You are on page 1of 1

Amalan rumah terbuka

Amalan rumah terbuka dalam kalangan masyarakat sering dilakukan terutama sekali pada musim-musim perayaan. Rumah terbuka sering diadakan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Amalan rumah terbuka sering diadakan kerana pelbagai perayaan yang wujud di Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia, hal ini dapat mengeratkan ikatan yang sedia terjalin. Selain itu, amalan rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan kita dengan jiran tetangga. Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak mengenali jiran tetangga. Di samping itu amalan tolong-menolong,dan bergotong-royong dapat diamalkan. Selain itu,dengan adanya rumah terbuka, kita dapat melihat dan merasai pelbagai jenis masakan yang disajikan kepada tetamu. Kita juga dapat melihat keunikan adat dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu kaum. Kepelbagaian adat dan budaya serta amalan pelbagai kaum di negara kita menjadi satu daya tarikan kepada masyarakat luar, khususnya para pelancong. Amalan rumah terbuka banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat kita. Oleh itu amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat.

You might also like