You are on page 1of 10

2.

B) Mengkaji Fungi

Tujuan:

Mengkaji Morfologi Fungi

Objektif:

1. Mengenal pasti dan membincangkan morfologi fungi yang diperhatikan

2. Mengelaskan fungi berdasarkan ciri morfologi yang telah dibincangkan.

3. Mengenal pasti penamaan fungi berdasarkan ciri morfologi menggunakan


kekunci dikotomi.

Teori:

Terdapat lebih kurang 80000 hingga 120000 spesis fungi yang dapat
dikenalpasti namu begitu dianggarkan teradapat 1.5 milion spesis (Kirk et al., 2001).
Fungi boleh dikategorikan kepada empat jenis utama iaitu Zygomycota, Ascomcota,
Basidiomycota dan Lichen.

Fungi mempunyai chitin pada dinding sel yang membezakannya dengan alam
Protista, tumbuhan dan haiwan. Fungi boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri morfologinya
iaitu dari aspek jenis akar, warna dan bentuk.

Radas dan bahan:

1. Kanta pembesar

2. Penyepit

3. Mosaic

4. Fungi yang telah dikumpulkan


Prosedur:

1. 10 jenis fungi yang berbeza-beza dikumpulkan.

2. Foto setiap fungi di habitat asalnya diambil.

3. Ciri-ciri morfologi setiap fungi yang telah dikumpul diperhatikan dari segi jenis
akar, warna dan bentuk.

4. Keputusan direkodkan.

5. Penamaan setiap fungi ditentukan berdasarkan kekunci dikotomi.

6. Keratan rentas setiap fungi dilukis dan dilabel.

Pemerhatian dan Lukisan:

Jadual 1: Pemerhatian ciri-ciri Morfologi fungi yang telah dikumpul.

Bil. Foto Fungi Bentuk Warna Akar Filum


1.  Berbentuk Tidak Mempunyai Basidiomycota
seperti kerang berwarna akar
dan
permukaa
n
belakang
berwarna
coklat
2.  Berbentuk Berwarna Mempunyai Ascomycota
bulat dan rata coklat akar
seperti
mangkuk
 Mempunyai
ascus
3.  Bentuk badan Berwarna Mempunyai Zygomycota
yang hijau akar
bercabang
dan
berfilamen.
 Berbentuk
sfera

4.  Berbentuk Berwarna Tidak Lichens


seperti hijau mempunyai
tumbuhan akar
 Berbentuk
seperti struktur
daun
5.  Berbentuk Berwarna Mempunyai Basidiomycota
seperti perang akar
mangkuk

6.  Mempunyai Tidak Mempunyai Basidiomycota


pileus yang berwarna akar
berbentuk dan akar
seperti topi berwarna
bulat oren
 Mempunyai
stip (tangkai)
 Diameter
pileus kecil
7.  Mempunyai Tidak Mempunyai Basidiomycota
pileus yang berwarna akar
berbentuk
seperti topi
bulat.
 Mempunyai
stip (tangkai)
 Mempunyai
insang
berjejari di
bawah
permukaan
pileus.
 Diameter
pileus besar
8.  Berbentuk Berwarna Tidak Lichens
seperti jingga mempunyai
tumbuhan akar
 Berbentuk
seperti struktur
daun
9. Berbentuk Berwarna Mempunyai Basidiomycota
seperti payung. oren akar

10.  Mempunyai Berwarna Mempunyai Basidiomycota


pileus yang coklat akar
berbentuk
seperti topi
bulat
 Mempunyai
stip (tangkai)
 Diameter
pileus kecil
Perbincangan:

Phylum: Zygomycota

Menurut Ching L.S. et.al (2011), zygomysit lebih dikenali sebagai fungi
sporangium atau kulat. Fungsi struktur sporangium adalah untuk pembiakan dimana
zygomytosit menjalankan pembiakan aseksual dan menghasilkan sporangiospora.
Pembentukan zygosporangium merupakan ciri-ciri utama fungi di dalam phylum ini
(John.W, 2010). Berdasarkan pemerhatian terhadap fungi yang telah dikumpulkan,
fungi bil. 3 dapat dikenalpasti sebagai salah satu fungi zygomytosit. Fungi ini dijumpai
pada roti dan dapat ditentukan bahawa ianya ialah Kulat roti atau Rhizopus. Apabila
kulat ini dilihat dibawah mikroskop cahaya, bentuk yang dapat dilihat ialah bentuk
badan yang bercabang dan berfilamen dan mempunyai bentuk sfera pada hujung
hyphae. Struktur yang berbentuk sfera tersebut merupakan kantung zygosporangium
yang mengandungi zygospore. Kulat ini juga mempunyai akar iaitu mycelium yang
akan membentuk sporangium selepas berlaku pembiakan seksual antara mycelium
induk dengan induk lain (John W. 2010). Jadual 2 menunjukkan taksonomi Rhizopus.

Jadual 2: Taksonomi Rhizopus

Domain Eukaryota
Kingdom Fungi
Phylum Zygomycota
Order Mucorales
Family Mucoraceae
Genus Rhizopus

Phylum: Ascomycota

Menurut Ching L.S. et.al (2011), Ascomysit juga dikenal sebagai fungi kantung
dan mempunyai hyphae yang dipisahkan oleh septate. Ascomysit membiak melalui
pembiakan seksual dan aseksual. Pembiakan seksual berlaku antara kantung kecil
iaitu ascus dan ascus di dalam ascocarp (John .W, 2010). Fungi yang mempunyai
ascocarp selalunya berbentuk mangkuk. Bedasarkan pemerhatian terhadap fungsi
yang dikumpulkan, fungi bil.2 menunjukkan ciri-ciri morfologi fungi phylum
Ascomycota. Fungi ini mempunyai bentuk mangkuk dan paling ketara dan
mempunyai lohong ascus yang dapat dilihat dengan jelas pada permukaan atasnya.
Fungi ini juga mempunyai akar iaitu Mycorrhizas yang menepati ciri-ciri heterotroph
fungi dan sebagai agen penguruaian. Walaupun, fungi bil. 2 berbentuk mangkuk,
namun fungi bil.5 dikategorikan di bawah phylum basidiomycota kerana ia tidak
mempunyai ascus atau conidiophore.

Lichen

Lichen merupakan fungi di bawah Phylum Acsomycota. Menurut Ching L.S.


et.al (2011), Lumut kerak atau Lichen terdiri daripada dua organisma yang
bersimbiosis, iaitu dari Ascomycota dan Basidiomycota dengan alga biru atau alga
hijau (cyanobacteria). Habitat lumut kerak biasanya pada pokok dan batu. Sebagai
pelopor kehidupan, lumut kerak dapat tumbuh pada permukaan tempat tumbuhan lain
tidak dapat hidup. Berdasarkan pemerhatian terhadap fungi yang telah dikumpulakan,
fungi bil.4 dan bil. 8 menunjukkan ciri-ciri morfologi yang paling sama dengan fungi
phylum Lichen iaitu tiada akar dan mempunyai struktur seperti tumbuhan. Malah,
dapat ditentukan bahawa jenis Lichen yang bewarna jingga dan tumbuh di atas batu
ialah genus Caloplaca sama seperti fungi bil.8 yang dijumpai. Jadual 3 menunjukkan
taksonomi Caloplaca.

Jadual 3: Taksonomi Caloplaca

Domain Eukaryota
Kingdom Fungi
Phylum Ascomycota
Order Teloschistales
Family Teloschitaceae
Genus Caloplaca

Fungi bil. 4 dapat dikenalpasti sebagai Flavoparmelia genus iaitu lichen hijau yang
selalu dijumpai. Hal ini kerana fungi bil.4 menunjukkan ciri-ciri yang sama iaitu
bewarna hijau, permukaan berkedut, tidak berakar dan habitatnya pada kulit pokok.
Jadual 4 menunjukkan taksonomi Flavoparmelia genus.

Jadual 4: Taksonomi Flavoparmelia genus.

Domain Eukaryota
Kingdom Fungi
Phylum Ascomycota
Order Lecanoromycetes
Family Parmeliaceae
Genus Flavoparmelia.

Phylum: Basidiomycota

Menurut Ching L.S. et.al (2011), Basidiosit juga dikenali sebagai Club fungi
kerana mempunyai struktur pembiakan berbentuk paying. Fungi yang selalu
dikategorikan di dalam phylum ini ialah cendawan. Pembiakan Basidiosit berlaku
secara seksual dimana berlaku pembentukan basidiospore di bawah ‘payung’ iaitu
pileus cendawan tersebut (John .W, 2010). Berdasarkan pemerhatian terhadap fungi
yang telah dikumpulkan, fungi yang menunjukkan ciri-ciri morfologi phylum
Basidiomycota ialah fungi bil. 1, 5, 6, 7, 9 dan bil.10. Kelima-lima fungi ini boleh
dikategorikan sebagai cendawan basidio kerana mempunyai struktur berbentuk
paying iaitu pileus. Malah, jika dilihat dibawah pileus kelima-lima cendawan ini,
terdapat struktur seperti insang yang menyimpan basidiospora. Namun begitu,
walaupun fungi bil.5 mempunyai bentuk mangkuk, ia masih diklasifikasikan di bawah
phylum Basidiomycota kerana fungi ini mempunyai insang yang mengandungi
basidiospora. Fungi bil.5 dapat dikenalpasti sebagai Ganoderma genus iaitu sejenis
fungi brakets. Hal ini kerana ia menunjukkan ciri-ciri yang sesuai seperti berbentuk
manngkuk, bewarna perang, plileus berkayu dan habitatnya pada kayu pokok (Kirk
P.M., 2008). Jadual 4 menunjukkan taksonomi Ganoderma genus.

Domain Eukaryota
Kingdom Fungi
Phylum Basidiomycota
Order Polyporales
Family Ganodermataceae
Genus Ganoderma

Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, Fungi dibahagikan kepada 3 Phylum iaitu


Zygomycota, Ascomycota dan Basidiomycota. Phylum yang pertama iaitu
Zygomycota yang dapat dikenalpasti dengan kehadiran struktur sporangia yang
berbentuk sfera pada hujung hifa. Seterusya, phylum yang kedua iaitu Ascomycota
yang boleh ditentukan dengan kehadiran ascocarp yang berbentuk mangkuk atau
struktur conidiophore. Akhir sekali, phylum Basidiomycota yang dapat dikenali dengan
struktur pileus seperti paying yang ada pada kebanyakan cendawan.

Soalan Perbincangan:

1. Huraikan tentang kepelbagaian fungi.

Fungsi dibahagikan kepada empat phylum iaitu Zygomycota, Ascomcota,


Basidiomycota dan Lichen.

Pertama sekali, Zygomycota atau kulat biasa. Fungi ini mempunyai struktur
sporia di hujung hyphae nya yang menghasilkan spora. Contoh, fungi di dalam
phylum ini ialah kulat roti dan Peronospore.

Seterusnya, Ascomycota atau Fungi kantung. Fungi ini mempunyai struktur


seperti kantung yang menghasilkan spora. Contoh fungi dalam phyum ini ialah Yis
dan Penicillium.

Phylum Basidiomycota atau Club fungi. Fungi ini mempunyai struktur yang
menyerupai ‘club’ atau kayu pemukul dipanggil basidium. Struktur tersebut
menghasilkan hampir 1 bilion spora. Terdapat sesetengah fungi dalam phylum ini
boleh dimakan. Contoh fungi ialah Puffballs dan Cendawan tiram.

Akhir sekali, fungi Lichen. Fungi ini merupakan gabungan dua organisma iaitu
fungi dan algae hijau atau cyanobacteria. Fungi merupakan fizikal dominan Lichen
yang membolehkan Lichen dikategorikan sebagai fungi.

2. Berdasarkan ciri-ciri morfologi yang diperhatikan, bina kekunci dikotomi


untuk mengelaskan tumbuhan yang dikumpul.
3. Terangkan kitar hidup fungi berbantukan rajah.

You might also like