You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA RMT, KANTIN DAN SUSU SEKOLAH

KALI-2 TAHUN 2019

SK PERLOK , SUNGKAI

Tarikh : 7 Januari 2019


Masa : 01.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Perlok

Kehadiran :
Pn.Zuraida bt Kamaruddin (Pengerusi)
Cik Norhidayat bt Abu Bakar (Guru Data)
Pn.Zahariah bt Zainudin (Guru Kelas Tahun 1)
Cik Zainab bt Sidi (Guru Kelas Tahun 2)
Cik Masrifah Norhafidah bt Abu Massuut (Guru Kelas Tahun 3
En.Aliyas @ Ashaari b.Hasan Habidin (Guru Kelas Tahun 4)
Pn. Rohana bt Abdul Sukoh (Guru Kelas Tahun 5)
Pn Hifzulmuna bt Adam (Guru Kelas Tahun 6)
Pn Wan Dliyana Bt Wan Ahmad Kaspi (Setiausaha )
Agenda:
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Syarat Pemilihan RMT dan Jumlah Penerima
5.0 Senarai murid layak menerima RMT
6.0 Surat Setuju Terima Bantuan

7.0 Kantin Sekolah


8.0 Program Susu Sekolah
9.0 Hal-Hal Lain
10.0 Penutup

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat kali ke-2.
1.3 Memaklumkan jawatankuasa RMT bagi tahun 2019 telah digabungkan bersama
jawatankuasa kantin dan susu sekolah.
1.4 Memaklumkan bilangan murid RMT bagi tahun 2019 adalah seramai 67/69 orang
yang layak menerima RMT untuk tahun 2 hingga tahun 6.2 orang murid iaitu
Rine (Tahun 2) dan Aliza (Tahun 3) masih belum mendaftarkan diri pada tahun
ini.
1.5 Selepas pemilihan ini, borang A3 dan A4 perlu dilengkapkan untuk dihantar ke
pihak PPD.
1.6 Memaklumkan mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pemilihan dan
penyelarasan penerima RMT bagi tahun 1 dan murid cicir.
1.7 Program ini diberi pada waktu rehat dan akan bermula pada 1 Febuari 2019.

Tindakan : Makluman
2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.1 Mencadang untuk disahkan : Pn.Zahariah bt Zainuddin
Disokong oleh : Cik Zainab bt Sidi.

3.0 Perkara Berbangkit


- Tiada-

4.0 Syarat Pemilihan RMT dan Jumlah Penerima


4.1 Syarat layak menerima RMt pada tahun ini adalah RM 580 sebulan dan perkapita
RM 140.
4.2 Kadar Bayaran RMT masih kekal RM2.50
4.3 Pengerusi memaklumkan, berdasarkan borang permohonan RMT, seramai 16
orang murid tahun 1 layak menerima RMT
4.4 Guru kelas perlu mengasingkan borang RMT yang layak dan tidak layak dan
menyerahkan kepada Pn. Wan Dliyana bt Wan Ahmad Kaspi untuk disimpan di
dalam fail RMT sebagai dokumentasi.

Tindakan : Setiausaha RMT dan Guru Kelas

5.0 Senarai murid layak menerima RMT


Rujuk Lampiran

Tindakan: Setiausaha RMT


6.0 Surat Setuju Terima
6.1 Senarai nama murid yang layak untuk menerima RMT diberikan borang Surat
Setuju Terima Bantuan. Surat ini perlu ditandatangi oleh penjaga/ibu bapa murid.
6.2 Surat Setuju Terima Bantuan dikumpulkan semula dan diserahkan kepada Pn.
Wan Dliyana bt Wan Ahmad Kaspi bagi tujuan dokumentasi.

Tindakan: Setiausaha RMT dan Guru kelas


7.0 Kantin Sekolah
7.1 Pengusaha kantin memaklumkan perubahan harga makanan iaitu dari rm 0.50
kepada RM 0.70 seperti yang dipersetujui dalam Surat Tawaran.
7.2 Pengerusi memaklumkan harga makanan perlu selari dengan Surat Tawaran yang
telah ditandatangi.
7.3 Laporan Kendiri kantin perlu diisi setiap bulan.
7.4 Pihak kantin dimaklumkan supaya menyediakan tempat beratur yang lebih
tersusun supaya murid dapat beratur dengan lebih tersusun.

Tindakan : Makluman

8.0 Program Susu Sekolah


Tiada makluman mengenai susu sekolah setakat ini.

9.0 Hal –Hal lain


9.1 Pengerusi memohon jawatankuasa menyelaras sudut RMT di kantin seperti nama
penerima RMT, senarai menu dan maklumat berkaitan program RMT.
9.2 Pengerusi mengingatkan guru bertugas supaya laporan yang ditulis hendaklah
telus.
9.3 Rekod Kehadiran Harian Murid RMT (borang c8) perlu diisi setiap hari.
9.4 Guru kelas sudah boleh mengambil Rekod Kemajuan Fizikal Murid dan
Akademik Murid ( Borang C1 dan C2) yang telah dibukukan bersama-sama
dengan Rekod Kehadiran Harian Murid RMT.

9.5 Pengerusi mencadangkan supaya guru-guru kelas yang menghantar kehadiran


murid setiap pagi melalui aplikasi “ Whatsaap” memaklumkan juga samada murid
yang tidak hadir tersebut adalah murid RMT atau tidak.
9.6 Pn.Zahariah t Zainuddin menyatakan murid tahun 1 keluar awal 10 minit
sebelum waktu rehat bermula untuk memberi peluang kepada murid tahun 1 ini
membeli makanan.
9.7 Murid tahun 1 keluar awal 10 minit sehingga 11 Januari sahaja.
9.8 Pihak kantin diminta supaya membuka kantin sehingga jam 1.00 petang
berbanding sebelum ini jam 12.00 tengah hari.
9.9 Cik Zainab bt Sidi memaklumkan Program Bestari Solat akan menggunakan
kantin.

Tindakan: Makluman dan Guru RMT


10.0Penutup
10.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK dan Guru Kelas
kerana sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh:

( WAN DLIYANA BT WAN AHMAD KASPI) (ZURAIDA BT KAMARUDDIN)


WAN DLIYANA BT WAN AHMAD KASPI PK HEM
Setiausaha RMT,Kantin & Susu Sekolah
Sk Perlok

You might also like