You are on page 1of 4

TEORI KEPIMPINAN @ KEPEMIMPINAN (LEADERSHIP)

Kepemimpinan (Takrif)

Satu proses mempengaruhi individu untuk bekerja bersama ke arah sesuatu


matlamat.

Menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan perubahan organisasi.

Pengurusan

Menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan pencapaian matlamat


organisasi.

Perbezaan di antara Pengurusan dengan Kepemimpinan

Kepemimpinan
Pengurusan
Dalam suasana yang aman Dalam keadaan huru hara / tegang
Merancang matlamat Merancang haluan dan arah tuju
Menyusun kerja Mendapatkan sokongan
Mengawal Memotivasi
Matlamat / pencapaian Wawasan / visi / misi
# Tidak semua pemimpin adalah pengurus

Bagaimana pemimpin mempengaruhiu pengikut untuk mencapai wawasan.

1. Pembentukan wawasan yang menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada


keadaan semasa.
2. Mendapatkan sokongan pengikut ke arah mencapai wawasan melalui :-
a. Berkomunikasi dengan pengikut dan menerangkan wawasan yang
hendak dicapai.
b. Melibatkan pengikut dari segi pembentukan strategi untuk mencapai
wawasan.
3. Memberi motivasi kepada pengikut dan menjadi role-model.

Bagaimana mengukur keberkesanan pemimpin.

1. Prestasi dan pencapaian organisasi dari segi untung rugi, jumlah jualan,
pulangan, pelaburan, produktiviti dan market saham.
2. Kepuasan bekerja, motivasi dan komitmen bekerja pengikut.

Masalah – kreteria yang sama digunakan untuk mengukur pengurusan.

Proses pemimpin mempengaruhi pengikut dengan menggunakan kuasa.

1. Proses Dalaman (Interlizatation)

a. Tindakan untuk melakukan sesuatu tugas berdasarkan kepada 


sokongan dan komitmen pengikut terhadap aktiviti yang dijalankan
oleh pemimpin.
b. Penglibatan pengikut berdasarkan keyakinan bahawa aktiviti pemimpin
adalah sesuatu yang penting dan bermanfaat yang sealiran dengan
kepercayaan diri serta nilai pengikut.
c. Kuasa pemimpin terdiri daripada kebolehan mengetahui nilai serta
kepercayaan diri pengikut.

2. Proses Instrumental.
a. Pengikut melakukan sesuatu tindakan untuk mendapatkan ganjaran
dan mengelakkan hukuman
b. Sumber kuasa pemimpin terdiri daripada kawalan ke atas sumber dan
hukuman.

3. Proses Identiti.
a. pengikut meniru identiti, tingkahlaku serta gaya yang ditunjukan oleh
pemimpin.
b. Pengikut didorong oleh kegiatan untuk diterima, dikenali atau dihargai
oleh pemimpin.
c. Kuasa pemimpin terdiri daripada personaliti dan karisma pemimpin.

Kesan ke atas pengikut.

1. Komitmen.

Pengikut berusaha sedaya upaya untuk melakukan tugas yang diminta oleh
pemimpin.

2. Perlaksanaan.
a. Pengikut melaksanakan permintaan pemimpin tetapi memberikan
usaha yang minima.
b. Pengikut tidak yakin akan permintaan pemimpin adalah sesuatu yang
penting dan berguna.

3. Penentangan (Resistance)

Pengikut berusaha sedaya upaya menentang perlaksanaan sesuatu permintaan


melalui ;

a. Memberi alasan mengapa tindakan tidak dapat dibuat.


b. Meminta pemimpin menukar sesuatu arahan.
c. Meminta autoriti lebih atas untuk masuk campur.
d. Taktik melambatkan kerja dengan harapan pemimpin akan lupa.
e. Sabotaj dan usaha menggagalkan permintaan.
f. Tidak mahu melaksanakan permintaan pemimpin.

Aliran Teori Kepimpinan.

1. CIRI – CIRI DAN SIFAT PEMIMPIN (Trait Theories)

Ciri-ciri pemimpin yang berkesan.


a. Mempunyai karisma.
b. Kebolehan kognitif / intlek / mental (lebih pandai).
c. Jujur dan amanah
d. Dedikasi
e. Keyakinan diri
f. Keupayaan mempengaruhi orang lain
g. Kreatif
h. Fleksibel dan tidak rigit

Masalah – pengkaji mendapati bahawa teori ini berkesan dalam satu situasi tetapi
tidak pada semua situasi.

2. TINGKAH LAKU (Behavioral)

Menunpukan kepada gelagat dan tingkah laku yang berkesan.

Gaya kepimpinan bersandarkan kuasa dan outoriti.

1. Pemimpin Autokratik.
a. mementingkan perlaksanaan tugas (hasil lebih penting).
b. Menggunakan sumber kuasa formal.
c. Membuat semua keputusan, mengeluarkan arahan dan memastikan
arahan dipatuhi.
d. Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggung jawab ke
atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi.
e. Berkomunikasi secara satu hala ( atas ke bawah ).
f. Banyak menggunakan ugutan dan hukuman.
g. Gaya kepimpinan Teori X.
h. Kesesuaian gaya autokratik adalah sama dengan Teori X

Kelemahan;

a. Pekerja sentiasa berada dalam ketakutan.


b. Menimbulkan rasa ketidak puas hatian pekerja.
c. Menggalakkan pertukaran kerja (Job Turn Over) dan ponteng `kerja.

2. Pemimpin Demokratik.
a. Mementingkan aspek kemanusiaan.
b. Melibatkan pengikut dalam proses membuat keputusan dan
penyelesaian masalah.
c. Disentralisasikan outoriti dan deligasi tugas kepada pengikut.
d. Komunikasi secara dua hala.
e. Gaya kepimpinan Teori Y
f. Kesesuaiannya sama dengan Teori Y.

3. Pemimpin Laissezy Faire.


a. Tidak berminat dengan urusan kerja dan hasilnya.
b. Pemimpin membiarkan pengikut untuk membuat semua keputusan @
menjalankan apa saja aktiviti organisasi.
c. Pemimpin tidak berminat untuk memegang tanggung jawab @
mengunakan kuasa yang ada pada pemimpin tersebut.
d. Berkomunikasi secara horizontal.

Sesuai digunakan sekiranya ;

a.  Pengikut merupakan golongan profesional yang mempunyai kemahiran dan


pengetahuan yang tinggi.

b.  Penekanan organisasikepada kreatviti dan inovasi.

Kelemahan;

a. Galakkan konflik di antara pengikut dan kemungkinan akan berlakunya anarki


(ketegangan / huru hara)
b. Pengikut tidak mempunyai arah tuju dan panduan.

4. KONTIGENSI ( Luar Jangka )


a. Satu pendekatan yang mengambilkira aspek situasi.
b. Mengkritik teori pengurusan lain kerana cuba mencipta prinsip
pengurusan sejagat yang menyatakan sesuatu teori ini berkesan dalam
semua situasi.
c. Sesuatu teori atau teknik di dapati berkesan dalam satu situasi tetapi
tidak dala situasi yang lain.
d. Tugas pengurus adalah menentukan teknik @ teori yang khusus untuk
sesuatu yang khusus yang dapat memberikan sumbangan yang
sebaliknya ke arah pencapaian matlamat pengurusan.
e. Cuba mengenal pasti faktor situasi @ pemboleh ubah yang memberi
kesan ke atas keberkesanan sesuatu teori @ teknik pengurusan.

f. Faktor situasi :

1.    Faktor subordinat seperti kebolehan, pengalaman, kelayakan, kehendak, attitude,


minat, tahap prosfesionalisme – (menghalang keberkesanan Pemimpin)

2.    Faktor  kerja seperti rutin. – maklumbalas pencapaian, kepuasan intrinsik,


kepelbagaian kemahiran. Peranan pemimpin kurang penting. Contohnya mekanik
tahu enjin yang telah dipasangnya boleh berfungsi atau tidak.

3.    faktor organisasi seperti saiz, struktur, tahap formalisasi ( apabila banyak sangat
prosedur maka kepandaian pemimpin berkurangan ), sistem ganjaran, hubungan
pekerja, budaya kerja.

5. Faktor situasi memberi kesan ke atas keberkesanan sesuatu teori @ teknik


pengurusan. Iaitu kesan negatif dan positi

You might also like