You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN BIMBINGAN GURU BAGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (PdP) PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH
RENDAH (DÊGURU PKJR)

1. Tujuan

1.1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tentang syarat, kelayakan
dan kaedah pelaksanaan Bimbingan Guru Bagi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Dalam
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Rendah (DêGuru
PKJR).

1.2. Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua peserta dan
penceramah (kecuali penceramah daripada Jabatan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia) yang terlibat dalam pelaksanaan DeGuru PKJR.

2. Pengurusan Bengkel

2.1. Pemilihan lokasi bengkel hendaklah dibuat tanpa melibatkan kos sewaan.

2.2. Sewaan untuk tempat latihan tidak diperuntukkan.

2.3. Bilangan maksimum peserta bagi setiap bengkel adalah 45 orang dan
sekiranya terdapat tambahan bilangan peserta maka perlu mendapatkan
persetujuan daripada Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (JKJR).

2.4. Bilangan maksimum penceramah mengikut slot adalah seperti berikut:

2.4.1. Slot 1 – 3 yang akan disampaikan oleh Jabatan Keselamatan


Jalan Raya (JKJR): 2 orang

2.4.2. Slot 4 – 6 yang akan disampaikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): 2 orang

2.5. Takwim secara tahunan bagi perancangan pelaksanaan bengkel


disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

2.6. Penyampaian bagi Slot 1 – 3 boleh dibuat sama ada pada hari pertama
ATAU hari ketiga bengkel (dicadangkan untuk dilaksanakan pada hari pertama).

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 1


3. Perkhidmatan Makan dan Minum

3.1. Kadar maksimum bagi perkhidmatan makan dan minum (minum pagi,
makan tengah hari dan minum petang) adalah seperti berikut :

3.1.1. Semenanjung Malaysia – RM15.00 seorang / sehari

3.1.2. Sabah / Sarawak – RM22.00 seorang / sehari

3.2. Peserta / Penceramah adalah TIDAK LAYAK untuk membuat


TUNTUTAN ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN.

3.3. Pembayaran bagi perkhidmatan makan dan minum akan dibuat melalui
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri.

3.4. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)


akan mengemukakan dokumen lengkap sebut harga kepada JKJR Negeri
bagi proses pembayaran.

3.5. Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi


perkhidmatan makan dan minum adalah seperti di LAMPIRAN 1.

3.6. Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan


Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri mengikut negeri masing-masing
seperti di LAMPIRAN 2 untuk pembayaran selewat-lewatnya dua (2)
minggu sebelum bengkel bermula.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 2


4. Tuntutan Perjalanan dengan Penginapan / Bayaran Sewa Hotel

Tuntutan perjalanan peserta / penceramah yang melibatkan penginapan /


bayaran sewa hotel hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

4.1. TIADA PENGINAPAN untuk peserta / penceramah disediakan dan


peserta / penceramah hanya boleh membuat tuntutan perbatuan /
perjalanan sahaja.

4.2. PENGECUALIAN bagi penginapan hanya akan diberikan kepada


peserta / penceramah berdasarkan pertimbangan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).

4.3. Kadar maksimum tuntutan penginapan / bayaran sewa hotel bagi


peserta / penceramah yang dibenarkan adalah RM120.00 semalam
(Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dengan syarat seperti
berikut:

4.3.1. Jarak lokasi bengkel sekurang-kurangnya 35km daripada


sekolah / pejabat peserta / penceramah;

4.3.2. Tiada Institut Latihan Awam (ILA) berdekatan yang boleh


menginap; dan

4.3.3. Tuntutan hendaklah disokong dengan resit asal yang disahkan.

4.4. Peserta / Penceramah adalah TIDAK LAYAK untuk membuat


TUNTUTAN ELAUN LOJING.

4.5. Peserta / Penceramah adalah DIBENARKAN untuk membuat


TUNTUTAN ELAUN MAKAN BAGI HARI PERJALANAN SAHAJA
mengikut kadar waktu yang dibenarkan dengan pengesahan daripada
PPD / JPN masing-masing.

4.6. Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi tuntutan
perjalanan yang melibatkan penginapan / bayaran sewa hotel adalah
seperti di LAMPIRAN 3.

4.7. Peserta / Penceramah hendaklah menggunakan Borang JKJR bagi


tuntutan perjalanan dengan penginapan seperti di LAMPIRAN 6.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 3


4.8. Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua
(2) minggu selepas bengkel berakhir ke Ibu Pejabat Jabatan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) seperti alamat berikut:

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (JKJR)


Galeria PjH, Aras 3
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(U.P: PN. AREPRIAH A/P ARICHANDRAN
UNIT KEWANGAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

4.9. Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 4


5. Tuntutan Perjalanan Tanpa Penginapan

Tuntutan perjalanan peserta / penceramah yang tidak melibatkan penginapan


/ bayaran sewa hotel hendaklah dikemukakan kepada Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

5.1. Peserta / Penceramah adalah TIDAK LAYAK untuk membuat


TUNTUTAN ELAUN LOJING.

5.2. Peserta / Penceramah perlu mengemukakan screenshot jarak perjalanan


yang disahkan sekiranya jarak perjalanan adalah lebih daripada 25km
(Google Maps).

5.3. Senarai semak bagi tuntutan perjalanan adalah seperti di LAMPIRAN 4.

5.4. Peserta / Penceramah hendaklah menggunakan Borang MIROS bagi


tuntutan perjalanan tanpa penginapan seperti di LAMPIRAN 7.

5.5. Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2)


minggu selepas bengkel berakhir kepada Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) seperti alamat berikut:

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA


(MIROS)
Lot 125-135, Jalan TKS 1
Taman Kajang Sentral
43000 KAJANG, SELANGOR
(U.P: CIK NURUL HUSNA BINTI ABU BAKAR
PUSAT PENYELIDIKAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU
PENGGUNA JALAN RAYA (RUBC))

5.6. Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.

6. Kelulusan kadar yang dinyatakan bagi Perkara 1 hingga 5 adalah tertakluk


kepada pertimbangan daripada Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia (JKJR).

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 5


LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK DOKUMEN BAGI PERKHIDMATAN MAKAN DAN MINUM

Bil. Perkara Tandakan ( / )

Pembekal Perkhidmatan Makan dan Minum hendaklah


1.
berdaftar di bawah Sistem e-Perolehan.
Salinan asal bagi 3 sebut harga oleh 3 pembekal perkhidmatan
2.
makan dan minum yang berbeza.

3. *Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

4. *Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

5. *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun

Integrity Pact yang ditandatangani oleh pembekal


6.
perkhidmatan makan dan minum yang dipilih (LAMPIRAN 5)
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan WAJIB disahkan oleh ketua PTJ panel. Contoh:
Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi pegawai berikut:


Puan Arepriah A/P Arichandran
Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR)
Telefon : 03-8323 8038
Emel : priya@jkjr.gov.my

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 6


LAMPIRAN 2

SENARAI JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (JKJR)


MENGIKUT NEGERI

1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Suite 2B-15, Blok 2B, Aras 15
Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
50470 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2773 5730
Faks : 03-2780 7233

2. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor


Lot 12.04, Tingkat 12, Plaza Masalam
Jalan Tengku Ampuan Zabedah
E9/E Seksyen 9
40100 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-5513 1332
Faks : 03-5513 0100

3. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak


Tingkat 11, Bangunan Sri Kinta
Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak
Telefon : 05-249 6960
Faks : 05-249 6961

4. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang


Wisma Perkeso, Aras 5
Lebuh Tenggiri 2
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Telefon : 04-390 4400
Faks : 04-390 7400

5. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah


Tingkat 2,Bangunan KWSP-Peladang,
No. 33 Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah
Telefon : 04-731 1711
Faks : 04-734 9244

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 7


6. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perlis
Lot 354
Jalan Kangar - Alor Setar Taman Mutiara
01000 Kangar, Perlis
Telefon : 04-977 4511
Faks : 04-977 4362

7. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan


Lot U6.1-U6.5
Tingkat 6 Menara Perbadanan
Jalan Tengku Semerak
15000 Kota Bahru, Kelantan
Telefon : 09-741 3440
Faks : 09-741 3444

8. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Terengganu


Tingkat 8,
Wisma MAIDAM
Jalan Banggol
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon : 09-630 1050
Faks : 09-622 0902

9. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang


Tingkat 1(Kanan) Bangunan Wisma Perkeso
Negeri Pahang Jalan Mat Kilau
25000 Kuantan, Pahang
Telefon : 09-515 0434
Faks : 09-513 6236

10. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Negeri Sembilan


Unit 1-4 & 2-4
Arab Malaysian Bussiness Centre
Jalan Pasar
70000 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon : 06-765 5155
Faks : 06-765 5156

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 8


11. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka
Aras 1, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
Telefon : 06-234 5400
Faks : 06-234 5406

12. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor


Suite 25.01, Level 25
Johor Bahru City Square
Jalan Ong Ah Fook
80000 Johor Bahru, Johor
Telefon : 07-221 5923
Faks : 07-221 5920

13. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah


Lot A305 - A309, Tingkat 3
Blok A, Wisma Muis
88100 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088-251 603/604
Faks : 088-251 606

14. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sarawak


Aras 4
Bangunan Yayasan Sarawak
Jalan Masjid
93400 Kuching, Sarawak
Telefon : 082-244 404
Faks : 082-241 500

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 9


LAMPIRAN 3

SENARAI SEMAK PENYERAHAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN YANG


MELIBATKAN PENGINAPAN / BAYARAN SEWA HOTEL

Nama
No. KP
Emel
No.Telefon/HP
Bil. Perkara Tandakan ( / )
Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani
1. pemohon (LAMPIRAN 6) - alamat emel dan
no.telefon yang boleh dihubungi WAJIB diisi
2. *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun (milik peserta)
3. *Surat Jemputan Mesyuarat
4. *Slip Gaji
Tuntutan Pelbagai (jika ada):

5. *Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch &
Go / Smart Tag)
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam (jika ada):
*Resit Teksi
6. *Resit Bas
*Resit Kereta Api
*Resit Tiket Penerbangan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan WAJIB
disahkan oleh ketua PTJ panel. Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas,
kereta api, tiket penerbangan.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi pegawai berikut:


Puan Arepriah A/P Arichandran
Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR)
Telefon : 03-8323 8038
Eme : priya@jkjr.gov.my

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 10


LAMPIRAN 4

SENARAI SEMAK PENYERAHAN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN TANPA


MELIBATKAN PENGINAPAN / BAYARAN SEWA HOTEL

Nama
No. KP
Emel
No.Telefon/HP
Bil. Perkara Tandakan ( / )
Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani
1. pemohon (LAMPIRAN 7) - alamat emel dan
no.telefon yang boleh dihubungi WAJIB diisi
2. *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun
3. *Surat Jemputan Mesyuarat
4. *Slip Gaji
5. Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan
6. Screenshot jarak perjalanan (Google Maps)
Tuntutan Pelbagai:

7. *Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch &
Go / Smart Tag
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam:
*Resit Teksi
8. *Resit Bas
*Resit Kereta Api
*Resit Tiket Penerbangan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan WAJIB
disahkan oleh ketua PTJ panel. Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas,
kereta api, tiket penerbangan.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi pegawai berikut:


Cik Nurul Husna Binti Abu Bakar
Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkahlaku Pengguna Jalan Raya (RUBC)
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Telefon : 03-8924 9540
Emel : nurulhusna@miros.gov.my

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DÊGURU PKJR 11

You might also like