You are on page 1of 6

Bab 4: Risiko dan Amaran di makmal Mikro Teaching

4.1 Risiko di makmal

Risiko membawa maksud kombinasi kemungkinan kejadian berbahaya dengan jangka


masa atau keadaan yang tertentu dan keterukkan terhadap kecederaan atau kesihatan kepada
manusia, harta benda, alam sekitar atau kombinasi kesemua tersebut. Di makmal ini terdapat
pelbagai risiko yang dapat kami temui dan ianya amatlah berbahaya kepada pensyarah dan
pelajar tersebut buktinya adalah projector LCD dan speaker pembesar suara berisiko untuk
jatuh dan lain-lain perkara yang membawa risiko, dibawah merupakan gambar perkara-perkara
yang berisiko di makmal tersebut.

4.1.1 Perkara yang berisiko di makmal Mikro Teaching

1. Projektor LCD
- Berisiko untuk jatuh kebawah dan terkena pengguna

Gambar Rajah 4.1: Projektor LCD


2. Speaker Pembesar Suara
- Berisiko untuk jatuh kebawah dan terkena pengguna

Gambar Rajah 4.2: Speaker Pembesar Suara

3. Penutup suis di lantai


- Berisiko menyebabkan renjatan elektrik

Gambar Rajah 4.3: Penutup suis di lantai telah rosak


4. Suis di dinding
- Berisiko menyebabkan renjatan elektrik

Gambar Rajah 4.4: Suis di dinding

5. Paip PVC yang ada pada lantai


- Berisiko menyebabkan seseorang terjatuh akibat tersadung

Gambar Rajah 4.5: Paip PVC tidak ditutup


4.2 Amaran di makmal Mikro Teaching

Kemalangan sering kali berlaku didalam kehidupan seharian kita ianya berlaku
adalah disebabkan oleh risiko ataupun “hazard” yang terdapat di setiap tempat
contohnya di makmal ini. Jadi sebab itulah perlunya amaran bagi mengelakkan dari
berlakunya kemalangan yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan kecil dan
besar serta membawa kepada kematian.

4.2.1 Amaran bagi risiko di makmal Mikro Teaching

1. Projektor LCD

Projektor LCD di makmal ini berisiko untuk jatuh kerana ianya hanya bergantung
pada satu braket tiang yang diskru pada dinding jadi apabila ianya bergoyang
ataupun skrunya telah longgar ianya akan mudah jatuh terkena pengguna makmal
tersebut. Jadi bagi mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan projektor
tersebut dalam braket dinding bagi meletakkan projektor tersebut.

Gambar Rajah 4.6: Braket dinding bagi projektor LCD


2. Speaker Pembesar Suara

Speaker pembesar suara di makmal ini berisiko untuk jatuh kerana ianya berada
pada kedudukan yang tidak sesuai iaitu berada berdekatan dengan meja pensyarah
dan juga dekat dengan papan layar dan ianya akan membawa kepada risiko untuk
jatuh kepada pensyarah atau pelajar yang sedang menyampaikan pembentangan
berdekatan dengannya serta speaker pembesar suara tersebut hanya digantung
menggunakan satu braket tiang yang bersambung ke siling. Jadi bagi mengatasi
masalah ini adalah dengan meletakkan speaker pembesar suara tersebut di bahagian
sudut makmal tersebut, jauh dari kedudukan yang selalu pelajar dan pensyarah
berada serta meletakkan speaker tersebut dalam braket dinding bagi
menyokongnya sekiranya braket tiang tersebut terjatuh.

3. Penutup suis di lantai

Penutup suis di lantai makmal ini berisiko untuk menyebabkan renjatan elektrik
atau litar pintas kerana penutup itu telahpun rosak jadi suis ini terdedah kepada
persekitaran tanpa ada penutupnya sekiranya terdapat pelajar yang memakai kasut
yang telah basah, besar kemungkinan apabila mereka melalui kawasan suis lantai
itu air dari kasut itu akan terjatuh kepada suis tersebut seterusnya menyebakan litar
pintas dalam makmal tersebut serta apabila kasut mereka telah basah dan tapak
kasut mereka pula bukan dari bahan penebat, apabila mereka terpijak suis yang
sedang dihidupkan, mereka akan terdedah kepada risiko renjatan elektrik. Jadi bagi
mengatasi masalah ini adalah dengan memasang semula penutup tersebut dengan
yang baru.

4. Suis di dinding

Suis di dinding makmal ini berisiko untuk menyebabkan renjatan elektrik kerana
suisnya terdedah kepada persekitaran makmal tersebut tanpa ada halangan seperti
penutup dan apabila ianya terdedah begitu, besar kemungkinan adanya kanak-
kanak yang sedang bermain di kawasan tersebut akan menyentuh dan bermain
berdekatannya seterusnya mendedahkan diri mereka terhadap risiko terkenanya
renjatan elektrik. Jadi bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memasang
penutup suis dinding khas untuk makmal tersebut bagi mengelakkan adanya
kemalangan.
5. Paip PVC yang ada pada lantai

Paip PVC yang ada pada lantai makmal tersebut berisiko untuk menyebabkan
pelajar atau pensyarah yang ada disitu tersadung dan jatuh akibat terlanggar paip
PVC tersebut dan ianya akan menyebabkan kecederaan kepada mereka yang
terjatuh. Jadi bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menutup paip PVC
tersebut dengan simen dan memasang kembali mozek yang baru.

You might also like