You are on page 1of 15

DAFTAR KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ........................................................................................................... 2

2.0 LATAR BELAKANG ORANG ASLI ............................................................................. 2

3.0 KAJIAN LAPANGAN .................................................................................................. 3

3.1 HASIL DAPATAN.................................................................................................... 4

3.1.1 SISTEM AKHLAK ......................................................................................... 4

3.1.2 SISTEM AQIDAH .......................................................................................... 5

3.1.3 ASPEK IBADAH ........................................................................................... 7

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .............................................................................. 7

5.0 RUMUSAN .................................................................................................................. 9

RUJUKAN ............................................................................................................................. 9

LAMPIRAN 1 ...................................................................................................................... 11

LAMPIRAN 2 ...................................................................................................................... 13

1
1.0 PENGENALAN

Menurut Bahasa, Islam bererti aman, damai, sejahtera dan selamat. Manakala dari segi istilah
pula, Islam bermaksud mentauhidkan Allah S.W.T, patuh, taat dan tunduk kepadNya serta
beriman dengan ajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Di sinilah
Islam diiktiraf sebagai agama kerana ia lengkap dan mempunyai hubungan yang rapat
dengan Pencipta.

Perkembangan Islam merupakan satu fenomena yang menjadi perhatian segenap


lapisan masyarakat yang didakwahkan ataupun masyarakat yang mendakwah.
“Sesungguhnya agama disisi Allah ialah agama Islam”, (surah Al-Imran : 19). Dengan
penjelasan ayat ini, ternyata agama Islam merupakan satu pilihan yang tepat unyuk dianuti
kerana ia telah diakui oleh Allah S.W.T.

2.0 LATAR BELAKANG ORANG ASLI

Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai suku dan etnik yang mendiami seluruh
Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak (Hassan Mat Nor, 2000). Masyarakat Pribumi
atau lebih dikenali sebagai Orang Asli adalah merupakan masyarakat yang mempunyai susur
galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik. Merekalah yang mempunyai status
penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita. Suatu ketika dahulu, semasa orang-
orang Inggeris datang ke Tanah Orang asli, mereka telah menggelarkan Orang Asli
sebagai aborigines (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Jika diperhalusi,
istilah aborigines lebih menjurus kepada masyarakat yang mundur, tidak membangun dan
primitif. Bagi memastikan kaum ini tidak diperlekehkan oleh masyarakat lain, kerajaan telah
menukar istilah itu kepada Orang Asli. Istilah ini lebih menjurus kepada kehidupan yang lebih
moden dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat tersebut. Seperti masyarakat pribumi yang
lain, masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat Bumiputera di
negara ini. Sehubungan itu, mereka mempunyai hak yang istimewa sebagaimana termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui oleh semua kaum di negara ini.

Orang Asli secara rasminya terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan utama berdasarkan
keturunan dan asal-usul, antaranya kumpulan Negrito yang kebiasaanya boleh dijumpai di
bahagian utara semenanjung. Manakala kumpulan Senoi pula menetap di bahagian tengah
semenanjung dan kumpulan Melayu-Proto menetap di wilayah selatan semenanjung. Setiap
kumpulan utama mempunyai enam sub-etnik, (Juli Edo, 2001). Disebabkan terdapat banyak

2
pecahan etnik dalam kaum masyarakat Orang Asli, kepelbagaian adat dan budaya serta
pegangan yang berbeza-beza terjadi mengikut tempat-tempat tertentu.

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat
semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang
Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang
Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat
Orang Asli.
Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli
dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu
lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli
dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada
masyarakat Orang Asli.

Rajah 1 : Takrif Orang Asli berdasarkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974

3.0 KAJIAN LAPANGAN

Analisis Amal Islami Masyarakat Orang Asli Muslim Di Kampung Orang Asli Sungai Lalang
Baru, Semenyih, Selangor

Oleh: Nur Afiqah Hadirah binti Suhalil

Berdasarkan tugasan kerja kursus Pendidikan Islam MPU3092, saya dan rakan-rakan telah
mengadakan tinjauan terhadap perkampungan Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai
Lalang Baru, Semenyih, Selangor pada tanggal 15 Mac 2019. Seramai 144 orang pelajar
semester empat telah mengikuti Program Ziarah Kasih dan Khidmat Masyarakat Orang Asli.
Kaedah yang digunakan ialah kaedah soal selidik dan temu bual bersama beberapa buah
keluarga orang asli bagi mendapatkan maklumat berkaitan amal islami masyarakat orang asli
disana. Berdasarkan temubual tersebut, kami mendapati rata-rata masyarakat orang asli di
sini merupakan Suku Kaum Temuan. Suku Kaum Temuan merupakan Orang Asli dari puak
Melayu-Proto yang tinggal di Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Dalam kajian ini,
kami telah memberi tumpuan terhadap tiga aspek utama iaitu sistem akhlak, sistem ibadah
serta system akidah masyarakat orang asli. Penekanan terhadap tiga aspek ini penting dalam
kehidupan muslim kerana perkembangan Islam merupakan era perubahan kepada setiap
masyarakat mahupun individu dari zaman jahiliah. Setiap manusia yang menerima Islam telah
meletakkan diri mereka redha pada perubahan diri, kerana perubahan diri itu meletakkan
mereka diredhai oleh Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 ;

3
Yang bermaksud “Dan Aku telah redha akan Islam menjadi agama untuk mu”. Justeru itu,
Islam merupakan lambang ketamadunan bagi setiap individu yang menerimanya sebagai cara
hidup. Di dalamnya, terkandung segala kebaikan yang boleh menjamin kebaikan di dunia dan
di akhirat.

3.1 HASIL DAPATAN

Temu bual yang telah dibuat dengan menggunakan satu set soal selidik kumpulan berfokus.
Temu bual dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tiga aspek iaitu akidah, ibadah
dan akhlak masyarakat Orang Asli Sungai Lalang Baru.

3.1.1 SISTEM AKHLAK

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada
perkataan (al-khuluqu) yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, adat, kebiasaan,
malah ia juga bereti agama itu sendiri. Imam Ghazali R.A mengatakan, bahawa akhlak ialah
suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan
senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik
dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Berdasarkan pemerhatian kami dari aspek akhlak masyarakat Asli Temuan amat baik
dan berbudi bahasa. Hal ini kerana, setibanya kami disana, kami disambut baik oleh mereka
dengan senyum dan menjawab salam bagi yang beragama islam. Rata-rata masyarakat
orang asli di kampung Sungai Lalang ini, menyambut baik kehadiran kami. Mereka
memberikan layanan yang baik serta bersikap terbuka sewaktu kami ingin mengadakan temu
bual. Disamping itu, walaupun mereka susah untuk berbahasa melayu, kerana sering
menggunakan loghat bahasa Orang Asli tetepi mereka berusaha memberikan penjelasan
agar kami dapat memahaminya dengan baik.

Tambahan lagi, masyarakat Asli Temuan amat menghormati tetamu yang


mengunjungi mereka. Hal ini dapat dilihat sewaktu responden menghalau anjing-anjing
disekeliling kawasan rumah mereka setibanya kami disana. Mereka turut meyakinkan kami
bahawa mereka tidak membela anjing dan melarang anjing memasuki rumah. Menurut
responden, anjing sememangnya amat berjasa dan banyak membantu mereka namun

4
mereka masih mengetahui larangan memegang anjing. Responden juga menyatakan bahawa
walaupun mereka tidak membela anjing namun mereka sering memberi makan kepada
anjing-anjing yang lapar dan tidak bertuan disitu. Dari situ, kami dapat menilai bahawa
masyarakat orang asli disini mempunyai akhlak yang baik terhadap haiwan.

Seterusnya, dari segi pakaian dan kebersihan pula, mereka mengenakan pakaian
yang sopan dan bersih contohnya seperti wanita muslim berpakaian lengkap dan menutup
aurat serta mengenakan tudung seperti yang disyariatkan dalam Islam. Namun begitu,
mereka hanya menutup aurat sewaktu berhadapan dengan tetamu. Batas aurat dan
pergaulan antara adik ipar dan abang ipar tidak dijaga. Hal ini kerana, pegangan akhlak masih
lagi tidak kuat dalam kalangan masyarakat di sini. Manakala, dari aspek kebersihan pula,
kebersihan diri amat dititik beratkan oleh responden. Responden memakai pakaian yang
bersih dan duduk dipersekitaran rumah yang bersih dan kemas. Kami turut merasa selesa
sewaktu menjadi tetamunya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga, terdapat segelintir
masyarakat orang asli yang tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah. Kami
dapati terdapat botol-botol arak yang kosong dibiarkan di bawah rumah dan terdapat juga
beberapa buah rumah yang dipenuhi sampah sarap disekitarnya. Oleh itu, kami telah
membuat inisiatif untuk bersama-sama mengutip sampah-sarap yang berada di sekitar
kawasan rumah mereka dan mengumpulkannya di satu tempat.

3.1.2 SISTEM AQIDAH

Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul.
Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan kepercayaan dan
keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan
bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan keyakinan yang kuat dan teguh dalam
menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.

Pada asalnya, suku kaum Temuan mengamalkan kepercayaan nenek moyang di


mana mereka mengamalkan kepercayaan animism. Mereka lebih mempercayai kepada
semangat alam seperti kubur, pokok, api dan sebagainya. Namun begitu, terdapat kira-kira
42 daripada 140 buah keluarga penduduk Asli Temuan yang menganuti agama islam
termasuk Tok Batin sendiri, di mana beliau telah memeluk agama islam semenjak tahun 90-
an lagi. Menurut isteri Tok Batin atau nama sebenarnya Aboy, kesan daripada kedatangan
islam dalam masyarakat orang asli di Kampung Sungai Lalang ini dapat dilihat melalui
penghapusan amalan perayaan nenek moyang. Perayaan ini penting bagi suku kaum Asli
Temuan yang masih mengamalkan animisme. Menurut beliau, perayaan ini akan disambut
pada setiap 31 Disember. Dalam perayaan tersebut, suku kaum Asli Temuan akan

5
mengadakan tarian tradisi iaitu tarian sewang yang diikuti dengan alunan muzik. Penari-penari
akan memakai pakaiaan tradisi yang diperbuat daripada kulit kayu bagi persalinan lelaki,
manakala bagi perempuan pula mereka akan mengenakan pakaian yang di perbuat daripada
daun nipah atau mengkuang serta perhiasan daun kelapa yang dianyam untuk dijadikan
selempang yang dililit di pinggang, kepala dan dada, (Anwar Din, 20018). Tambahan isteri
Tok Batin juga, tarian sewang merupakan tarian yang boleh menyembuhkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan roh-roh si mati. Namun kini, setelah kedatangan ajaran Islam,
tarian sewang tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Temuan. Tarian ini hanya akan ditarikan
sebagai acara bersuka-ria bagi menyambut tetamu dan sebagainya.

Kesan daripada perkembangan Islam dalam kalangan Masyarakat Orang Asli


Temuan, ramai daripada mereka telah memeluk agama Islam. Namun begitu, apabila ditanya
berkaitan rukun iman dan rukun islam, terdapat segelintir masyarakat yang tidak
mengetahuinya dan terdapat juga yang mengetahui rukun Islam dan rukun Iman serta
penjelasan mengenainya, namun tidak beramal dengannya. Majoriti Orang Asli Muslim masih
tidak dapat melaksanakan amal Islami dalam kehidupan dengan cara yang sempurna. Ini
berpunca daripada tahap kefahaman Islam yang minima, juga kesedaran untuk menghayati
Islam yang berada ditahap minima. Apa yang dimaksudkan dengan amal Islami di sini ialah
meliputi asas-asas ajaran Islam dalam ruang lingkup akidah, ibadah dan akhlak. Mungkin dari
segi akhlak, masyarakat Asli telah menghayati nilai-nilai yang baik yang telah diajar dalam
Islam seperti amanah, menghargai waktu, menghubungkan silatul Rahim, memuliakan tetamu
dan sebagainya. Oleh itu, bagi menjaga kebajikan masyarakat Asli yang beragama Islam ini,
mereka telah diajar dan dipantau oleh Ustaz Fauzi. Menurut Ustaz Fauzi, masyarakat Asli
Temuan ini mempelajari ilmu berkaitan Islam melalui kelas agama yang diadakan di surau.
Kelas aqidah dan ilmu fiqh serta pengajian al-quran turut dilaksanakan pada setiap hujung
minggu. Namun begitu, bilangan yang menghadiri kelas tersebut semakin hari semakin
berkurang. Hal ini kerana, mereka berpendapat kelas yang dilaksanakan agak membosankan.
Beliau juga berkata, terdapat pertubuhan ataupun institusi yang aktif menjalankan aktiviti
kemasyarakatan dan dakwah di sini, antaranya pelajar Universiti Islam Antarabangsa dan
Universiti Malaya. Selain itu, sumbangan dan pengajian al-Quran juga pernah diberikan oleh
Masjid Dato’ Abdul Aziz, Seksyen 14 Petaling Jaya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ustaz
tersebut, sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada dalam bentuk kewangan, material
dan ilmu sememangnya sentiasa dialu-alukan oleh penduduk Asli Temuan di Kampung
Sungai Lalang ini.

6
3.1.3 ASPEK IBADAH

Dari segi istilah, ibadah bermaksud khusyuk kepada Allah S.W.T. dan merendah diri serta
tetap hati kepadaNya. Firman Allah S.W.T,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada
Ku” (Surah Az-Zariyat : 56). Ayat ini menunjukkan bahawa ibadah adalah satu kewajipan yang
dituntut olah Allah S.W.T kepada seluruh umatNya.

Merujuk kepada persoalan ibadah, majoriti masyarakat Orang Asli mengabaikan


tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Berdasarkan temu bual dengan masyarakat
Orang Asli, kami mendapati mereka tidak begitu mempedulikan soal-soal ibadat seperti solat,
puasa, aqiqah, korban dan lain-lain. Rata-rata mereka tidak menunaikan solat. Ibadat solat ini
kebiasaannya akan dilaksanakan apabila ada upacara rasmi atau ada program yang
dilaksanakan di perkampungan Orang Asli seperti sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah,
program Korban dan sebagainya. Menurut responden, mereka tidak menunaikan solat waijb
lima waktu sehari semalam atas alasan kepenatan kerana menjalankan aktiviti harian dan
hanya solat mengikut kemampuan sahaja. Menurutnya, mereka hanya solat apabila
mempunyai waktu dan tidak letih. Tambahan pula, mereka juga menceritakan bahawa mereka
jarang ke surau atas faktor surau yang jauh dari rumah dan keadaan jalan raya yang curam
dan merbahaya menyukarkan mereka untuk pergi kesurau. Hal ini menyebabkan, mereka
tidak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dalam mempelajari solat. Kami telah bertanyakan
beberapa soalan berkaitan ibadah kepada beberapa penduduk orang asli.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan amal islami masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Lalang
Baru ini adalah dengan mengadakan Program Dakwah Ziarah Rumah ke Rumah. Dakwah
adalah satu usaha untuk menarik orang yang beragama lain supaya mengikuti agama Allah.
Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ; 104 ,

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang

7
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah oran-
orang yang Berjaya”

Justeru itu, melalui program ini, ustaz, pendakwah ataupun sukarelawan boleh pergi dari
rumah ke rumah bagi menyampaikan dan mengajarkan masyarakat Orang Asli berkaitan ilmu
agama Islam. Hal ini kerana, faktor utama mereka jarang ke surau atau ke majlis ilmu adalah
kerana surau yang terletak jauh dari rumah dan kemudahan jalan raya yang berbahaya kerana
berada di kawasan-kawasan bukit dan agak tidak selamat sehingga boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Oleh itu, melalui Program Dakwah Ziarah Rumah
ke Rumah ini ajaran agama Islam dapat disampaikan dan masyarakat orang asli dapat
mempelajarinya dengan lebih mendalam. Contohnya, masyarakat Orang Asli akan diajar
untuk mahir membaca Al-Quran, cara melaksanakan solat, mengambil wudu’ dan
sebagainya. Justeru itu, Program ini merupakan salah satu usaha-usaha penggerak dakwah
dan pembangunan Islam yang boleh dilaksanakan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Seterusnya, aktiviti Gotong-Royong Perdana boleh dilaksanakan. Melalui program ini


dapat meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan masyarakat Orang Asli. Penyakit
berjangkit seperti kudis dapat dielakkan. Hal ini kerana, kebersihan dalam Islam bukan sahaja
digalakkan, tetapi dijadikan sebahagian daripada iman. Ini menunjukkan bahawa amalan
kebersihan merupakan tuntutan agama. Sabda Rasulullah S.A.W ;

“Suci (kebersihan) itu sebahagian daripada iman”

Hadis di atas menunjukkan bahawa amalan kebersihan merupakan symbol dan syiar kepada
agama Islam itu sendiri. Tambahan lagi, melalui program ini, kita juga dapat menjalinkan
hubungan yang mesra antara masyarakat Orang Asli sejajar dengan gagasan al-qur’an
bahawa ‘orang-orang mu’min itu adalah bersaudara’ (al-hujurat : 10).

Selain itu, majoriti masyarakat orang asli disini masih lagi berada dalam kepompong
masyarakat kurang berpendidikan. Hanya tiga orang dari penduduk Suku Kaum Temuan di
kawasan ini berjaya melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Usaha untuk memajukan Orang Asli dalam pendidikan perlu dilestarikan dan ditingkatkan. Hal
ini kerana, pendidikan merupakan senjata utama dalam memajukan sesuatu kaum pada masa
kini. Pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah dan cabaran ini untuk
memastikan pencapaian prestasi dan pembangunan pendidikan anak-anak Kaum Orang Asli
terus meningkat dan setanding dengan kaum−kaum lain di Malaysia. Oleh itu, program-
program pendidikan boleh dilaksanakan di kalangan masyarakat orang asli terutamanya
kanak-kanak kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tanpa

8
kemahiran membaca, masyarakat Orang Asli akan menghadapi masalah dalam memperoleh
ilmu. Kemudahan perpustakaan yang dibina haruslah digunakan dengan sebaik mungkin.
Siswa siswi daripada universiti awam bolehlah mengikuti program ini dan menjadi fasilitator.
Aktiviti seperti belajar membaca, mengira dan menulis boleh dilaksanakan bagi menurunkan
kadar buta huruf dikalangan masyarakat Orang Asli. Ini sejajar dengan Hadis Riwayat Ibnu
Abdil Barr,

“Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan”

5.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada soal selidik dan temubual yang telah dilakukan keatas Masyarakat
Orang Asli Muslim Di Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru. Mereka memahami dan
melaksanakan kehidupan seharian mengikut ajaran Islam. Walaupun hasil dapatan
menunjukkan kekerapan dan peratusan yang sederhana bagi pemahaman dan pelaksanaan
cara hidup Islam tetapi golongan ini mempunyai kecenderungan untuk meraikan ketakwaan
kepada Allah. Perubahan budaya yang berlaku dalam kehidupan mereka setelah memeluk
Islam adalah kerana ajaran agama tersebut. Namun amalan budaya Orang Asli yang tidak
selaras dengan ajaran Islam ada antaranya yang masih lagi diteruskan oleh mereka..
Perubahan amalan budaya Orang Asli kepada budaya hidup yang selaras dengan tuntutan
Islam dalam kalangan suku Temuan ini masih lagi sederhana peratusannya, namun
kecenderungan mereka untuk berubah dari segi amalan budaya asal dan menerima dakwah
Islam masih lagi positif. Oleh itu, usaha dan bantuan yang lebih giat diperlukan dalam aktiviti
pendakwahan dalam kalangan Orang Asli diperlukan serta dilakukan secara berterusan.
Sebagai umat Islam, kita haruslah bersatu padu dan saling membimbing kea rah kebaikan.
Hal ini amat penting dalam melahirkan Umat Muhammad yang patuh dan taat pada perintah
Allah S.W.T

9
RUJUKAN

Anwar Din. 2008. Asas kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi : Penerbitan university
Kebangsaan Malaysia.

Dahlan. 2002. Persoalan dan Cabaran Pribumi dalam Pembangunan. Selangor : Vinlin
Press Sdn. Bhd.

Hassan Mat Nor. 2000. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2004. Kuala Lumpur : Wisma Selangor Dredging.

Juli Edo. 2001. Tamadun Peribumi Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim, H.F. 2001. Orang Asli, Forest and Development. Kepong : Forest Research Institute
Malaysia.

Rozalli Hashim. 2005. Pengajian Pembangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

10
LAMPIRAN 1

Rajah 1 : Temu bual bersama masyarakat orang asli kaum Temuan

Rajah 2 : Mengedarkan sumbangan seperti beras, minyak dan gandum

11
Rajah 3 : Kaum wanita Masyarakat Orang Asli Temuan

12
LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: KAJIAN SISTEM AKIDAH MASYARAKAT ORANG ASLI

MAKLUMAT DIRI

NAMA: ______________________________________

UMUR: ______________________________________

JANTINA: ____________________________________

Arahan: Sila tanda sejauhmanakah anda mempercayai akidah yang dinyatakan Dengan
menggunakan skala 1 hingga 5, sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan
anda menanda pada setiap penyataan.

Selidik Pemerhatian

AKIDAH

BIL ITEM YA TIDAK CATATAN

1. Masih Mengamalkan animisme

2. Wujud amalan syirik jali

3. Terdapat rumah /objek


pemujaan
4. Wujud ritual /upacara pemujaan

5. Memakai pakaian mengikut


kepercayaan karut
6. Beriman kepada Rasul

7. Beriman kepada Qada dan


Qadar
8. Amalan membaca Al Quran

9. Percaya pada hari akhirat

10. Beriman kepada Malaikat

13
BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: KAJIAN SISTEM AKHLAK MASYARAKAT ORANG ASLI

MAKLUMAT DIRI

NAMA: ______________________________________

UMUR: ______________________________________

JANTINA: ____________________________________

Arahan: Sila tanda sejauhmanakah anda mempercayai akidah yang dinyatakan Dengan
menggunakan skala 1 hingga 5, sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan
anda menanda pada setiap penyataan.

Selidik Pemerhatian

AKHLAK

BIL ITEM YA TIDAK CATATAN

1. Senyum kepada orang lain

2. Memberi salam kepada orang


lain
3. Menjaga kebersihan diri

4. Menghormati tetamu

5. Menutup aurat dengan


sempurna

6. Menggunakan bahasa yang


sopan
7. Menjaga batas pergaulan

8. Menjaga adab ketika disurau

14
BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: KAJIAN SISTEM IBADAH MASYARAKAT ORANG ASLI

MAKLUMAT DIRI

NAMA: ______________________________________

UMUR: ______________________________________

JANTINA: ____________________________________

Arahan: Sila tanda sejauhmanakah anda mempercayai akidah yang dinyatakan Dengan
menggunakan skala 1 hingga 5, sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan
anda menanda pada setiap penyataan.

Selidik Pemerhatian

IBADAH

BIL ITEM YA TIDAK CATATAN

1. Solat 5 waktu

2. Puasa bulan Ramadhan

3. Membayar zakat

4. Cara mengambil wuduk dengan


betul
5. Cara solat dengan betul

6. Mengenali rukun iman dan


rukun islam

7. Mengikuti cara hidup yang


dianjurkan oleh islam

8. Menguasai membaca al-quran

15

You might also like