You are on page 1of 6

Amalan mendapatkan zuriat

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap
awal pagi - utk sisuami
2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika
diamalkan berhasil
4. Doa Nabi Zakaria
5. surah AlWaqiah selepas subuh
6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari


2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata
benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday,
makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging,
ayam etc.
6. Jangan minum air kelapa

CARA SENAMAN BATIN

1. Duduk bersila badan tegak


2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik
nafas dalam2(slow)
4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga
menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau
ikut kemampuan.
5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan
keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah
memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak
ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia
akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim,
pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti
anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari
tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap
orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki
dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian
allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati
syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya
bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati
orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg
bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri
oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t
rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia
diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

sumber: http://cvtampang.tripod.com/id33.html

Doa dan amalan untuk memperolehi


zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah
Posted by: nuriman on: Ogos 1, 2007

 Dalam: Uncategorized
 Komen!

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi


ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat
memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat
melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri
beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama
untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan
perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin
dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha
dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya
perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk
memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar
dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-
Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan
yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-
Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan
mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini
bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang
amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini
bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang
bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak
meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan
dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung
zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat
zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami
isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk
mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi
menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk
mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu
bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar,
ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam
rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu
dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau
pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma
digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi
Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan
bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak
bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat,
menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau
bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah.
Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang
mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah,
tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam –
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman –
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh
anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da
dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh
dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa
dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah
berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak
bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu
keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi
zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa
Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan
pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan
penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh


- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah,
kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan
akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum
berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus
asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan )
sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam
air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan
mendapat rahmat daripada-Nya.

sumber: http://nuriman.wordpress.com/2007/08/01/doa-amalan-untuk-memperolehi-
zuriatustazah-siti-nor-bahiyah/

You might also like