You are on page 1of 9

LAPORAN AMALI FIZIK SCE 1024

NAMA : RAFIUDDIN BIN AHMAD SAMAWE

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 20017122310072

BILANGAN AMALI : 3

TAJUK AMALI : PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM

TARIKH HANTAR LAPORAN : 13/09/2017

AHLI KUMPULAN : NUR NASUHA BINTI AZMI

NUR JUWAINA BINTI MAHADHIR

NAJIHAH BINTI ABDULLAH

RAFIUDDIN BIN AHMAD SAMAWE

MOHAMAD SYAHMI BIN CHE ZAINUDIN


SCE 1024 FIZIK

EKSPERIMEN 4: PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM

TUJUAN: Untuk mengira prinsip keabadian momentum dalam perlanggaran kenyal,


perlanggaran tak kenyal, dan letupan. McGill and King (1995).

OBJEKTIF :

1 memahami prinsip keabadian momentum melalui perlanggaran kenyal , tak kenyal dan
letupan .
2. membandingkan keputusan data dengan teori .
3. membuat perhitungan ketidak pastian (uncertainty ) .

TEORI: Teori prinsip keabadian momentum

Momentum adalah suatu jisim yang bergerak dengan halaju tertentu . Hand, Louis N.;
Finch, Janet D. (1998 ). jika suatu objek berjisim m , kg dengan bergerak dengan halaju
v ms -1 maka momentumnya ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dengan halaju , p =
mv.Lerner, Rita G.; Trigg, George L., eds. (2005). Unit si bagi momentum ialah kg ms-
1 atau Ns .Jumlah momentum sistem tertutup adalah sama Acheson, D. J. (1990).
Apabila objek berlanggar , jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama
seperti selepas perlanggaran . Ho-Kim, Quang; Kumar, Narendra; Lam, Harry C. S.
(2004).
∑pbefore = ∑pafter

 prinsip keabadian tenaga merupakan hukum newton ketiga . momentum adalah kuantiti

vector iaitu mempunyai magnitude dan arah . momentum yang bergerak dalam arah yang

bertentangan mestilah bernilai positif. Z.Y.Wang (2016).

Momentum terdiri daripada pelanggaran kenyal , tak kenyal dan letupan

 Pelanggaran kenyal dan tak kenyal


Pelanggaran kenyal adalah perlanggaran di mana tenaga kinetik terabadi . dalam
pelanggaran kenyal anatara dua objek , kedua-dua objek bergerak berasingan selepas
pelanggaran berlaku Daniel Garber (1992). Perlanggaran tidak kenyal apabila tenaga
kinetic tidak terabadi . dalam pelanggaran tak kenyal antara dua objek , selepas
perlanggaran kedua-dua objek bergerak bersama-sama dengan halaju yang sama
Barnett, Stephen M. (2010). Untuk perlanggaran kenyal dan tak kenyal momentum linear
terabadi dan tenaga juga terabadi .

Rajah berikut menunjukkan dua objek A dan B dengan jisim M1 dan M2 sebelum dan selepas
perlanggaran berlaku .

Momentum sebelum m1v1i+m2v2i=momentum selepas =m1v1f+m2v2

Jumlah momentum sebelum dan selepas tidak sama . tenaga kinetik tak terabadi
Objek bergerak Bersama-sama selepas perlanggaran

 Letupan

Objek melekat Bersama-sama sebelum perlanggaran dan bergerak berasingan selepas


perlanggaran tenaga kinetik terabadi .

Formula bagi letupan


HIPOTESIS: momentum diabadikan dalam perlanggaran kenyal, perlanggaran tak kenyal
dan letupan

BAHAN: Pita detik, kertas karbon, plastisin

RADAS: Landasan, troli, piston berspring, jangka masa detik,bekalan arus ulang alik (12V),
wayar penyambung

PROSEDUR:

Prosedur :

A) Perlanggaran tak kenyal


1. Troli A diletakkan di hujung landasan yang lebih tinggi manakala troli B diletakkan di
hujung landasan yang lebih rendah.
2. Plastisin dilekatkan pada kedua-dua troli itu dan pita detik hanya dilekatkan pada troli
A.
3. Troli A akan ditolak sedikit apabila jangka masa detik dibuka supaya ia bergerak ke
bawah landasan dengan halaju seragam dan berlanggar dengan troli B.
4. Selepas perlanggaran , troli-troli bergerak bersama dan pita detik digunakan dan
direkodkan untuk menghitung halaju awal troli A sebelum perlanggaran dan halaju
sepunya bagi gabungan troli A dan B selepas perlanggaran.
5. Momentum sebelum dan selepas perlanggaran dihitung dan direkodkan dengan
menganggap jisim setiap troli adalah 1 kg.
B) Perlanggaran kenyal

1. Troli A dengan omboh piston diletakkan di hujung landasan yang lebih tinggi manakala
troli B diletakkan di hujung landasan yang lebih rendah. Pita detik dilekatkan pada
kedua-dua troli itu.
2. Apabila jangka masa detik dibuka, troli A ditolak sedikit supaya ia boleh bergerak ke
bawah landasan dengan halaju seragam dan berlanggar dengan troli B.
3. Selepas perlanggaran, troli-troli itu bergerak berasingan dan pita detik digunakan
untuk menghitung halaju troli A dan B sebelum dan selepas perlanggaran.
4. Dengan menganggap jisim setiap troli ialah 1 kg, momentum sebelum dan selepas
perlanggaran dihitung dan direkodkan dalam jadual.
C) Letupan

1. Troli A dan B dirapatkan di atas satu permukaan yang rata dan piston berspring pada
troli A dimampat. Titik pada mampatan troli A dan B ditanda di atas permukaan .

2. Troli A dan B dilepaskan dan jam randik untuk pengiraan masa bagi kedua-dua troli
dimulakan.

3. Kedua-dua masa troli A dan B dihentikan apabila troli A dan B berhenti bergerak
selepas berlaku letupan.

4. Jarak antara titik mampatan troli dan titik troli A dan B berhenti direkodkan . Masa
untuk kedua-dua troli sampai ke titik berhenti direkodkan.

5. Momentum sebelum dan selepas letupan dihitung dan direkodkan dengan


menganggap jisim setiap troli adalah 1 kg.

REKOD DATA DAN ANALISIS:

Perlanggaran kenyal

Sebelum perlanggar Selepas perlanggaran


an
Jisim Halaju Jumlah momentum Halaju akhir Jumlah momentum
(m/kg) awal (u/cm M1u1+m2u2 (v/ms-1) M1v1+m2v2
s-1) (kg ms-1) (kg ms-1)

Troli A 1 0. 43 0.68

Troli B 2 0.88 2.19 0.41 = 1.5

0.043
Halaju awal troli A = 0.1
=0. 43ms-1

0.088
Halaju awal troli B = = 0.88,s-1
0.1

0.068
Halaju akhir troli A = 0.1
= 0.68ms-1

0.041
Halaju akhir troli B = = 0.41ms-1
0.1
Jumlah momentum sebelum = (1)(0.43) + (2)(0.88) = 2.19 kgms-1

Jumlah momentum selepas = (1)(0.68)+(2)(0.41)= 1.5 kg ms-1

2.19 ≈ 1.5

Perlanggaran tak kenyal

Sebelum perlanggaran Selepas perlanggaran

Jisim Halaju awal Jumlah Halaju akhir Jumlah momentum


(m/kg) (u/cm s-1) momentum (v/ms-1) (M1+m2)v
M1u1+m2u2 (kg ms-1)
(kg ms-1)

Troli A 1 0.11 (1)(0.11) + (1)(0) 0.63 (1+ 1)0.63

Troli B 1 0 = 0.11 0. 63 = 1.26

0.011
Halaju awal troli A = 0.1
= 0.11ms-1

Halaju awal troli B =0ms-1

0.063
Halaju akhir troli A = 0.1
= 0.63ms-1

0.063
Halaju akhir troli B = 0.1
=0. 63ms-1

Jumlah momentum sebelum = (1)(0.11) + (1)(0)=0.11 kgms-1

Jumlah momentum selepas =(1+ 1)0.63=1.26kgms-1

0.11 ≈ 1.26

Letupan

Troli Troli 1(berspring) Troli 2


Masa yang diambil (s) 1.45 1.4
Jarak toli bergerak (m) 1.07 1.13
1.07
V1 =1.45

= 0.7379 ms-1

1.13
V2 = 1.4

= -0.8071 ms-1

M1V1 = M2V2

(1)(0.7379) = (1)(0.8071)

0.7379 ≈ 0.8071

PERBINCANGAN:

Prinsip keabadian momentum boleh ditakrifkan apabila dalam suatu sistem yang terdiri
daripada beberapa objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah tetap jika tiada
daya luar yang bertindak ke atas sistem itu (Lim Ching Chai, Poh Liong Yong, Chia Song
Choy, 1993). Aplikasi prinsip ini dapat dilihat dalam perlanggaran kenyal dan perlanggaran
tidak kenyal. Prinsip keabadian momentum juga boleh diaplikasikan dalam letupan (Chong
Chee Sian, 2012)

Dalam melaksanakan amali ini, jangka masa detik digunakan sebagai radas untuk
menentukan masa, sesaran dan halaju troli selepas sesuatu perlanggaran. Pita detik
berdetik 50 titik per saat = frekuensi 50 Hz ( 50 titik yang dihasilkan dalam 1 saat )

Oleh itu, tempoh, T = 1/f

= 1/50

=0.02 s

Maka setiap 0.02s, setiap titik dihasilkan diatas pita. Oleh yang demikian, masa yang
diambil untuk satu jalur ialah 0.2s (Yap Eng Keat, Talib Ideris, Shima Isma Yatim, 2015)
berdasarkan 5 detik didarabkan dengan 0.02s yang merupakan masa bagi satu detik. Kami
mendapati momentum sebelum dan selepas tidak sama . ini disebabkan oleh terdapat
beberapa ralat ketika melakukan eksperimen misalnya landasan yang digunakan
mempunyai daya geseran manakala troli pula mungkin mempunyai jisim yang sedikit
berbeza .
Dalam eksperimen perlanggaran tidak kenyal, plastisin digunakan untuk mencantumkan
dua troli yang berlanggar selepas perlanggaran tersebut. Selepas perlanggaran, kedua-dua
troli akan bersama-sama bergerak dengan halaju yang sama. Kami mendapati bahawa
dalam perlanggaran ini, momentum, tenaga kinetik terabadi manakala jumlah tenaga tidak
terabadi dan troli-troli yang berlanggar bergerak bersama-sama (Lim Ching Chai, Poh Liong
Yong, Chia Song Choy, 1993).

Piston berspring digunakan untuk memisahkan troli-troli selepas perlanggaran dalam


eksperimen mengkaji perlanggaran kenyal. Kami mendapati bahawa dalam perlanggaran
tersebut, momentum, tenaga kinetik dan jumlah tenaga telah terabadi dan troli-troli yang
berlanggar bergerak berasingan (Lim Ching Chai, Poh Liong Yong, Chia Song Choy, 1993).
Halaju dalam perlanggaran ini juga dipengaruhi oleh kecondongan landasan. Kami
menggunakan landasan kayu sebagai landasan untuk troli bergerak tetapi permukaan
landasan yang kasar telah menambahkan daya geseran pada troli. Cara mengurangkan
daya geseran pada troli ialah dengan melicinkan permukaan landasan dengan kertas pasir
ataupun dengan meletakkan bedak talkum.

Seterusnya, kami mendapati bahawa dalam eksperimen mengkaji prinsip keabadian


momentum dalam letupan ialah halaju kedua-dua troli adalah sama magnitud tetapi
bertentangan arah. Troli A bergerak ke kanan, maka troli A mempunyai halaju positif
manakala troli B bergerak ke kiri, maka troli B mempunyai halaju negatif.

Ketiga-tiga perlanggaran ini dapat disimpulkan bahawa jumlah momentum objek


sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran (Yap
Eng Keat, Talib Ideris, Shima Isma Yatim, 2015).

KESIMPULAN

Dengan menganalisis data yang diperoleh didapati jumlah momentum sebelm


pelanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas pelanggaran (Nancy hall 2015).
Dalam eksperimen sebenar nilai momentum selepas pelanggaran lebih kecil dengan nilai
momentum selepas pelanggaran kerana sebahagian tenaga kinetic troli telah bertukar ke
tenaga bunyi dan haba . Seterusnya , bagi pelanggaran tak kenyal jumlah momentum
sebelum pelanggaran adalah tidak sama dengam jumlah momentum selepas perlanggaran .
Tenaga kinetic tak terabadi bagi perlanggaran ini menyebabkan kedua objek mempunyai
halaju akhir yang sama selepas perlanggaran . Akhir sekali , letupan jumlah momentum
sebelum dan selepas adalah sama . Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sifar
kerana kedua-dua troli berada dalam keadaan pegun . momentum diabadikan dalam letupan
.

RUJUKAN:

1. McGill and King (1995). Engineering Mechanics, An Introduction to Dynamics (3rd ed.). PWS
Publishing Company.
2. Hand, Louis N.; Finch, Janet D. (1998). Analytical mechanics (7th print ed.). Cambridge, England:
Cambridge University Press. Chapter 4.
3. Lerner, Rita G.; Trigg, George L., eds. (2005). Encyclopedia of physics (3rd ed.). Weinheim: Wiley-
VCH-Verl .
4. Acheson, D. J. (1990). Elementary Fluid Dynamics. Oxford University Press.
5. Ho-Kim, Quang; Kumar, Narendra; Lam, Harry C. S. (2004). Invitation to Contemporary Physics
(illustrated ed.). World Scientific.
6. Z.Y.Wang (2016). "Generalized momentum equation of quantum mechanics". Optical and
Quantum Electronics.
7. Daniel Garber (1992). "Descartes' Physics". In John Cottingham. The Cambridge Companion to
Descartes. Cambridge: Cambridge University Press.
8. Barnett, Stephen M. (2010). "Resolution of the Abraham-Minkowski Dilemma". Physical Review
Letters.
9. Khan academy (2016) https://www.khanacademy.org/science/physics/linear-
momentum/momentum-tutorial/a/what-is-conservation-of-momentum
10. Nancy hall (2015) ,national astrounautics and admistration https://www.grc.nasa.gov/www/k-
12/airplane/conmo.html

You might also like