You are on page 1of 7

KOLEJ VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

DMA 1263 – LUKISAN CAD 1

PRACTICAL SHEET
AMALI 6
MEMBUAT ASAS OBJEK (POLIGON)
3 JAM

NAMA PELAJAR /
STUDENT'S NAME
NO. KAD PENGENALAN /
IC. NO
TAHUN / YEAR
NAMA PENSYARAH /
LECTURER’S NAME
TARIKH / DATE

MARKAH:
AMALI 6

TAJUK : Poligon

PENGENALAN :

Poligon adalah polyline tertutup yang mempunyai jumlah sisi diantara 3 sehingga 1024.
Perintah AutoCAD Poligon menyediakan cara cepat bagi menghasilkan bentuk poligon tetap
(semua sisi dan sudut sama). Arahan polygon digunakan untuk membina rajah satah yang
dilingkungi oleh beberapa sisi yang lurus dan bilangan sisi lebih daripada empat.

Gambarajah 6.1 Jenis-jenis poligon

OBJEKTIF :
1. Menghasilkan Poligon dalam perisian AutoCAD

PERALATAN / MESIN / ALAT :

Bil Bahan / Komponen / Peralatan Saiz Kuantiti

1 Komputer dengan Perisian AutoCAD - 1
2 Plotter/ Printer - 1
3 Kertas A3/A4 - Secukupnya
4 Pendrive - Secukupnya
PANDUAN KESELAMATAN :
1. Pastikan tangan tidak terkena air semasa menyentuh tombol ON.
2. Pastikan penebat wayar yang bersambung dengan komputer tidak mengalami
kerosakan atau pecah.
3. Jika terdapat bau atau kebakaran, sila beritahu kepada guru dengan segera.
4. Dilarang membuka dan mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa kebenaran
guru.
5. Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan peralatan.

KAEDAH / PROSEDUR :
1. Memulakan Perisian AutoCAD 2016
 Pilih AutoCAD 2016 pada menu program atau klik pada ikon AutoCAD 2016. Klik
Start Drawing untuk memulakan lukisan baru

2. Paparan Muka Autocad

 AutoCAD secara automatik akan membuka lukisan dengan menggunakan nama

‘Drawing 1’
 Sekirannya perlu, klik pada anak panah bawah dalam ‘Quick Acess Bar’ dan pilih
‘Show Menu Bar’. Bar menu menyediakan akses kepada semua arahan AutoCAD

2. Tetapan Unit Dalam Lukisan

 Dalam bar menu pilih:
[Format] [Units]
 Klik pada pilihan ‘Length Type’ bagi menunjukkan beberapa jenis unit panjang yang
ada. Pastikan ‘length type’ dalam ‘decimal’

3. Melukis Heksagon Dengan Arahan ‘Polygon’

J30

+
(100,100)

 Pelajar akan membuat polygon bersisi 6 dengan menggunakan arahan ‘Polygon’.

Tiga kaedah untuk melaksanakan arahan Polygon ialah:

Kaedah 1: Toolbar Draw

Kaedah 2: Menu Draw - Polygon
Kaedah 3: Baris arahan - POL
 Gerakkan kursor grafik ke ikon polygon dalam ‘Draw Panel’. Perhatikan bahawa
arahan ringkas polygon muncul bersebelahan kursor

 Pilih ikon dengan klik pada kiri tetikus bagi mengaktifkan arahan ‘Polygon’ atau
masukkan arahan POL dan tekan Enter pada baris arahan

 AutoCAD memulakan perintah Polygon dan meminta anda memasukkan bilangan

sisi untuk polygon. Taipkan ‘6’ dan tekan Enter

 AutoCAD meminta anda menentukan titik pusat polygon. Masukkan koordinat titik
tengah pada baris arahan iaitu 100, 100

 AutoCAD mendorong ada menentukan sama ada poligon dibina terterap lilit
(Inscribed in Circle - I ) ataupun terterap luar (Circumscribed about Circle - C). Taip
C dan tekan Enter
Inscribed Circumscribed

 Masukkan jejari 30 untuk jejari bulatan dan tekan Enter bagi menghasilkan
heksagon berukuran 30mm pada setiap satah.
PEMERHATIAN :
Senaraikan langkah-langkah untuk membina heksagon terterap lilit dengan diberi jejari
heksagon 35?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUMUSAN :

You might also like