You are on page 1of 18

1

ABSTRAK

Masyarakat Malaysia banyak dibebani dengan masalah penyakit seperti kencing manis, darah
tinggi dan jantung. Penyakit-penyakit ini dikesan berpunca dari masalah gaya hidup yang
diamalkan. Gaya hidup sihat adalah satu amalan kehidupan seharian yang berteraskan kepada
aspek pemakanan seimbang, aspek senaman yang berkala, aspek kebersihan diri dan makanan
serta aspek kesihatan mental. Kajian ini ingin melihat gaya hidup yang diamalkan oleh
responden. Hanya seramai 20 orang responden dipilih secara rawak di kalangan kenalan pihak
pengkaji. Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat. Data-data yang
diperolehi diproses dan dianalisis secara deskritif seperti kekerapan, peratus dan min. Kajian
ini mendapati golongan lelaki lebih berusaha mengamalkan aspek pemakanan seimbang dan
senaman berkala berbanding golongan perempuan. Golongan berumur 40-49 tahun pula
sentiasa dominan dalam usaha menjaga kebersihan diri dan makanan serta kesihatan mental.
Penduduk luar bandar di dapati mempunyai kesedaran yang tinggi dalam mengamalkan gaya
hidup sihat berbanding penduduk bandar.
2

BAB 1

Pengenalan

1.0 Pendahuluan

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat
ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden
yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
atau makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan
makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium
glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung,
darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.
Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau minum arak keranan
kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperolehi menerusi
pemakanan yang seimbang.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani
oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini, diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaraan
darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang
3

yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan makin semakin tinggilah
tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti mengosok gigi, berpakaian
bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit , mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek
pemakanan mungkin oleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar
dapat memenbentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama, selain mengutamakan kebersihan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perumahan dengan
membersihkan sampah sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit di dalam atau di
luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan
dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang
sihat.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup
yang sihat ini.
4

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik
tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutamanya tekanan di pejabat.
Memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapat bantuan daripada pakar motivasi
ataupun rakan taulan disekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami oleh
menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu diluar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu, maka makin tinggilah gaya
hidup sihat yang mampu dicapai kelak.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperolehi menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubati.

1.1 Objektif kajian


Pihak pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian untuk dicapai iaitu:
1.1.1 Mengetahui sejauh mana amalan pemakanan seimbang berdasarkan
jadual, umur dan tempat tinggal.
1.1.2 Mengetahui sejauh mana amalan senaman berdasarkan jadual, umur dan
tempat tinggal.
1.1.3 Mengetahui sejauh mana amalan kebersihan berdasarkan jadual, umur dan
tempat tinggal.
1.1.4 Mengetahui sejauh mana amalan kesihatan mental berdasarkan jadual,
umur dan tempat tinggal.
5

BAB II

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden yang dipilih di kalangan beberapa penduduk di
sekitar kawasan Ayer Molek dan Jasin. Bilangan responden yang sedikit adalah disebabkan
pihak pengkaji kekurangan pengalaman dan keupayaan dalam melaksanakan analisis nanti.

Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif. Untuk mendapatkan hasil


kajian, pihak pengkaji menggunakan borang soal selidik likert empat mata. Item-item dalam soal
selidik telah dibina dengan bantuan seorang pakar dalam bahasa dan maklumat dari laman
sesawang.

Terdapat empat konstruk utama dalam soal selidik yang dibina iaitu amalan pemakanan
seimbang, amalan senaman, amalan kebersihan dan amalan kesihatan mental. Setiap konstruk
terdiri daripada lima item yang dibina berdasarkan pembacaan pihak pengkaji.

Data-data yang diperolehi telah diproses secara manual secara deskriptif seperti
kekerapan dan peratus. Data-data itu kemudiannya dianalisa dan dihuraikan mengikut konstruk-
konstruk yang ditetapkan.
6

BAB III

Hasil Kajian

Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang. Responden dipilih secara rawak di kalangan
kenalan pihak pengkaji. Pemilihan ini dilakukan kerana ianya memudahkan pihak pengkaji
menjalankan serta mengedarkan soal selidik. Semua responden diberikan masa yang
secukupnya untuk melengkapkan soal selidik. Seramai 10 orang responden (50%) adalah lelaki
dan 10 orang responden (50%) ialah perempuan. Kajian ini juga menggunakan responden yang
berumur 20 – 29 tahun seramai 3 orang (15%), berumur 30 – 39 tahun seramai 10 orang (50%),
berumur 40 – 49 tahun seramai 5 orang (25%) dan seramai 2 orang (10%) berumur melebihi 50
tahun. Responden ini juga dapat digolongkan kepada dua kategori tempat tinggal iaitu seramai 7
orang(35%) tinggal di bandar manakala seramai 13 orang (65%) tinggal di Luar Bandar.
Seramai 6 orang responden (30%) adalah perokok manakala seramai 14 orang (70%) adalah
bukan perokok. Jadual1 di bawah menunjukkan latar belakang responden yang dipilih.
7

JADUAL 1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Perkara Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 10 50
Perempuan 10 50

Umur 20 – 29 tahun 3 15
30 – 39 tahun 10 50
40 – 49 tahun 5 25
50 tahun ke atas 2
10

Tempat Tingggal Bandar 7 35


Luar Bandar 13 65

Merokok Ya 6 30
Tidak 14 70
8

Jadual 2 menunjukkan analisa bagi konstruk amalan pemakanan seimbang .Untuk konstruk
pemakanan seimbang berdasarkan jantina, dapatan kajian ini mendapati seramai seorang
responden lelaki (10%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang rendah. Seramai 6 orang
responden lelaki (60%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang sederhana dan seramai 3
orang responden lelaki (30%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang tinggi. Min
keseluruhan responden lelaki ialah 3.49. Kajian ini juga mendapati seramai 2 orang responden
perempuan (20%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang rendah. Seramai 4 orang
responden perempuan (40%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang sederhana dan
seramai 4 orang responden perempuan (40%) mempunyai amalan pemakanan seimbang yang
tinggi. Min keseluruhan responden perempuan ialah 3.28. Ini menunjukkan bahawa responden
lelaki mempunyai amalan pemakanan seimbang yang lebih baik berbanding responden
perempuan.

Untuk konstruk pemakanan seimbang berdasarkan umur pula, kajian ini mendapati responden
yang berumur antara 20-29 tahun seramai 3 orang (15%) mempunyai min amalan 3.33, yang
berumur 30 – 39 tahun seramai 10 orang (50%) mempunyai min 3.70, yang berumur 40 – 49
tahun seramai 5 orang (25%) mempunyai min 3.44 manakala yang berumur melebihi 50 tahun
seramai 2 orang (10%) mempunyai min 3.10. Ini menunjukkan mereka yang berumur melebihi
50 tahun kurang mengamalkan pemakanan seimbang berbanding mereka yang berumur 30 – 39
tahun.

Untuk konstruk pemakanan seimbang berdasarkan tempat tinggal pula, kajian ini mendapati
responden yang tinggal di kawasan luar bandar seramai 13 orang (65%) mempunyai min 3.35
manakala yang tinggal di kawasan bandar seramai 7 orang (35%) mempunyai min 3.31. Ini
menunjukkan responden yang tinggal di kawasan bandar kurang mengamalkan pemakanan
seimbang daripada responden yang tinggal di kawasan luar bandar.
9

JADUAL 2 AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

Kekerapan Peratus Min

Jantina Lelaki min 3.0 ke bawah (rendah) 1 10


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 6 60
min 3.5 ke atas (tinggi) 3 30
min keseluruhan 10
100 3.49 Perempuan min 3.0 ke bawah (rendah)
2 20 min 3.0 – 3.4 (sederhana)
4 40 min 3.5 ke atas
(tinggi) 4 40 min
keseluruhan 10 100 3.28

Umur 20 – 29 tahun 3 15 3.33


30 – 39 tahun 10 50
3.70 40 – 49 tahun 5 25
3.44 Lebih 50 tahun 2
10 3.10

Tempat Tinggal Luar Bandar 7 35 3.35


Bandar 13 65
3.31
10

Jadual 3 menunjukkan analisa bagi konstruk amalan senaman. Untuk konstruk amalan senaman
berdasarkan jantina, dapatan kajian ini mendapati seramai 2 orang responden lelaki (20%)
mempunyai amalan senaman yang rendah. Seramai 2 orang responden lelaki (20%) mempunyai
amalan senaman yang sederhana dan seramai 6 orang responden lelaki (60%) mempunyai
amalan senaman yang tinggi. Min keseluruhan responden lelaki ialah 3.44. Kajian ini juga
mendapati seramai seorang responden perempuan (10%) mempunyai amalan senaman yang
rendah. Seramai 7 orang responden perempuan (70%) mempunyai amalan senaman yang
sederhana dan seramai 2 orang responden perempuan (20%) mempunyai amalan senaman yang
tinggi. Min keseluruhan responden perempuan ialah 3.26. Ini menunjukkan bahawa responden
lelaki mempunyai amalan senaman yang lebih baik berbanding responden perempuan.

Bagi konstruk amalan senaman berdasarkan umur pula, kajian ini mendapati responden yang
berumur 20 -29 tahun seramai 3 orang (15%) mempunyai min amalan 3.20, yang berumur 30 –
39 tahun seramai 10 orang (50%) mempunyai min 3.26, yang berumur 40 – 49 tahun seramai 5
orang (25%) mempunyai min 3.64 manakala yang berumur melebihi 50 tahun seramai 2 orang
(10%) mempunyai min 3.30. Ini menunjukkan mereka yang berumur 40 – 49 tahun amat
mementingkan amalan senaman berbanding mereka yang berumur 20 – 29 tahun.

Untuk konstruk amalan senaman berdasarkan tempat tinggal pula, kajian ini mendapati
responden yang tinggal di kawasan luar bandar seramai 13 orang (65%) mempunyai min 3.48
manakala yang tinggal di kawasan bandar seramai 7 orang (35%) mempunyai min 3.11. Ini
menunjukkan responden yang tinggal di kawasan bandar kurang mementingkan amalan senaman
daripada responden yang tinggal di kawasan luar bandar.
11

JADUAL 3 AMALAN SENAMAN

Kekerapan Peratus Min

Jantina Lelaki min 3.0 ke bawah (rendah) 2 20


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 2 20
min 3.5 ke atas (tinggi) 6 60
min keseluruhan 10
100 3.44

Perempuan min 3.0 ke bawah (rendah) 1 10


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 7 70
min 3.5 ke atas (tinggi) 2 20
min keseluruhan 10
100 3.26

Umur 20 – 29 tahun 3 15 3.20


30 – 39 tahun 10 50
3.26 40 – 49 tahun 5 25
3.64 Lebih 50 tahun 2
10 3.30

Tempat Tinggal Luar Bandar 13 65 3.48


Bandar 7 35
3.11
12

Jadual 4 menunjukkan analisa bagi konstruk amalan kebersihan. Untuk konstruk amalan
kebersihan berdasarkan jantina, dapatan kajian ini mendapati tiada seorang pun responden lelaki
(0%) mempunyai amalan kebersihan yang rendah. Seramai seorang responden lelaki (10%)
mempunyai amalan kebersihan yang sederhana dan seramai 9 orang responden lelaki (90%)
mempunyai amalan kebersihan yang tinggi. Min keseluruhan responden lelaki ialah 3.80. Kajian
ini juga mendapati tiada seorang pun responden perempuan (0%) mempunyai amalan kesihatan
yang rendah. Seramai 2 orang responden perempuan (20%) mempunyai amalan kebersihan yang
sederhana dan seramai 8 orang responden perempuan (80%) mempunyai amalan kebersihan
yang tinggi. Min keseluruhan responden perempuan ialah 3.72. Ini menunjukkan bahawa
responden lelaki dan responden perempuan mempunyai amalan kebersihan yang tinggi .

Bagi konstruk amalan kebersihan berdasarkan umur pula, kajian ini mendapati responden yang
berumur 20 -29 tahun seramai 3 orang (15%) mempunyai min amalan 3.73, yang berumur 30 –
39 tahun seramai 10 orang (50%) mempunyai min 3.78, yang berumur 40 – 49 tahun seramai 5
orang (25%) mempunyai min 3.84 manakala yang berumur melebihi 50 tahun seramai 2 orang
(10%) mempunyai min 3.50. Ini menunjukkan mereka yang berumur 40 – 49 tahun amat
mementingkan amalan kebersihan berbanding mereka yang berumur melebihi 50 tahun.

Untuk konstruk amalan kebersihan berdasarkan tempat tinggal pula, kajian ini mendapati
responden yang tinggal di kawasan luar bandar seramai 13 orang (65%) mempunyai min 3.80
manakala yang tinggal di kawasan bandar seramai 7 orang (35%) mempunyai min 3.69. Ini
menunjukkan responden yang tinggal di kawasan bandar kurang mementingkan amalan
kebersihan daripada responden yang tinggal di kawasan luar bandar.
13

JADUAL 4 AMALAN KEBERSIHAN

Kekerapan Peratus Min

Jantina Lelaki min 3.0 ke bawah (rendah) 0 0


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 1 10
min 3.5 ke atas (tinggi) 9 90
min keseluruhan 10
100 3.80

Perempuan min 3.0 ke bawah (rendah) 0 0


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 2 20
min 3.5 ke atas (tinggi) 8 80
min keseluruhan 10
100 3.72

Umur 20 – 29 tahun 3 15 3.73


30 – 39 tahun 10 50
3.78 40 – 49 tahun 5 25
3.84 Lebih 50 tahun 2
10 3.50

Tempat Tinggal Luar Bandar 13 65 3.80


Bandar 7 35
3.69
14

Jadual 5 menunjukkan analisa bagi konstruk amalan kesihatan mental. Untuk konstruk kesihatan
mental berdasarkan jantina, dapatan kajian ini mendapati seramai 3 orang responden lelaki
(30%) mempunyai amalan kesihatan mental yang rendah. Seramai 2 orang responden lelaki
(20%) mempunyai amalan kesihatan mental yang sederhana dan seramai 5 orang responden
lelaki (50%) mempunyai amalan kesihatan mental yang tinggi. Min keseluruhan responden lelaki
ialah 3.40. Kajian ini juga mendapati tiada seorang pun responden perempuan (0%) mempunyai
amalan kesihatan mental yang rendah. Seramai 5 orang responden perempuan (50%) mempunyai
amalan kesihatan mental yang sederhana dan seramai 5 orang responden perempuan (50%)
mempunyai amalan kesihatan mental yang tinggi. Min keseluruhan responden perempuan ialah
3.44. Ini menunjukkan bahawa responden perempuan mempunyai amalan kesihatan mental yang
lebih baik berbanding responden lelaki. Namun perbezaannya tidak ketara.

Bagi konstruk amalan kesihatan mental berdasarkan umur pula, kajian ini mendapati responden
yang berumur 20 -29 tahun seramai 3 orang (15%) mempunyai min amalan 3.20, yang berumur
30 – 39 tahun seramai 10 orang (50%) mempunyai min 3.78, yang berumur 40 – 49 tahun
seramai 5 orang (25%) mempunyai min 3.84 manakala yang berumur melebihi 50 tahun seramai
2 orang (10%) mempunyai min 3.50. Ini menunjukkan mereka yang berumur 40 – 49 tahun amat
mementingkan amalan kesihatan mental berbanding mereka yang berumur melebihi 50 tahun.

Untuk konstruk amalan kesihatan mental berdasarkan tempat tinggal pula, kajian ini mendapati
responden yang tinggal di kawasan luar bandar seramai 13 orang (65%) mempunyai min 3.46
manakala yang tinggal di kawasan bandar seramai 7 orang (35%) mempunyai min 3.34. Ini
menunjukkan responden yang tinggal di kawasan bandar kurang mementingkan amalan
kesihatan mental daripada responden yang tinggal di kawasan luar bandar.
15

JADUAL 5 AMALAN KESIHATAN MENTAL

Kekerapan Peratus Min

Jantina Lelaki min 3.0 ke bawah (rendah) 3 30


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 2 20
min 3.5 ke atas (tinggi) 5 50
min keseluruhan 10
100 3.40

Perempuan min 3.0 ke bawah (rendah) 0 0


min 3.0 – 3.4 (sederhana) 5 50
min 3.5 ke atas (tinggi) 5 50
min keseluruhan 10
100 3.44

Umur 20 – 29 tahun 3 15 3.20


30 – 39 tahun 10 50
3.36 40 – 49 tahun 5 25
3.72 Lebih 50 tahun 2
10 3.30

Tempat Tinggal Luar Bandar 13 65 3.46


Bandar 7 35
3.34
16

BAB IV

Perbincangan dan Kesimpulan

Daripada hasil kajian yang telah dianalisis, terdapat beberapa perbincangan dapat dibuat iaitu:

4.1 Golongan lelaki lebih mementingkan aspek amalan pemakanan seimbang dan aspek
amalan senaman berbanding golongan perempuan. Golongan lelaki didapati lebih
bersungguh-sungguh mengamalkannya berbanding golongan perempuan. Sebaliknya,
golongan perempuan di dapati lebih bersedia dengan amalan kesihatan mental yang
jauh lebih baik berbanding golongan lelaki. Golongan perempuan lebih mudah
mengeluarkan perasaan kepada orang lain berbanding lelaki. Namun begitu, dari
aspek amalan kebersihan pula tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Kedua-dua
golongan mengamalkan aspek kebersihan di tahap yang tinggi.
4.2 Golongan yang berumur 50 tahun ke atas di dapati kurang menjaga kualiti aspek
pemakanan seimbang. Mereka mungkin kurang mendapat pendedahan berkaitan
pemakanan seimbang. Golongan yang berumur 30-39 tahun amat mementingkan
aspek pemakanan seimbang. Kebanyakan mereka adalah di kalangan mereka yang
bekerja serta mudah mendapat maklumat berkaitan pemakanan seimbang. Dari aspek
amalan senaman pula, golongan yang berumur 40-49 tahun lebih berusaha melakukan
senaman secara berkala berbanding golongan yang berumur 20-29 tahun. Golongan
17

yang muda di dapati kurang mengamalkan senaman kerana masih sihat dan cergas.
Golongan berumur 40-49 tahun juga di dapati berusaha keras dalam amalan
kebersihan berbanding golongan usia yang lain. Mereka juga di dapati begitu
dominan terhadap amalan kesihatan mental. Faktor kestabilan ekonomi menjadi
penyumbang utama terhadap dapatan kajian ini.
4.3 Penduduk di bandar di dapati kurang memberikan penumpuan terhadap aspek
pemakanan seimbang, aspek senaman, aspek kebersihan dan aspek kesihatan mental
berbanding penduduk di luar bandar. Gaya hidup yang serba ringkas dan amat
mementingkan masa menjadi faktor kegagalan mereka dalam menjalani kehidupan
yang lebih sihat.

Secara kesimpulannya amalan gaya hidup sihat bukanlah sesuat yang sukar untuk
dilaksanakan. Pemakanan seimbang, senaman berkala, kebersihan diri dan pemakanan
serta kesihatan mental adalah satu amalan yang sentiasa dilakukan dalam kehidupan
seseorang. Malangnya, kesungguhan dan ketelitian seseorang dalam mengamalkannya
sentiasa tidak berkala. Ketika ditimpa penyakit barulah seseorang itu berusaha
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Seharusnya, amalan gaya hidup sihat perlu
dilakukan ketika masih sihat dan muda lagi. Penyakit-penyakit kronik seperti penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi tidak mengenal usia dan jantina. Oleh itu,
seseorang itu mesti sentiasa dan berterusan mengamalkan gaya hidup sihat dari peringkat
seawal mungkin. Ibubapa dan masyarakat perlu menjadi pelopor dalam mengubah gaya
hidup yang tidak sihat kepada yang lebih sihat. Anak-anak pula akan meneruskan gaya
hidup ini sehingga ke generasi akan datang.
18

Rujukan

http://opzaney.wordpress.com/2007/06/04/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-rohani-dan-jasmani/

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan -gaya-hidup-sihat.html

http://pendidikan-kesihatan.blogspot.com/2009/07/amalan-gaya-hidup-sihat-kunci-untuk.html

http://www.biovco.com/diet-seimbang-37lt.php?ref=info

http://epulklate.wordpress.com/2010/06/24/senaman-baik-untuk-kesihatan/

You might also like