You are on page 1of 2

Tajuk: Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21): Harapan, Realiti dan Cabaran

Pengenalan: Daripada keratan akhbar yang bertajuk Pembelajaran abad ke-21:


Harapan, realiti dan cabaran oleh Dr. Hayati Ismail telah mengupas mengenai
isu PAK-21 dengan begitu mendalam dari segi harapan, realiti dan cabaran.
PAK-21 ini telah dilaksanakan secara sepenuhnya di 2000 buah sekolah yang
terpilih di seluruh negara meliputi kawasan pedalaman dan kawasan bandar
selepas pengumuman yang telah dibuat oleh YB Menteri Pendidikan Datuk Seri
Mahdzir Khalid. Isu PAK-21 dalam pendidikan merupakan isu yang hangat
diperkatakan kerana ia dilihat menjadi keperluan pada masa kini di samping
membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK-21 adalah proses
pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Antara elemen yang diterapkan
ialah komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatis, kreativiti serta aplikasi nilai murni
dan etika.

Ulasan: Dalam artikel ini, penulis telah berkongsi mengenai respon daripada
warga pendidik dan masyarakat mengenai PAK-21. Antara respon masyarakat
ialah mereka berasa gembira dengan pelaksanaan PAK-21, memberi cadangan
agar pihak kementerian yang terlibat menyedari hakikat pendidikan negara
berdepan masalah capaian dan keadaan infrastruktur yang daif di kawasan
pedalaman serta pandangan agar peruntukan kelas PAK-21 seharusnya
disalurkan kepada sekolah yang lebih memerlukan.

Dalam akhbar tersebut, penulis juga bersetuju dengan harapan, realiti dan
cabaran PAK-21 yang ada serta menegaskan teknologi merupakan komponen
dalam PAK-21. Namun realiti PAK-21 yang perlu dihadapi menurut penulis
adalah keadaan sekolah yang memerlukan baik pulih infrastruktur sebelum
teknologi terkini boleh dibawa masuk dan digunakan dalam proses PdP secara
berkesan. Pendidikan pula perlulah menuju ke arah merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) yang diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. Saya bersetuju dengan pendapat
penulis bahawa PAK-21 disebutkan sebagai satu cara untuk mencapai FPK
dalam membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera namun bukan
sebagai matlamat. Saya berpendapat pelaksanan PAK-21 ini merupakan suatu
inisiatif sahaja yang boleh dilaksanakan oleh negara untuk berdepan sistem
pembelajaran abad ke-21 namun dalam konteks memenuhi FPK, PAK-21
bukanlah suatu kemestian yang perlu dilaksanakan. Penulis juga mendedahkan
anggapan masyarakat yang sering memahami PAK-21 sebagai bilik darjah yang
dilengkapi dengan smartboard dan capaian internet yang laju. Namun
hakikatnya, PAK-21 adalah lebih kepada pendekatan PdP yang menggalakkan
pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi dan tanpa
teknologi, PAK-21 masih boleh berlaku.

Penulis telah mengetengahkan Enam Aspirasi Murid dalam penulisannya.


Guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada ataupun
yang boleh diperoleh melalui kerjasama pelbagai pihak agar proses PdP dapat
dioptimumkan. Murid pula perlu lebih terdedah dengan pengetahuan daripada
pelbagai sumber selain daripada di bilik darjah. Guru berperanan membimbing
murid dan ini memerlukan cara kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru
menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga
perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah
menerusi pelbagai medium. Selain itu, guru perlu memupuk Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Murid perlu berkomunikasi, berkongsi
idea kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah. Dalam
setiap peringkat sekolah sama ada prasekolah, murid pendidikan khas mahupun
Tingkatan Enam, setiap murid boleh dipupuk KBAT dan guru KBAT dipupuk
semasa mereka melalui latihan perguruan. Pada akhir penulisannya, penulis
menyatakan harapannya agar pemimpin pendidikan seperti pengetua dan Guru
Besar akan bersikap amanah dan mampu menggalas tanggungjawab yang telah
diberikan bagi menyokong guru-guru menyempurnakan tugas mendidik anak
bangsa. Secara keseluruhannya, saya menyokong pandangan penulis dalam isu
PAK-21 ini baik dari segi realiti, harapan mahupun cabaran.

Penutup: PAK-21 mempunyai harapan, realiti dan cabaran yang luas dan perlu
diberikan perhatian. Pelaksanaan PAK-21 perlulah dilihat secara holistik dengan
mengambilkira banyak faktor seperti keadaan infrastruktur sekolah, capaian
internet dan lain-lain. Saya mencadangkan di peringkat kementerian supaya
lebih peka terhadap kekangan yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan PAK-21
ini dan semua yang terlibat dalam pendidikan seperti guru, pelajar serta siswa
guru menyiapkan diri dengan pelaksanaan PAK-21 bagi mendepani cabaran
globalisai dan Revolusi 4.0 yang menjadikan rakyat lebih perlu berdaya saing.

You might also like