You are on page 1of 7

Tajuk:

Daya dan pekali geseran statik

Tujuan:

Untuk mengukur pekali geseran statik antara tiga permukaan bahan yang berbeza secara
lerengan dan mengukur kecondongan.

Hipotesis :

Permukaan kasar seperti kertas pasir akan mempunyai pekali geseran static yang tinggi
berbanding permukaan kertas dan permukaan cermin mempunyai pekali geseran yang lebih
rendah berbanding permukaan kertas.

Pembolehubah :

1) Dimanipulasi :Jenis Landasan.


2) Bergerak balas :Sudut papan landasan, ketinggian papan landasan.
3) Dimalarkan :Berat objek digunakan.

Operasi Secara Definisi :

Pekali geseran dengan mengambil sudut satah semasa objek mula bergereak menuruni
landasan.

Peralatan :

o Pembaris meter
o Jangka sudut
o Kertas
o Cermin
o “Power Bank”
o Papan kayu satah
o Kertas pasir
o Alat penimbang.

1
Teori :

Geseran adalah daya reaktif iaitu tindak balas kepada daya yang dikenaan oleh suatu
jasad yang menghalang gerakan tersebut (Zaidi Mohd Ripin, 2016). Daya geseran merupakan
daya yang menentang pergerakan relatif dua permukaan yang bersentuhan. Geseran statik
adalah geseran antara dua objek yang tidak bergerak kepada satu sama lain. Sebagai contoh,
geseran statik dapat mencegah sesuatu objek daripada tergelincir ke bawah sesuatu
permukaan. Apabila sesuatu objek dalam keadaan pegun, geseran statik, F akan
menyeimbangkan daya yang dikenakan, F’

Rajah 1: Geseran statik

Pekali geseran statik, dikenali sebagai µS kebiasaannya adalah lebih tinggi


berbanding pekali geseran kinetik, µK. Pekali geseran statik, µS bergantung kepada sifat dua
permukaan bersentuhan dan bebas daripada kawasan permukaan yang bersentuhan. Daya
geseran statik bergantung kepada pekali geseran statik bagi dua permukaan sesuatu bahan.
Semakin besar pekali geseran antara dua permukaan, semakin besar daya geseran statik
yang terhasil. Formula yang digunakan adalah :

Daya geseran Statik, 𝑓𝑠 = 𝜇𝑠 𝑁

Fs = Daya geseran statik antara dua pemukaan bahan

𝜇𝑠 = Pekali geseran statik antara dua pemukaan bahan

N = Daya Normal

2
Gamba Rajah:

Prosedur

1. Objek yang digunakan dalam eksperimen bagi menentukan pekali geseran ini
adalah “Power Bank”.
2. Catat berat objek tersebut dengan menggunakan alat penimbang.
3. Sekeping papan kayu satah telah diletakkan secara melintang pada sebuah
permukaan yang rata.
4. Kaca diletakkan di atas permukaan papan kayu satah
5. “Power bank” diletakkan di hujung papan di atas permukaan kaca iaitu pada jarak
yang telah ditetapkan pada 0.45m daripada hujung papan kayu satah yang
berlawanan.
6. Hujung papan kayu satah tersebut kemudiannya telah diangkat dan dicondongkan
secara perlahan lahan sehingga objek mula bergerak.
7. Apabila objek mula bergerak, ketinggian papan dengan permukaan dikekalkan dan
telah dicatat.
8. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak tiga kali untuk mengambil bacaan purata
bagi setiap ukuran yang dilakukan.
9. Seterusnya, langkah eksperimen 1 hingga 5 diulang dengan menggantikan
permukaan dengan kertas dan kertas pasir di atas papan condong.
10. Catatkan data dalam jadual yang telah disediakan.

3
Data

Jadual 1: Dapatan Data Eksperimen

Jenis Landasan Berat/kg Sudut, o (a) b = (180o- 90o- Ketinggian, h (cm)


1 2 3 P a), o 1 2 3 P
Kaca 0.419 70 68 66 68 22 33 35 36 34
Kertas Pasir 0.419 46 53 49 49 41 54 48 51 51
Kertas 0.419 65 68 65 66 24 39 34 35 36

Analisis Data:

Fs = fsmax = µsN
Fs ialah daya geseran maksimum
N ialah daya tindak balas normal
µ ialah pekali geseran statik

Mengikut Hukum Newton Kedua:

Paksi-X Paksi-Y
∑Fx = ma ∑Fy = ma
V=0 ms-1 V= 0 ms-1
Maka, Maka,
∑F = m(0) ∑Fy = m(0)
=0 =0

W sin b° - Fs = 0 R- W cos b° = 0

W sin b° = µs N N = W cos b°

Ganti 2 ke dalam 1

W sin b° = µs W cos b°
sin b°
µs =
cos b°
= tan b°

4
Permukaan Keputusan Pekali Geseran
Kaca b° = 22o
µs = tan b°
= tan 22°
= 0.40

Kertas b° = 22o
µs = tan b°
= tan 24°
= 0.45
Kertas Pasir b° = 41o
µs = tan b°
= tan 41°
= 0.87

Perbincangan

Untuk menggerakkan objek “power bank” daya perlu lebih besar daripada geseran
statik. Daya F dikenakan terhadap objek dan daya geseran Fs juga telah menyebabkan daya
seimbang dikenakan. Daya geseran adalah arah berbeza berbanding daya yang dikenakan
terhadap objek. Jika daya yang dikenakan kepada objek, F bertambah tetapi objek masih tidak
bergerak. Hal ini menunjukkan pekali geseran statik masih tinggi atau sama dengan daya
yang dikenakan. Geseran statik bergntung kepada jenis permukaan bersentuhan dan tidak
dipengaruhi oleh luas permukaan bersentuhan (Zainal Abiddin Sulaiman & Sidek Aziz, 1994)
Sebelum berlaku geseran antara dua permukaan, kedua-dua permukaan mengalami daya
geseran statik yang maksimum antara permukaan. Apabila satah dicondongkan, bongkah
akan mula bergerak jika daya yang dikenakan sama atau melebihi daya geseran maksimum.
(F≥fs)

5
Geseran adalah merupakan daya yang bertindak ke atas objek di mana daya cuba
menahan dan melambatkan objek tergelincir dengan permukaan bersentuhan dengannya.
Geseran dapat diperhatikan melalui permukaan bawah objek “Power Bank” dan permukaan
bersentuhan dengan objek tersebut seperti kertas, kertas pasir dan cermin. Dalam
pemerhatian menunjukkan jenis landasan akan memberikan keputusan yang berbeza.

Jadual 2: Keputusan Pekali Geseran Statik Mengikut Permukaan

Permukaan Kaca Kertas Kertas Pasir

Pekali Geseran
0.40 0.45 0.86
Statik, µs

Nilai µs adalah pekali geseran statik yang bergantung kepada dua permukaan yang
bersentuhan. Jika nilai µs adalah tinggi maka daya geseran suatu permukaan juga semakin
tinggi. Hal ini dapat disimpulkan melalui jadual keputusan dua. NIlai pekali geseran statik
geseran paling sedikit adalah kaca dengan nilai pekali geseran; 0.40. Diikuti oleh kertas
dengan nilai; 0.45 dan akhir sekali adalah permukaan kertas pasir iaitu; 0.86. Hal ini
menunjukkan permukaan kaca mempunyai daya geseran yang lebih rendah manakala
kertas pasir mempunyai daya geseran tertinggi. Menurut Audrey dan Ling (2008) Semakin
kasar permukaan, semakin besar magnitud daya geseran.

Penambahbaikan.

Ralat berlaku juga disebabkan mata yang tidak berserenjang dengan skala pada alat
pengukur bagi mendapatkan nilai yang tepat. Oleh yang demikian, nilai sukar diukur secara
tepat. Hal ini dapat di atasi dengan melakukan dengan mengambil dapatan sekurang-
kurangnya 3 kali untuk mendapatkan purata nilai yang tepat.

Kesimpulan

6
Daya geseran statik dipengaruhi oleh pekali geseran. Semakin tinggi pekali geseran,
semakin tinggi daya geseran statik yang terhasil. Maka, semakin sukar untuk sesuatu objek
bergerak melalui sesuatu permukaan.

References

Audrey M. A. L., & Ling L. S. (2008). PMR Bilingual SCIENCE. Shah Alam: KHL Printing Co.
Sdn. Bhd.

Zainal Abiddin Sulaiman, Sidek Aziz (1994). Prinsip Asas fizik mekanik. Selangor : Universiti
pertanian Malaysia

You might also like