You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

SCE1024(FIZIK)

NAMA : FATIN ALAWIYAH BINTI AHMAD SAHIMI

NO MATRIK : 990327-08-5858

PENSYARAH : EN. MOHD ZULFAHMI BIN BAHAUDIN

LAPORAN : AMALI FIZIK 2

TOPIK : SESARAN,PECUTAN DAN HALAJU SESEBUAH

OBJEK

TARIKH LAPORAN : 16 OGOS 2017

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. MUHAMMAD NAJMI BIN MOHD KHAIRI

2. TUAN NURADILAH BINTI TUAN SEMAN

3. NUR ALLYANA BINTI JASPIZAL

4. NUR ATHIRAH KHAIRINA BINTI MOHD RAMLEE


TOPIK 2:SESARAN ,PECUTAN DAN HALAJU SESEBUAH OBJEK

TUJUAN :
Untuk menguji halaju, sesaran dan pecutan sesebuah objek.

TEORI :
Kinematik ialah kajian berkenaan dengan jenis pergerakan sesuatu objek tanpa
merujuk kepada daya-daya yang menyebabkan gerakan objek itu.Kinematik
merupakan suatu bahagian dalam mekanik berkenaan dengan memperihalkan
gerakan jasad-jasad tanpa merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan gerakan itu.
Kinematik mengkaji kedudukan suatu jasad-jasad tanpa merujuk kepada sesuatu
yang menyebabkan gerakan itu. Kinematik mengkaji kedudukan suatu jasad di
dalam ruang sebagai fungsi masa. Kinematik menerangkan pergerakan objek yang
diwakilkan dalam bentuk perkataan, rajah, nombor, graf, dan persamaan.

Jarak dan sesaran adalah dua kuantiti yang merujuk kepada benda yang sama namun
mempunyai definisi yang berbeza dalam Fizik. Jarak adalah satu kuantiti skalar, yang
merujuk kepada panjang jarak yang diukur dari satu titik ke titik yang lain. Manakala
sesaran adalah kuantiti vektor yang merujuk kepada jarak terdekat objek yang
bergerak dari titik permulaan kepada titik terakhir. Halaju pula adalah kuantiti vektor
yang merujuk kepada kadar perubahan sesaran objek berkenaan. Pecutan juga
merupakan kuantiti vektor yang didefinasikan sebagai kadar perubahan halaju. Nilai
pecutan wujud jika ada perubahan pada halaju sesuatu objek.

Untuk mewakili sesebuah kuantiti dalam sesuatu persamaan,kebisaaannya kita akan


menggunakan simbol-simbol atau abjad. Secara umumnya kita menggunakan:

I. 𝑎 untuk pecutan

II. 𝑢 untuk halaju awal

III. 𝑣 untuk halaju akhir


𝑣−𝑢
Persamaan bagi pecutan ialah: 𝑎 = 𝑡
DEFINISI SECARA OPERASI:

Detik pada pita detik menunjukkan kelajuan troli semasa menuruni landasan.

BAHAN

Kertas karbon, pita detik, pita pelekat

RADAS

Troli, jangka masa detik, bekalan arus ulang alik, landasan kayu

RAJAH
PROSEDUR

1. Radas dan bahan disusun seperti rajah di atas.

2. Landasan kayu diletakkan dalam keadaan yang condong bagi membolehkan


troli meluncur dengan baik.

3. Kertas karbon diletakkan pada jangka masa detik bagi menanda titik pada
pita detik.

4. Pita detik dipasang pada jangka masa detik.

5. Pita detik yang disambungkan pada 12V bekalan arus ulang alik dihidupkan
dan troli dilepaskan.

6. Pita detik dibahagikan kepada 10 detik dan dipotong.

7. Pemerhatian direkodkan dalam sebuah jadual.

KEPUTUSAN

Sesaran = 𝑥1 +𝑥2 + 𝑥3 + 𝑥4 + 𝑥5
= 3.2cm + 5.9cm + 8.3cm + 11.5cm + 14.7cm
= 43.6cm

Masa diambil = 5 × 10 detik


= 5 × 0.2𝑠
= 1.0𝑠
43.6𝑐𝑚
Purata halaju = 1.0𝑠

Purata halaju pita:

3.2𝑐𝑚
𝑥1 = = 16𝑐𝑚 𝑠 −1
0.2𝑠

5.9𝑐𝑚
𝑥2 = = 29.5𝑐𝑚 𝑠 −1
0.2𝑠

8.3𝑐𝑚
𝑥3 = = 41.5𝑐𝑚 𝑠 −1
0.2𝑠

11.5𝑐𝑚
𝑥4 = = 57.5𝑐𝑚 𝑠 −1
0.2𝑠

14.7𝑐𝑚
𝑥5 = = 73.5𝑐𝑚 𝑠 −1
0.2𝑠

Masa diambil untuk perubahan laju,t

=(5 − 1) × 0.2𝑠
=4 × 0.2𝑠
=0.8𝑠

Pecutan troli

𝑥5 − x1
𝑎=
𝑡
73.5𝑐𝑚−16.0𝑐𝑚
= 0.8𝑠

= 71.88 𝑐𝑚 𝑠 −1
PERBINCANGAN

Jangka masa detik ialah satu alat yang digunakan dalam makmal untuk menentukan
halaju dan pecutan sesuatu objek yang bergerak.Sumber kuasa yang digunakan
oleh alat ini adalah arus ulang alik berfrekuensi 50 Hz. Apabila ia dihidupkan, jalur
besi akan bergetar pada 50 kali sesaat. Selain itu, jangka masa detik digunakan
untuk mengkaji gerakan. Ia berfungsi sebagai sebuah alat pengukuran masa
Kejituan jangka masa detik ialah 0.02s. Ia menggunakan arus ulang alik
menyebabkan jarumnya bergetar dan menghasilkan titik pada pita detik.

=frekuensi 50Hz (menghasilkan 50 titik dalam satu saat)

1
=tempoh,T = 𝑓

1
= 50

= 0.02s

Setiap 0.02s satu titik dihasilkan di atas pita.

Dalam melaksanakan amali ini,terdapat beberapa ralat yang berlaku, Antaranya


ialah pita detik lambat dihidupkan semasa melepaskan troli.Troli tidak menuruni
landasan kayu dengan baik kerana kedudukan troli yang senget.Maka ralat-ralat
tersebut boleh dielakkan dengan memastikan pita detik hendaklah dihidupkan
dahulu sebelum melepaskan troli. Seterusnya,kedudukan troli hendaklah diletakkan
dengan betul di atas landasan kayu.

KESIMPULAN:

Halaju, pecutan dan sesaran sesuatu objek dapat ditentukan dengan tepat
menggunakan jangka masa pita detik.

You might also like