan pernerbitan di
politeknik seperti yang dianggap oleh pensyarah politeknik berada pada tahap sederhana rendah seiring dengan dapatan

1004
Yusof et al (2009) yang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menghalang penerbitan di KUIM iaitu kekurangan
manuskrip;kekurangan informasi dalam penghasilan manuskrip; kurangnya maklumat kepentingan penulisan; motivbasi
penulisan dan proses penerbitan. Kajian Zulkifli (2012) menyatakan amalan keaslian karya dan bebas plagiat hanya
seperti sekadar melepas batok di tangga, ia masih belum dapat direalisasikan di Universiti Malaysia. Zulkifli juga
menekankan penerbitan yang baik dan kreatif terhasil daripada pencernaan minda yang tidak terkongkong dan tertekan
oleh desakan arahan pihak atasan.

Maphosa, C. & Mudzielwana, N. P. (2014) menyatakan profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan sebagai penyelidik akademik dan berkongsi dapatan melalui penerbitan, konferen dan pembentangan.
Amalan penerbitan di politeknik juga boleh dipertingkatkan dengan mengadakan bengkel penulisan untuk memberi
pendedahan, motivasi atau galakan kepada penulis untuk menghasilkan manuskrip. Ganjaran juga boleh dilaksanakan
mengadakan Majlis Pelancaran Buku yang diterbitan setiap tahun. Dalam majlis ini, setiap penulis yang telah
menghasilkan buku atau sitation atrikel yang banyak, akan diberi hadiah penghargaan sebagai satu galakan kepada
mereka untuk terus menghasilkan buku atau artikel. Sokongan dari pihak pengurusan juga diharapkan dalam bentuk
kewangan bagi memudahkan penerbitan samada didalam atau diluar negara. Politknik juga disaran mempunyai penerbit
sendiri bagi memudahkan urusan penerbitan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Universiti yang termaktub
dalam Akta 30.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjalankan program pengajian yang berlandaskan industri, politeknik
seharusnya sentiasa berusaha menjalin kolaborasi strategik dengan pihak luar terutamnya industri, namun amalan ini
masih lagi rendah dalam kalangan pensyarah politeknik. Nadia (2013) juga menggariskan kepentingan jaringan
kolaborasi antara guru pendidikan teknik dan volasional (PTV) dalam memberi galakan dan motivasi bagi mengutip
sebanyak mungkin pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Kolaborasi strategik politeknik bersama industri hendaklah
diperluaskan bagi semua program dan tidak terhad kepada program tertentu sahaja. Begitu juga skop kolaborasi dengan
Malaysian Technical University Network (MTUN) hendaklah diperluaskan supaya lebih ramai pensyarah boleh
melibatkan diri.(Transformasi Politeknik 2013)

Sehubungan itu pensyarah politeknik adalah digalakkan mempergiatkan kolaborasi dalam pelbagai bentuk seperti seperti
mengadakan focus group peringkat program, jabatan dan politeknik dengan industri dan pihak luar. Pengurusan
politeknik juga hendaklah menguruskan memperolehan akteditasi Dublin Accord atau seumpamanya bagi melaksanakan
kolaborasi dengan institusi atau agensi luar negara. Kolaborasi yang melibatkan peminjaman pensyarah secara Locum
Tenans, pembangunan kurikulum program tertentu hendaklah dipergiatkan merentas politeknik dan bukan sahaja kepada
politeknik premier. Dalam memperluaskan jaringan serantau, program-program TVET seperti seminar, pertandingan,
Corporate Service Responsibility (CSR), Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) dan pertukaran staf perlu lebih
digalakkan dari semasa ke semasa.

Seng (2005) bersetuju bahawa penyelidikan boleh diguna pakai sebagai satu pendekatan untuk perkembangan profesional
yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti amalan pendidik seterusnya penambahbaikan institusi.
Bagi melestari kecemerlangan politeknik sebagai institusi TVET peringkat serantau dan global, aktiviti penyelidikan di
politeknik hendaklah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Namun realitinya penyelidikan di politeknik masih
berada pada tahap sederhana rendah ini seiring dengan dapatan Jantan (2014) yang menyatakan bahawa tujuan sebenar
pensyarah menjalankan aktiviti penyelidikan adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan sekadar memenuhi
kehendak pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, tujuan sebenar pensyarah menjalankan penyelidikan masih
tidak jelas dan ia tidak dilaksanakan secara berkesan. Menurut Ismail (2010) lagi, aktiviti penyelidikan sukar untuk
dilaksanakan kerana kurangnya sokongan dan kebanyakan pensyarah-pensyarah tidak mahu memberi
kerjasama dalam melakukan aktiviti penyelidikan . Hal ini kerana kurang kefahaman pensyarah terhadap
kepentingan penyelidikan dalam membantu mereka meningkat kualiti kerja. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
kurangnya inisiatif pensyarah atau pihak institusi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang
penyelidikan. Aktiviti perkembangan staf kurang menyentuh tentang kemahiran dan pengetahuan penyelidikan. Di
samping itu, agak sukar untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar penyelidik terutama dalam aktiviti penyelidikan
kerana kurang kepakaran dalam bidang tersebut (Jantan 2014). Pada tahun 2011, politeknik hanya berjaya mendapat
dua pembiayaan bagi Fundamental Research Grantt Scheme (FRGS) daripada 22 permohonan yang
dikemukakan (Md Tahir, Ahmad & Abdullah, 2013).

Hassan (2015) dalam kajiannya mendapati pensyarah di politeknik menghadapi kekangan masa untuk menjalankan
penyelidikan. Menurut perancangan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) bagi perjawatan sesebuah
Politeknik, seseorang pensyarah mempunyai purata masa mengajar di antara 16 hingga 18 jam seminggu. Selain jadual
waktu yang padat, pensyarah-pensyarah terpaksa mengisi waktu lain dengan aktiviti kokurikulum, memeriksa
penilaian dan menilai kerja pelajar, melaksanakan tugas perkeranian, mengendalikan mesyuarat dan program-
program institusi serta mengendalikan lain-lain tugas yang bukan profesional. Pensyarah juga diarahkan
menghadiri mesyuarat, mengawasi peperiksaan, menghadiri pelbagai kursus dan menjadi petugas dalam kegiatan

1005
dan aktiviti institusi. Kesibukan para pensyarah mengakibatkan pensyarah menghadapi kekangan masa untuk
menjalankan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan juga jaringan kolaborasi.

KESIMPULAN

Terdapat pola yang jelas tentang amalan profesionalisme dalam kalangan pensyarah politeknik di mana pihak tertentu
seperti pengurusan politeknik, jabatan Pendidikan Politeknik dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi boleh
melaksanakan penambahbaikan dengan menambah baik ekologi pembelajaran politeknik seperti mengstruktur semula
latihan yang lebih relevan dengan keperluan pengetahuan berkaitan penerbitan, penyelidikan dan jaringan kolaborasi.
Penambahbaikan dari segi kemudahan fizikal serta interaksi dan sokongan rakan sekerja juga boleh menjadi pendorong
dalam meningkatkan amalan profesional dalam kalangan pensyarah. Usaha ini penting dan boleh membantu pensyarah
menghadapi cabaran mengukuhkan profesionalisme pensyarah dengan itu dapat memastikan pelajar menerima
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi yang diperlukan untuk berjaya.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari (2010). Guru berkesan: Petua dan panduan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1994). Vision Of Malaysia Public Administration: Selected Speeches Of Tan Sri Dato’ Seri
Ahmad Sarji Abdul Hamid, Chief Secretary To Government Of Malaysia. Kuala Lumpur : INTAN.
Creswell, J. W. (2010). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative
approaches to research. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Pearson Education.
Department of Polytechnic Education. 2009. Hala Tuju Transformasi Politeknik : Ke Arah Kelestarian Penghasilan
Modal Insan Negara. Department of Polytechnic Education.
Hassan, Y. C. 2015. Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di politeknik premier.
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UTHM.
Ismail, Z. (2010), Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Terhadap Pelaksanaan Program Transformasi Penyelidikan Dan
Pembangunan Dalam Sistem Pengajian Politeknik Di Malaysia, Di capai
daripada:http://zullism.blogspot.com/2010/05/faktor-faktor-kritikal-kejayaan.html
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam. (2005).
Jabatan Pengajian Politeknik. 2013. Transformasi politeknik: peningkatan ke arah kecemerlangan (Fasa dua). Putrajaya
Malaysia: Kementerian Pengajian Tinggi. doi:KPT/JPP/BPD/01/2013(1)
Kerajaan Malaysia. 2007. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007.
Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S., & Baumert, J. (2013). Teacher’s content
knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural differences in teacher education. Journal of
Teacher Education, 64(1), 90-106.
Latiff, Z. 2013. Dasar dan Cabaran Penerbitan Ilmiah dari Perspektif Pengamal Penerbitan. Jurnal Pengajian Media
Malaysia,.
Maphosa, C. & Mudzielwana, N. P. 2014. Professionalization of teaching in universities: A compelling case.
International Journal of Education Science, 6(1), 65–73.
Mohamad, B. & Abdullah, M. 2013. Membangun profesionalisme guru dan staf. Utusan
Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadia Hartini Mohd Adzmi. 2013. Pembangunan Profesionalisme Keguruan Menerusi Penyeliaan Pengajaran Dalam
Kalangan Guru-guru Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Nunnally, Jum C. and Ira H. Bernstein (1994),Psychometric Theory. NewYork: McGraw-Hill
Pallant, J. (2011). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS. Allen & Unwin Publishing
company.
Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business. New York: John Wiley & Sons.
Seng, T. 2005. Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan
sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun.
Ujang, Z. 2008. Merevolusi Sistem Pendidikan Tinggi.
Wahab, S. & Zakaria, M. 2010. Transformational of Malaysian’s Polytechnic into University College in 2015: Issues and
Challenges for Malaysian Technical and Vocational Education.
Yusof, H. M., & Ismail, S. (2009). Cabaran Merealisasikan Penerbitan Ilmiah di Kolej Universiti Islam Malaysia.

1006
Lampiran 1: Tahap Amalan Profesional Mengikut Skor Min Terendah Kepada Skor Min Tertinggi.
Bi no Item Mi Atribut
4. menggunakan perisian seperti envivo untuk tujuan statistik bagi alanisis kualitatif. 2.5 Penyelidikan
5. menjadi “correspoding author” kepada jurnal terindeks yang hendak diterbitkan. 2.5 Penerbitan
5. memaparkan analisis dari hasil kajian mengikut keperluan jurnal terindeks. 2.6 Penerbitan
6. mendapatkan dana dari luar untuk pelbagai program peringkat politeknik. 2.6 Jaringan
6. menjalinkan jaringan kolaborasi penyelidikan bersama institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara. 2.6 Jaringan
4. menyemak plagiarisme menggunakan perisian Turnitin atau perisian lain. 2.6 Penyelidikan
5. menulis jurnal mengikut standard penulisan jurnal berindeks. 2.6 Penerbitan
5. mengenal pasti prosedur penerbitan jurnal di pelbagai peringkat. 2.6 Penerbitan
4. membuat rujukan menggunakan endnote atau mendeley dalam penulisan akademik. 2.7 Penyelidikan
5. menulis buku atau bab dalam buku. 2.8 Penerbitan
4. menyediakan proposal untuk mendapatkan dana penyelidikan. 2.8 Penyelidikan
4. menggunakan perisisan seperti SPSS atau AMOS untuk tujuan statistik bagi analisis kuantitatif 2.8 Penyelidikan
5. menulis pelbagai artikel akademik termasuk kertas kerja dan prosiding. 2.8 Penerbitan
6. memberi khidmat rundingan dan latihan kepada komuniti. 2.9 Jaringan
6. mengaplikasikan input-input semasa dalam memantapkan program sedia ada. 2.9 Jaringan
6. membuat jaringan dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan kualiti kursus dan pelajar. 3.0 Jaringan
4. melaksanakan pelbagai reka bentuk penyelidikan seperti tinjauan, eksperimental, temu bual dan lain-lain. 3.0 Penyelidikan
6. menjalinkan hubungan baik dengan industri melalui penempatan dan penyeliaan latihan industri pelajar. 3.0 Jaringan
3
4. mengaplikasi teori dan kajian lepas dalam penyelidikan. 5
3.1 Kolaborasi
Penyelidikan
34. menjalankan pelbagai jenis penyelidikan dalam bidang kepakaran. 23.1 Penyelidikan
1
3. membimbing pelajar menyesuaikan diri semasa mengikuti latihan industri. 8
3.8 Penyeliaan
3. melaksanakan pelbagai strategi yang berkesan dalam penasihatan akademik. 3.9 Penyeliaan
3. membimbing projek pelajar dalam menyediakan proposal, mengumpul dan menganalisa data. 3.9 Penyeliaan
3. menggunaan laman web dan media sosial untuk berinteraksi dengan pelajar. 3.9 Penyeliaan
3. memberi panduan tentang proses pemilihan kursus mengikut kemampuan pelajar. 3.9 Penyeliaan
2. menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif. 3.9 Pedagogi
2. menggunakan portfolio dengan optimum untuk pengajaran dan pembelajaran. 3.9 Pedagogi
3. membimbing dan memantau prestasi akademik dan kokurikulum pelajar secara berterusan. 4.0 Penyeliaan
2. menggunakan ICT dengan baik dan bersesuaian dengan topik pengajaran. 4.0 Pedagogi
7. menilai prestasi pelajar mengikut garis panduan performa penilaian yang telah ditetapkan. 4.1 Etika Kerja
2. membuat pelbagai penilaian bersesuaian dalam kursus tertentu untuk menjamin kualiti pelajar. 4.1 Pedagogi
2. menggunakan input penilaian untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. 4.1 Pedagogi
2. mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan semua pelajar secara aktif. 4.1 Pedagogi
2. menyesuaikan pengajaran mengikut kebolehan pelajar. 4.1 Pedagogi
2. mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian topik. 4.1 Pedagogi
7. berkomunikasi secara profesional dengan semua kakitangan dan pelajar. 4.1 Etika Kerja
2. menyampaikan kandungan kursus dengan sistematik dan jelas. 4.1 Pedagogi
1. menerangkan secara mendalam dan terperinci tentang fakta,konsep dan prinsip yang relevan dengan kursus 4.2 Kandungan
1. menyusun kandungan kursus bagi mencapai hasil pembelajaran bagi setiap kursus. 4.2 Kandungan
1. mengaitkan dengan jelas kandungan kursus yang boleh diaplikasikan dalam situasi semasa. 4.2 Kandungan
1. menyampaikan kandungan kursus dengan jelas dan terperinci bagi semua subjek yang diajar. 4.2 Kandungan
1. mematuhi standard of prosedure (SOP) dalam pnyampaian pengajaran dan pmblajaran. 4.2 Kandungan
7. mematuhi standard of prosedure (SOP) dalam menjalankan tugas sebagai pensyarah. 4.3 Etika Kerja
7. menggunakan harta dan kemudahan awam dengan betul dan amanah. 4.3 Etika Kerja
7. menjaga kerahsiaan dan data sulit berdasarkan Akta Rahsia Rasmi. 4.3 Etika Kerja

1007

You might also like