You are on page 1of 3

- Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros.

- Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. - Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari. - Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. - Oleh itu, amalan berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang 1. Ibu bapa - "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Begitulah kata-kata pujangga nenek moyang yang mengajar kita betapa signifikannya sifat berjimat cermat dalam kamus kehidupan seseorang. - Wang tabungan kanak-kanak itu mesti disimpan di bank untuk membiayai keperluan persekolahan - Wang belanja harian boleh ditabung. - Ibu bapa perlulah menanam sikap berjimat cermat baik dari segi kewangan, mahupun peralatan sekolah dan kendiri. - Menjaga buku, pensel, pewarna, dan barang-barang yang digunakan adalah sebahagian daripada contoh sikap berjimat cermat yang boleh ditanamkan dalam sanubari kanak-kanak kerana kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya 2. Peranan Kerajaan - Pada lumrahnya, sifat berjimat cermat masih cetek dalam kamus kehidupan remaja. - Sebaliknya imej amalan hidup remaja banyak terpengaruh oleh budaya negatif. - Mereka menggemari barangan berjenama walaupun banyak yang tidak mampu berbuat demikian. - Mereka suka berpeleseran dan berlagak, mudah terikut-ikut pengaruh luar terutamanya gaya berfesyen yang jauh daripada amalan berjimat cermat. - Sikap hidup seperti ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah mencanaikan masyarakat yang suka berbelanja boros, membazir, kurang menyimpan, atau melabur. - Sebagai langkah untuk mendidik golongan muda berjimat cermat, kerajaan telah melancarkan skim menabung melalui Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dengan kadar minimum RM100. - Skim amanah saham ini adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum yang berusia antara 12 hingga 30 tahun. - Rata-rata berpendapat tabiat menabung pada usia muda akan menyenangkan kehidupan pada hari tua atau kecemasan. - Mengikut kata-kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan .

3. kaum wanita mempunyai peranan merancang perbelanjaan - Sesungguhnya amalan berjimat cermat adalah amalan yang mulia berbanding dengan sikap suka berhutang dan boros ketika berbelanja. - Setiap kali perayaan menjelang, sudah menjadi satu lumrah bagi rakyat negara ini berbelanja besar untuk membuat persiapan - Pendapatan bulanan untuk menampung perbelanjaan tidak mencukupi. - Ada pula keluarga yang terpaksa berhutang atau menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan musim perayaan. - Dalam menghadapi musim perayaan kaum wanita mempunvai peranan yang penting dalam merancang perbelanjaan yang sederhana untuk mengelakkan pembaziran atau kos yang tinggi. - Beli pakaian atau keperluan yang sederhana semasa musim tawaran murah sebelum hari raya. - Berpada-padalah dalam berbelanja dan yang paling mustahak ialah ukur baju di badan sendiri, jangan kerana kita hendak berlagak pada musim perayaan maka kita terpaksa berhutang piutang. - Amalan memberi Wang angpau pada musim perayaan boleh diteruskan dalam bentuk baucer tabungan bank-bank yang mengeluarkannya untuk mengelakkan kanak-kanak bersikap boros dan mata duitan menjelang hari perayaan. 4. Orang ramai membeli barangan buatan tempatan -menyeru orang ramai agar membeli barangan keluaran tempatan di samping mengurangkan belanja serta melancong ke luar negara ketika ringgit mengalami kejatuhan. - Sebagai pengguna dan rakyat yang mencintai negara, eloklah kita membeli barangan tempatan dan berjimatlah dalam perbelanjaan sebagai usaha mengurangkan pengaliran keluar mata wang ringgit. - Ini adalah sebab, jika kita tidak bersedia, kita pasti akan terkial-kial dan terkapai-kapai untuk mencari jalan memulihkan semula kegawatan tersebut. - Biarlah kita buktikan bahawa kita tidak akur dengan arus yang sonsang ini iaitu ketika membeli barangan dengan mengambil sikap sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan untuk mengatasi kemelut yang melanda negara kita. 5. Sekolah penyemai yang penting - Menyentuh sifat berjimat cermat dalam sanubari kanak-kanak, sekolah tempat penyemai yang penting selain keluarga. - Sekolah bukan sahaja menjadi tapak menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan sebagai satu institusi yang membina akhlak mulia yang antaranya memupuk sifat berjimat cermat dan menabung dalam kalangan pelajar. - Jika seseorang pelajar itu hanya menabung RM1 seminggu sudah pasti dana yang dikumpul amat besar dan ini bukan sahaja dapat menjamin kesejahteraan negara bahkan dapat membiayai kos pelajaran tinggi para pelajar tersebut. - Guru mempunyai peranan yang besar dalam menyemai sikap suka menabung dalam kalangan pelajar terutamanya sewaktu mereka dalarn usia yang muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya 6. Pihak bank - beberapa buah bank turut menggalakkan skim simpanan dalam kalangan pelajar khususnya.

- Misalnya, Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional yang menawarkan pelbagai cenderamata dan jaminan yang menarik. - RHB Bank pula melalui program "Young Savers- menganjurkan pelbagai aktiviti luar ketika cuti sekolah selain pelbagai cenderamata yang memikat hati kanak-kanak. - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara dan institusi-institusi kewangan memastikan skim tabungan pelajar yang diperkenalkan mempunyai perlindungan insurans dan kadar faedah yang tinggi. - Dengan cara ini diharapkan dapat menarik banyak pelajar menyertai skim berkenaan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). - Justeru, individu tersebut tidak akan mengambil sikap membujur lalu melintang patah iaitu tidak pernah berfikir panjang dalam sesuatu tindakan. - Dengan adanva skim seperti ini juga dapat mengurangkan sikap terlalu bergantung kepada Dana Pendidikan Nasional IPT. - Baru-baru ini dana tersebut mendapat peruntukan RM100 juta bertujuan untuk membantu pelajar kurang mampu melanjutkan pelajaran. 7. Kesedaran perlu wujud dalam kalangan masyarakat - Sesungguhnya dalam hal berjimat cermat, amat sedikit rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tersebut. - Sebaliknya, ketika ekonomi melonjak, orang ramai lebih berminat mengatur agenda perbelanjaan dari satu pasar raya ke pasar raya yang lain. - Membeli belah dan berjoli menjadi lambang kemewahan hidup. - Sebenarnya, kelaziman seperti ini menjadikan kita mudah lupa daratan. - Malangnya, apabila ekonomi beralih angin, menjadi malap dan kurang berdaya saing, maka banyak orang yang hilang punca dan arah, - Ada firma yang terpaksa mengurangkan pekerjanya, malah ada pusat-pusat perniagaan yang terpaksa menutup operasinya. - Dalam situasi seperti itu, barulah ada yang sedar untuk berjimat iaitu sudah terhantuk baru terngadah. Kesimpulan - Kesimpulannya, kita hendaklah berjimat cermat dan janganlah boros iaitu mengamalkan sikap cicir dipungut, hilang dicari. - Sikap boros akan menyebabkan wujudnya jelaan sifat buruk yang merugikan bukan sahaja diri sendiri dan keluarga, bahkan negara. - Kita hendaklah membuang sikap gali lubang, tutup lubang dan sikap besar periuk, besarlah keraknya kerana kedua-dua sikap ini hanya merugikan diri sendiri. - Hidup ini bagai putaran roda, adakalanya kita di atas. adakalanya kita di bawah, adakalanya pasang dan adakalanya surut. - Sesungguhnya, peribahasa "cermat masa banyak. jimat masa sedikit" dapat dijadikan penawar yang paling mujarab untuk melegakan segala konflik yang dihadapi.

You might also like