You are on page 1of 11

TUGASAN 2

AMALI 4: PERGERAKAN BULAN

PENGENALAN

Bumi bukan sahaja mempunyai satelit tiruan seperti satelit malahan bumi juga
mempunyai satelit semula jadi iaitu bulan (Tan, 2016). Jadi, satelit ialah apa-apa sahaja objek
yang beredar mengelilingi dan mengorbit bumi. Maka, bulan ialah salah satu daripada satelit
semula jadi yang paling dekat dengan bumi (Landau, 2008). Bulan dipercayai terbentuk kira-
kira 4.5 billion tahun dahulu iaitu tidak lama selepas pembentukan bumi. Pelbagai teori yang
mengatakan tentang proses kejadian bulan. Isipadu bulan hanyalah 0.012 berbanding jisim
bumi. Di bulan tiada kewujudan udara ataupun air. Oleh itu, tiada hakisan berlaku di bulan
kerana ketiadaan air dan udara serta kawah yang ada pada permukaan bulan yang telah
terbentuk sekian lama masih lagi kekal dan tidak berubah. Ramai yang menganggap bahawa
bulan bersinar dengan sendirinya dan boleh mengeluarkan cahayanya sendiri. Namun, bulan
sebenarnya tidak mengeluarkan cahaya sendiri, tetapi bulan memantukan cahaya yang
tersinar daripada matahari (Wilkins & Dunn, 2006). Oleh sebab itulah kita melihat bulan
bersinar pada waktu malam.

TUJUAN

Untuk mengkaji konsep-konsep yang terlibat dalam fasa bulan serta waktu terbit dan
terbenamnya bulan.

OBJEKTIF

a) Untuk mengetahui perubahan bentuk dan orietasi bulan


b) Untuk mengkaji waktu terbit dan terbenam bulan.
c) Untuk menganalisis azimut yang bergerak semakin ke timur.
d) Untuk mengkaji pemukaan bulan yang sama dilihat setiap kali cerapan dilakukan.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Saya menggunakan pelbagai jenis cara untuk mengumpulkan data. Antaranya, saya
mengumpul data di bahagian gelanggang futsal yang berada di tepi blok siswa pendidik wanita
selama 14 hari pada waktu yang sama. Saya memilih tempat tersebut untuk melakukan
pencerapan kerana gelanggang tersebut merupakan kawasan yang luas dan lapang. Selain
itu, saya juga telah memuat turun aplikasi “Daff Moon” membantu kami mengenal pasti azimut
dan altitud bulan kerana aplikasi ini boleh disetkan mengikut GPS lokasi kita. Saya juga
menggunakan kaedah catatan untuk mengumpul data seperti bentuk-bentuk bulan dan juga
permukaan bulan.
PROSEDUR

a) Tarikh yang sesuai dilakukan aktiviti pencerapan telah ditentukan iaitu pada 2 Mac
2018.
b) Tempat kawasan ramalan telah ditentukan dan ditetapkan sepanjang 2 minggu
tersebut iaitu di gelanggang futsal di tepi kolej siswa pendidik wanita.
c) Masa yang ditetapkan untuk ramalan ditetapkan iaitu pada pukul 4.40 pagi sehingga
6.20 pagi dengan selang masa selama 20 minit.
d) Bulan diperhatikan dari segi fasa, permukaan bulan yang dilimpahi dengan sinaran,
dan bentuk arnab pada bulan.
e) Azimut bulan pada setiap selang masa juga direkodkan menggunakan aplikasi “Daff
Moon” manakala altitud bulan pula direkodkan dengan menghalakan kompas ke arah
bulan
f) Waktu bulan terbit dan terbenam juga direkodkan.
g) Ulangi langkah b sehingga f dari 3 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018.

PEMERHATIAN
Analisis

Jadual 1: Fasa bulan dan permukaan bulan (kepala arnab) pada masa yang sama iaitu
pada 6.00 a.m

2 / 3 / 2018 3 / 3 / 2018 4 / 3 / 2018 5 / 3 / 2018 6 / 3 / 2018


Bulan penuh Bulan hampir Bulan hampir Bulan hampir Bulan hampir
purnama tua purnama tua purnama tua purnama tua

h)

7 / 3 / 2018 8 / 3 / 2018 9 / 3 / 2018 11 / 3 / 2018 12 / 3 / 2018


Bulan hampir Bulan hampir Bulan suku akhir Bulan sabit Bulan sabit
purnama tua purnama tua tua tua

i)

13 / 3 / 2018 14 / 3 / 2018 15 / 3 / 2018


Bulan sabit tua Bulan sabit tua Bulan sabit tua
ANALISIS DATA, INTERPRETASI DATA & PERBINCANGAN

a) Altitud
 Analisis data: (arah peredaran)
Sebuah jadual telah dibina berdasarkan data yang telah dikumpul, pada hari
pertama, 2 Mac 2018 dari pukul 4.40 am hingga 6.20 am. Rekod saya
menunjukkan bahawa pada 2 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018 ini, altitud bulan
semakin menurun.

Jadual 2: Altitud Bulan pada 2 Mac 2018 dari 4.40 am hingga 6.20 am

Masa 4.40 am 5.00 am 5.20 am 5.40 am 6.00 am 6.20 am


Altitud 39.30 34.50 30.40 24.60 20.30 15.40

Graf Altitud melawan Masa


45
39.3
40
34.5
35
30.4
30
24.6
Altitud (º)

25
20.3
20
15.4
15

10

0
Masa

Rajah 1: Graf Altitud Melawan Masa

 Interpretasi data:
Berdasarkan data yang telah dihimpunkan dalam Jadual 1, kita jelas melihat
bahawa nilai altitud bagi kedudukan bulan semakin menurun dari pukul 4.40 am
hingga 6.20 am. Altitud bulan yang semakin menurun menunjukkan bahawa bulan
sudah hendak terbenam dan berdasarkan pemerhatian saya, saya melihat bulan
tersebut berada pada langit barat. Jadi, bulan yang hendak terbit kebiasaannya
dapat dilihat di langit timur manakala bulan yang hendak terbenam dapat dilihat
dilihat di langit barat. Oleh yang demikian, bulan dikatakan terbit di timur dan
terbenam di barat.
Rajah 2: Latitud dan Azimut

 Perbincangan:
Menurut Tan (2016), pada pandangan angkasa atas, ketika Bulan beredar dari
barat ke timur mengelilingi Bumi, Bumi juga berputar pada paksinya dari barat ke
timur. Namun, perbezaannya ialah peredaran Bulan mengambil masa selama
13.2º sehari atau 0.5º sejam tetapi putaran bumi pada paksinya adalah 360º sehari
atau 15º sejam. Ini bermakna Bulan perlu beredar dari barat ke timur lebih banyak
daripada bumi bagi melengkapkan putaran dan peredaran. Jadi, pergerakan
putaran dan peredaran ini akan menyebabkan pemerhati di Bumi akan melihat
Bulan terbit dari timur bergerak ke barat setiap hari seperti pergerakan bintang.
Jadi, ketika 2 Mac 2018 ini saya menyaksikan bahawa Bulan sedang terbenam di
langit barat.

Rajah 3: Pergerakan bulan dari timur ke barat


b) Azimut (terbit lambat)
 Analisis data
Jadual di bawah menunjukkan kedudukan azimut Bulan dari 2 Mac 2018
sehingga 15 Mac 2018 pada masa yang telah dimalarkan iaitu 4.40 am. Data
menunjukkan bahawa berlaku penurunan pada nilai azimut Bulan.

Jadual 3: Azimut Bulan dari 2 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018 pada pukul 4.40 am

TARIKH HARI AZIMUT BULAN


2 Mac 2018 Jumaat 281.7º
3 Mac 2018 Sabtu 275.50
4 Mac 2018 Ahad 266.30
5 Mac 2018 Isnin 244.30
6 Mac 2018 Selasa 189.50
7 Mac 2018 Rabu 147.10
8 Mac 2018 Khamis 131.20
9 Mac 2018 Jumaat 123.40
10 Mac 2018 Sabtu 118.60
11 Mac 2018 Ahad 115.30
12 Mac 2018 Isnin 112.30
13 Mac 2018 Selasa 109.50
14 Mac 2018 Rabu -
15 Mac 2018 Khamis -

 Interpretasi data
Melalui data yang telah dikumpulkan, pada 2 Mac 2018 sehingga 13 Mac 2018,
nilai azimutnya semakin menurun dari hari ke hari. Penurunan sudut azimut ini
menunjukkan bahawa bulan tidak berada pada kedudukan yang sama pada hari
sebelumnya. Misalnya, pada 2 Mac 2018, Bulan berjaya berada pada kedudukan
maksimumnya dalam tempoh itu iaitu 281.7º. Namun, pada hari kedua, pada masa
yang sama, bulan tidak dilihat pada azimut yang sama, sebaliknya pada azimut
yang lebih rendah iaitu 275.5º. Jadi, pada pendapat saya, berdasarkan pola
koordinat pada Rajah 4, azimut yang lebih rendah menunjukkan bahawa bulan
berada pada kedudukan yang lebih ke timur. Pada tarikh 14 Mac pula, bulan mula
terbit pada pukul 5.00 am dan pada 15 Mac 2018, bulan mula terbit pada pukul
5.40 pagi. Hal ini bermaksud, bulan terbit lambat daripada hari-hari yang
sebelumnya.

0 15
345
330 30

315 45

300 60

285 75

270 90
10 20 30 40 50 60 70 80 90

255 105

240 120

225 135

210 150
195 180 165

Rajah 4: Pola Koordinat


 Perbincangan
Menurut Tan (2016), dari pandangan angkasa lepas, bulan akan berputar
sebanyak 360º dalam masa 27.3º. Jadi, dalam tempoh sehari, bulan akan beredar
sebanyak 13.2º sehari, bermakna Bumi perlu berpusing lebih 13.2º atau 13.2º kali
4 minit = 52.8 minit untuk melintasi Bulan semula pada hari keesokannya. Ini
bermakna Bulan akan terbit 52.8 minit lebih lewat setiap hari. Jadi, bulan
mengambil masa yang lama untuk berada di lokasi yang sama pada hari yang
berikut kerana tempoh putaran bumi dan bulan yang tidak sama (Wilkins & Dunn,
2016). Maka. selepas 27.3 hari, apabila Bulan telah membuat satu peredaran
mengelilingi Bumi, barulah Bulan akan terbit pada masa permulaannya seperti
biasa. Oleh sebab itulah, bulan dikatakan terbit lebih lewat setiap hari.
Rajah 5: Bulan terbit lambat pada setiap hari

c) Fasa Bulan
 Interpretasi data

Sepanjang tempoh saya melakukan pencerapan, saya dapat melihat emapat


bentuk fasa bulan iaitu bulan purnama, bulan hampir purnama tua, bulan suku akhir
dan bulan sabit tua. Kesemua fasa dan bentuk bulan ini dapat saya lihat dari 2 Mac
2018 hingga 15 Mac 2018 pada masa yang sama iaitu 6.00 am. Namun, terdapat
sedikit keganjilan yang terdapat pada rekod kami iaitu pada tarikh 10 Mac 2018. Pada
malam itu, saya tidak dapat melihat bulan kerana bulan ditutupi dengan awan.
Buktinya, pada pukul 7 pagi, hujan mula turun.

 Perbincangan

Pada hari pertama pencerapan, 2 Mac 2018, fasa yang dapat dilihat oleh saya
ialah fasa bulan penuh. Fasa bulan penuh merupakan fasa di mana semua permukaan
bulan yang disinari cahaya matahari iaitu 50%, mengahadap bumi manakala 50%
yang lain tidak menghadap bumi. Oleh sebab itulah bulan purnama dapat dilihat
dengan jelas pada waktu malam. Pada 3 Mac sehingga 8 Mac pula, fasa bulan yang
dapat saya perhatikan ialah fasa bulan hampir purnama tua. Ketika fasa ini,
sebahagian kecil daripada permukaan bulan tidak disinari cahaya matahari
menyebabkan saya melihat ada bahagian bulan yang tidak dapat dilihat. Pada 9 Mac
pula, jika dilihat dari bumi, kita akan melihat bulan seakan-akan dibahagi dua, separa
terang dan separa lagi seperti hilang. Hal ini demikian kerana, bahagian yang tidak
disinari cahaya matahari berada di bahagian belakang bulan, dan kita pula melihat dari
sudut kanan (Landau 2008). Oleh sebab itulah kita hanya akan melihat separuh
daripada bentuk bulan penuh sahaja. Nama bagi fasa ini ialah bulan suku akhir. Pada
11 Mac hingga 15 Mac, kita hanya akan nampak bulan yang berbentuk sabit kerana
kebanyakan daripada permukaan bulan yang menghadap bumi, tidak disinari cahaya
matahri. Fasa bulan ketika ini ialah bulan sabit tua.
Jika dilihat dari sudut angkasa, kita tidak akan dapat memerhati fasa-fasa bulan
yang terbentuk seperti yang dilihat di bumi. Hal ini demikian kerana, di angkasa lepas,
matahari akan sentiasa menyinari separuh daripada permukaan bulan yang
mengahadap matahari. Tetapi sekiranya kita memerhati di bumi, kita akan dapat
melihat kesemua fasa-fasa bulan ini kerana kita sedang melihat bulan yang sedang
berputar sambil mengelilingi bumi dan dalam masa yang sama disinari cahaya
matahari. Jadi, peratusan cahaya matahari yang menyinari permukaan bumi yang
dilihat dari bumi merupakan faktor utama menyebabkan bulan mempunyai fasa yang
tertentu kerana dari sudut pandangan angkasa atas, bulan tidak mempunyai fasa.

Rajah 6: Fasa-fasa bulan.

d) Masa untuk perubahan fasa bulan


 Interpretasi data
Berdasarkan data yang saya perolehi, fasa bulan penuh hanya dapat dilihat pada
hari pertama sahaja iaitu 2 Mac 2018 manakala, fasa bulan hampir purnama tua
pula dapat dilihat selama 6 hari dari 3 Mac 2018 hingga 8 Mac 2018, fasa bulan
suku akhir pula hanya dapat dilihat sehari sahaja iaitu pada 9 Mac 2018 dan fasa
bulan sabit tua pula dapat dilihat selama 5 hari iaitu dari 10 Mac 2018 hingga 15
Mac 2018.
Carta Pai Tempoh Fasa Bulan

Bulan Penuh
8%
Bulan Hampir Purnama
38% Tua

46% Bulan Suku Akhir

8%
Bulan Sabit Tua

Rajah 7: Tempoh Fasa Bulan


 Perbincangan
Tempoh yang diambil dari fasa Bulan Penuh ke fasa Bulan Suku Akhir adalah
selama 7 hari iaitu sehari bagi fasa Bulan Penuh dan 6 hari bagi fasa Bulan Hampir
Purnama Tua. Jadi jumlah 7 hari itu sangat relevan dengan perkiraan tempoh
peredaran Bulan mengelilingi Bumi iaitu selama 27.3 hari. Sekiranya 27.3 hari itu
dibahagi kepada 4, kita akan mendapat jumlah 6 hari bagi pertukaran sesuatu fasa
utama seperti Bulan Penuh ke Bulan Hampir Purnama Tua.

e) Orientasi bulan
 Interpretasi data
Berdasarkan data yang telah direkodkan, dari 2 Mac 2018 pada permukaan
bulan tersebut terdapat tompokan yang berbentuk telinga arnab dan boleh dilihat
dengan mata kasar apabila dilihat daripada bumi. Bentuk tompokan tersebut tidak
berubah dan sentiasa di bahagian bawah bulan. Namun tompokan berbentuk
arnab ini hanya boleh dilihat pada beberapa hari sahaja ketika bulan penuh.
 Perbincangan

Pencerapan seharusnya dilakukan dalam tempoh selang masa yang lebih


lama bagi membolehkan saya untuk melihat tompokan berbentuk arnab tersebut.
Rajah 8: Tompokan arnab Rajah 9: Bulan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

a) Penggunaan alat merekod data yang pelbagai supaya data yang ada dapat
dibandingkan dengan lebih tepat.
b) Selang masa bagi setiap kali merekod anak bulan seharusnya dipanjangkan lagi
sehingga 30 minit bagi memastikan terdapat jarak yang besar antara altitud and
azimut.
c) Kawasan pemerhatia bukan sahaja perlu dilakukan di kawasan yang lapang,
malahan perlu dilakukan di kawasan yang tidak diganggui banggunan tinggi.

KESIMPULAN

Bulan terbit di timur dan terbena di barat dans etiap kali ia terbit, ia akan terbit semakin
lewat pada setiap hari.

RUJUKAN

Tan, M. W. (2016). Bulan Kita. Nilai: Intitut Pendidikan Guru Kampus Pendidkan Teknik.

Landau, E. (2008). The moon. New York: Childrens Press.

Wilkins, J., & Dunn, R. (2006). 300 astronomical objects: A visual reference to the
universe. Buffalo, NY: Firefly Books.

You might also like