You are on page 1of 9

Amalan Pengetua/ Guru Besar Terbaik Yang Menjadikan Mereka Berkesan

Amran bin Mat Arriffen

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya


mencapai pendidikan berkualiti yang menjadi penyumbang utama dalam pembangunan
modal insan dan ekonomi negara. Kualiti pengajaran merupakan medium paling berkesan
dalam meningkatkan keberhasilan pelajar. Kesedaran untuk memperkukuhkan amalan
terbaik dalam kalangan warga pendidik seharusnya dipertingkatkan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat mencapai matlamat kecemerlangan
pendidikan khususnya di sekolah-sekolah. Oleh itu, dalam menentukan halatuju dan
kecemerlangan sesebuah sekolah, sekolah memerlukan satu kumpulan kerja yang mantap
yang dikemudikan oleh pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan pengajaran
yang berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012).Artikel ini akan
membincangkan dua perkara penting yang berkaitan dengan kepimpinan di sekolah iaitu
pertamanya amalan pengetua/guru besar berkesan dan pemindahan amalan tersebut
kepada warga sekolah dan kedua penempatan pengetua/guru besar di sekolah berprestasi
rendah.

Shahril dan Muhammad Faizal (2007) membuktikan bahawa kepimpinan


pengetua adalah merupakan antara penggerak utama bagi mewujudkan sebuah sekolah
yang berkesan. Pengetua yang memiliki penguasaan peribadi mempunyai pengaruh
positif terhadap keupayaan mereka untuk mengurus sekolah dengan lebih berkesan
(Retna 2011). Bagi mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah, pengetua/guru besar
bertanggungjawab mengamalkan amalan yang terbaik setiap hari. Oleh sebab itu,
pemilihan bakal pengetua/guru besar perlu diberikan penekanan dalam aspek personaliti
bagi menjamin mereka yang dipilih mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam melahirkan
pemimpin sekolah yang berimpak tinggi (Shariffah Sebran Jamila Bt Syed Imam,
Mohameed Sani Hj Ibrahim, Mohd Izham Hamzah & Hairuddin Mohd Ali 2013).Apakah

1
amalan kepimpinan terbaik yang memberi kesan kepada kecemerlangan sekolah dan
bagaimana untuk memindahkannya kepada warga sekolah dengan cepat?

Amalan Harian Pengetua/Guru Besar Yang Berkesan

Setiapsekolah, tanpamengiralokasi, saizataujenis, akanmenyediakanpendidikan


yang baikdanholistikkepadamurid. Hal inibermaknabahawamenjelangtahun 2020,
tidakakanadalagisekolahberprestasirendahdi negaraini,
malahlebihbanyaksekolahakandiiktirafsebagaiSekolahBerprestasiTinggi(SBT)atauSekola
hKluster Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan (Sufean Hussin 2014).
Wawasan ini akan menjadi relaiti sekiranya semua pihak mengembelingkan tenaga ke
arah matlamat yang sama. Aspek yang penting bagi mencapai wawasan ini ialah amalan
kepimpinan di peringkat sekolah. Menurut Fred Hechinger (1989) mengungkapkan
kepentingan amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah
kejayaan adalah:

“Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau
sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-
sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah
yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah
adalah kerana kualiti guru besarnya”

Berdasarkankepada ungkapan ini, jelas menunjukkan amalan kepimpinan


pengetua/guru besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya mereka
yang mengamalkan kepimpinan berkesan sahaja dapat membawa sekolah ke arah
kecemerlangan (Supian Bin Hashim dan Khadijah Binti Daud 2014).Fauziah Kassim
(2008) berpendapat pengetua/guru besar adalah seorang pemimpin yang berkeupayaan,
bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana pengetahuan, berkemahiran,
mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan
berkesan.

Pengetua/guru besar berkesan perlu menyalurkan inspirasi kepimpinan mereka


kepada para pengikut agar mereka dapat menjiwai dan menterjemahkannya di institusi
sekolah setiap masa (Supian Bin Hashim 2014).Mereka mampu untuk mencetuskan

2
motivasi dan mempengaruhi pengikut dengan kata-kata semangat yang dapat memberi
inspirasi kepada peningkatan mutu pekerjaan mereka (Jamilah Man, Yahya Don dan Siti
Noor Ismail 2016). Pengetua/guru besar juga dapat memperlihatkan halatuju matlamat
yang jelas untuk sekolah dan keutamaan diberikan kepada perkara yang berkaitan dengan
pelajar. Sebagai pemimpin pengajaran, mereka mampu melihat dan mengetahui apa yang
berlaku dalam bilik darjah dan tahu bagaimana untuk memacu kejayaan dengan melihat
kekuatan yang ada pada orang bawahannya, mengurangkan kelemahan mereka dan
membuat penambahbaikan terhadap kurikulum dan pengajaran di sekolah (Norashikin
Abu Bakar, Ramli Basri dan Nurnazahiah Abas 2013). Dengan memahami matlamat
sekolah, pengupayaan (empowerment) atau penurunan kuasa kepada kakitangan bawahan
dapat membantu penjanaan sekolah berkesan dalam masa yang singkat(Supian Bin
Hashim 2014). Proses berterusan yang dilakukan oleh pengetua/guru besar dalam
menyampaikan hasrat dan aspirasi pendidikan akan menyuburkan semangat kerjasama
dan budaya cintakan kecemerlangan di sekolah.

Pada masa yang sama, pengetua/guru besar perlu memastikan matlamat sekolah
dapat diterjemahkan kepada amalan di dalam bilik darjah.Dengan cara ini, mereka dapat
menyelaras kurikulum selaras dengan apa yang perlu diajar dalam bilik darjah dan
pencapaian pelajar di dalam peperiksaan. Melalui keputusan peperiksaan, pengetua/guru
besar dan guru dapat berbincang dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar serta
merancang program akademik yang bersesuaian bagi meningkatkan prestasi pelajar
(Norashikin Abu Bakar 2013). Oleh itu sebagai pengetua/ guru besar yang berkesan,
mereka perlu tahu cara yang paling sesuai dan berkesan untuk menyampaikan misi
sekolah kepada guru, pelajar, ibu bapa dan staf sokongan samada secara formal atau tidak
formal. Mereka harus memastikan misi tersebut benar-benar difahami dengan selalu
mengadakan perbincangan yang melibatkan pengajaran dan kurikulum sekolah
(Norashikin Abu Bakar 2013).Kefahaman yang sama dalam mencapai visi dan misi
sekolah akan membuahkan pemuafakatan dan dengan saling berganding bahu untuk
kecemerlangan sekolah.

Pemasalahan dalam kepimpinan sekolah akan berlakau sekiranya pengetua/guru


besar yang menganggap dirinya sebagai pentadbir dan sibuk dengan urusan

3
pentadbiransemata-mata. Pengetua/guru besar yang berkesan adalah mereka yang bukan
sahaja pemimpin pentadbiran, bahkan mereka juga adalah pemimpin pengajaran. Mereka
terlibat dalam menyediakan matlamat yang jelas, menyediakan sumber pengajaran,
mengurus kurikulum, memantau rancangan pengajaran dan menilai guru. Selain itu,
pemimpin pengajaran menjadikan kualiti pengajaran sebagai keutamaan sekolah dan
berusaha merealisasikan visi dan matlamat sekolah (Norashikin Abu Bakar 2013).

Pemimpin pengajaran yang baik dan berpengalaman adalah pengetua/guru besar


yang dapat mempengaruhi dan meningkatkan komitmen guru sebagai pemimpin dan
pengurus pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Peranan kepimpinan pengajaran
pengetua/guru besar dilihat sangat penting terutama dalam memberi sokongan dan
bimbingan bagi mengembangkan kepimpinan guru di sekolah (Norashikin Abu Bakar
2013). Guru yang bekerja dengan pengetua/guru besar yang mengamalkan amalan
kepimpinan pengajaran secara sukarela komited terhadap PdP di sekolah (Bas 2012).
Manakala Rosnah Ishak dan Muhammad Faizal A. Ghani (2012) melalui kajiannya
menemui lima elemen kepimpinan terbaik organisasi pembelajaran. Elemen tersebut ialah
menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru, menjadi model pembelajaran,
menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan pengiktirafan serta membangunkan
potensi warga sekolah.

Pengetua/guru besar perlu mempunyai inisiatif untuk mengenal pasti keperluan


pembelajaran guru dan seterusnya kehendak pembelajaran tersebut. Selain peranan
tersebut, pemimpin juga perlu memberikan peluang yang adil kepada guru untuk
membangunkan profesionalisme diri dengan menyediakan program latihan dan bahan
rujukan berkaitan yang mencukupi dan terkini.Antara usaha yang perlu dilakukan ialah
menggubal jadual waktu yang fleksibel untuk memudahkan guru belajar, menyediakan
ruang yang selesa untuk pembelajaran guru dan memperuntukkan hari khusus untuk sesi
perkongsian ilmu (Rosnah Ishak 2012). Bagi meningkatkan lagi keberkesanan
kepimpinan sekolah, pengetua/guru besar perlu menjadi model pembelajaran dan sumber
rujukan pembelajaran.Mereka perlu menjadi pemimpin yang dapat mempengaruhi
pengikutnya melalui sifat atau karisma yang ada pada dirinya dan menjadi role model
kepada pengikutnya(Jamilah Man2016). Sebenarnya para guru memerlukan bimbingan,

4
nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan daripada pengetua/guru besar untuk
mewujudkan suasana PdP yang lebih berkesan. Sebagai pemimpin pengajaran, pengetua
haruslah mahir dan berpengalaman tentang metodologi PdP yang terkini dan semasa
(Norashikin Abu Bakar 2013).

Pengetua/guru besar perlu menggalakkan budaya inovasi dengan cara


menunjukkan sokongan kepada idea baharu, mengiktiraf aktiviti inovasi warga sekolah
serta memberikan penghargaan dan meraikan kejayaan sekiranya inovasi tersebut berjaya
(Rosnah Ishak 2012).Mereka mampu merangsang intelektual iaitu pengikut diberi tunjuk
ajar dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan pemimpin ini juga sentiasa menjaga
hubungan baik dengan semua pihak (Jamilah Man 2016).Mereka juga perlu bijaksana
mengenal pasti dan mengesan segala kebolehan gurunya sekaligus memanipulasikan
kepakaran, minat dan kecenderungan guru untuk bekerja bersama-samadalam mencapai
matlmat sekolah (Supian Bin Hashim 2014).Oleh itu, pengetua/guru besar yang berkesan
perlu membina hubungan dan keakraban dengan setiap orang guru dan cepat bertindak
terhadapt sesuatu perkara supaya para guru rasa dihargai.

Penempatan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Prestasi Rendah

Pemimpin sekolah berprestasi tinggi menjadi tonggak kepada kecemerlangan


kepimpinan sekolah. Pemimpin yang berprestasi ini mempunyai keterampilan kualiti diri
yang tinggi. Pemimpin yang berketerampilan mempunyai kualiti diri yang unggul dan
menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, personaliti
merupakan tonggak utama dalam melahirkan pemimpin sekolah yang berkualiti dalam
menghadapi kompleksiti dalam pendidikan masa kini (Shariffah Sebran Jamila Bt Syed
Imam 2013).Abdul Shukor (2000) menegaskan pihak sekolah mempunyai
tanggungjawab dan perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dalam
merealisasikan agenda Kementerian Pendidikan yang ingin mewujudkan Sekolah
Berkesan dan Sekolah Bestari sejajar dengan keperIuan pendidikan pada abad ke-
21.Persoalan sekarang adakah penempatan pengetua/guru besar terbaik di sekolah
prestasi rendah memberi kesan positif atau sebaliknya ?

Berdasarkan kepada perbincangan yang lepas, dapat difahami bahawa


penempatan pengetua/guru besar terbaik di sekolah prestasi rendah amat penting dan

5
perlu bagi mencapai matlamat aspirasi pendidikan negara. Pengetua/guru besar yang
mengamalkan gaya kepimpinan berkesan dan personaliti unggul mampu mempengaruhi
pengikutnya untuk mencapai kecemerlangan.MenurutHamidah Yusof & Kong Yuen
Ching (2014) seorangpengetua yang
berkesanbolehmenyesuaikancorakdangayakepimpinannyamengikutkeperluankeadaandan
guru-gurunya. Sekolah yang mendapatkejayaan yang
tinggisememangnyadiketuaipengetua yang sentiasamemberikankepimpinan yang mantap,
mempunyaiharapan yang
tinggiuntukberjayadanberorientasikankejayaankeranapengetuamemainkanperananmening
katkanprestasisekolahsamaadasecaralangsungataupuntidaklangsung.

Menurut Jamilah Man (2016) pemimpin perlu memberi perhatian kepada setiap
pengikut termasuk sentiasa memberi pertimbangan yang baik terhadap setiap orang
pengikutnya serta menilai pengikut berdasarkan keistimewaan mereka tersendiri, maka
perkara seperti ini akan menyebabkan pengikut rasa dihargai dan dengan sendirinya
wujud rasa tanggungjawab terhadap organisasi.Kepakaran yang dimiliki oleh seseorang
guru di sekolah perlulah dikongsi bersama-sama dengan guru lain. Para guru akan
mempunyai tanggapan bahawa pengetua/guru besar mereka berpandangan jauh dan
mengutamakan kompetensi dalam kalangan guru agar dapat membawa sekolah ke arah
kecemerlangan (Supian Bin Hashim 2014).Pemimpin organisasi pembelajaran sentiasa
memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangannya. Besar atau kecil
sumbangan tenaga atau idea mereka dihargai dengan cara yang sewajarnya (Rosnah Ishak
2012). Langkah positif yang dibawa oleh pengetua/guru besar ke sekolah pretasi rendah
akan mengubah langskap sekoah tersebut. Usaha ini mungkin mengambil sedikit masa,
namun amalan terbaik yang konsisten mampu menghasilkan hasrat pendidikan negara.
Dalam masa yang sama setiap pengetua/ guru besar perlu diberikan ilmu dan kemahiran
gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan era globalisasi ini.

Pengetua/guru besar yang berkesan dapat mendorong guru-gurunya komited


terhadap apa jua matlamat sekolah yang hendak dicapai dan organisasi akan menjadi

6
paling efektif apabila individu dalam organisasi itu jelas tentang matlamat asas organisasi
mereka (Dufour et al. 2010). Mereka mampu mempengaruhi pengikut dengan cara
memperlihatkan tingkah laku yang mengagumkan dan sentiasa berusaha mencapai nilai,
misi dan visi organisasi (Jamilah Man, Yahya Don dan Siti Noor Ismail 2016). Gaya
kepimpinan yang berkesan mampu melonjakkan prestasi kerja dalam kalangan guru
dengan memberi ruang yang luas kepada kakitangannya untuk berfikir di luar
kotak.Keadaan ini berupaya menjana dan meningkatkan minat guru untuk sama-sama
menjiwai matlamat dan berkerja dalam satu pasukan yang berkesan (Ab Aziz Yusuf
2003).

Kesimpualan

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan persoalan tersebut ialah pengetua/guru


besar perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan di sekolah. Amalan ini perlu
dilakukan secara berterusan dan melibatkan semua peringkat, iaitu bermula dengan
pengetua/guru besar hingga kepada pembantu am. Setiap warga sekolah perlu faham
dengan jelas visi dan misi sekolah, ia bukan sekadar mural untuk keceriaan semata.
Pengetua/guru besar perlu memberi penjelasan tentang visi dan misi serta mampu
mempengaruhi pengikutnya untuk bersama-sama ke arah kecemerlangan sekolah.
Mereka juga perlu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menggalakan inovasi
dan prihatin terhadap kebajikan orang bawahannya. Penempatan pengetua/guru besar
yang terbaik di sekolah berprestasi rendah adalah salah satu langkah untuk mencapai
matlamat pendidikan negara. Selain itu, usaha memperkasakan ilmu dan kemahiran
melalui kursus kepimpinan amat diperlukan untuk mengangkat martabat pendidikan
negara secara holistik.

Rujukan:

Abdul Shukor Abdullah (2000). Sistempemastianpeningkatan standard kualitipendidikan:


Teoripraktis. Kertaskerja yang dibentangkan di Seminar
KebangsaanPeningkatanStandardKualitiPendidikanpada 21 hingga 24 Ogos, 2000
di The Regency Hotel& Resort, Port Dickson, N. Sembilan.

7
Bas, G. (2012). Correlation between School Principals‟ Instructional Leadership
Behaviours and Teachers‟ Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern &
African Journal of Educational Research, Issue 1 Fall, 2012.

Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing The Instructional Management Behavior Of


Principals. The Elementary School Journal, 86 (2).

Hamidah Yusof & Kong Yuen Ching. 2014. Gaya Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan Keberkesanan Sekolah. Vol.3 (2014). 93‒106

Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. 2016. Kepimpinan Transformasional Dan
Kualiti Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Januari 2016. Bil. 3.
Isu .

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: KPM

Fuziah Mat Yakop & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. A study of reationship between
leadership practices and learning organization practices in cluster secondary
schools.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Nurnazahiah Abas. 2013. Kepimpinan Pengajaran
Pengetua Dan Kepimpinan Guru.Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan
(Greduc 2013)

Retna, K.S. & Ng, P.T. 2006. The challenges of adopting the learning organization
philosophy in a Singapore school. International Journal of Educational
Management 20(2): 140-152.

Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. 2012. Amalan Kepimpinan Terbaik untuk
Sekolah “Organisasi Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia 37(2)(2012): 35-
41.

Shahril @ Cahril Marzuki & Muhammad Faizal A. Ghani. 2007. Pembentukan model
sekolah berkesan Malaysia: Satu kajian Delphi. Jurnal Pendidikan 27(1): 179-199.

8
SufeanHussin. 2014.
CabaranMenyeluruhDalamPelaksanaanTransformasiPendidikanUntukMasaDepan
Malaysia. Seminar TransformasiPendidikanNasional, 9-10 Mei 2014,
FakultiPendidikan, KertasUcaputama.

Supian Bin Hashim. Khadijah Binti Daud. 2014. Amalan Kepimpinan Lestari Dan
Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima
Tawaran Baru Di Daerah Segamat.

ShariffahSebranJamilaBt Syed Imam. MohameedSaniHj Ibrahim.


MohdIzhamHamzah&HairuddinMohd Ali.2013. TretPersonalitiPengetua Dan
Guru BesarNovis Di Malaysia.Seminar kebangsaan Kali ke IV. 23-25 September
2013. UIAM. Gombak: Kuala Lumpur

You might also like