You are on page 1of 3

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah

1 Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat


sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-
wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2 Selepas Subuh, zikir 300kali {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat
& 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya
zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar
jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu.
Selainnya akan mengikut Dajjal untuk mendapat makanan dan minuman.
3 Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan
dipenuhi.
4 Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah
janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5 Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas


Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan
solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai
dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6 Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:
“Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah
surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas
nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga
sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7 Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.

1
Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah
8 Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan
berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain
dosa syirik.”
9 Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi
keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10 Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah
mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan
menemuinya.
11 Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada
azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan
surah As-Sajdah. 12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul”
hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh
syaitan dan kejahatan
12 Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-
sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13 Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi
SAW tunjuk ajar.
14 Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah
keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang
baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15 Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan
peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk
sifat Taqwa.
16 Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran
seumpama hati yang mati. Pembacaan AlQuran janganlah ditinggalkan. Hak Al-
Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

2
Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah
17 Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di
hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda:
‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18 Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’
sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19 Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada
suami-suami kamu.
20 Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW:
‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21 Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan
mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22 Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga,
lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana
yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan
ibadat. Amalkan sedikit demi sedikit yang mana mampu. Jika tidak mampu
lakukan semua, jangan pula kita tinggalkan semua.

You might also like