You are on page 1of 6

SATU ANALISA KRITIKAL & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA

PERUNTUKAN FASAL 20.0 PWD FORM 203A/203 (REV.1/2010) - UNFIXED


MATERIALS & GOODS”
“Critical Analysis & Practical Solutions On Clause 20.0 PWD 203A/203 Rev:1/2010
- Unfixed Materials & Goods”

PENGENALAN

Sering terdapat kemusykilan dan ketidaktentuan didalam industri binaan khususnya


projek JKR berhubung dengan kedudukan bahan binaan tak pasang di tapak bina dari
sudut kontrak binaan mahupun perundangan.

Lebih-lebih lagi jika berlaku penamatan pengambilaan kerja kontraktor atau berlaku
penamatan bersama dan pada masa yang sama masih terdapat bahan binaan tak
pasang di tapak bina.

Syarat-syarat kontrak JKR dengan jelas memperuntukan bahawa bahan binaan tak
pasang yang telah dibayar merupakan hak Kerajaan. Namun begitu adakah peruntukan
syarat-syarat kontrak ini selaras dengan kedudukan perundangan di Malaysia?

Penulisan ringkas ini adalah satu percubaan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan
dengan perkara ini dan pada masa yang sama mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan kepada fasal 20.0 PWD Form 203A/203 (Rev. 1/2010)

ISU BERKENAAN SYARAT KONTRAK PWD FORM 203A/203 (Rev. 1/2010)

Menurut Fasal 20.0 Unfixed Materials & Good Syarat Kontrak terbaru iaitu JKR
203A/203 (1/2010) :-

1
Seperti yang termaktub didalam fasal 20.0 borang kontrak JKR, adalah jelas bahawa
jika kontraktor telah dibayar untuk barang dan bahan binaan yang tidak dipasang
ditapak ia adalah menjadi hak dan harta Kerajaan.

Walaubagaimanapun, antara beberapa persoalan kritikal yang bakal timbul ialah :-

1) Apakah yang akan terjadi sekiranya bahan-bahan binaan tersebut masih tidak
dibayar oleh kontraktor kepada pembekal walaupun bayaran telah dibuat oleh
Kerajaan melalui bayaran kemajuannya?

2) Adakah pembekal mempunyai hak keatas bahan binaan yang tidak dipasang
tersebut?

3) Siapakah yang berhak keatas bahan binaan tersebut walaupun Kerajaan telah
membuat bayaran kepada Kontraktor?

4) Adakah fasal 20 Syarat kontrak JKR 203A/203 (1/2010) mencukupi untuk


Kerajaan menghalang pembekal untuk mengeluarkan barang-barang binaannya
ditapak akibat kegagalan kontraktor membuat bayaran kepadanya?

Jawapanya adalah peruntukan syarat kontrak JKR tidak boleh menghalang hak
perundangan pembekal (pihak ketiga) daripada mengalihkan/ mengeluarkan bahan
binaan yang tidak diterima bayaran olehnya, walaupun telah dibayar oleh Kerajaan
melalui pembayaran interim kepada kontraktor. Peruntukan didalam fasal borang
kontrak JKR ini hanya sah dan terpakai jika bahan binaan tersebut dimiliki secara sah
melalui perundangan oleh kontraktor utama. Berikut adalah justifikasinya:-

i) Rujukan boleh dibuat kepada kes Lim Chui Lai v Zeno Ltd. {(1964) 30 MLJ 314}
di mana Respondent adalah pembekal bahan-bahan binaan kepada seorang
kontraktor bernama Ahmad yang mana kontraktor tersebut telah mendapat satu
projek pembinaan pembentungan daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Namun demkian pada bulan Jun 1961 pembekal tersebut mendapat tahu

2
bahawa MPJ telah membatalkan kontrak Ahmad oleh kerana tidak berpuas hati
dengan perlaksanaan projek tersebut. Kemudiannya Ahmad telah menjual bahan
binaan tersebut kepada orang lain tanpa membuat apa-apa bayaran kepada
pembekal. Mahkamah telah menggunakan maksim perundangan “ No one can
transfer a better title than he has himself ”, yang bermaksud tidak ada siapa
pun yang boleh memberikan hak yang lebih baik daripada dirinya sendiri.
Mahkamah memutuskan bahawa plaintif masih tuan punya bahan-bahan binaan
tersebut walaupun Zeno telah pun membayar kepada Ahmad. Maksim “common
law” ini telah dikodifikasi didalam Seksyen 27 Akta Jualan Barangan 1957.
Sekiranya prinsip perundangan tersebut dipakai walaupun Kerajaan telah
membayar kepada kontraktor maka tidak bermakna bahan-bahan binaan itu
adalah kepunyaan Kerajaan. Sekiranya pembekal ingin membawa keluar bahan-
bahan binaan tersebut apabila pembekal mendakwa bahan-bahan itu masih
tidak dibayar oleh kontraktor maka pembekal boleh berbuat demikian dengan
syarat dapat membuktikan ketidak pembayaran oleh kontraktor yang dilantik oleh
Kerajaan.

ii) Pengunaan ‘Romalpa Clause’ yang merupakan prinsip perundangan 'Common


Law' dari kes Aluminium Industrie Vaassen BV vs Romalpa Aluminium {(1976) 2
All ER 552} juga boleh dirujuk dimana mahkamah telah memutuskan apabila
terdapat suatu perjanjian jual beli barangan, terdapat satu klausa yang akan
menahan barangan tersebut sehinggalah bayaran telah dibuat kepada penjual,
walaupun sekiranya pembeli kemudiannya telah menjualnya kepada pihak
ketiga. (Kerajaan) Pembeli (Kontraktor) disifatkan sebagai ejen jualan apabila
menjual barangan tersebut kepada subpembeli (Kerajaan). Maka, akan ada satu
hubungan amanah antara pembeli (Kontraktor) dengan penjual (Pembekal)
tersebut dan pembeli kemudiannya mempunyai tanggungjawab untuk
menjelaskan hasil jualan yang diterima olehnya daripada subpembeli (Kerajaan)
kepada penjual (Pembekal). Mahkamah juga telah memutuskan bahawa penjual
(Pembekal) mempunyai hak untuk mengesan hasil jualan yang telah dibuat oleh
pembeli tersebut dan apabila penjual telah dapat mengesan hasil jualan tersebut

3
(iaitu Kerajaan) hak beliau untuk mendapatkan hasil jualan tersebut adalah lebih
diutamakan berbanding penghutang-penghutang yang lain.

Prinsip “Common Law” ini juga telah dikodifikasikan di Malaysia melalui Seksyen
19(1) Akta Jualan Barangan 1957 yang mengariskan, jika terdapat suatu
kontrak bagi jualan barang-barang khusus atau ditentukan milikan dalamnya
dipindahkan kepada pembeli jika pihak-pihak kepada kontrak menginginkannya
barangan tersebut untuk dipindahkan. Rujukan lanjut kepada Seksyen 25 (1)
Akta Jualan Barangan 1957, seorang penjual mempunyai pengekalan hakmilik
(retention of title) sehinggalah beliau menerima bayaran penuh keatas bahan
yang dijualnya.

Oleh yang demikian, jika kedua-dua seksyen ini dibaca bersekali maka sehingga
penjual (pembekal) belum mendapat pembayaran dan sehingga kedua-dua
pihak (pembeli dan penjual) belum mempunyai niat/ persetujuan untuk barangan
tersebut dipindahkan maka penjual mempunyai hak keatas bahan binaan
tersebut. Oleh itu kedua-dua prinsip Common Law (Romalpa) dan undang-
undang dalam Akta Malaysia (Akta Jualan Barangan 1957) memberi satu
pengiktirafan dan kesan kepada klausa 'retention of title' jika ianya digubal
dengan betul.

Berdasarkan kepada keputusan perundangan dan Akta yang tidak menyebelahi


Kerajaan, maka dengan itu Kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat daripada
kegagalan kontraktor membuat bayaran kepada pembekal dan sekaligus terutama
sekali apabila berlaku penamatan kontrak. Justeru itu adalah perlu untuk mengubah
fasal-fasal didalam syarat kontrak JKR untuk menghadapi masalah yang semakin kerap
berlaku didalam industri pembinaan kebelakangan ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan alternatif dapat diutarakan untuk sedikit sebanyak melindungi hak
Kerajaan jika berlaku permasalah seperti diatas. Adalah diharap agar ianya dapat
memberi perlindungan kepada Kerajaan serta mengurangkan kerugian yang dialami.

4
CADANGAN 1

Cadangan pertama saya merupakan satu cadangan serampang dua mata yang
masing-masing memberi obligasi kepada Pegawai Penguasa dan Kontraktor untuk
menjalankan tanggungjawab berdasarkan syarat kontrak dalam memastikan isu/
permasalahan bahan-bahan dan barang-barang tak pasang ini dapat dikawal. Adalah
perlu untuk memasukan satu klausa dalam kontrak JKR sediada yang memberikan
tanggungjawab kepada kontraktor untuk membuktikan secara bertulis kepada Pegawai
Penguasa (selepas ini disebut PP) bahawa beliau mempunyai satu hak yang baik “valid
title” terhadap bahan-bahan & barang-barang tak pasang dalam satu tempoh yang
munasabah selepas Kerajaan telah membuat bayaran 90% bagi barangan tak pasang
ditapak. Jika kontraktor gagal membuktikan keempunyaan barangan tak pasang
tersebut maka PP mempunyai hak untuk menolak pembayaran 90% tersebut melalui
perakuan bayaran seterusnya atau pada bila-bila masa.

Selain itu, satu klausa baru yang mengariskan dengan jelas agar PP diberikan
tanggungjawab dan kewajipan untuk menyemak dalam masa yang munasabah sama
ada keempunyaan “title” bahan-bahan yang di bawa ke tapak bina telah berpindah
kepada kontraktor selepas pembayaran dibuat oleh Kerajaan. Rasional klausa pertama
adalah untuk memastikan kontraktor sedar akan obligasi secara bertulis didalam
kontrak kerana beliau perlu membuktikan secara bertulis kepada PP hak keatas
barang-barang tersebut dalam satu tempoh yang munasabah atau apabila diarahkan.
Sehubungan itu diharap melalui syarat tersurat “express term” ini kontraktor akan lebih
berwaspada kerana akibat daripada ketidapatuhan syarat/terma ini bayaran yang
diterima sebelum ini akan dipotong oleh PP.

Manakala rasional klausa kedua adalah PP perlu lebih berhati-hati serta memastikan
barangan tak pasang yang berada ditapak berpindah milik kepada kontraktor dan
seterusnya kepada Kerajaan dan sekiranya gagal dan berlaku masalah kelak maka
beliau boleh dipertanggungjawabkan akibat cuai dalam menjalankan obligasinya secara
tersurat “express obligation” sebagai PP.

5
CADANGAN 2

Cadangan kedua ini lebih kepada langkah pencegahan diperingkat tender lagi. Melalui
kaedah ini Kerajaan akan memperuntukan satu peraturan didalam syarat-syarat tender
yang menggariskan Kontraktor (Pentender) diperlukan untuk mendapatkan daripada
subkontraktor dan/atau pembekalnya satu pelepasan bertulis berdasarkan surat
standard yang akan disediakan oleh Kerajaan dan dimasukan dalam lampiran kepada
dokumen tender. Surat tersebut merupakan satu persetujuan oleh subkontraktor
dan/atau pembekal Kontraktor untuk tidak menggunakan hak perundangan (“Contract
out”) mereka berkaitan “retention of title” terhadap Kerajaan. Persetujuan bertulis ini
akan menjadi satu syarat terdahulu (“pre-condition”) untuk kontraktor diberikan
kemudahan pembayaran bahan-bahan dan barang-barang tak pasang tersebut. Pada
pendapat saya, syarat ini amat sesuai digunakan bagi projek-projek Kerajaan yang
melibatkan pembinaan hospital, kem tentera, kerja berasaskan M & E dan mana-mana
projek yang melibatkan peralatan yang bernilai jutaan ringgit serta pembekal khusus
“specialist supplier”. Ianya perlu untuk melindungi Kerajaan yang terpaksa menanggung
risiko membuat bayaran dua kali sekaligus menanggung kerugian keatas barangan tak
pasang yang telah dibayar sepenuhnya sebelum ini. Ingin ditegaskan disini bahawa
kontraktor tidak diwajibkan untuk mendapatkan pelepasan tersebut tetapi kemudahan
pembayaran barangan tak pasang sebanyak 90% tidak akan diperolehi oleh Kontraktor.

Kesimpulannya adalah diharap dengan dua cadangan alternatif ini masalah serta risiko
yang dihadapi oleh Kerajaan/ Client akan sedikit sebanyak diatasi atau dikurangkan.

Disediakan oleh:-

Sr. JASPAL SINGH A/L NACHATAR SINGH


Senior Quantity Surveyor (PWD Malaysia)
B. Sc. HBP (Hons) Quantity Surveying (USM)
M. Sc. Project Management (USM)
Registered Consultant Quantity Surveyor (BQSM),
Member (RISM)
Adjudicator (KLRCA)

You might also like