You are on page 1of 9

EKSPERIMEN PRINSIP

ARCHIMEDES

Amirul Syafiq b Muhamad Nor


Mekanik dan termodinamik
PISMP Sains Semester 4
Tajuk : Prinsip Archimides
Tujuan : Untuk mengkaji hubungan berat air tersesar dengan
..daya apung.

Teori
Prinsip penting yang memberikan kesan kepada objek yang tenggelam di dalam bendalir telah
diteroka dan ditemui oleh ahli matematik dan falsafah Greek yang bernama Archimedes.
Berdasarkan prinsip yang ditemukannya:

‘Sebarang objek yang sepenuhnya atau sebahagiannya tenggelam di dalam bendalir, ianya
diapungkan oleh daya yang magnitudnya bersamaan dengan berat air yang tersesar oleh objek
tersebut’

Berdasarkan penyataan di atas, satu persamaan dapat diterbitkan iaitu,

𝐵 = 𝑀𝑔 (𝑝𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 1)

𝐷𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝐵 = 𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑀 = 𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑔 = 𝑝𝑒𝑐𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑔𝑟𝑎𝑣𝑖𝑡𝑖

Persamaan 𝐵 juga boleh diterbitkan berdasarkan situasi yang mengaitkan jumlah tekanan yang
dikenakan pada permukaan bawah objek dan atas objek serta berat objek. Daya horizontal
daripada bendalir diabaikan tetapi daya vertikal P2A bertindak ke atas, daya vertikal P1A bertindak
ke bawah dan Mg juga bertindak ke bawah.

P1A

Mg
P2A

Maka daya bersih komponen vertikal yang bertidak ke atas objek tersebut ialah daya vertikal ke
atas di tolak dengan daya vertikal ke bawah dan berat objek iaitu Mg. maka daya bersih tersebut
ialah daya apungan iaitu 𝐵

𝐵 = 𝑃2 𝐴 − 𝑃1 𝐴 = 𝑀𝑔 (𝑝𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 2)
Bedasarkan persama di atas, daya apungan diklasifikasikan sebagai perbezaan tekanan daya
yang magnitudnya bersamaan dengan berat air tersesar.

Daya apungan juga tetap sama tidak kira bahan yang memenuhi isipadu sesuatu objek kerana
ianya bergatung kepada bendalir di persekitarannnya. Oleh itu, dengan menggunakan definisi
ketumpatan, persamaan 2 menjadi,

𝐵 = 𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑉𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑔 (𝑝𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 3)

𝐷𝑖𝑚𝑎𝑛𝑎 𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 = 𝑘𝑒𝑡𝑢𝑚𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟, 𝑉𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 = 𝑖𝑠𝑖𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟

Hipotesis
Daya apungan yang bertindak ke atas objek bersamaan dengan berat air yang tersesar.

Pembolehubah
Bergerak balas : Daya apungan.
Manipulasi : Jisim objek.
Malar : Jenis bendalir (air).

Alat dan Radas


Air, pemberat A (140g), pemberat B (200g), benang, tin eureka, bikar, neraca spring dan neraca
elektronik.

Prosedur
1. Objek A disambungkan neraca spring dengan benang. Berat objek A diukur dan
dicatakan. Jisim sebuah bikar kosong diukur dengan neraca elektronik.
2. Objek A kemudian diturunkan kedalam air di tin eureka sehingga ia tenggelam
sepenuhnya tanpa menyentuh dasar tin. Bacaan neraca spring direkod.
3. Jumlah jisim bikar dan air disesarkan diukur dengan neraca elektronik.
4. Ulang langkah 1-3 dengan menggunakan objek B.
Susunan Radas

Pengumpulan Data
Jisim Blok Berat blok di udara, Berat blok dalam Berat air tersesar +
Blok
(g) Tudara (N) air, Tair (N) bikar (g)
A 140.27g 1.4 1.0 81.65
B 260.54g 2.6 2.0 108.2

Analisis Data
Untuk membuktikan prinsip Archimedes berdasarkan eksperimen yang dilaksanakan, persamaan
berikut digunakan:

𝐵 = 𝑀𝑔

Dengan persamaan ini, nilai daya apungan 𝐵 yang diperoleh akan dibandingkan dengan berat air
yang tersesar. Nilai 𝐵 dan 𝑀𝑔 perlulah sama bagi membuktikan prinsip Archimedes ataupun
nilai yang hampir antara kedua-duanya menunjukkan ketepatan yang tinggi berdasarkan prinsip
Archimedes manakala nilai yang jauh ketepatan yang rendah.
Cara mendapatkan daya apungan, 𝐵 adalah seperti berikut:

Dengan mengaplikasikan hukum newton kedua apabila blok diukur beratnya di udara, terdapat
dua daya yang bertindak iaitu Tudara dan graviti, Mg serta magnitudnya sama dengan bacaan
neraca spring.

𝑇𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 – 𝑀𝑔 = 0 … … . . 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑚𝑎𝑎𝑛 (1)

Apabila objek tersebut ditenggelamkan ke dalam air, skala daya ialah Tair, dengan magnitudnya
sama dengan bacaan skala dan terdapat daya apungan yang bertindak ke atas, 𝐵 dan daya
graviti, 𝑀𝑔.

𝑇𝑎𝑖𝑟 – 𝑀𝑔 + 𝐵 = 0 … … . . 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 (2)

Dengan menjadikan mg sebagai perkara rumus dalam persmaan (1) masukkan persamaan
tersebut ke dalam persmaan (2) bagi membentuk persamaan berikut,

𝑇𝑎𝑖𝑟 − 𝑇𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 + 𝐵 = 0 … … . . 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 (3)

𝐵 = 𝑇𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 − 𝑇𝑎𝑖𝑟 … … . . 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 (4)

Maka persamaan (4) digunakan untuk mengira daya apungan, B yang bertindak ke atas objek.

Daya apungan bagi objek A:


𝐵 = 𝑇𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 − 𝑇𝑎𝑖𝑟
𝐵 = 1.4𝑁 − 1.0𝑁
𝐵 = 0.4𝑁

Daya apungan bagi objek B:


𝐵 = 𝑇𝑢𝑑𝑎𝑟𝑎 − 𝑇𝑎𝑖𝑟
𝐵 = 2.6𝑁 − 2.0𝑁
𝐵 = 0.6𝑁

Cara mendapatkan berat air tersesar adalah seperti berikut:

𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑘𝑎𝑟 𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝐵𝑖𝑘𝑎𝑟


𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = −
100 100

𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑏𝑖𝑘𝑎𝑟 = 42.60𝑔


Berat air tersesar A:
𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑘𝑎𝑟 𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝐵𝑖𝑘𝑎𝑟
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = −
100 100
81.65 42.60
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = −
100 100
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = 0.391𝑁

Berat air tersesar B:


𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑘𝑎𝑟 𝐽𝑖𝑠𝑖𝑚 𝐵𝑖𝑘𝑎𝑟
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = −
100 100
108.2 42.60
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = −
100 100
𝐵𝑒𝑟𝑎𝑡 𝑎𝑖𝑟 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑠𝑎𝑟 = 0.656𝑁

Nilai 𝐵 dan 𝑀𝑔 bagi A dan B dibandingkan dalam jadual di bawah:

Objek Daya Apungan, 𝑩 (𝑵) Berat air tersesar, 𝑴𝒈 (𝑵)


A 0.4 0.391
B 0.6 0.656

Bagi menentukan ralat, rumus peratus perbezaan digunakan.

𝐵 − 𝑀𝑔 𝑀𝑔 − 𝐵
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = × 100 𝑎𝑡𝑎𝑢 = × 100
𝐵 𝑀𝑔

∗ 𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑝𝑜𝑠𝑖𝑡𝑖𝑓

Peratus ralat A:

𝐵 − 𝑀𝑔
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 =
𝐵
0.4 − 0.391
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = × 100
0.4
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = 2.25%

Peratus ralat B:

𝑀𝑔 − 𝐵
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = × 100
𝑀𝑔
0.656 − 0.6
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = × 100
0.656
𝑃𝑒𝑟𝑎𝑡𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎𝑎𝑛 = 8.54%

Peratus perbbezaan % (Ralat) bagi A dan B adalah seperti jadual di bawah:

Blok Peratus
Perbezaan %
(Ralat)
A 2.25
B 8.54

Perbincangan
Berdasarkan data yang dianalisis, peratus ralat bagi perbezaan antara nilai daya apungan dan
berat air tersesar adalah sangat rendah iaitu bagi A=2.25% dan bagi B=8.54%. Maka, hasil
eksperimen ini dapat membuktikan prinsip Archimedes dengan sedikit ralat yang disebabkan oleh
beberapa faktor. Maka berdasarkan hasil eksperimen:

𝐵 ≈ 𝑀𝑔

Dalam merungkai prinsip apungan oleh Archimedes ini, ia sebenarnya terbahagi kepada 2
keadaan iaitu Keadaan I: Objek yang tenggelam sepenuhnya dan Kedaan II: Objek yang
tenggelam sebahagiannya sahaja. Berdasarkan eksperimen ini, ianya melibatkan Keadaan I
kerana objek yang digunakan dalam ekpserimen ini tenggelam sepenuhnya di dalam air berikutan
ketumpatannya lebih tinggi berbanding air.

Keadaan I: Objek yang tenggelam sepenuhnya.


Apabila sesuatu objek itu tenggelam sepenuhnya di dalam sesuatu ketumpatan bendalir 𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 ,
daya apungan ke atas (upward) yang bertindak kepada objek mempunya magnitud 𝐵 =
𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔, di mana 𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 adalah isipadu objek. Sekiranya objek tersebut mempunyai
ketumpatan 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 , daya gravity yang bertindak ke bawah (downward) mempunyai magnitud yang
sama dengan 𝑤 = 𝑀𝑔 = 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔. Untuk diringkaskan:

𝐵 = 𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔 ⟹ 𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠

𝑤 = 𝑀𝑔 = 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔 ⇒ 𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑒 𝑏𝑎𝑤𝑎ℎ


Kemudian, daya bersih yang bertidak ke atas objek tersebut ialah 𝐵−𝑤 =
(𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟− 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 )𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔. Maka, sekiranya ketumpatan objek kurang daripada ketumpatan
bendalir, daya bersih yang bertindak adalah positif dan objek akan memecut ke atas (upward).
Sekiranya ketumpatan objek lebih tinggi berbanding ketupatan bendalir, daya bersih ialah negatif
dan objek memcut ke bawah (downward).

Maka, berdasarkan eksperimen yang dilaksanakan (objek tenggelam sepenuhnya) dapat


dibuktikan mengapa objek A dan B tenggelam berdasarkan rumus di atas.

Objek A:

𝐵 − 𝑤 = (𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟− 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 )𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔


Kedua-dua nilai adalah negatif, maka dapat
0.4 − 1.4 = −1.0
dinyatakan ketumpatan bagi kedua-dua objek
Objek B: adalah tinggi berbanding ketumpatan air dan
objek memecut ke bawah.
𝐵 − 𝑤 = (𝜌𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎𝑙𝑖𝑟− 𝜌𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 )𝑉𝑜𝑏𝑗𝑒𝑘 𝑔
0.6 − 2.6 = −0.2

Analisi ralat.
Daripada hasil rumus peratus perbezaan %, didapati terdapat ralat yang berlaku dalam
eksperimen yang boleh disebabkan ralat kosong neraca spring dan ralat sistem tin eureka. Bagi
objek A, nilai daya apungan (Tudara-Tair) adalah lebih tinggi berbanding berat air yang tersesar.
Maka, selain ralat kosong disebabkan oleh bacaan skala neraca spring, ianya juga disebabkan
oleh paras air di dalam tin eureka itu tidak sebaris dengan bahagian bawah lubang tin eureka.
Ianya menyebabkan jumlah air yang tersesar ke dalam bikar menjadi kurang kerana mengisi
isipadu antara paras air yang diletakkan dengan bahagian bawah lubang tin eureka. Kemudian,
bagi objek B, nilai daya apungan (Tudara-Tair) lebih rendah berbanding berat air tersesar. Maka
ralat bukan disebabkan oleh ralat sistem tin eureka namun hanya melibatkan ralat kosong neraca
spring sahaja.

Kesimpulan
Berdasarkan prinsip Archimedes, daya apungan yang bertindak ke atas objek bersamaan dengan
berat air yang tersesar. Peratus perbezaan % (ralat) antara daya apungan dan berat air tersesar
yang sedikit menunjukkan ketepatan Prinsip Archimedes dengan eksperimen yang dijalankan.

Hipotesis diterima.
RUJUKAN

Walker, J. S. (2007). Physics (3rd ed.). San Francisco, United States of America: Pearson
Education.

Chris Vuille, Raymond A.S & Jerry S.F (2009). College Physics. 8th Ed. Belmont, Canada:
Brooks Cole Cengage Learning.

Hall, N. (Ed.). (2015, May 5). Force of Falling Object (with air resistance). Retrieved January 24,
2018, from https://www.grc.nasa.gov/www/k-12/airplane/falling.html

Hewitt P.G. (2011). Conceptual Physics. 11th Ed. Pearson. Addison Wesley.

Poh Liong Yong (2003). STPM Physics. Vol. 1. Johor Bahru, Johor: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

You might also like