You are on page 1of 56

Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu

Kajian Kes Oleh Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar Man Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010

ABSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar sela ri dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep Pendidikan Untuk Semua tanpa mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatia n yang sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertu juan mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara a sas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amal an penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepa da penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat Entry dan Adoptation . Kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.

ABSTRACT Education in the 21st century, requires educators to utilize Information and Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The conce pt of "Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in th e classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards th e use of ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as t he driving and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qua litative exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teach ers in indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, t he study shows the practice of using computers in teaching and learning process is focuse d on the usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Educat ion. The production of digital learning materials is limited due to the level of knowledg e and skills of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation stage. The study found th at support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage o f ICT cannot be fully implemented in the indigenous schools.

BAB 1 Pengenalan Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik se rta projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutam a di sekolah pedalaman dan sekolah orang asli. Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia . Konsep Pendidikan untuk Semua tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan.

Latar Belakang Kajian Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) iala h proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada g uruguru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003). Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklu mat dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputu san terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasi kan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlak u perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007). Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p & p.

Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli, di Grik, Perak. Skop kajian ini juga cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan Masalah Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. Pelaksanaan TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolah orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan komputer dan talian internet (Wahid Hashim, 2006). Namun persoalannya sekarang, apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan komputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun menghasilkan impak yang sedikit (Loveless, 1995; Willis, 1996) termasuklah di Ma laysia (Tan Soon Yin, 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-seko lah Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan, 1997). Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (I AB, 2009). Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana (2.76). Adakah amalan TMK berada pada tahap yang sama di sekolah orang asli?

Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan, 1991). Untuk memastikan hal ini berlaku, kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru di sekolah rendah orang asli. Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana (IAB, 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang ba ru bagi sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin, 2000). Satu faktor guru ya ng terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembel ajaran. Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK da lam p & p di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halang an. Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya dalam p & p (IAB, 2008). Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendekatan TMK kepada g uru dan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integr asi

TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, 2006). Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini meninjau amalan TMK dalam p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri. Objektif Kajian Objektif kajian adalah : 1.3.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p 1.3.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. 1.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah orang asli. Soalan Kajian Berikut adalah soalan kajian: 1.4.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p? 1.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas? 1.4.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1.4.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

Signifikan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar. Di samping itu, dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi masalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah. Hal ini membolehkan guru-guru mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasin ya melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. Justeru dapatannya menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat yang kurang menggalakkan pendidikan. Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada. Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Responden kajian ada lah

spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK oleh guru di semua sekolah di Malaysia. Definisi Operasi Amalan TMK Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sekolah Orang Asli Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun. Rumusan Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Justeru itu, kajian ini dija lankan untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka. Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. Justeru, Dasar Pengg unaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan orang asli dan hubungan dengan amalan TMK, peranan dan faedah TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA) Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008), berkaitan usaha merapatkan jurang pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar ban dar. Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanakk anak khususnya murid-murid luar bandar, orang asli dan Penan.

Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008 merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidika n yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom, 2008). Dengan menguasai kemahiran 2M, ibu bapa ini dapat membantu anak-anak mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Mas alah jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan den gan penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007), pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia ora ng asli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadap penggunaan TMK. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempa tan mereka. Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasika n TMK dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks gu ru yang mengajar di sekolah orang asli.

Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya, apa yang akan berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaia n tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ? Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan, 1994). Kebolehan-kebolehan mengguna, mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen, 1996). Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard, 1992; Abdul Rahim Saad, 2000).. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simu lasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Murid dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi.

Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidi kan (Zalina Yahya, 2001), penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain. Maurer (1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-m ana aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan gra fik (Fisher, 1994). Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50% pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu su bjek itu penting (Cox, 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat bela jar manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek

yang dipelajari. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik, 1991; Toh, 1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah , mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengik ut gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip, 2001). TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Li li Nurliyana Abdullah, 1996). Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Model Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al, 1991) telah menggariskan lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry, Adoption, Adaptation, Appropriation dan Invention. Pada tahap Entry dan Adoptation, guru berada pada peringkat membiasakan diri dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakanny a untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Tahap Adaptation,berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam pro ses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelaja r

dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata, Hamparan Elektroni k dan grafik. Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama, berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahap Appropriation. Sementara pada tahap Invertion, guru dan pelajar membuat penemuan terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajara n dan pembelajaran. Bagi Heppel (1993), Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Guru dan pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut, dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian. Tahap kedua Surrogacy, dimana teknologi mengambil alih peranan guru se bagai media penyampaian maklumat dan tahap Progression, TMK digunakan sebagai alat penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change, TMK sebagai agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pe lajari. Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. Terd apat faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Abdul Wahab Ismail Gani;Kamaliah Hj. Siarap;Hasrina Mustafa (2006), dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusny a diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong ole h faktor persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil kajian keatas gur u pelatih yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga mendapati faktor personali ti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Ini menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajar an. Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaa n komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas(1995), pula mendap ati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekol ah. Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelaja ran. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif kepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya semasa Program PPSMI. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka

mengintergrasikan komputer dalam p&p. Lucas (1986), menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama menakut-nakutkan guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah (Jasmy,Arif,Shahidah & Rosnani, 2001). Kajian oleh Rosnah Mansor (2002), terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5 buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusa n sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknolog i Pendidikan Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.al.(2006), terhadap guruguru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang menghalang responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6% (46 orang). Ini diiku ti 14.9% (24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya, 10.6% (17 orang)

disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya, 8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan dan 5.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya. Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktor penghalang kepada integrasi TMK iaitu: i. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar. ii. Masa tidak mencukupi iii. Tidak ada elaun untuk penggunaan Media iv. Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan v. Jadual waktu terlampau padat vi. Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik vii. Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru viii. Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi ix. Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi x. Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan xi. Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan xii. Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat Sumber Negeri xiii. Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah xiv. Tidak ada program khas mengenai media xv. Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri

Rumusannya, bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga kementerian. Faktor penghalang integrasi TMK, perlu diberi perhatian dalam menja yakan wawasan Negara. Rumusan Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP, menggariskan pendidikan mesti diberi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan tempat tinggal. Just eru itu, pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja, ianya haru s setanding dengan pendidikan kaum lain. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p, wajar diberi perhatian ya ng yang serius oleh semua guru, tanpa mengira di mana mereka mengajar. Atas sebab ini, k ajian ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan ol eh guru-guru di sekolah kajian.

BAB 3 METODOLOGI Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, persampelan, instrumen, pentadbiran data dan analisis data Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau seca ra asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Persampelan Kajian Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walau bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pop ulasi. Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran da ri sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. Guru sekolah yang terlibat dalam kaj ian ini adalah SK RPS Banun. Instrumen Soal selidik Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian A mengenai latarbelakang responden, Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran,

Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Soal selidik ini telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar dijalankan. Temu bual Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Merriam (1998) menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaikbai knya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan juga perlu berbentuk soalan terbuka, fleksibel, boleh diteroka dan lebih menjuru s kepada bentuk perbualan. Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Ini memandangkan temu bual secara lisan yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg, 1987). Pentadbiran Data Soal selidik Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik. Sebaliknya, pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. Guru-guru pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik.

Temubual Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang amalan TMK di sekolah mereka. Temubual dijalankan secara informal dan tidak berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Temubual ini direkod dan transkrip dijalankan. Analisis Data Soal selidik Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Temu bual Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK, tahap amalan TMK dan faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kajian. Rumusan Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampela n kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik da n temu bual tidak berstruktur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

BAB 4 ANALISIS DATA Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah, latar belakang responden, dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Data kajian tela h diperolehi melalui: Soal-Selidik Guru Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. Dari 20 soal-selidik yang diedarkan,pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Se lain soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer ,guru-guru juga ditanya mengenai faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka. Walaupun bilangan responden adalah rendah, namun ia telah dapat di dilengkapi de ngan jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu. Temu-bual Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari senarai responden soal-selidik di atas. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadap i semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran masing-masing. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai Temubual1, Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan.

Latar belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Sekolah ini terletak lebih kurang 62 km dari pekan Gerik, Perak. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan ja lan utama, Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Dari as pek kemudahan infrastruktur TMK, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Kompute r dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display) Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Buat masa sekarang, pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguru an Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kebanyakan murid SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak, terutama di k awasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Latar belakang responden Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujua n untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kuali ti pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah m elalui latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Responden mengajar pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, S ains, Matematik , Bahasa Arab, Muzik, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras sepert i Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 or ang responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Ketiga-tiga orang guru ini dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Gu ru-guru lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa. Jadual 4.1 Kelayakan responden Kelayakan Peratus Tertinggi Diploma 36% Ijazah 64%

Dapatan Data Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian MsExcel. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuen si dan peratus. Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan, pengkaji hanya berjaya mendapat kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap Agak Mahir dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti MsWords dan Ms-Power Point. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digita l dalam format imej, audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office. Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dal am penyelenggaraan sebuah unit komputer. Jadual 4.2: Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office Perisian Ms-Words Ms-Power Ms-Excel Peratus 73% Point 73% 64%

Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p? Dari analisis data yang diperolehi, guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa. 9% 55% 36% Negatif Positif T.Menjawap Rajah 4.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelaj aran yang seterusnya. Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak. (Temubual 2, 03) Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu, memang excited nak pi (Temubual 1,05) Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajara n

dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bi la elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas leb ih bermakna (63%). Jadual 4.3: Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P Pernyataan Bil. Peratus Tidak menjawap 2 18% Tidak Berkesan 2 18% Berkesan 7 64% Jadual 4.4: Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P Pesepsi Tidak Agak Setuju Sangat Setuju Setuju Setuju Pelajaran Menarik -9% 18% 55% pelajaran jelas -27% 36% 18% pelajaran senang difahami 9% 18% 27% 27% pelajaran lebih bermakna -9% 36% 27% Pelajaran lebih -9% 9% 64% menyeronokkan Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilih at sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia. dia ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri.. (Temu-bual 2 , 01)

Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikan pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran. Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik. ( Temu-bual1, 05) Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri..dia boring . (Temu-bual 2 , 01) Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilanga n kelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai. Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la... (Temubual 1, 05) Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang.. (Temubual 2, 01) Apakah tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan pada tahap Kerap berada dalam lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap Kadang-kala adalah 18% untuk satu tempoh masa seminggu. Tahap Jarang pula adalah pada 64% dari keseluruhan responden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini. Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan seca ra

rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada w aktu lapang guru dan juga minat belajar pelajar. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masuk ke makmal komputer . Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itu kalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la. (Temubual 2,04) Waktu BM, tengok kalau ada free (Temubual 1 ,01) Tengok la budak, minggu ini saya dah buat. (Temubual 2,04) Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal komputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses penga jaran dan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari da n dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar te tapi pelajarpelajar tahun lain. Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la. ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga (Temubual 2, 01) Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan ol eh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CDR OM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman

pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai pelu ang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik. (Temubual01,05) Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi... (Temubual01,06) Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun dalam aspek penyampaiannya. Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, cara berkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD Bahasa Arab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun. (Temubual02,03) Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila baha n ini tidak dibekalkan. Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada (Temubual02, 01) Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif , perisian persembahan juga digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adala h terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja. Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,...... saya tengok dia orang guna la.. (Temubual02,01)

Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh ker ana, guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusu s dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akan menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja. Ya la power point, tapi kurang ada masa nak buat (Temubual 01,05) Kalau buat bahan sendiri, Tak reti (Temubual01,05) Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yang diberi (Temubual01,05) Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujud satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer yang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan pengguna an aplikasi komputer. Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masing mengajar..... (Temubual01,05) Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dah boleh la.. (Temubual01,05)

Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran ? Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap terpasang dengan kemudahan LCD. Pada masa yang sama, di bawah pelaksanaan program PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba ya ng boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan ini sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong pelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan eleme n multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekala n CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks. Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemen multimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsan g dan akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan m ultimedia yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasa n penempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin dipersembahkan. Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgu memang excited nak pi (Temubual 01,05)

Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi... (Temubual01,06) Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar Orang Asli yang cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur hiburan. Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami i si kandungan yang disampaikan. Dia lebih kepada hiburan (Temubual02,01) Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up... (Temubual02, 01) Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring (Temubual02, 01) Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan bersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya dalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CDR OM Mutiara dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa Arab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyi an sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02) Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran, dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuha n, memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut.

Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah.. (Temubual02,03) Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..cara komunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi. (Temubual02, 03) Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tida k hanya menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah merek a menjadi penggerak kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna. Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik A dia akan keluar . (Temubual01, 01) Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran? Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan bekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghala ng pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara berterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan p ada sebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generato r untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabi la tiada

bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi keguna an di makmal komputer. Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada. (Temubual01, 01) Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kami guna. (Temubual02, 01) Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang panjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guruguru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK. Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung. Tak ada minyak. (Temubual02, 06) Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalah ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-gur u banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama dengan buku teks sahaja. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang dibekalkan itu berkaitan dan sesuai. Bahan CD yang sesuai, related tak banyak.. (Temubual 01,05) Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada Kita guna macam tu saja la... (Temubual02, 01)

Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukan pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek pengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan dan pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu top ik, masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dal am hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesua i dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap: tak reti .(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh da ta permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yang berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan 44% 33% 11% 11% Pedagogi Kandungan Perisian Persembahan Pengaturcaraan Penyelenggaran Komputer Rajah 4.2 : Permohonan Kursus

Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. Walaupun pelaporan telah dibua t namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, guru-gur u terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di sekolah. Untuk access jurnal dan bahan eletronik, susah nak cari maklumat kat sini . (Temubual02 02) Kat sini, susah nak dapat internet..tak boleh cari bahan pun.. harap ka buku panduan sahaja la... (Temubual 02 03) Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan amalan penggunaan TMK dalam kelas. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. Te mpoh masa 1 waktu pengajaran (30 minit), yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi, adalah tidak mencukupi. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesu karan penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM, yang memerlukan lebih masa untuk disediagunakan. Ini menyebabkan banyak masa terbuang. Kalau setengah jam tu tak sempatla..Nak buka pun dah berjam-jam.. budak tanya mana cikgu,mana cikgu, budak tak tahu kah? (Temubual 01,05) Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa.. (Temubual 01,06)

Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer disediakan, setiap guru, masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelaja r dengan kemahiran penggunaan komputer Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer, Masing-masing mengajar. (Temubual 01,05) Berdepan dengan keadaan ini,guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yan g sesuai kalau ada kaset..lagi senang ka..kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri itu. (Temubual2,01) Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas, guru juga menghadapi masalah bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal. Ada CD yang tak nak run.. (Temubual 01,05) Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian han ya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Tak ada, Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop (Temubual1 01) Sekarang ini, yang kerajaan bagi, guru Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris. Kami tak ada peruntukan, (Temubual02, 03)

Rumusan Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya Sekolah Orang Asli. Faktor utama yang dikenalpasti alian Internet yang tidak dapat dibekalkan guru memberi respon yang positif terhadap p&p dan menjelaskan murid-murid juga ialah faktor sumber tenaga elektrik serta t ke makmal komputer secara berterusan. Gurukeberkesanan penggunaan TMK semasa proses turut berminat menggunakan komputer.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p. Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di dalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga dikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,20 06) dan membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual. Perbincangan Dapatan Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa, dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991; Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yang mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001). Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat Entry dan Adoptation seperti mana yang digariskan dalam Model Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et.al,1991). Pada masa yang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian tertentu. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di sarankan oleh Heppel (1993).

Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD, komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalah tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajian ini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006), menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik. Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadi faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas (1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru semasa proses p&p berjalan. Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih terangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini, adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pihak organisasi. Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkan mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti pembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK dalam p&p (Lucas ,1986)

Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap, Tak reti . Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd Manap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah. Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williams et al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guruguru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan pembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusan tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut.

Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke 21. Cadangan Penambahbaikan Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK. Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian.

Penglibatan Pihak Pentadbiran Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guruguru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perlu boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka. Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian elemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini berserta dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat

diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan latihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas yang lain. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian maklumat pengajaran. Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutama sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal seperti kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD (Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guru perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalam keadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer boleh disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di sekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya.

Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan. Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapa t mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesrapengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru. Kesimpulan Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktor sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningk atkan amalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu dititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagai mana kemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMK yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dala m kelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sek olah dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan.

Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran y ang bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam proses p&p.

Rujukan Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 &2 Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Developm ent. Massachusetts: Allyn & Bacon. Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Tesis Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan) Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000, Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam PengajaranPembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia. Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Stan dard Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1. Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students Motivation: Fina l report. NCET.ISBN 1871984289 Dasar Penyata Razak (1965) Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-5 2. Fisher. S. (1994). Authoring Multimedia. Boston. Academic Press.Inc

Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 -71. London: Pitman. Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: t he progression and evolution of education computing against a background of change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229 238. Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001 Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking . Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technolog y and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for the Advancement of Computing in Education, http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html. Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 27 November 2008.

Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94 Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. Brit ish Journal of Educational Technology, 23, 164-171. Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students for Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia. Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hi ll. Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of E DMedia 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia, Orlando, Florida. June, 23-26.

Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27. Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San Francisco: Jossey-Bass. Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Jo hor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teachin g and learning. Singapore: Prentice Hall. Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. U.S.A: McGraw-Hill. Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Sandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: c reating student-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007) Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jut ta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf. Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach & B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman. Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and p rocedures for developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage.

Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of Multime dia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE. Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajara N Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999 Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998. Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf. Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT: current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp. 307-320. Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Integrati ng Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 2 2000. pp 167-183 Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.

You might also like