You are on page 1of 4

Pelan operasi latihan ldp 2018

1. 1 PELAN OPERASI LATIHAN 2018 Sjk(t) darulaman 06000 jitra KEDAH DARUL AMAN

2. 2 PELAN OPERASI LATIHAN (POL) SJK(T) DARULAMAN 1. PENGENALAN Selaras dengan Pekeliling
Pekhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sumber Manusia Unit Awam), Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 ( Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Unit Awam) dan
Surat Pekeliling KPM (Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia), setiap anggota
perkhidmatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Darulaman perlu dilengkapi dengan sikap
(attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program latihan
yang terancang dan pembelajaran yang berterusan. Dasar ini telah menetapkan setiap anggota
perkhidmatan awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun. Dasar Latihan ini
mampu dijadikan satu mekanisme penilaian bagi tujuan penilaian prestasi, kenaikan pangkat,
melanjutkan pelajaran dan pengurusan pelapis kepimpinan.

3. 3 2. DEFINISI 2.1 Bagi maksud Pelan Operasi Latihan SJK(T)Darulaman ini, i. ”Struktur Latihan” merujuk
kepada peringkat-peringkat latihan yang perlu diikuti oleh guru dan staff sekolah. ii. ”Peringkat” merujuk
kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti oleh guru dan staff sekolah. iii. ”Standard Umum”
merujuk kepada tahap pencapaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. iv. ”Institusi
Latihan Awam” merujuk kepada Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut-institut latihan lain yang
diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat, Bahagian, Pejabat Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah,Institut-institut latihan awam tempatan yang lain yang menjalankan kursus-
kursus bagi anggota Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. 4 3. LATAR BELAKANG SEKOLAH BIL KUMPULAN PEGAWAI STAF SOKONGAN JUMLAH 1 Pengurusan
Dan Profesional 13 13 2 Pelaksana 4 4 JUMLAH 13 4 17 BIL NAMA JAWATAN GRED 1 JOTHI A/P
RAMACHANDRAN GURU BESAR DG 44 2 BARATHY A/P KANNAN GPK (PENTADBIRAN) DG44 3 PATRICK
A/L JAGANATHAN GPK (HEM) DG42 4 KASTURI NAIR A/P GNANASEKARAN GPK (KOKURIKULUM) DG42 5
PREMILA A/P CHANDRAN GURU AKADEMIK BIASA DG42 6 GOURESWARI A/P RAMACHANDRAN GURU
AKADEMIK BIASA DG42 7 PUVANESWARY A/P ARAPPAN GURU AKADEMIK BIASA DG41 8 GOVINDAMAH
A/P KUPUSAMY GURU AKADEMIK BIASA DG44 9 SASHITA A/P ARUMUGAM GURU AKADEMIK BIASA DG
10 LETCHUMI A/P RAJA SITA RAM GURU AKADEMIK BIASA DG41 11 KRISNAH A/P GURU AKADEMIK
BIASA DG41 12 MOHD SYAMIM BIN ABDULLAH GURU AKADEMIK BIASA DG41 13 SHARMINI A/P
AMBALAGAN GURU AKADEMIK BIASA DG41 14 AZIZAH BINTI MUSTAFA PEMBANTU TADBIR N19 15
NURUL IZZATI BINTI REJAB PEMBANTU PENGURUSAN MURID N19 16 SHAMSUDIN BIN SHAARI N1 17
JEVA A/P N1

5. 5 4. VISI 5. MISI 6. OBJEKTIF SJK(T) DARULAMAN Pejabat Pendidikan Daerah ditubuhkan bagi
mencapai objektif-objektif berikut: i. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah. ii. Menjadikan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai pusat penumpuan usaha bagi meningkatkan
prestasi pelajaran. iii. Menjadi pembimbing dan pendorong kepada guru-guru dan kakitangan untuk
menentukan pencapaian kurikulum dan kokurikulum. iv. Penyelarasan yang lebih berkesan dengan
perhatian penuh kepada program dan projek pelajaran. v. Mewujudkan hubungan yang rapat dengan
jabatan-jabatan kerajaan. vi. Mengurangkan kesulitan ibubapa dalam hal urusan pelajaran dan
pendidikan anak-anak mereka. Bagi mencapai objektif-objektif tersebut tiga aspek penting akan setiasa
diberi penekanan dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan di daerah-daerah: i. Pengawasan dan
pengawalan terhadap tenaga pengajar bagi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar serta
meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah-sekolah. ii. Penyeliaan yang menyeluruh terhadap semua
program pendidikan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum serta menyelaras projek-
projek pembangunan pelajaran di daerah dengan kerjasama dan arahan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri. Mengadakan perhubungan baik dengan agensi-agensi lain kerajaan, ibu bapa, dan waris kerana
keberkesanan program pendidikan amat erat hubungkaitnya dengan bentuk perhubungan yang
dijalinkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dengan masyarakat setempat.

6. 6 7. FUNGSI PEJABAT 7.1 Secara umumnya, fungsi Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap adalah
seperti berikut: 7.1.1 Memastikan kanak-kanak mendapat tempat belajar mengikut umur yang
ditetapkan dengan bekalan staf yang mencukupi. 7.1.2 Meningkatkan prestasi kurikulum dan
kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan di samping memperkembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 7.1.3 Memastikan segala
keperluan asas prasarana pendidikan disediakan dengan sempurna. 7.1.4 Memastikan semua urusan
peperiksaan dan penilaian dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah. 7.1.5 Memastikan segala
aduan kepada atau mengenai PPD, PPD, Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan sekolah diberi jawapan dalam
tempoh satu minggu dari tarikh penerimaan. 7.1.6 Memproses sebarang permohonan dan tuntutan
pelanggan dalam masa dua minggu. Pencalonan ke jawatan kenaikan pangkat dilaksanakan satu bulan
sebelum kekosongan.

7. 7 7.1.7 Memastikan pejabat sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan. 7.1.8 Sentiasa
bersedia dan sanggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi
mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik. 8. OBJEKTIF LATIHAN 8.1.
Latihan adalah diperlukan untuk membentuk sumber manusia di SJK(T) Darulaman yang berprestasi
tinggi dan cemerlang bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan. Sehubungan dengan itu,
SJK(T) Darulaman telah menggariskan beberapa objektif latihan sebagaimana berikut: i) menyediakan
anggota perkhidmatan yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi; ii) mencapai hasil kerja
yang berkualiti/ bermutu tinggi; iii) meningkatkan kompetensi dan produktiviti; iv) membentuk nilai-nilai
murni dan sikap positif; v) mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added)

8. 8 vi) menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya anggota perkhidmatan. 9. STRATEGI LATIHAN 9.1
Strategi latihan adalah seperti berikut: 9.1.1 Mengenalpasti kepeluan latihan dengan menjalankan
analisis keperluan latihan (Training Needs Analysis / TNA) 9.1.2 Memberi keutamaan kepada program-
program latihan yang memberi kesan secara langsung ke atas output atau produktiviti anggota. 9.1.3
Memberi peluang anggota mendapatkan atau memilih latihan / kursus yang dianjurkan oleh pihak luar;
dan 9.1.4 Membuat penilaian ke atas program-program latihan / kursus yang dijalankan (dalaman atau
luar). 10. PELAKSANAAN LATIHAN 10.1 Analisis Keperluan Latihan (TNA) 10.1.1 Keperluan latihan boleh
dibahagikan kepada lima peringkat iaitu: a. Peringkat Awal Penempatan (Tahap Pendedahan
Kompetensi); b. Peringkat Asas (Tahap Penerapan Kompetensi); c. Peringkat Pertengahan (Tahap
Pembangunan dan Peningkatan Kompetensi);
9. 9 d. Peringkat Lanjutan (Tahap Pengukuhan Kompetensi; dan e. Peringkat Peralihan (Tahap Peralihan
Kerjaya) 10.1.2 Bidang-bidang Kursus a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional (DGA32-DG54) i.
Kepimpinan dan pengurusan; ii. Pengurusan Kewangan iii. Kemahiran Komunikasi iv. Teknologi
Maklumat; v. Team Building dan Kecergasan vi. Pengurusan Stress. vii. Keselamatan Perlindungan viii.
Pengurusan Integriti b. Kumpulan Pelaksana(Gred 1-27) i. Motivasi Diri ii. Pengurusan Kewangan; iii.
Kemahiran Komunikasi iv. Teknologi Maklumat v. Team Building dan Kecergasan. vi. Pengurusan Aset vii.
Pengurusan Stress viii. Keselamatan Perlindungan

10. 10 ix. Pengurusan Integriti Pemilihan / penetapan kursus yang sebenarnya adalah berasaskan kepada
Borang Matrik Kompetens/TNA Pegawai dan Staf Sokongan (MS ISO 9001:2008) yang diedarkan pada
awal tahun. 10.2 Metodologi Latihan. 10.2.1 Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang
selaras dengan program pembangunan modal insan iaitu secara: a. Anjuran KPM / anjuran bersama
dengan agensi lain akan dibuat dengan menggunakan pendekatan: i) kuliah termasuk ceramah
(classroom method); ii) seminar / bengkel; iii) lawatan sambil belajar; iv) program sangkutan; b.
Penyertaan program kursus, latihan, seminar, bengkel anjuran agensi kerajaan yang lain; dan c. Program
yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta. 10.3 Tempoh Kursus 10.3.1 Anjuran SJK(T) Darulaman a.
Bengkel – akan diadakan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa

11. 11 b. Program lawatan dan sangkutan – mengikut kesesuaian tempoh dan waktu yang diperlukan. c.
Wacana ilmu – akan dijalankan setiap minggu dalam perhimpunan minggunan 10.3.2 Anjuran Agensi
Kerajaan Lain dan Swasta Tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak penganjur. 10.4
Tempat Kursus 10.4.1 Kursus / taklimat / latihan yang dianjurkan oleh SJK(T) Darulaman akan diadakan
sama ada di: a) Makmal Sains SJK(T) Darulaman b) Lokasi milik swasta seperti hotel dan lain-lain
Pemilihan tempat kursus adalah mengikut kesesuaian sesuatu program yang dilaksanakan. 10.5
Kumpulan Sasaran 10.5.1 Kumpulan sasaran kursus-kursus yang disediakan mengikut angka adalah
berdasarkan perjawatan seperti berikut: a. Kumpulan Pengurusan & Profesional – 13 orang. b.
Kumpulan Pelaksana - 4 orang.

12. 12 11. PERANCANGAN LATIHAN 11.1 Perancangan Latihan tahunan SJK(T) Darulaman adalah
dikhusus kepada bidang-bidang tertentu sebagai pelengkap kerana pihak induk iaitu Bahagian Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menganjurkan pelbagai kursus bagi pegawai dan
kakitangan sokongan. Disamping itu juga peserta-peserta di hantar untuk mengikuti kursus anjuran PPD,
JPN dan agensi-agensi luar. 11.2 Pelaksanaan Latihan 11.2.1. Program latihan akan dijalankan seperti
berikut: Kumpulan Pegawai dan Staf Sokongan di SJK(T) Darulaman BIDANG KURSUS PELAKSANAAN
DALAM SETAHUN

13. 13 JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN PERSONAL BULAN / LATIHAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL
OGO SEP OKT NOV DEC

14. 14 ANGGARAN KOS PELAKSANAAN LATIHAN PERSONAL PEGAWAI DAN STAF SOKONGAN PPD
PADANG TERAP BIL. PROGRAM / AKTIVITI SECARA PAKEJ BIL PESERTA BIL HARI TEMPAT ANGGARAN OS
21000 ANGGARAN OS 29000 JUSTIFIKASI 1 2 3 4 5 6 JUMLAH
15. 15 12. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN 12.1 Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan
terhadap POL SJK(T) Darulaman hendaklah dilakukan secara berterusan. Kajian semula dan penilaian
suku/ setengah tahunan akan bertindak sebagai asas untuk mengenalpasti masalah secara lebih
mendalam dan kemajuan semasa yang dicapai. Sebarang masalah besar yang dihadapi akan dikaji
dengan teliti memandangkan ia memerlukan satu set tindakan pembetulan yang komprehensif untuk
meningkatkan prestasi dengan sokongan semua agensi di bawah KPM. Perkara-perkara utama untuk
dinilai dan dikawal adalah aspek-aspek berikut: 12.1.1 Peruntukan kewangan yang mencukupi –
berdasarkan keutamaan projek: 12.1.2 Tenaga kerja yang mencukupi – taburan dan pembahagian tugas;
12.1.3 Pembangunan tenaga kerja – sistem berasaskan prestasi bagi penganugerahan, latihan dan
kenaikan pangkat; 12.1.4 Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta mencukupi; 12.1.5
Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.

16. 16 12.2 Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan bagi mengetahui
keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah dijalankan. Antara cara penilaian yang
boleh dilakukan ialah melalui cara-cara berikut: 12.2.1 Temuduga sebelum dan selepas latihan 12.2.2
Soal selidik sebelum dan selepas latihan 12.2.3 Pemerhatian 12.2.4 Penilaian semasa latihan dijalankan
12.2.5 Ujian/ peperiksaan 12.2.6 Menilai hasil kerja selepas latihan; dan 12.2.7 Penilaian prestasi Fungsi
PPSM: a) mengenalpasti dan merancang keperluan latihan sumber manusia b) menimbang dari masa ke
semasa cadangan penambahbaikan dasar latihan sumber manusia c) menimbang program latihan bagi
perkhidmatan perguruan dan perkhidmatan bukan guru

17. 17 ii) Jawatankuasa Latihan dan Kemajuan Staf SJK(T) Darulaman Keanggotaan: Pengerusi : Guru
Besar Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi I : Guru Penolong Kanan
HEM Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan KOKO Ahli-ahli : Guru Akademik Biasa Pembantu Tadbir
Pembantu Operasi Urus Setia : Setiausaha LDP Fungsi JLKS: Bertanggungjawab terhadap latihan bagi
pegawai perkhidmatan pendidikan, pegawai perkhidmatan gunasama/ bukan guru serta kumpulan
sokongan 13. ANGGARAN BELANJAWAN 13.1 DISEDIAKAN OLEH:

You might also like