You are on page 1of 1

Pada tanggal 3 April 2019, Program Jom Sihat telah diadakan di Sekolah Kebangsaan

Bandar Dungun, Terengganu. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk


meningkatkan kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat yang mengikut keperluan piramid
makanan. Seterusnya, untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat dan
pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian. Di samping itu, program ini dilaksanakan
bagi menggalakkan murid melakukan aktiviti fizikal melalui aktiviti senamrobik. Program ini
diadakan di Dewan Utama SK Bandar Dungun.

Kumpulan sasaran bagi menjayakan program ini adalah terdiri daripada 20 orang murid
tahun 5 Bestari. Program Jom Sihat ini bermula dari 12.00 tengah hari sehingga 1.30
petang. Sebelum program ini bermula, saya dan dua orang rakan menguruskan penyediaan
tempat seperti menyusun atur peralatan yang terdapat dalam dewan. Setelah itu, kami
meminjam peralatan seperti kon, gelung dan pundi kacang daripada stor sukan sekolah

You might also like