You are on page 1of 14

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi


bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah
acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga
tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam
pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara
pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.

Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.


b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan
dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang
ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar
bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang
perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah
kebolehan semulajadi.

Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi


pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua
faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak
langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai
kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan
semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang
kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan
yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19
lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-
mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan
panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan
dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua
atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar
permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang


dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara
mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk
mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan
cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana
para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.

Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,


pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte
Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies
Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian
sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa
selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.

Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948,
Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut
dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang
berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968
dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0
saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena
Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita
Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong

- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan


- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan 
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut

-Berlari dengan melangkah panjang


- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah
di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan

- Melonjak untuk jarak.


- Melangkah panjang ( bounding )
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.
TEKNIK MULA LARI PECUT

Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri

i) Persediaan

- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke
garisan' diberi.

ii) Ke garisan

- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-
40 cm dan mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii) 'sedia'

- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan


- bongkokkan lebih lutut kaki hadapan
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan
wisel.

iv) 'Bang' atau 'mula'

- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Dekam

- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya
panjang.
FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN

i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
iii) Fasa pecutan
iv) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
v) Fasa larian di selekoh
vi) Fasa penamat
Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

(a) Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.


b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.


b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

(b) Memulakan Larian dengan Blok


- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru

- blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak
dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian
hadapan blok hadapan

2. Gaya sederhana

- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang

- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Fasa Pecutan
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.

(a) Kedudukan tangan

- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu
sama lain, diletak di belakang garis mula.

(b) Kedudukan kepala dan leher

- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang
ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,
pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

(c) Pergerakan tangan dan kaki

- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan.


Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke
hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan
dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap
rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan
larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah
dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah
dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan


- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

Teknik Larian di selekoh

- Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
- Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan
larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'.
- tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.

Teknik Penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian
torso ke hadapan.

REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara
amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik aktiviti-
aktiviti yang bersifat olahraga seperti Lompat Jauh, Lari Pecut dan Lontar Peluru.
Sebelum daripada ini saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam sukan
olahraga tersebut. Apa yang saya lalui di zaman persekolahan dahulu hanyalah
sukan permainan. Namun di IPG ini saya telah mula tahu, faham dan lalui segala
kaedah dan teknik sukan olahraga dengan lebih mendalam dan jelas.

Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung
bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan yang dinamakan sukan olahraga yang
dipelajari sepanjang saya berada di sini dan telah menyumbang kepada
pemahaman dan impak terhadap matapelajaran bersifat sukan. Saya berharap agar
guru pelatih KPLI terus didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang
kepentingan dan keperluan mempelajari sukan olahraga secara teori dan amali.
Dengan ini, para guru pelatih seperti saya akan dapat menambahkan pengalaman
dan pembelajaran yang pastinya amat berguna.

Mengikut pemahaman saya, sebenarnya kita tidak boleh bergantung


sepenuhnya kepda kecergasan fizikal sahaja kerana terdapat banyak faktor lain
yang terlibat dalam pembentukan seorang atlit yang berjaya. Pada kebiasaanya
seseorang atlit yang berlatih dan bersedia dengan rapi akan berjaya. Atlit mestilah
secara sukarela menerima persaingan kerana pencapaian dalam sukan adalah hasil
hasil dari pernyataan kebebasan individu. Atlit bertaraf dunia biasanya merupakan
mereka yang sukakan persaingan dan insan yang aktif. Oleh itu sukan membawa
kepada peluang yang penting kepada individu yang sukakan aktiviti yang mencabar.
Oleh kerana itu sukan membawa kepada peluang yang penting kepda individu yang
sukakan aktiviti mencabar. Akhirnya atlit perlu mempunyai disiplin diri dan falsafah di
samping kecergasan fizikal untuk muncul sebagai juara.

Walaupun berasa lemah dan tidak berdaya untuk bersaing dengan rakan-
rakan KPLI yang lain dalam sukan olahraga, namun berkat keazaman dan dengan
semangat yang tinggi saya terus memberikan komitmen yang sepenuhnya. Saya
juga bersyukur kerana mempunyai rakan kumpulan yang begitu memahami serta
banyak membantu dan memberikan sokongan serta dorongan kepada saya. Di sini,
kerjasama dan disiplin di antara ahli kumpulan dapat diterapkan serta mengeratkan
tali silatulrahim yang baru terjalin antara ahli kumpulan di samping perhubungan di
antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam latihan, amali dan
dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah


memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya dan membuatkan saya lebih
mencintai profesion keguruan ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang
dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

http://www.training-speed.com/training%20speed.png

You might also like