You are on page 1of 7

Amalan Profesionalisme Penguruan Pengarang: Esah Sulaiman 2003 ISBN 983-52-0320-2 170 muka surat RM 20.

00 Bidang Pendidikan

Buku Amalan Profesionalisme Penguruan membicarakan beberapa tajuk yang diharap dapat kesedaran tentang kepentingan profesionalisme di kalangan guru. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud profesionalisme, ciri profesionalisme dan cara meningkatkan profesionalisme perguruan. Selanjutnya perbincangan mencakupi sejarah perkembangan pendidikan dan pendidikan guru secara am. Buku ini turut membekal bakal guru dengan sejarah perkembangan pendidikan sebelum merdeka hingga masa kini serta faktor yang memperngaruhi perkembangan tersebut. Selain itu, Etika Perguruan Malaysia dan kepentingan etika kepada guru turut dibicarakan. Keperluan perkembangan profesionalisme atau perkembangan staf juga dibincangkan seiring dengan saranan dalam etika pergurusan yang memerlukan guru meningkatkan perngetahuan dan kemahiran. Buku ini juga turut mengetengah konsep ilmu dan budaya ilmu. Sebagai guru, amatlah penting menghayati budaya ilmu dan memupuk budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Bagi mengukuhkan lagi penghayatan budaya ilmu dikalangan guru, dibincangkan juga tajuk mengenai kaedah pengajaran yang berkesan dan kemahiran belajar. Peranan guru bukan setakat mengajar sahaja, malah guru juga perlu memainkan peranan sebagai pengurus dan juga pemimpin yang berkesan. Atas kepentingan ini, dibincangkan konsep pengurusan dan kepimpinan dalam konteks pendidikan dan juga konsep kualiti, pengurusan kualiti menyeluruh (Total Quality management) dan pensijilan ISO 9000. Kaunseling & Psikoterapi: Teori, Teknik dan Amalan Pengarang: Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Jamaludin Ramli 2007 ISBN 983-52-0415-2 219 muka surat RM 40.00 Bidang Pendidikan
40.00 40.00

Kaunseling & Psik 983-52-0415-2

SINOPSIS Profesion kaunseling kini mula diterima masyarakat Malaysia dengan sedikit adaptasi daripada teoriteori barat. Keperluan profesion kaunseling ini boleh dikesan merentasi pelbagai bidang seperti pekerjaan, keluarga dan perkahwinan, pemulihan dadah, persekolahan dan kerjaya, hospital, pemakanan, dan sebagainya. Buku ini cuba membincangkan teori-teori kaunseling asas seperti Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Klien, Teori Gestalt, Teori Tingkah Laku Kognitif dan Teori Tingkah Laku. Pengisian buku ini menekankan proses, kemahiran-kemahiran asas, kaedah aplikasi dan sumbangan teori dalam pembangunan masyarakat. Keistimewaan buku ini ialah menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dijadikan rujukan utama bagi kaunselor, guru, pelajar maktab dan universiti serta individu yang berminat mendalami bidang bimbingan dan kaunseling. Pengenalan Pedagogi Pengarang: Esah Sulaiman

2004 ISBN 983-52-0353-9 224 muka surat RM 30.00 Bidang Pendidikan


983-52-0353-9 30.00 30.00

Pengenalan Peda

SINOPSIS Pengenalan Pedagogi membicarakan beberapa tajuk yang dapat membantu guru memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam pengajaran dan pembelajaran. Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan yang merangkumi beberapa pendekatan dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih. Buku ini juga turut mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai sebagai sebagai rujukan kepada guru pelatih, guru-guru dan sesiapa sahaja yang berminat tentang bidang perguruan. Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian Menurut Perpektif Islam Pengarang: Ahmad Kilani @ Kilan Mohamed 2003 ISBN 983-52-0300-8 209 muka surat RM 30.00 Bidang Pengajian Islam
30.00 30.00

Pengurusan Pend 983-52-0300-8

SINOPSIS Buku ini ditulis dengan tujuan melengkapkan perbincangan tentang subjek Institusi Islam termasuklah Institusi Pendidikan yang menjadi subjek mata pelajaran umum di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Atas asas itu, buku ini digarap dengan menyediakan enam bab yang dikira mampu memenuhi tujuan buku ini ditulis. Bab pertama membincangkan Sekolah Menurut Perspektif Islam. bab kedua pula mengupas tentang Pengurusan Sekolah Satu Tasawur Umum. Seterusnya bab ketiga menjelaskan aspek Kepimpinan dan Penyeliaan Pendidikan di Sekolah. Bab empat pula menyentuh aspek Etika Islam dalam Pengurusan Pendidikan di Sekolah. Manakala, Bab Lima dan Enam membincangkan peranan Guru dalam Menjayakan Pengurusan Pendidikan di Sekolah dan aspek Kelancaran Pengurusan Pendidikan di Sekolah melalui Penguatkuasaan Disiplin dan Hukuman. Daripada segi kepenggunaan buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh semua pelajar UTM yang mengambil subjek Institusi Islam. Di samping itu, buku ini sesuai dijadikan bacaan umum.

Psikologi Kognitif Pengarang: Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakariya 2005 ISBN 983-52-0368-7 312 muka surat RM 29.00 Bidang Kemanusiaan
983-52-0368-7 29.00 29.00

Psikologi Kognitif

SINOPSIS Buku ini memfokuskan persepsi pemikiran ingatan manusia secara teori dan konsep. Antara konsep yang dibincangkan ialah skemata idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman; pembentukan ingatan pandangan yang menyatakan bahawa pengetahuan adalah direka oleh individu apabila mereka menghadapi situasi baru, dan tahap memproses, iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran sampingan daripada proses maklumat yang diterima. Justeru, buku ini ditulis dengan teliti agar dapat memberi kesan yang membina kepada pembaca khususnya daripada aspek penguasaan terhadap kebolehan kognitif. Secara umumnya, buku ini mengandungi 14 bab. Antara perkara yang dibincangkan ialah pengenalan psikologi kognitif, teori-teori kognitif, teori kognitif fleksibiliti, otak dan minda, pengamatan, kecerdasan, gaya kognisi, dunia sosial dalam perkembangan kognisi, ingatan, penumpuan, emosi dan perkembangannya, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan kognitif. Selain memberi penekanan kepada aspek kognitif, buku ini juga membincangkan gabungan kepakaran psikologi dan kaunseling secara komprehensif agar dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Sehubungan itu, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat sama ada para pelajar di peringkat pengajian tinggi, guru, ibu bapa dan sesiapa jua yang berminat untuk membangunkan diri. Pembangunan Organisasi Pendidikan Pengarang: Mohamad Najib Abdul Ghafar 2010 ISBN 978-983-52-0749-5 201 muka surat RM 35.00 Bidang Pendidikan
978-983-52-0749 35.00 35.00

Pembangunan Or

SINOPSIS Perubahan sentiasa berlaku secara dalaman atau luaran. Manusia dan persekitaran berubah untuk kesenangan, kesempurnaan dan kesinambungan kehidupan. Pembangunan organisasi merujuk kepada perubahan dalam organisasi melalui beberapa siri dan aktiviti terancang untuk mencapai matlamat business. Buku ini membincangkan konsep pembangunan organisasi secara terperinci merujuk kepada situasi universiti, kolej, sekolah dan institusi pendidikan lain. Ianya sesuai untuk pengurus dan pembuat polisi organisasi yang memerlukan perubahan demi berdaya saing dalam business mereka. Bab awal menerangkan secara ringkas pembangunan dan perubahan organisasi serta konsep intervensi yang boleh dilaksanakan sebagai strategi perubahan terancang. Babbab seterusnya menerangkan secara lebih terperinci setiap komponen konsep dan kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menangani isuisu perubahan. Pembaca boleh mengenal pasti isu dalam organisasi masingmasing dan kemudian membuat keputusan memilih pendekatan yang sesuai untuk menangani perkara tersebut.

Media dalam Pendidikan

Buku ini mendedahkan guru-guru kepada pelbagai jenis media pendidikan, elektronik dan bukan elektronik, yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia dimulakan dengan perbincangan mengenai faedah penggunaan pendekatan bersistem dalam perancangan pengajaran guru. Sebagai golongan yang telah menerima latihan profesional, guru-guru seharusnya merancang semua aspek pengajarannya dengan teliti sebelum menyampaikannya kepada pelajar-pelajar. Pendidikan bersistem pada keseluruhannya memfokuskan kepada keperluan pelajarpelajar dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Turut dibincangkan ialah media bukan-elektronik buku-buku, gambar-gambar, bahan-bahan grafik, objekobjek sebenar, glob dan peta, model atau contoh rupa, sumber manusia dan sebagainya yang masih relevan sebagai media berkesan dalam pengajaran-pembelajaran terutamanya bagi menyampaikan konsep-konsep yang mudah serta tidak melibatkan aspek animasi. Pun begitu, media dalam pendidikan tidaklah sesempit di atas. Buku ini juga memberi perhatian kepada pelbagai media elektronik kerana dapat membantu guru-guru menyampaikan konsep-konsep yang sukar serta memerlukan animasi dalam pengajaran mereka. Di antaranya ialah program-program TV Pendidikan,Radio Pendidikan, Filem Jalur, Filem 8mm, Filem 16mm, Transparensi OHP, bahan-bahan bentuk mikro (microforms) dan sebagainya yang memerlukan peralatan Hardware elektronik untuk menggunakannya. Dalam era digital ini pula, komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi begitu penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Oleh itu, satu bab dikhaskan dalam buku ini untuk membincangkan sejarah penciptaan komputer peribadi, bahasa program komputer, kesan teknologi maklumat kepada individu, masyarakat dan pemerintah, internet dan aplikasi perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah membaca buku ini, guru-guru akan sedar betapa luasnya pilihan media yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran khasnya dan mutu pendidikan amnya.

Pengarang: Kassim Abbas

Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk Guru

Buku Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk guru mengandungi sebelas bab, didahului dengan konsep perkembangan mengikut peringkat perkembangan bermula dari peringkat pranatal hinggalah perkembangan keluarga. Di samping itu, buku ini juga memuatkan perbincangan mengenai isu dan permasalahan dalam mengaplikasikan pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran, Justeru itu,

buku ini ditulis untuk rujukan pelbagai pihak seperti guru, bakal guru, pengasuh TASKA dan ibu bapa di rumah supaya memahami perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja.

Pengarang: Kamarulzaman Kamaruddin

Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-7323 (kulit lembut). 284 hlm. RM 30.00. Amla Mohd. Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. Di Malaysia, bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah secara rasmi pada tahun enam puluhan melalui program bimbingan kerjaya. Walau bagaimanapun pada masa itu bimbingan yang diberikan lebih menjurus pada kerjaya sahaja. Pada tahun 1972, Maktab Rendah Sains MARA menjadi kumpulan sekolah pertama yang memperkenalkan Program Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan membimbing dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Masalah tingkah laku di kalangan pelajar, terutama remaja memerlukan perhatian khusus. Perkembangan masyarakat yang mempengaruhi struktur institusi keluarga menyebabkan ramai remaja yang terbiar dipengaruhi unsur-unsur negatif. Masalah ini yang sepatutnya diselesaikan oleh keluarga, kini turut dipertanggungjawabkan kepada sekolah. Namun guru tidak dapat memperuntukkan banyak masa untuk kaunseling kerana tugas utamanya di sekolah ialah mengajar. Untuk mengatasi masalah itu kini diwujudkan jawatan kaunselor yang ditugaskan khusus untuk membantu pelajar bermasalah di sekolah. Buku Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang ditulis lengkap dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu pelajar.

Title : Inovasi Dasar Pendidikan : Perspektif Sistem dan Organisasi


Author : Sufean Hussin ISBN : 983-100-144-3 Year Publish : 2002 Page Number : 227 Category : Education Price: RM 28.00

Content Buku ini membentangkan beberapa contoh dasar penting untuk tujuan pembangunan dan kemajuan sistem pendidikan Malaysia amnya dan pembangunan inovasi organisasi sekolah khususnya. Dasar perkembangan pendidikan negara dan dasar kualiti organisasi turut dikupas untuk renungan bersama oleh para sarjana dan pentadbir dalam arena pendidikan. Konsep inovasi pendidikan dihuraikan dengan terperinci untuk faedah para pentadbir dan pemaju pendidikan mempraktikkan idea-idea yang dibentangkan. Konsep-konsep lain yang diperkenalkan ialah pembelajaran organisasi dan kempipinan psikologi. Semoga buku ini menjadi pemula dan pencetus inovasi pendidikan pada dekad ini.

Mengenali Manusia: Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti Pengarang: Rohana Hamzah 2010 ISBN 978-983-52-0741-9 106 muka surat RM 25.00 Bidang Pendidikan
978-983-52-0741 25.00 25.00

Mengenali Manus

SINOPSIS Pendidikan merupakan satu isu yang sering kali menjadi fokus utama untuk dibincang dan dibahaskan dalam merencana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Kegagalan memahami dan menangani isu ini akan mengundang kegagalan dalam menguruskan rupa corak kemajuan dan ketamadunan pada masa hadapan. Ketika kita sedang leka dengan nikmat kemajuan berasaskan perkembangan sains dan teknologi, sering kali pula kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial yang tidak berperikemanusiaan yang melambangkan kejatuhan nilai akhlak dan tingkat ketamadunan tingkah laku manusia. Di manakah silap kita dalam mendidik dan membangunkan sumber terpenting negara ini? Oleh itu, penulisan ini mengajak pembaca untuk menganalisis dan memahami manusia dengan lebih dekat sebelum merancang dan melaksanakan proses pendidikan yang bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Buku ini sesuai sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada bakal pendidik dan para pendidik yang perlu memahami cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha melahirkan manusia yang terdidik, berakhlak dengan keperibadian tinggi dan berdaya maju serta pembaca umum yang berminat untuk mengenali keistimewaan diri mereka sendiri. Membina Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat Pengarang: Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim 2007 ISBN 983-52-0416-0 222 muka surat RM 30.00 Bidang Pendidikan
30.00 30.00

Membina Pelajar C 983-52-0416-0

SINOPSIS Memperoleh kecemerlangan merupakan impian semua pelajar institusi pengajian, sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Menjadi pelajar cemerlang dalam dekad ini bukan sahaja memerlukan darjah kecergasan (Intelligence Quotient (IQ)) yang tinggi bahkan memerlukan strategi, perancangan dan kekonsistenan dalam belajar. Kejayaan lebih bermakna jika kecemerlangan pembelajaran berlaku secara berterusan yang diseimbangi dengan pembangunan akhlak (Spiritual Quotient) dan kecemerlangan emosi (Emotional Quotient) sebagaimana diharapkan ibu bapa, pendidik dan pensyarah. Formula pelajar cemerlang ialah kerja bijak bukannya kerja kuat. Manifestasi matlamat tersebut ialah perlunya penguasaan pengetahuan terkini dan kemahiran bagi menangani cabaran sewaktu belajar. Buku ini mengutarakan isu senario masa kini dunia pendidikan seperti meritokrasi, keperluan bahasa Inggeris dan pengangguran di kalangan siswazah. Panduan kecemerlangan meliputi ciri-ciri pelajar cemerlang, permasalahan pelajar, pemilihan makanan, adab menuntut ilmu, menjaga akhlak, kemahiran pengurusan masa, kemahiran menggunakan memori dan kemahiran menangani tekanan. Buku ini diolah menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dibaca pelajar sekolah, maktab, dan universiti, pendidik sekolah, kaunselor, pensyarah dan individu yang berminat dalam bidang motivasi dan teknik belajar.

You might also like