You are on page 1of 21

BAB 1 PENDAHULUAN Menjadi satu ujian bagi umat Islam apabila ada antara kita yang menghukum bidaah

bagi sesuatu amalan semata-mata kerana hadisnya Daif manakala pihak yang satu lagi mempertahankannya kerana menganggapnya sebagai bukan bidaah. Hal ini adakalanya membawa kepada pepecahan dan perbalahan sengit. Banyak buku-buku disusun berdasarkan kaedah berkenaan sedangkan ianya tidak menepati tradisi majoriti ahli ilmu. Adapun hadis yang diperselisihkan hukumnya seperti sesetengah pihak mengatakan Daif atau Sahih dan sesetengah pihak lagi mengatakan palsu, maka ia memerlukan perbahasan yang lebih lanjut. Dalam tradisi Ulama terdahulu, tiada salahnya meninggalkan hadis Daif namun sikap membidaahkan orang lain yang tidak meninggalkannya itu perlu diperbetulkan semula. Jika kita merujuk kepada ulama-ulama terdahulu, boleh dikatakan majoriti mereka tidak menghukum bidaah atas mereka yang mengamalkan hadis Daif. Imam al-Bukhari misalnya, walaupun meninggalkan hadis Daif dalam kitab Sahihnya (kecuali secara muallaq), namun beliau memuatkan hadis Daif ini dalam karya-karyanya yang lain seperti kitab al-Adab al-Mufrad. Imam Ahmad juga memuatkan banyak hadis Daif di dalam kitab Musnadnya dan beliau berkata: Hadis Daif itu lebih aku sukai daripada pandangan akal. Imam al-Tirmizi juga banyak memuatkan hadis Daif dalam kitabnya al-Jami (Sunan al-Tarmizi). Keistimewaan kitab beliau ini memuatkan hadis-hadis yang diamalkan oleh para mujtahid walaupun hadis tersebut dihukum sebagai Daif. Namun beliau tidak pula dilihat menuduh ulama yang mengamalkannya sebagai telah melakukan bidaah. Ulama yang dikatakan menolak hadis Daif secara mutlak yakni dalam semua perkara ialah seperti Abu Bakr Ibn al-Arabi Ibn Hazm (456H) dan lain-lain juga didapati tidak mempraktikkan seperti mana dakwaan tersebut dalam karya-karya penulisan mereka. Dalam kaedah ulum al-hadis, ramai ulama sepakat bahawa hadis Daif tidak boleh diamalkan dalam bab aqidah dan hukum-hakam. Namun, mereka membenarkannya dalam bab Fadail al-Amal. Maka ini membuktikan bahawa beramal dengan hadis Daif dalam bab yang tersebut adalah harus dan bukannya suatu bidaah. Bahkan sebahagian ulama terdahulu beramal dengan hadis Daif dalam bab hukum-hakam sekali pun namun mereka tidak pula dituduh melakukan bidaah.

BAB 2 HADIS DAIF

2.1 PENGERTIAN HADIS DAIF Dari sudut bahasa ialah: Lemah iaitu lawan kepada kuat. Manakala menurut istilah Ahli Hadis, Ibn Al-Salah mentakrifkan: Setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat hadis Sahih juga syarat-syarat hadis Hasan.

2.2 SEBAB HADIS DAIF LEMAH SUDUT HUJAH

Sebab-sebab yang menyebabkan hadis itu lemah ialah: (a) Tidak cukup syarat-syarat Sahih seperti: Perawinya pendusta, fasiq dan bidaah. (b) Terdapat kecacatan atau illat seperti : Perawinya mudallis, majhul dan mubham (c) Periwayatannya kurang dhabit seperti: Perawi selalu melakukan kesilapan, kesalahan, seorang yang pelupa dan melakukan penyelewengan hadis. (d) Sanadnya tidak bersambung seperti: Gugur seorang atau lebih perawinya dalam rangkaiannya, gugur perawi dalam kalangan Sahabt atau Tabiin, perawinya majhul dan lain-lain. (e) Terdapat kejanggalan atau syaz seperti: Matan yang menyalahi matan riwayat perawi thiqah yang lain atau dalam rangkaian sanadnya terdapat perawi yang sepatutnya tidak ada dalam rangkaian sanad perawi yang thiqah.

2.4 HUKUM HADIS DHAIF 2.4.1 Menurut pendapat yang dipelopori oleh Ibn al-Arabi yang bermazhab Maliki, alBukhari, Muslim dan Ibn Hazm yang bermazhab Syafie: Tidak harus beramal dengan hadis Daif secara mutlak sama ada hadis itu berkaitan dengan perundangan atau hukum dan sama ada berkaitan dengan Fadail al-Amali. 2.4.2 Menurut pendapat Imam Ahmad: Jika hadis tersebut berkaitan dengan galakan dan ancaman, kami tidak terlalu ketat mengenai sanadnya. Ini bermakna Imam Ahmad akan meriwayat hadis tersebut dengan menyebut semua perawinya jika tiada dalam rangkaian sanadnya perawi yang thiqah yang boleh digunakan sebagai hujah.

Imam Ahmad mengatakan lagi bahawa hadis Daif boleh digunakan untuk beramal dalam perkara berkaitan kelebihan amalan salih sahaja seperti: Kelebihan membaca al-Quran dan zikir. Menurut Imam Ahmad, jika hadis tersebut mengandungi kelebihan-kelebihan yang menunjukkan jumlah atau batasan tertentu dengan cara tertentu maka ia tidak dibolehkan. Ini adalah kerana menentukan amalan harus tidak sabit melalui dalil syarak. Meriwayat dan beramal dengan hadis berkaitan galakan dan ancaman, bukan dalam perkara yang harus hendaklah beriktikad bahawa kadar pahala dan hukuman itu melihat kepada dalil syarak yang menjelaskan.

2.4.3 Menurut pendapat Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani: Hadis Daif boleh dijadikan hujah dalam perkara yang berhubung dengan Fadail al-Amal, kisah-kisah, galakan dan ancaman serta seumpamanya. Hadis Daif tidak boleh dijadikan hujah syarak. Hadis ini tidak boleh digunakan sebagai dalil dalam perkara: Akidah dan hukum dasar. Antara lain juga, sememangnya hadis Daif berdasarkan sebab kedaifannya adalah banyak. Dalam kategori hadis Daif, Hadis Matruk adalah hadis yang paling rendah sekali taraf dan martabatnya.

2.5 PENGERTIAN FADAIL AL-AMAL Fadhail adalah bentuk jamak dari kata bahasa Arab, fadhilah yang ertinya keutamaankeutamaan atau kelebihan-kelebihan. Al-amal adalah bentuk jamak dari kata amal yang ertinya amal atau ibadah. Satu ibadah dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek wujud ibadah itu sendiri dan aspek keutamaannya atau pahalanya. Kedua aspek ini harus mempunyai dalil. Dalil pokok untuk ajaran Islam adalah Al-Quran dan Hadis yang sahih atau hasan. Hadis daif tidak boleh menjadi dalil wujudnya suatu amal atau ibadah. Sementara dalil untuk fadhail al-amal menurut sebahagian ulama tidak mesti hadis yang sahih atau hasan, melainkan boleh juga hadis daif dengan syarat-syarat tertentu. Demikian juga fadhilat waktu ibadah tertentu, seperti fadhilat bulan barakah Ramadan. Hadis-hadis fadhail al-amal antara lain adalah hadis-hadis yang menerangkan fadhilat solat berjemaah yang 27 kali lipat ganda, fadhilat haji mabrur masuk syurga dan fadhilat puasa diampunkan dosa-dosa yang telah lalu. Termasuk juga fadhilat bulan Rejab dan bulan Ramadan. Hadis-hadis ini ada yang sahih dan ada yang daif. Jika hadis daif ini masih memenuhi syarat yang ditentukan ulama misalnya tidak terlalu daif, maka menurut sebahagian ulama masih boleh diterima sebagai dalil untuk menerangkan fadhilat ibadah atau bulan tertentu. 2.6 SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF Ulama Hadis khususnya, telah menetapkan syarat tertentu untuk beramal dengan hadis Daif. Antara syarat beramal dengan hadis Daif menurut pendapat al-Hafiz Ibn Hajar alAsqalani ialah: 2.6.1 Hadis ini pada asalnya boleh diamalkan seperti Tilawah al-Quran dan berdoa. 2.6.2 Hadis ini tidak mensabitkan hukum syarak atau menjelaskan salah satu daripada sifatsifat Allah s.w.t iaitu tidak berkaitan dengan perkara-perkara akidah dan hukum hakam bukan juga amalan harus dan selainnya. 2.6.3 Ia bukan hadis palsu (Maudu)

2.6.4 Hendaklah berhati-hati atau pun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah s.a.w sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan daripada baginda.
4

BAB 3 CONTOH CONTOH HADIS DAIF 3.1 Mengucapkan : Aqamahallah wa adamaha ketika mendengar muazzin mengucapkan Qad Qaamatis Solah

: :
Ertinya: Daripada sebahagian sahabat Nabi s.a.w mengatakan apabila Bilal mulai Iqamah, ketika beliau mengucapakan Qad Qaamatis Solah maka Nabi s.a.w mengucapkan Aqaamahallah wa adaamaha. Penjelasan: Hadis ini adalah hadis Daif Diriwayatkan oleh: Abu Daud Muhammad Nashruddin al-Banniy mengatakan: Sanad hadis ini adalah Daif kerana ada seorang rawinya yang majhul (tidak diketahui baik orang atau riwayat hidupnya). Selain daripada itu ada pula dua orang rawi dalam sanad ini yang sangat Daif. Sebab itulah Imam al-Baihaqi, Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar telah melemahkan hadis ini. Hadis ini juga berlawanan dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Apabila kamu mendengar muazzin telah azan maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan kecuali Haiya Alatin (Haiya Alas Solah dan Haiya Alal Falah). 3.2 Menyapu Dua Jari Telunjuk Pada Kedua Mata Sewaktu Mendengar Ucapan Muazzin

Ertinya: Mengusap kedua mata dengan bahagian dari kedua ibu jari kemudiannyya dicium sambil mengucapkan: Asyhadu Anna Muhammadan Abduhu Wa Rasuluhu Raditu Billahi Rabban Wabil Islami Dinan Wabil Muhammadin Nabiyyan Ketika mendengar ucapan muazzin: Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah.

Himpunan Hadis-hadis Lemah dan Palsu.Imam Bukhari.Syk Nurulhas: m.s 18

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Abu Bakar As-Siddiq r.a ketika mendengar muazzin mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah beliau telah

mengucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh muezzin sambil mencium bahagian dalam dari kedua jarinya lalu beliau usapkan pada kedua matanya. Ketika melihat perbuatan Abu Bakar itu, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang melakukan seperti kekasihku (Abu Bakar) maka pasti dia akan mendapat syafaatku. Pejelasan: Hadis ini Daif (Tidak sahih) Diriwayatkan oleh Abdul Abbas tetapi ada pula dalam sanadnya rawi-rawi yang Majhul dan ada pula yang Munqati. 3.3 Solat Adalah Tiang Agama

.
Ertinya: Solat adalah tiang agama, barang siapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama. Penjelasan: Hadis ini Daif Walaupun hadis ini dikatakan Daif, ini tidak bererti bahawa kita boleh meninggalkan solat kerana solat itu telah diwajibkan atas setiap muslim dan muslimat yang sudah mukallaf. Alasan yang menunjukkan bahawa solat lima waktu itu tidak boleh ditinggalkan ialah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. Selain daripada itu ianya merupakan contoh daripada Rasulullah s.a.w di mana semasa hayatnya baginda tidak pernah meninggalkan solat walaupun satu waktu. Dalam riwayat dikatakan: Semua amal itu akan dihisab oleh Allah setelah dihisab solat. 3.4 Sembahyang Untuk Melihat Nabi s.a.w

: .

Ertinya: Sembahyang untuk melihat Nabi itu ialah, dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca surah al-Ikhlas 25 kali. Apabila telah memberi salam, bacalah selawat atas Nabi s.a.w 1000 kali. Penjelasan: Hadis ini adalah Daif kerana dalam sanadnya ada beberapa rawi yang majhul ( sila rujuk kitab Tazkiratul Maudluaat m/s 52)

3.5 Kelebihan Sembahyang Di Masjid Nabi (Masjid Nabawi)


Ertinya: Barang siapa yang bersembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus-putus satu sembahyang pun, maka dia akan dicatat sebagai orang selamat daripada api neraka. Lepas dari azab siksa serta bersih daripada nifak.

Penjelasan: Hadis ini Daif.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tharanniy dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik. Muhammad Nashruddin Al-Banniy mengatakan: Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin Amar yang mana dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.

3.6 Hajaratul Aswad Itu Adalah Tangan Allah


Ertinya: Hajarul Aswad itu adalah angan kanan Allah di bumi supaya hamba dapat berjabat tangan denganNya. Penjelasan: Hadis ini Daif. Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Khallad dalam kitabnya dan Al-Khatib dalam kitabnya juz VI m/s 327 melalui sanad Ishaq bin Basyar Al-Khaliliy. Kemudian Al-Khatib

mengatakan : Ishaq bin Basyar ini adalah seorang rawi yang biasa meriwayat hadis dari Malik yang mengandungi beberapa hadis Munkar. Rawi tersebut telah didustakan oleh Musa bin Harun dan Abu Zarah. Ibnu Adiy mengatakan, Ishaq bin Basyar al-Khaliliy adalah seorang rawi yang biasa memalsukan hadis. Imam Ad-Daraquthniy juga mengatakan begitu sebagaimana yang tersebut dalam kitab Mizannul Itidal.

3.7 Awal Ramadan adalah Rahmat, Pertengahan Keampunan dan Akhir Pembebasan dari Neraka

Az-Zahabi menyebutkan dalam al-Mizan dari riwayat Hisyam bin Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash- Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Awal bulan Ramadan adalah Rahmat, pertengahannya kemapunan dan akhirnya ialah pembebasan daripada api neraka. Hadis ini adalah hadis Munkar. Kata Az-Zahabi: Ibn Adiy berkata: Salam ini Munkar hadisnya. Demikian juga kata al-Uqaili iaitu salah satunya hadis ini. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn Asakir. Kata al-Albani: Hadisnya sangat Daif.

BAB 4 AMALAN HADIS DAIF DI MALAYSIA 4.1 Membaca Yasin Malam Jumaat Barang siapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat, diampunkan baginya (akan dosa-dosanya)2 Periwayat hadis: Al-Ashfahani Status hadis: sangat lemah Sebab: Dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bernama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin Al- Harish. (a) Aghlab bin Tamim Kata Imam Ibn Hibban: Dia seorang yang mungkar hadisnya dan dia meriwayatkan hadis dari perawi-perawi yang thiqah (dipercayai) yang mana hadis-hadis tersebut bukan berasal daripada mereka sehingga terkeluar dari batasan boleh berhujah dengannya disebabkan kesalahan yang dilakukan. Kata Imam al-Bukhari: Dia seorang yang mungkar hadisnya. Kata Imam Ibnu Main: Dia tidak memiliki sesuatu (yang sahih untuk dijadikan pegangan) Kata Imam An-Nasai: Ia lemah (b) Zaid bin al-Harish Kata Imam Ibnu Qathan: Ia majhul hal (iaitu seorang perawi yang diriwayatkan darinya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap orang yang dipercayai). Sanad hadis ini juga terputus di mana hadis ini diriwayatkan oleh Hasan al-Basri dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w sedangkan Hasan al-Basri tidak pernah mendengar sebarang hadis daripada Abu Hurairah r.a. Kedudukan Hasan yang tidak mendengar hadis daripada Abu Hurairah r.a ini ditegaskan oleh Imam at-Tirmizi, Imam alBazzar, Imam Abdul Hak, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnul Qattan. Kedudukan terputusnya periwayatan Hasan daripada Abu Hurairah ini dikuatkan lagi oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya Mizan Al- itidal.
2

Ibrahim Mohd Raja. www.al-ahkam.net

Keterangan: Sunnah pada siang atau malam Jumaat ialah membaca surah al-Kahfi. Berkata Abu Said al-Khudri: Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada amalam Jumaat, terpancarlah baginya antaranya dan antara Kaabah (Riwayat Ad-Darimi) Walaupun hadis ini ucapan Abu Said r.a (hadis Mauquf) tetapi dalam ilmu hadis hukumnya adalah dikira Marfu (ucapan Nabi s.a.w) kerana perkara sebegini tidak boleh digunakan akal dalam menetapkannya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Barang siapa membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, terpancar baginya cahaya antara dua Jumaat ( Riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim) 4.2 Puasa Tiga Bulan Berturut Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasululullah s.a.w tidak pernah menyempurnakan puasa senulan penuh selepas Ramadan melainkan bulan Rejab dan Syaaban. 1. Periwayat hadis: At-Thabrani 2. Penjelasan: Sangat lemah 3. Sebab: Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Yusuf Athiyyah bin Tahabit Kata Imam Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadisnya Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadisnya (Matruk) Hadis ini tidak dapat dijadikan hujah tentang puasa tiga bulan berturut iaitu Rejab, Syaaban dan disambung dengan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam. Tidak sabit Nabi s.a.w berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan Rmadan sahaja. Inilah amalan Nabi s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah r.a katanya: Aku tidak pernah melihatnya (NAbi s.a.w) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadan.
10

4.3 Malam Nisfu Syaaban Setiap tahun ketika tibanya Nisfu Syaaban, ada antara kita yang berpuasa, bersolat malam, membaca Yasin tiga kali dengan doa tertentu di antaranya dan pelbagai lagi. Semua amalanamalan ini sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah yang Sahih. Hadis- hadis yang menganjurkannya tidak ada yang Sahih dan tidak boleh dijadikan dasar bagi menetapkan sesuatu amalan. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menukilkan katakata al-Imam Ibn al-Arabi rahimahullah (543H) dalam persoalan ini: Tidak ada sebuah hadis jua yang dipercayai kesahihannya mengenai keutamaan malam Nisfu Syaaban. Jika kita (hendak) menerima hadis-hadis yang menerangkan keutamaan malam Nisfu Syaaban dan kita hendak memperingatinya dengan amal kebajikan, maka hal ini tidak pernah berasal daripada Rasulullah s.a.w nahupun daripada para sahabat r.a dan kaum muslimin abad-abad pertama. Pada hal mereka semua termasuk umat Islam yang terbaik. Daripada sumber tersebut tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa malam Nisfu Syaaban diperingati dengan berkumpul di masjid-masjid, membaca doa-doa tertentu dan melakukan solat-solat khusus seperti yang kita saksikan di beberapa negeri kaum muslimin. Bahkan di beberapa negeri sejumlah orang yang berkumpul sesudah solat Maghrib di masjid-masjid lalu membaca surah Yasin, solat dua rakaat dengan niat memohon panjang umur, ditambah dua rakaat lagi dengan doa dijauhkan ketergantungan hidup daripada orang lain, kemudian mereka membaca doa panjang lebar yang tidak berasal daripada seorang pun daripada kalangan Salaf. Doa yang mereka baca itu pula menyalahi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah serta mengandungi hal-hal yang saling berlawanan maksudnya. 3 Dalam kesibukan kita membaca, menyebar dan mengamalkan hadis-hadis yang Daif berkenaan malam Nisfu Syaaban, kita telah keciciran sebuah hadis yang Sahih mengenainya iaitu: Allah akan memperhatikan semua makhluk pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua makhluknya kecuali orang musyrik dan yang bermsushan (sesama sendiri).

Fatawa Muashirah.1996. Terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-fatwa Mutakhir. Pustaka Hidayah. Bandung. Ms. 480-481.

11

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hibban, berkata Syaikh Syuaib al- Arnauth hafizahullah dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Hibban (Muassasah al- Risalah, Beirut 1997) Jld. 12. Ms. 481. no: 5665: Hadis Sahih bi Syawahid. Hadis ini juga dihimpunkan oleh al-Imam al-Munziri rahimahullah (656H) dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (Dar Ibnu Katsir. Damsyik 1999) Jld.2 m.s 51 no: 1517. Berkata para penyemak: Syaikh Samir Ahmad al-Athar, Yusuf Ali Badiwi & Muhyiddin Dibb Matsu: Sahih bi Syawahid. Berkata Syaikh al-Albani dalam Sahih al- -Targhib wa al-Tarhib 9Maktabah al-Maarif, Riyadh 2000) jld.1 m.s 597 no: 1026: Hasan Sahih. Sama-sama kita bertanya kepada diri kita adakah kita mengetahui tentang hadis ini? Adakah selama ini hadis di atas tersembunyi atau tercicir daripada pengetahuan kita kerana selama ini kita sibuk dengan pelbagai hadis lain yang tiada satu jua pun yang Sahih berkenaan malam Nisfu Syaaban? Lebih jauh lagi, sudahkah kita, mengamalkan hadis ini? Mengamalkan hadis ini bukanlah dengan berpuasa, bersolat malam, berzikir, berdoa dan sebagainya. Akan tetapi beramal dengannya ialah kita melayakkan diri kira supaya memperoleh pengampunan Allah s.w.t pada malam Nisfu Syaaban. Kelayakan tersebut adalah dengan memastikan bahawa kita tidak bermusuhan dengan sesiapa di kalangan umat Islam. Jika ada, mungkin saudara, jiran, rakan kerja dan sebagainya hendaklah kita bermaafan dan menghubungkan samula silaturrahim. Inilah cara mengamalkan hadis Sahih di atas berkenaan malam Nisfu Syaaban.

12

BAB 5 PENILAIAN DAN ULASAN PENGAMALAN HADIS DAIF Sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi, jumhur ilmuan mebolehkan penggunaan hadis Daif dalam bab keutamaan beramal selagi mana diperhatikan syaratsyaratnya. Syarat-syarat yang dikemukakan oleh beliau adalah seperti berikut: Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dalam tulisannya untuk saya bahawa sayarat pengamalan hadis Daif ada tiga: 5.1 Yang disepakati bahawa kelemahan hadis itu tidak berat. Iaitu bukan yang diriwayatkan oleh perawi yang dusta atau dituduh pemalsu hadis serta yang parah kesalahannya. Hadis Daif yang diperbolehkan penggunaannya ialah hadis yang ringan kelemahannya. Maka dari sini kita dapat ketahui bahawa setiap hadis yang ingin digunakan, sekalipun untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran, perlu dirujuk kepada sumbernya yang asal dan disemak darjatnya. Dirujuk kepada sumbernya yang asal bererti mencari hadis tersebut dalm kitab-kitab hadis sama ada ia benar-benar wujud atau tidak. Jika ianya tidak sahih, maka disemak sama ada ada kelemahannya ringan atau berat. Jika kelemahannya ringan maka ia lulus syarat yang pertama ini. Jika kelemahannya berat maka ia tidak melepasi syarat pertama ini. Adalah perlu untuk kita membetulkan salah faham masyarakat termasuk para daie, penceramah, penulis dan ilmuan selain ahli hadis yang berpendapat boleh menggunakan apa jua hadis asalkan ia terletak dalam bab keutamaan beramal (Fadail al-amal) dan memberi peringatan serta amaran (al-Targhib wa al-Tarhib). Mereka tidak meyemak asal-usul hadis tersebut sama ada ia wujud atau tidak dalam kitab-kitab yang lengkap dengan sanadnya. Lebih memberatkan, mereka tidak memberi perhatian langsung kepada darjatnya. Setiap hadis yang mereka temui dalam bab ini disampaikan terus dalam kuliah atau karya-karya mereka. Ini sebenarnya kesalahan yang amat berat. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan) satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta, maka dia termasuk dalam salah seorang pendusta. (Sahih Muslim, Muqaddimah) Oleh itu berdasarkan syarat pertama ini, hendaklah kita pastikan bahawa setiap hadis yang digunakan untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi anjuran serta amaran
13

memiliki sumber rujukannya serta jelas darjatnya. Jika syarat yang pertama ini tidak dipenuhi, hendaklah hadis tersebut ditinggalkan sekalipun ia memiliki kedudukan yang masyhur dalam kalangan masyarakat. 5.2 Bahawa ianya mencakupi asas umum (agama). Bukan sesuatu yang diada-adakan kerana tidak memiliki asas yang mengasaskannya. Hadis Daif tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan, perintah atau larangan. Peranan hadis Daif tidak lain dan tidak bukan sekadar menerangkan keutamaan satu amalan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan/atau hadis yang sahih. Hadis Daif juga tidak boleh digunakan untuk menganjurkan atau melarang sesuatu perkara melainkan perkara tersebut telah tetap hukumnya daripada al-Quran dan/atau hadis yang sahih. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) berkata: Berkata (al-Imam) Ahmad bin Hanbal, apabila datang (persoalan) halal dan haram kami memperketatkan semakan sanad dan apabila datang (persoalan) member anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib) kami memudahkan semakan sanadnya. Ibn Taimiyyah mengulas lanjut: Demikianlah apa yang disepakati oleh para ilmuan tentang beramal dengan hadis Daif dalam keutamaan beramal. Ia tidaklah bermaksud menetapkan hukum sunat berdasarkan hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dengannya (kerana ia adalah Daif) ini kerana sunat merupakan hukum syariat yang tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil syariat juga. Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai (menyunatkan) sesuatu amal tanpa dalil syarie maka sesungguhnya dia telah mensyariatkan dalam agama apa yang tidak diizinkan oleh Allah (Majmuk al-Fatawa. Dar al-Wafa. Kaherah: 2001. Jld 18. Ms 65) Sebagai contoh, hadis-hadis berkenaan puasa bulan Rejab dan solat khusus pada malam-malam tertentu bulan Rejab semuanya tidak ada yang sahih. Syaikh Sayid Sabiq menegaskan: Berkenaan puasa bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol (tentang bulan Rejab) berbanding bulan-bulan lain kecuali ia termasuk daripada bulan-bulan haram (yakni Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab). Tidak diterima dalam sunah yang sahih bahawa berpuasa dalam bulan Rejab memiliki keutamaan yang khusus. Adapun apa yang datang tentangnya (keutamaan puasa bulan Rejab) ia tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai hujah. Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan oleh umat Islam berdasarkan hadis Daif tanpa diperhatikan sama ada amalan tersebut terlebih dahulu telah ditetapkan atau tidak oleh
14

dalil al-Quran atau hadis yang sahih. Setakat ini berdasarkan ulasan kepada syarat pertama dan kedua, hendaklah setiap orang yang ingin beramal dengan hadis Daif menyemak terlebih dahulu bahawa: Hadis yang ingin dijadikan sumber amalan memiliki rujukan dalam kitab yang asal dan telah disemak bahawa ia sekurang-kurangnya memiliki darjat kelemahan yang ringan. Amalan tersebut telah ditetapkan berdasarkan dalil al-Quran dan/atau hadis yang Sahih.

5.3 Bahawa ia diamalkan tanpa berkeyakinan ia adalah sabit (daripada Nabi s.a.w) agar tidak disandarkan kepada Nabi s.a.w apa yang tidak disabdakan olehnya. Apabila menggunakan hadis Daif yang telah memenuhi dua syarat yang pertama dia atas, hendakklah diingati bahawa tidak boleh berkeyakinan hadis tersebut adalah sabit daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan syarat yang ketiga ini, para ahli hadis telah menetapkan agar hadis yang Daif tidak boleh disandarkan sebutannya kepada Rasulullah s.aw secara jelas tetapi perlu diisyaratkan kelemahannya. Misalnya tidak berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa tetapi hendaklah berkata: Dalam kitab Mujam al-Kabir oleh al-Imam al-Thabarani, terdapat sebuah hadis Daif yang berbunyi atau apa-apa lain yang seumpamanya. Al-Imam al-Nawawi berkata: Berkata para ilmuan peneliti (al-Muhaqqiqun) daripada kalangan ahli hadis dan selain mereka, apabula sebuah hadis adalah Daif, tidak boleh dikatakan terhadapnya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w atau Rasulullah s.a.w telah berbuat atau Rasulullah s.a.w telah memerintahkan... atau Rasulullah s.a.w telah melarang atau Rasulullah s.a.w telah menghukum dan apa-apa yang menyerupainya daripada bentuk kalimah yang menunjukkan kepastian. Demikian juga tidak boleh dikatakan terhadap hadis Daif tersebut: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah atau Berkata Abu Hurairah. Atau disebut oleh Abu Hurairah atau Dikhabarkan oleh Abu Hurairah.. atau dihadiskan oleh Abu Hurairah. atau Dinukilakn oleh Abu Hurairah. Dan apa-apa yang menyerupainya. Demikian juga tidak boleh dikatakan yang seumpamanya terhadap para Tabiin dan orang-orang sesudah mereka terhadap apa yang Daif. Tidak boleh berkata terhadap apa jua daripada ruwayat yang Daif dengan kalimah yang menunjukkan kepastian.

15

Sesungguhnya yang (boleh) dikatakan hanyalah diriwayatkan daripadanya atau dinukilkan daripadanya. atau Dihikayatkan daripadanya atau Didatangkan daripadanya. Atau Disampaikan daripadanya dan apa yang menyerupainya dengan kalimah yang menunjukkan kelemahan, tidak daripada kalimah yang menunjukkan kepastian. Mereka (para ilmuan peneliti) berkata kalimah yang menunjukkan kepastian ditujukan untuk hadis yang Sahih atau Hasan manakala kalimah yang menunjukkan kelemahan ditujukan kepada apa yang selain daipada kedua-dua hadis Sahid dan Hasan.4 Amat penting untuk mengisyaratkan kedaifan hadis tersebut agar: (a) Orang ramai dapat mengetahui bahawa si penyampai telah menyemak sumber dan darjat hadis tersebut. (b) Orang ramai tidak mengaggapnya sebagai sebuah hadis yang Sahih. (c) Orang ramai tidak menetapkan hukum berdasarkan hadis tersebut. (d) Seandainya wujud kemusykilan dalam maksud hadis tesebut, ia tidak mengelirukan orang ramai kerana mereka tahu ia tidak Sahih. Jika syarat ketiga ini tidak diperhatikan, orang ramai tidak akan dapat membezakan antara hadis yang Sahih dan tidak sahih. Akibatnya mereka akan mengamalkan hadis tersebut sebagai sumber hukum dan menyebarkannya kepada masyarakat dengan anggapan bahawa ia adalah benar dan baik. Akhirnya ia akan menjadi masyhur dan sebati dalam masyarakat dan menganggapnya sebahagian daripada syariat Islam. Ini sama-sama dapat kita perhatikan di Negara kita sendiri masa kini. Al- Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah mengingatkan kita tentang natijah buruk ini kira-kira 500 tahun yang lalu: Sedia dikenali bahawa para ahli ilmu mempermudahkan penerimaan hadis bab keutamaan (al-Fadail) sekalipun di dalamnya memiliki kelemahan selagi mana ia bukan hadis palsu (Maudu). Namun diisyaratkan bagi orang yang mengamalkannya bahawa dia yakin hadis tersebut adalah hadis Daif dan dia tidak memasyhurkannya kerana dibimbangi seseorang lain akan beramal dengan hadis yang Daif tersebut (tanpa mengetahui ia adalah Daif) sehingga mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan atau dia meriwayatkannya kepada sebahagian orang yang jahil sehingga disangkakan ia adalah sunnah yang Sahih.5

4 5

Diteliti oleh Muhammad Najib Ibrahim. 2001. Dar Ihya al-Turats al-Arabi. Beirut. m/s.134 Tabyin al-Ujab bi ma warada fi Fadhli Rejab, ms.3-4. Dinukilkan daripada Tamam al-Rayah, Riyadh 1409H Jld.1 ms.36

16

Demikianlah ulasan kepada tiga syarat yang perlu diperhatikan oleh setiap orang yang ingin menggunakan hadis Daif. Selain tiga syarat penting di atas, terdapat dua perkara lain yang tetap perlu diperhatikan iaitu: Memberi prioriti kepada hadis Sahih dan Hasan Jika di dalam sebuah bab terdapat hadis-hadis yang Sahih, Hasan dan Daif maka hendaklah seseorang itu member prioriti kepada hadis yang Sahih dan Hasan sahaja kerana: (a) Hadis yang Sahih dan Hasan adalah sabit daripada Rasulullah s.a.w manakala hadis Daif masih terbuka kepada kemungkinan benar atau salah. Maka berpegang kepada yang pasti adalah lebih utama daripada yang diragui. (b) Menyibukkan diri dengan hadis yang Daif lazimnya akan menyebabkan hadis yang Sahih dan Hasan terpinggir. Ini kerana setiap individu memiliki kemampuan yang terhad. Jika kemampuan itu dipenuhi dengan menyibukkan diri dengan hadis yang Daif maka hadis yang Sahih dan Hasan akan tercicir daripada dirinya. Sebab yang kedua di atas pernah diulas oleh al-Imam Abdul Rahman bin Mahdi rahimahullah (198H): Tidak wajar seseorang itu menyibukkan dirinya dengan menulis hadis-hadis uang Daif kerana kesibukannya itu akan mengakibatkan tercicirnya hadis daripada perawi yang thiqah (hadis Sahih) sebanyak hadis daripada perawi yang lemah yang ditulisnya.6 Hadis Daif tidak boleh dijadikan ukuran nilai sesuatu amal Kepentingan atau keburukan sesuatu amal tidak boleh diukur berdasarkan hadis-hadis Daif sahaja. Seringkali para penulis dan penceramah begitu ghairah menyampaikan hadis-hadis Daif dalam member anjuran dan amaran tanpa disedari bahawa anjuran dan amaran tersebut nilainya telah dilebih-lebihkan daripada apa yang sepatutnya. Mereka menganggap hal ini akan memberi manfaat kepada umat tetapi yang benar adalah sebaliknya. Ganjaran yang dibesar-besarkan kepada amalan yang kecil akan mengakibatkan seseorang itu meremehkan agama, dengan anggapan memadailah dia membuat amalan yang sedikit kerana ganjarannya sudah lebih dari mencukupi. Sedangkan amaran yang dibesar-besarkan terhadap kesalahan yang kecil akan menyebabkan seseorang itu menjauhkan diri daripada Allah dan merasa putus asa daripada keampunanNya. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menerangkan hal ini dengan lebih lanjut:

Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (463H) dalam al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah. Madinah: Maktabah al-Alamiyah. Ms. 132

17

Hadis-hadis yang memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa alTarhib), sekalipun tidak memuatkan hukum halal atau haram, ia memuatkan sesuatu yang sangat penting dan berbahaya, iaitu ia merosakkan nilai amal atau kewajipan yang telah ditentukan oleh Pembuat syariat yang Maha Bijaksana. Setiap amal yang diperintahkan atau pun dilarang memiliki nilai tertentu di sisi Allah dalam kaitannya dengan amal-amal yang lain. Kita tidak boleh melampaui had yang telah ditentukan oleh Pembuatnya sama ada menurun atau menaikkannya. Di antara hal yang sangat berbahaya ialah memberi nilai sebahagian amalan lebih besar dan banyak daripada ukurannya yang sebenar dengan membesar-besarkan pahalanya sehingga mengalahkan amalan lain yang lebih penting dan lebih tinggi darjatnya dalam pandangan agama. Demikian juga memberikan kepentingan kepada amalan yang dilarang dengan membesarbesarkan seksanya sehingga mengalahkan amalan lainnya. Membesar-besarkan dan melebih-lebihkan janji pahala dan ancaman seksa akan mengakibatkan rosaknya gambaran agama di mata kaum terpelajar kerana mereka akan menyandarkan apa yang mereka dengar atau baca tersebut kepada agama pada hala agama itu sendiri bebas daripada semua itu. Seringkali tindakan melebihlebihkan terutama dalam soal ancaman akan menimbulkan akibat yang sebaliknya dan kegoncangan jiwa. Bahkan seringkali orang yang berlebih-lebihan itu akan menjauhkan diri mereka daripadaNya (kerana putus asa dan merasa tidak layak memperoleh keampunan Allah ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan) Kita wajib menjaga amal perbuatan sesuai dengan tingkatantingkatan yang telah digariskan oleh syariat tanpa terjerumus ke dalam tindakan melebih-lebihkan. Ini hanya akan membawa kita kepada salah satu dari dua bentuk pelampuan, sama ada menambah atau mengurangkan sebagaimana yang dikatakan oleh Ali bin Abu Thalib r.a: kalian harus mengambil sikap pertengahan, yang kepadanya orang tertinggal harus disusulkan dan kepadanya pula orang yang berlebihan harus dikembalikan.7

Al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri.1993. Kaherah: Dar al-Wafa. Jld.1 ms. 49-50

18

PENUTUP

Jika kita perhatikan baik-baik kandungan hadis-hadis yang dikatakan sebagai Daif ini, kita akan dapati bahawa yang sebenarnya Daif itu adalah rawinya dan juga sanad yang kurang memuaskan. Maksudnya, hadis-hadis itu dikatakan Daif kerana rawi yang tidak memenuhi salah satu dari lima syarat untuk menjadi sahih, bukan kandungan hadis berkenaan. Hanya kerana para ulama mengikut dengan ketat disiplin ilmu Jarah wat Tadil yang telah ditetapkan, maka hadis-hadis berkenaan terpaksa dimasukkan ke dalam golongan hadis Daif, iaitu Daif dari segi rawi dan sanad sahaja bukan kandungan hadis berkenaan. Memang diakui bahawa hadis-hadis yang dikategorikan sebagai Daif sangatlah banyak, jauh lebih banyak daripada jumlah hadis yang disahkan sebagai Sahih dan Hasan. Yang disertakan di sini hanyalah sekadar contoh daripada beberapa buah yang memang telah sedia masyhur di kalangan orang ramai sejak dahulu lagi. Apabila ulama hadis mengemukakan pendapat tentang sesuatu hadis sebagai Daif, mereka akan mengemukakan bersama hujah atau bukti bahawa hadis itu adalah Daif. Begitu juga apabila mereka menyatakan tentang kepalsuan sesuatu hadis, mereka akan memberikan bukti kukuh kenapa hadis itu diberikan gelaran palsu. Sikap ini perlu kita contohi. Ini membuktikan mereka adalah pengkaji, bukannya menggunakan hati, ilham, mimpi atau apa sahaja cara yang tidak dinilai sebagai kajian. Berdasarkan tiga syarat pengamalan hadis Daif dan dua perkara tambahan yang perlu diperhatikan, sama-sama dapat diambil iktibar bahawa penggunaan hadis Daif tidaklah semudah yang disangkakan. Hadis-hadis Rasulullah s.a.wadalah salah satu sumber syariat di sisi al-Quran. Maka kita perlu berinteraksi dengannya melalui disiplin-disiplin yang telah ditetapkan oleh para ahli hadis. Apa yang Rasulullah s.a.w sabdakan berkenaan agama tidak lain adalah wahyu Allah. Apabila kita bersikap leka dalam berinteraksi dengan hadis-hadis baginda, kita bukan sahaja mendedahkan diri kepada kemungkinan berdusta di atas nama Rasulullah tetapi juga berdusta atas nama Allah. Oleh itu, hendaklah setiap individu member perhatian khusus dalam bab ini. Jangan menerima sebarang hadis sekalipun yang menyampaikannya adalah orang yang masyhur di mata masyarakat. Pastikan bahawa setiap hadis yang disampaikan mematuhi syarat-syarat di atas. Apabila membaca buku-buku agama, pastikan setiap hadis diberikan rujukan lengkap dengannombor hadis dan bab. Jangan berpuas hati dengan catatan hadis riwayat al-Bukhari
19

atau HR Muslim kerana terdapat sebahagian penulis yang berbuat demikian pada hal hadis tersebut tidak wujud dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Apabila mendengar khutbah, kuliah, ceramah dan sebagainya, jangan segan-segan bertanya kepada penyampainya siapakah perawi dan darjat sesebuah hadis yang disampaikannya atau apa-apa yang seumpamanya setiap mukmin yang bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya berhak untuk bertanya dan setiap penyampai yang bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya juga tidak boleh merasa ego dan untuk menjawab. Akan tetapi jika penyampai tersebut tidak ingat pada saat itu, berilah dia tempoh untuk meyemak semula agar dia dapat menjelaskannya pada giliran akan datang. Tanpa berlebih-lebihan, kita dianjurkan supaya meninggalkan mana-mana penulis dan penyampai agama yang tidak berdisiplin dalam mengemukakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. kita perlu bertegas dalam hal ini, bukan sahaja supaya amalan kita sentiasa berada di atas ukuran yang benar tetapi supaya para penulis dan penyampai tersebut tidak mengambil mudah perkara ini.

20

RUJUKAN Farid Ahmad. 1990. Terjemahan Himpunan Hadis-hadis Lemah Dan Palsu oleh Imam Bukhari. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas Rosmawati Ali@Mat Zin. 2005. Pegantar Ulum Hadis. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Diambil pada 5hb Okt 2011 di peribadirasulullah. wordpress. Com /2009/ 08/17/membacayaasin-malam-jumaat/ Abdul Halim El-Muhammady. 1995. Islam Dan Al-Hadith. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Fauzi Deraman. Siri Warisan Nabawi: Ulum al-Hadith. Warisan Nabawi Enterprise

21

You might also like