Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN…………………………………………………………………………………….2
TAJUK………………………………………………………………………………………………3
RUMUSAN………………………………………………………………………………………….9
PENUTUP
1
PENGENALAN
System pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem
yang terdahulu tidak mengambil kira pembanggunan, pembentukkan identity kerajaan dan
perpaduan negara. Lantaran itu, kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul
bahawa betapa mustahknya satu bentuk pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka
dengan itu Penyata Razak (1956) dan laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
pembentukkan sistem dan Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian Sebuah Jawatankuasa cabinet telah
ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan tujuan
untuk memperbaiki perlaksanaan supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu
padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembanggunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini diterbitkan pada tahun 1976.
2
TAJUK
Bahagian ini menerangkan tiga (3) impak falsafah pendidikan TVET yang semakin membangun
masa kini iaitu impak falsafah pendidikan TVET di Malaysia, impak falsafah pendidikan TVET
di negara membangun, serta impak falsafah pendidikan TVET di negara maju.
Perubahan TVET sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi;
3
2.1.2 Impak Falsafah Pendidikan TVET terhadap guru TVET
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan
tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar
memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang
positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga,
pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak
mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar
memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan
memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru TVET akan dapat memertabatkan TVET
setanding dengan aliran sains.
4
2.2 IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM TVET DI NEGARA MEMBANGUN
Negara membangun merupakan istilah untuk menggambarkan sebuah negara yang mempunyai satu
aras keselesaan kebendaan yang rendah. Contoh negara yang sedang membangun selain Malaysia
ialah Filipina. Di negara Filipina, Pendidikan Teknik dan Vokasional menjadi bidang kuasa
Pendidikan dan Kemahiran Teknikal Pihak Berkuasa Pembangunan (TESDA) secara sah
diamanahkan melalui RA 7796 atau dikenali sebagai Akta TESDA yang ditandatangani ke dalam
undang-undang pada 25 Ogos, 1994; dan Pengajian Tinggi yang melibatkan pendidikan tinggi di
Malaysia kolej komuniti, universiti dan kolej khusus menjadi domain Suruhanjaya Pengajian Tinggi
(CHED) yang ditubuhkan melalui penggubalan RA 7722 atau Tinggi Akta Pendidikan pada 18 Mei
1994. Pada masa kini, TVET di Filipina menyediakan pendidikan dan peluang latihan untuk
menyediakan pelajar dan pelanggan lain bagi pekerjaan. Ia juga menangani keperluan latihan
kemahiran daripada mereka yang sudah berada di dalam buruh pasaran dan perlu menaik taraf atau
membangunkan kecekapan baru untuk meningkatkan kebolehpasaran dan meningkatkan
produktiviti. Bahagian 2.2 ini akan menerangkan mengenai implikasi Falsafah Pendidikan Dalam
TVET di negara membangun iaitu Filipina.
Sebagai bukti pencapaian pekerja, dalam standard kemahiran, kecekapan dan kualiti
TVET, graduan TVET dikeluarkan dengan sijil kemahiran apabila melepasi
penilaian kemahiran. Oleh itu, sijil yang diberikan menjadi bukti seseorang pekerja
itu telah bersedia dengan kemahiran kerja.
Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan tolakan besar ke atas
permintaan tenaga manusia khususnya terhadap tenaga kerja profesional, mahir dan separa
mahir. Ini sememangnya memberikan cabaran yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah
negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang
berkebolehan serta mahir. Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah
lebih ke arah perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan
vokasional menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan
keperluan industri serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga manusia yang
berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif adalah penting bagi meningkatkan
kadar produktiviti negara.
6
Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan
teknologi tinggi dan teknologi maklumat, maka adalah perlu bagi pihak kerajaan atau swasta
yang terlibat dengan pendidikan teknik and vokasional ini untuk membuat perancangan yang
teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat
mampu memenuhi keperluan sesebuah negara. Sektor pendidikan dikatakan dapat membantu
mengekalkan daya saing sesebuah negara melalui peningkatan dalam tingkat dan kemahiran
penduduk, namun sekiranya perkembangan sektor tersebut tidak selaras dengan keperluan
perkembangan ekonomi semasa, maka peranan ini mungkin akan terjejas.
Objektif sistem pendidikan teknik dan vokasional secara umumnya adalah bagi
melatih para pelajar untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari
awal lagi. Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi
menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk
menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Antara
objektif utama sistem pendidikan teknik dan vokasional ialah menyediakan pelajar dengan
pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
perdagangan.Membina tabiat bekerja dan sikap yang baik pada diri sendiri, khususnya sikap
bertanggungjawab dan kesungguhan, supaya menjadi rakyat berguna dan produktif.Membina
asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional.
Pada masa yang sama, kerajaan terlibat dalam menggubal peraturan latihan,
menetapkan kurikulum dan membiayai tenaga pengajar di sekolah vokasional.
Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat aktif dalam penyelarasan penawaran
dan bilangan tempat TVET.
Pihak kerajaan Rusia telah memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan
pendidikan vokasional ini. Antara peranan yang telah dimainkan adalah penyelidikan
dalam pendidikan vokasional, merangka standard untuk pendidikan vokasional,
8
mengenalpasti persamaan antara diploma pendidikan vokasional dinegara luar
denganRusia.
Sistem falsafah pendidikan vokasional yang baru telah digubal Rusia. Pendidikan
vokasional di Rusia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pendidikan
vokasional rendah, pendidikan vokasional menengah, pendidikan vokasional tinggi,
pendidikan vokasional lepasan ijazah dan pendidikan vokasional tambahan/khas.
RUMUSAN
Falsafah Pendidikan adalah teras kepada sistem pendidikan di setiap negara. Falsafah
digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan
tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun negara, falsafah
pendidikan turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah
keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan (KPM, 1988).
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis
mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan
9
bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
(KPM,1988).
Pendidikan Teknik dan Vokasional pula merupakan satu cabang bidang pendidikan yang
sangat penting untuk pembangunan negara. Tujuan utama TVET diperkenalkan adalah untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia. Disamping itu, TVET juga
bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar untuk persediaan
alam pekerjaan.
Oleh itu, adalah amat penting untuk para pendidik untuk memahami dengan jelas tentang
falsafah pendidikan dan hubungannya dengan TVET. Ini adalah sangat penting kerana apabila
pendidik memahami dengan jelas tentang falsafah pendidikan dan TVET, maka sudah tentunya
matlamat pendidikan serta hasrat negara akan tercapai. Melalui falsafah pendidikan, kita akan dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu juga
proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah dilaksanakan
10
11