You are on page 1of 2

Kepada:

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Bachok,

16300 Bachok,

Kelantan.

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN GAYA HIDUP SIHAT DIKALANGAN GURU-
GURU WANITA.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Kami dari pihak Program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Negeri Kelantan akan menjalankan
kempen kesedaran tentang amalan gaya hidup yang sihat dikalangan guru-guru wanita. Kempen ini
bertujuan untuk membantu guru-guru wanita tentang amalan pemakanan sihat serta kaedah senaman
yang berkesan dan betul. Ini dapat membantu guru-guru wanita dalam menangani masalah kesihatan
serta dapat menjaga berat badan unggul

3. Maklumat tentang program yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 Ogos 2017

Masa : 2.00 pm-3.30 pm

Tempat:

Pakaian: Baju sukan

Sasaran : 5 wakil Guru daripada setiapn sekolah menengah dan rendah.

4. Sehubungan dengan itu, maka besarlah harapan kami agar program ini mendapat sokongan
daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dalam merealisasikan matlamat amalan gaya hidup
sihat kepada para guru dalam menjamin keberkesanan guru dalam menjalankan tugasan harian.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,

…………………………..

(ZALILAWATI BINTI ZAKARIA)

Ketua Pasukan Daerah Bachok,

Jom Kurus 1 Malaysia

You might also like