You are on page 1of 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), tolak ansur bermaksud saling memberi dan

menerima. Sikap ini lahir dalam diri setiap individu untuk mengawal diri dan tingkah laku masing-masing.
Kita tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain,
keluarga, masyarakat dan negara. Maksud bertolak-ansur ialah tidak hanya mementingkan atau
menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata,baik dalam mengadapi apa jua masalah kehidupan,
tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan. Dengan perkataan lagi,tidak terlalu mengira apabila
berbuat baik sesama orang lain.

Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat
dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak
ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Bagi mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara, setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan amalan bertolak ansur dalam
kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap bertolak ansur dalam diri masyarakat di
Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni

Orang yang tidak mahu bertolak-ansur, tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Sejarah
membuktikan Melayu adalah kaum yang begitu bertolak ansur di dunia. Contohnya, menerusi prinsip jus
soli, dikatakan kira-kira 980,000 orang bukan Melayu (tidak berkerakyatan atau stateless persons)
diberikan kerakyatan percuma oleh kerajaan.

Sebagai balasannya, kaum-kaum lain diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini serta menyetujui Islam dijadikan agama rasmi negara. Dan
menerima beberapa hak istimewa Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Ini memang disedari kaum-kaum bukan Melayu. Kerana itulah apabila orang Melayu bangkit
menentang gagasan atau muslihat Malayan Union antara 1946 hingga 1948), kaum-kaum lain tidak
menyokong atau tidak ikut menentangnya. Mereka anggap Malayan Union itu masalah antara Melayu,
kerajaannya serta raja-raja Melayu dengan kerajaan British.

Tetapi oleh kerana salah satu isu yang dibangkitkan oleh pihak British ialah isu perpaduan kaum
setelah pihak British meninggalkan Tanah Melayu (seolah-olah semasa British memerintah negara waktu
itu, kaum-kaum itu bersatu padu) maka orang Melayu dan pemimpin kaum-kaum lain bersetujulah
mencari ‘formula’nya.

Dari situlah timbulnya semangat tolak ansur tadi dan sebahagian dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid. Anggota suruhanjaya semuanya orang
luar, dari England, dari India, Pakistan dan Australia.

Selain daripada yang diperlembagaankan itu, terdapat pula tolak ansur lain. Misalnya, kuasa
politik dan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dikongsi oleh orang Melayu dengan
orang bukan Melayu. Maka dibentuklah Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang memerintah negara ini dari
1957 hinggalah 9 Mei 2018.

Bertolak ansur sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap orang perlu ada sikap
bertolak ansur kerana ianya melatih diri kita agar sabar dan mengawal diri apabila berlakunya konflik yang
boleh menjejaskan diri seseorang. . Kita perlu mengenai dan menghayati nilai tolak ansur kepelbagaian
agama, budaya dan amalan hidup dalam kalangan anak seawal usia mereka lagi. Kita secara bersama
memainkan peranan tanpa prasangka.

You might also like