You are on page 1of 36

Tajuk kajian:

Institusi pentadbiran tempatan

MAJLIS PErBANDARAN
KOTA BHARU

SENARAI KANDUNGAN

1
BIL ASPEK MUKA SURAT

1 TAJUK KAJIAN 1

2 SENARAI KANDUNGAN 2

3 PENGHARGAAN 3

4 OBJEKTIF KAJIAN 4

5 5
KAEDAH KAJIAN
6 6 – 27
HASIL KAJIAN
7 28
RUMUSAN
8 29 – 31
LAMPIRAN
9 32
RUJUKAN

PENGHARGAAN
2
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan
hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham,
kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para
sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada semua hamba-hamba
Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohamed bin
Yaakob selaku pengetua SMKIP yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada cikgu Zarina Teratai selaku guru sejarah
saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan
syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kerja kursus
sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan
oleh-Nya.Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah saya Basary bin Omar dan ibu
saya Sofiah binti Abdullah,terima kasih atas segalanya bantuannya dan dorongannya. Tanpa
tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat
menghasilkan kerja kursus sejarah dengan sebaik mungkin. Jutaan penghargaan juga diucapkan
kepada semua rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Amin.

OBJEKTIF KAJIAN

3
Terdapat beberapa objektif kajian yang telah tercapai setelah melakukan kerja kursus ini .
Pertama sekali , saya telah mengenal pasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang
dijalankan . Saya juga telah mengetahui tentang sumber – sumber sejarah yang pelbagai seperti
buku , majalah , internet akhbar dan gambar yang dapat membantu saya mendapatkan
maklumat yang benar dan boleh dipercayai semasa membuat kajian ini .

Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan , iaitu Majlis
Perbandaran Kota Bharu ( MPKB ) dengan lebih terperinci . Melalui kajian ini juga saya dapat
mengetahui aspek latar belakang institusi pentadbiran tempatan ini , sumbangan kepada
penduduk Kota Bharu serta keistimewaan institusi pentadbiran ini . Matlamat , objektif , misi ,
visi penubuhan Majlis Perbandaran Kota Bharu juga dapat diketahui . Pengetahuan saya
tentang institusi pentadbiran tempatan juga bertambah luas selepas kajian ini dihasilkan .

Saya juga telah berjaya mempelajari kaedah mengumpul , mengelas , membuat rujukan serta
merekod segala maklumat yang diperolehi ketika melakukan kajian ini . Pelbagai nilai murni dan
semangat patriotisme juga telah saya terapkan dalam diri saya dan juga rakan-rakan seperti
bekerjasama , cinta akan tanah air , bersyukur dan juga bertoleransi setelah membuat kajian
ini .

KAEDAH KAJIAN

4
a) Analisis dokumen

Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan kerja
kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang berkaitan
dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu . Laman web Majlis Perbandaran Kota Bharu juga telah
saya lawat dan saya telah mendapat banyak dokumen yang berfaedah seperti sejarah
penubuhan , carta organisasi , struktur pentadbiran , dan keistimewaan Majlis Perbandaran
Kota Bharu melalui penyelidikan internet .

b) Lawatan dan pemerhatian

Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu dan juga
di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan sumber
kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah ,
artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan juga gambar
bangunan institusi pentadbiran tersebut .

c) Penyelidikan perpustakaan

Saya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Awam Kota Bharu dan juga Perpustakaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang
kukuh untuk dijadikan sebagai sumber kajian saya . Pelbagai buku yang berguna tentang
institusi pentadbiran tempatan telah diperoleh dan dikaji dengan teliti .

5
HASIL KAJIAN

Pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu


Majlis Perbandaran Kota Bharu

Nama lain

 MPKB Kelantan

Pengenalan
Organisasi Majlis Perbandaran Kota Bharu
Nama ringkas MPKB
Jenis Pihak berkuasa tempatan
Tahun 1978
ditubuhkan
Negeri Kelantan

6
LOGO MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU
 

5K (KAF)
melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan,
kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.
 

Bilah sisip
melambangkan 6 rukun iman.

Bulan sabit
melambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong
melambangkan islam dinamik dan futuristik.
 

Bunga kerak nasi


bunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak
melambangkan 5 rukun islam.
 

7
Warnahijau
adalah warna islam, islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia
dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar
menepati konsep “rahmatan Lil’alamin” yang menjamin kedamaian,
keharmonian dan kesejahteraan. Warna hijau melambangkan kesejahteraan
  dimana kehidupan warganya sentiasa “segar bugar” (rohani dan  jasmani)

Mahkota
lambang kedaulatan raja sebagai ketua agama negeri Kelantan

Warna merah
adalah warna rasmi negeri Kelantan melambangkan jati diri rakyat Kelantan,kesepaduan tekad
dan komitmen, keberanian dan kecekalan dalam menegakkan kebenaran dan menghadapi
cabaran

Pintu gerbang istana balai besar


lambang kota bharu kota budaya dan kesenian negeri Kelantan

Al-Quran dan Rehal


sebagai ikon kota bharu bandaraya islam

8
Visi
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan
membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih,
indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam  

Misi
Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan
kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi
bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.

9
Objektif

 Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa


Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur
dan tersusun
 Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera
pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru
 Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada
aspek kebersihan dan keindahan bandar
 Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang
berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras
dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam
 Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan
program pembangunan majlis
 Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran
dalam kawasan majlis

10
11
Profil YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu

  Nama  : Tuan Haji Nazran B Muhammad


 Jawatan  : Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
 No Tel Pejabat  : 09 748 3333
 Emel  : ydp@mpkb.gov.my

12
Senarai Ahli Majlis Tahun 2010
Bil Nama Pegawai Jawatan
 Ahli
1  Ust. Hj. Abd. Rahman Bin Yunus
Majlis
 Ahli
2  En. Aidy Bin Hassan
Majlis
 Ahli
3  Tn. Hj. Mohd Noordin Bin Noor
Majlis
 Ahli
4  Hj Dr Izani bin husin
Majlis
 Ahli
5  Dr Ramly Mamat
Majlis
 Ahli
6  Chua Chin Hui
Majlis
 Ahli
7  Wan Sepiah Wan Sulaiman
Majlis
 Ahli
8  Hjh Norriha Ab Ghani
Majlis
 Ahli
9  En. Hassan Bin Mamat
Majlis
 Ahli
10  En. Shaari Bin Mat Yaman
Majlis
 Ahli
11  En. Mohamed Bin Sulaiman
Majlis
 Ahli
12  Tn. Hj. Mortazi Bin Ismail
Majlis
 Ahli
13  Ust. Wan Azimin Bin Wan Adnan
Majlis
 Ahli
14  En. Ruzely Bin Abdullah
Majlis
 Ahli
15  En. Abd Hamid Bin Seman
Majlis
 Ahli
16  En. Mohd Noor Bin Mat Yajid
Majlis
 Tuan Hj. Mohd. Makhatar bin Che  Ahli
17
Haron Majlis

13
 Ahli
18  Ong Tian Huei @ Wong Tian Huei
Majlis
 Ahli
19  Hjh. Nik Shamsiah @ Aminah bt. Ismail
Majlis
 Ahli
20  Nor Hashimah binti Deraman
Majlis
 Ahli
21  Wan Abu Bakar bin Wan Muhammad
Majlis
 Ahli
22  Hjh. Noraini binti Hussein
Majlis
 Ahli
23  En. Musa bin Amin
Majlis
 Hj Mohd. Zahiruddin bin Hj. Ahmad @  Ahli
24
Mohd Majlis

Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu

14
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang
menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan
pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya
Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5,
Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai
Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan
terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan.
Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat
Institusi.

15
Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat
pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad
Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu
(MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971.
Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada
Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

16
Undang-Undang Kecil

Apakah Undang-Undang Kecil?


Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari
kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari
ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  

Pindaan

Undang-Undang Kecil
Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke
semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama  

Kadar Kompaun
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002,
perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran

17
kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan
di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  

Penalti/Denda

Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil


boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga
RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan
selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.

18
Senarai Undang-Undang Kecil Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Sehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut:

1   Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983


2  Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983
3  Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986
4  Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990
5  Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986
6  Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986
7  Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986
8  Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986
9  Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987
10  Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985
11  Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987
12  Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985
13  Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985
14  Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989
15  Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990
16  Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989
17  Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990
18  Undang-Undang Kecil Vandalisme  MPKB 1994
19  Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995
20  Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990
21  Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983
 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu)
22
1985
23  Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000
24  Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002
25  Perintah Tetap MPKB 2001
26  Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006
27  Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007

19
Piagam Pelanggan Majlis
Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam  
1. Mempertingkatkan kualiti penghidupan bandar melalui perancangan dan perkhidmatan
yang cekap, adil dan mesra. 
2. Memastikan segala projek pembangunan majlis dilaksanakan dengan baik, berkualiti
dan tidak membazir.

20
3. Memastikan kesihatan awam terjamin melalui peningkatan aktiviti dan kawalan
kebersihan di semua tempat. 
4. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan sempurna dan memproses segala
permohonan dengan kadar yang segera. 
5. Memastikan penyusunan dan pengawasan pembangunan yang berkesan dan
terancang. 
6. Mewujudkan program keindahan bandar secara menyeluruh ke arah menjadikan Bandar
Kota Bharu hijau dan berbunga. 
7. Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan segera.
8. Menjamin perlindunagn masyarakat melalui undang-undang dan memastikan tindakan
undang-undang dijalankan dengan adil dan saksama. 
9. Berusaha mengekal dan memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai Bandar Berbudaya.

MOTTO

21
” MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM “

Perincian fungsi / peranan


 Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam kawasan pentadbiran MPKB
berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1974 (Akta 133) .

 Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi,


sosial dan prasarana di dalam kawasan pentadiran MPKB.

 Melaksanakan perancangan pembangunan mengikut rancangan pembangunan ke arah


mencapai pembangunan mampan.

22
 Membangunkan kemudahan pelancongan dengan mengambilkira penglibatan
penduduk setempat.

Peranan Majlis Perbandaran


Kota Bharu
1 . Ekonomi
Dalam membangunkan ekonomi bandar Kota Bharu , pelbagai usaha telah diambil oleh Majlis ,
dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk memastikan
kebersihan Kota Bharu . Dengan ini , Majlis dapat memastikan kredibiliti pantai di Kota Bharu
sebagai destinasi pelancongan setanding tempat – tempat lain di Malaysia . Majlis Perbandaran
Kota Bharu juga telah menyediakan banyak lokasi untuk berniaga ( gerai ) di tempat tersebut .
Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang untuk memulakan perniagaan mereka dengan

23
adanya peluang perniagaan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu . Jika dilihat
dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk memastikan bandar Kota
Bharu sentiasa berada di samping bandar – bandar lain di Malaysia dengan membina pelbagai
infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat , kedai – kedai , pusat beli – belah dan juga
taman tema air yang baru dibina . Semua ini , secara langsung dan tidak langsung telah
menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi penduduk bandar tersebut .

2 . Pendidikan
Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak pernah lupa akan kepentingan
sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama ada sekolah
rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 59 buah sekolah kebangsaan seluruh Kelantan
, 2 buah sekolah kebangsaan cina dan 5 sekolah teknik. Semua ini telah membuktikan bahawa
penduduk bandar Kota Bharu sentiasa setanding dengan bandar – bandar ataupun daerah –
daerah lain dari segi pendidikan .

24
3 . Kemasyarakatan
Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Kota Bharu hidup secara aman , selamat dan
sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam Diraja Malaysia ,
Klinik Kesihatan Kota Bharu , dan juga Pejabat Penerangan Kota Bharu telah ditubuhkan . Ini
akan memastikan bandar Kota Bharu sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera .
Penduduk Kota Bharu juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan Majlis
Perbandaran Kota Bharu . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun keselesaan
penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .

4 . Pelancongan
Dari segi pelancongan, pantai di Kota Bharu merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di
persada negara mahupun antarabangsa . Majlis sentiasa memastikan bahawa pantai ini berada
dalam keadaan yang bersih , selamat dan sesuai untuk pelancong – pelancong yang datang
untuk bercuti . Pelbagai kemudahan awam disediakan untuk penduduk dan pelancong yang
datang untuk melawat bandar ini seperti tandas awam, kompleks sukan , Padang , Taman
Komuniti Awam , khemah dan bot untuk pelancong di pantai . Pihak MPKB juga memastikan
bahawa pelancong yang datang ke tempat ini akan dilayan secara sebaik mungkin dan yang
paling penting , keselamatan mereka di tempat ini juga akan diambil kira . Selain pantai , Kota
Bharu juga menyajikan tarikan pelancong yang lain seperti keindahan batik di PCB, wau,
songket, keropok lekor dan sebagainya.

25
Perkembangan
 Pembangunan prasarana / Fizikal
Majlis Perbandaran Kota Bharu telah berusaha untuk membangunkan dan memajukan
prasarana di bandar ini . Pelbagai usaha seperti membina Taman Rekreasi , membangunkan
lebih banyak hotel untuk pelancong , membina kedai – kedai untuk penduduk bandar , menaik
taraf sekolah , membaik-pulih jalan raya , memajukan kemudahan awam , membina kompleks
beli-belah dan juga pembinaan taman tema air yang baru . Ini bermakna Majlis sangat
mengambil berat akan keselesaan dan kesejahteraan penduduk di bandar tersebut .

 Keunikan
Berbanding majlis perbandaran ataupun institusi pentadbiran tempatan yang lain , MPKB
sangat bertuah kerana dapat memajukan destinasi pelancongan yang amat penting di
Malaysia . Ini bermakna Majlis telah bekerja dengan penuh tanggunggjawab untuk memikul
tugas yang berat ini . Majlis juga sangat efisien semasa menjalankan tugas mentadbir . Ini dapat
dilihat melalui penduduk Kota Bharu yang sentiasa hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang
masalah yang dihadapi . MPKB juga mempunyai struktur pentadbiran yang sangat efektif ,
produktif dan cekap untuk menjalankan pentadbiran . Semua bidang tugas Majlis dijalankan
dengan penuh tanggunggjawab dan mengikut etika kerja yang betul . Ahli majlis juga
mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tugas .

 Perancangan masa hadapan


Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang
penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Kota Bharu
sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan
pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam.
Majlis juga sentiasa memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang
dirangka ke arah memanifestasikan Kota Bharu sebagai bandar peranginan tepi yang moden dan
terkenal.

 Saranan dan harapan


Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan sukacitanya berharap agar bandar Kota Bharu akan kekal
sebagai tempat yang sesuai untuk penduduk dan juga menjadi destinasi pelancongan yang terkenal
di Malaysia . Majlis juga berharap agar sektor ekonomi , pendidikan , pelancongan dan
kemasyarakatan akan terus berkembang . Majlis mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-
idea dari penduduk bandar ini untuk dijadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang

26
akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Kota Bharu sama ada dari segi pentadbiran
mahupun pembangunan infrastrukturnya. Bertepatan dengan moto MPKB ‘Membangun Bersama
Islam',MPKB menyeru kepada semua pihak supaya penduduk Kota Bharu dapat bersama-sama
berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama
dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.

27
RUMUSAN

Setelah menyiapkan folio ini , beberapa nilai patriotisme telah saya terapkan dalam diri saya .
Antaranya ialah saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai institusi
pentadbiran tempatan yang sangat cekap dan berwawasan . Segala kesusahan dan ketidakselesaan
penduduk bandar Kota Bharu dapat diselesaikan oleh pihak MPKB dengan cepat dan efisien .
Selain itu , saya juga dapat memupuk sikap bersemangat kekitaan dalam kalangan penduduk
tempatan . Masyarakat bandar Kota Bharu sentiasa saling menolong antara satu sama lain tidak kira
kaum atau agama . Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sikap penduduk yang
berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .

Akhir sekali , nilai patriotisme berusaha dan produktif ditanam dalam diri saya setelah membuat
kajian ini . Semasa menghasilkan Kerja Kursus Sejarah 2011 ini , saya telah melihat dan
mempelajari sikap pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu yang sentiasa rajin dan gigih semasa
menjalankan tugas tanpa mengeluh walau sekali pun . Kesemua ahli-ahli majlis sentiasa
menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara . Nilai-nilai patriotisme ini
semestinya akan membantu saya menjadi orang yang taat dan cinta akan tanah air .

28
LAMPIRAN

Bagunan Majlis Pembandaran Kota Bharu

29
Peta Kota Bharu

30
Logo Majlis Pembandaran Kota Bharu

31
RUJUKAN

 Internet
http://maps.google.com.my/maps
http://www.mpkbbri.gov.my/home

 Majalah
Majalah OFF THE EDGES.Ditulis oleh Farish A Noor, November 2008

 Akhbar
Sinar Harian, Ahad 14 November 2010.Muka surat K4

 Orang sumber

32
Elemen 3

33
Karangan patriotisme
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan
dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik.
Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan.
Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka
kanak-kanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan
negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat
patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada
pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal
hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus
menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu
bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak
langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi
sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan
pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik
dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut
menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan
Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara
serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur
patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-
insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan
penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang
mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan
kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan
"negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam
jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-

34
kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak
mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta
kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh
dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu
melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.
Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak
mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan
menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang
dikibarkan.

35
36

You might also like