You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.
Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang
seimbang, senaman yang konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu


Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta
masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari
seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting
bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar,
guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran
kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.
1.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi


meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan


dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan
rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala
sosial seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan


masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan


menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.

• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar


walau di mana mereka berada.

• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,

• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-
anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.
2.0 Cadangan Carta Organisasi

2.1 AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENASIHAT
SAGILAH A/P KRISHNAN
GURU BESAR

PENGERUSI
LOGESWARI A/P KRISHNAN KUTTY
GURU PENOLONG KANAN HEM

SETIAUSAHA
TAMILARRASI A/P RAJAMONEY
GURU KESIHATAN

BENDAHARI
UMAH PREYAH A/P PALANIAPPAN

SUMATHI A/P RAJANHRAN


YUNITHERA A/P RAJENDRAN
YOGANANTHARAJ A/L RENGANATHAN
VASUGI A/P SHAMUGAN
2.2 AJK PELAKSANA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENAS1HAT
SAGILAH A/P KRISHNAN
GURU BESAR

PENASIHAT
SAGILAH A/P KRISHNAN
GURU BESAR

PENGERUSI
LOGESWARI A/P KRISHNAN KUTTY
GURU PENOLONG KANAN HEM

SETIAUSAHA
TAMILARRASI A/P RAJAMONEY
GURU KESIHATAN

BENDAHARI
UMAH PREYAH A/P PALANIAPPAN

SUMATHI A/P RAJANHRAN


YUNITHERA A/P RAJENDRAN
YOGANANTHARAJ A/L RENGANATHAN
VASUGI A/P SHAMUGAN
3.0 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan selama 5 hari berturut-turut pada 31 hb Jun hingga 1 hb
Julai 2019.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program Jom Hidup Sihat:

3.1 Tentatif Program

Hari Masa Acara Sasaran Lokasi


Ahad 7.30-8.00 Pelancaran Program Semua murid Tapak
Jom Hidup Sihat Perhimpunan

Isnin 10.30-11.00 Pameran Kesihatan dan Semua murid Dewan Sekolah


Anti Rokok.Ceramah
dan Sidang video Anti
Rokok.
Selasa Kuiz Kesihatan Semua murid. Dewan Sekolah
10.30-
11.00

Ahad - Masa PSV Pertandingan Melukis Murid thn 1, 2 dan 3 Kelas


Khamis dan Mewarna
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN JUMLAH

1. PERTANDINGAN KUIZ
RM 10.00
PERTAMA : RM 5.00
KEDUA : RM 3.00
KETIGA : RM 2.00

2. PERTANDINGAN MEWARNA
PERTAMA : RM 5.00
RM 10.00
KEDUA : RM 3.00
KETIGA : RM 2.00

3. PERASMIAN : RM20.00 RM 20.00

RM 40.00

PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Jom Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran
untuk mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh,
Tarikh: 19 Mac 2019
……………………………..........…
(TAMILARRASI A/P RAJAMONEY)
GURU KESIHATAN

Disemak oleh, Tarikh:


…………………………………........
(UMAH PREYAH A/P PALANIAPPAN)
GURU PENOLONG KANAN HEM
Disahkan oleh,
………………………………………...
Tarikh:
(SAGILAH A/P KRISHNAN)
GURU BESAR

You might also like