You are on page 1of 2

BAHAGIAN A

1. TPACK ialah satu kerangka yang memperkenalkan hubungan yang kompleks antara
ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi, pedagogi dan isi kandungan (Mishra &
Koehler, 2006).

Huraikan peranan TPACK dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran


yang diperlukan guru untuk pengajaran yang berkesan ke dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21.
(10 markah)

2. Audio adalah elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
aktiviti menarik boleh dihasilkan melalui penggunaan audio di dalam kelas.

Tentukan bagaimana anda merancang penyediaan bahan pengajaran berasaskan


audio tersebut.
(10 markah)

3. Perisian aplikasi pejabat merupakan perisian yang kerap digunakan oleh seseorang
guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam urusan merekod prestasi
murid-murid. Perisian aplikasi pejabat ini boleh diperoleh melalui sumber terbuka dan
sumber tertutup. Setiap aplikasi dalam perisian pejabat ini mewakili fungisnya yang
tersendiri. Namun begitu, perisian aplikasi pejabat ini boleh diintegrasikan dalam
penghasilan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Buktikan dengan contoh yang sesuai sejauh mana pengintegrasikan perisian aplikasi
pejabat membantu guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
(10 markah)
BAHAGIAN B

1. Konsep interaktiviti mula diberi perhatian dan menjadi satu kemestian di dalam
sesebuah perisian atau persembahan multimedia. Perkataan multimedia itu
sendiri turut menerima arus perubahan dan kini dikenali sebagai multimedia
interaktif bagi memperlihatkan betapa interaktivitit merupakan antara elemen
yang terpenting di dalam sesuatu persembahan multimedia.

Berikan justifikasi peranan interaktiviti dalam suatu persembahan multimedia


interaktif agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan.
(20 markah)

2. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The International Association for K-12
Online Learning (iNACOL) bertajuk Blended Learning: The Evolution of Online
and Face to Face Education from 2008-2015 (Goemen, 2015), pembelajaran
teradun di sekolah sebenarnya boleh didefinisikan sebagai satu model
pembelejaran hybrid yang menggabungkan ciri terbaik daripada persekolahan
konvensional dengan kelebihan pembelajaran dalam talian untuk menyampaikan
pengajaran yang berbeza dan tersendiri mengikut peribadi kumpulan pengajaran
yang berbeza.

Bincangkan bagaimana penggunaan pendekatan pembelajaran teradun ini,dapat


membantu guru dan murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan dengan memberikan contoh.

(20 markah)

You might also like