You are on page 1of 4

Amalan Malam Awal Bulan Rajab

Sebahagian ulamā menyatakan bahawa bulan Rajab merupakan


bulan untuk memperbanvakkan istighfār, manakala Sya‘abān ialah
bulan memperbanyakkan şalawat ke atas Nabi n, dan bulan Ramadhān
pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan al-Qurān.
Di dalam kitab al-Umm,
، ‫ إن ا��ﺎء �ﺴ�ﺘ�ﺎب ﰲ ﲬﺲ ﻟﻴﺎل ﰲ ﻟﻴ� اﶺﻌﺔ‬: ‫ وﺑﻠﻐﻨﺎ ٔأﻧﻪ ﰷن ﻳﻘﺎل‬: ‫ﻗﺎل اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬
‫ وﻟﻴ� اﻟﻨﺼﻒ ﻣﻦ ﺷﻌﺒﺎن‬، ‫ و ٔأول ﻟﻴ� ﻣﻦ رﺟﺐ‬، ‫ وﻟﻴ� اﻟﻔﻄﺮ‬، ‫وﻟﻴ� ا ٔ�ﲵﻰ‬
Berkata Imam asy-Syāfi’iy :
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: “Sesungguhnya doa
dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Juma‘at, malam Hari
Raya Adha, malam Hari Raya ‘Idil Fiţri, malam pertama di bulan
Rajab dan malam nişfu Sya‘bān.”

. ‫ و ٔأ� ٔأﺳ�ﺘﺤﺐ ﰻ ﻣﺎ ﺣﻜيﺖ ﰲ ﻫﺬﻩ الﻠﻴﺎﱄ ﻣﻦ �ﲑ ٔأن �ﻜﻮن ﻓﺮﺿﺎ‬: ‫ﻗﺎل اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬
Berkata Imam asy-Syafi‘iy :
Saya menyukai setiap apa yang saya ceritakan pada malam-
malam ini dengan tidak sampai menganggapnya sebagai amalan
yang fardhu.”
Di antara doā yang digalakkan supaya dibaca pada bulan Rajab
ialah doā yang diriwayat daripada Anas z bahawa Rasulullāh
n akan membaca doa berikut apabila Bulan Rajab akan
bermula:

َ ‫َال ٰﻠ ّﻬُ �ﻢ َ� ِركْ ﻟَﻨ َﺎ ِ ْﰲ َر َﺟ َﺐ َو َﺷ ْﻌ‬


‫ﺒﺎن َوﺑ َ ِﻠ ّ ْﻐﻨَﺎ َر َﻣﻀَ َﺎن‬
“Ya Allāh! Berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya‘bān,
serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan
Ramadhān.”
(Syu‘abul-Imān, hadith: 3534, Ibnu Sunni, hadith: 660, Mukhtasar
Zawāid al-Bazzār, hadith: 662, lihat juga al-Azdkār, hadith: 549)
1
Doā Sayyiduna ‘Ali z
Sesungguhnya Sayviduna Ali z meluangkan masanya untuk beribadah pada
empat malam dalam setahun iaitu pada malam awal bulan Rajab, malam Nişu
Sya‘bān, malam ‘Idul Fitri dan malam ‘Idul Adha. Di antara doanya pada malam-
malam tersebut ialah:

“Ya Allāh! Cucurilah Solawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang
merupakan lampu-lampu hikmah, penjaga nikmat dan galian yang
terpelihara. Peliharalah daku dengan keberkatan mereka, dari setiap
kejahatan. Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika aku berada dalam
kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku
dengan kerugian dan penyesalan. Redhailah aku kerana sesungguhnya
keampunanMu adalah untuk orang-orang yang zalim dan aku termasuk dari
kalangan orang- orang yang melakukan kezaliman.
Ya Allāh! Ampunilah aku kerana keampunan-Mu itu tidaklah
memudharatkan-Mu, dan kurniakanlah kepadaku dengan sesuatu yang tidak
memanfaatkan-Mu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang
luas dan hikmah yang luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaku kelapangan,
keamanan, kesihatan, kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan.
Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-wali-Mu.
Kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaati-Mu) dan janganlah
Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan. Ratakanlah kurniaan
yang sedemikian ke atas keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku
dari kalangan kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan juga Mukminat”.

2
Doā Syeikh ‘Abdul Qadīr al-Jaylanī
Telah berkata Sayyid al-Qutb al-Rabbani Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jaylani,
di dalam kitabnya al-Ghunyah, bahawa di antara doa yang dituntut untuk
diamalkan pada awal bulan Rejab ialah:

“Tuhanku! Orang-orang yang berdoa telah memanjatkan doanya


kepada-Mu pada malam ini. Begitu juga orang-orang yang menuju
kepada keredhaan-Mu telah menuju kepada-Mu dan orang yang
menuntut-Mu telah mengharap kurniaan dan kebaikan-Mu. Dan bagi-
Mu pada malam ini, pemberian-pemberian, ganjaran- ganjaran, hadiah-
hadiah dan anugerah-anugerah yang Engkau kurniakan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki dari kalangan hambaMu, dan Engkau
menahannya kepada mereka yang tidak mendapat inayah daripada-Mu.
Aku pula adalah hamba-Mu yang amat berharap kepada-Mu; yang
menginginkan kurniaan dan kebaikan-Mu.
Sekiranya Engkau wahai Tuhanku, pada malam ini mengurniakan
kurniaan-Mu kepada seseorang dari makhluk-Mu, dan Engkau berlaku
pemurah kepadanya dengan bantuan dari Kelembutan-Mu, maka
cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad n , keluarganya dan sahabat-
sahabatnya, dan kurniakanlah kepadaku pemberian dan kebaikan-Mu,
wahai Tuhan pemilik sekalian alam!”
(Sayyid al-Quţb al-Rabbānī, Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jaylani berkata di dalam kitabnya
al-Ghunyah li-Ţālibi Ţarīq al-Haqq ‘Azza wa-Jalla 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awa bulan Rajab. Rujuk
juga Bada’i al-Źuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Faţţani, 2/65 dan Tuhfah al-Awtan wa al-
Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa‘id bin Jamaluddīn al-Linggi, ms. 67-69)

3
Wahab ibn Munabbih z berkata: “Aku telah membaca di
dalam kitab-kitab Allāh yang diturunkan menyatakan:
Sesiapa yang beristighfar kepada Allāh Ta‘āla dalam bulan Rajab, pada
waktu pagi dan petang dengan mengangkat kedua belah tangannya, lalu
setelah itu ia berdoa sebanyak 70 kali, maka ia tidak akan disentuh oleh
api neraka:

“Ya Allāh! Ampunilah dosaku dan rahmatilah daku serta


terimalah taubatku.”

You might also like