You are on page 1of 132

Web 2.

0 di IPTA Malaysia
Editor: MOHAMED AMIN EMBI MOHD NAJIB ADUN

Diterbitkan oleh: Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia & Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2012

Cetakan Pertama/First Printing, 2012 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia/ Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Pembangunan Akademik UKM terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Centre for Academic Advancement UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA http://www.ukm.my/ppa e-mel: pghppa@ukm.my Dicetak di Malaysia oleh/Printed in Malaysia by REKA CETAK SDN. BHD. No.14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Web 2.0 di IPTA Malaysia/disunting oleh: Mohamed Amin Embi, Mohd Najib Adun ISBN 978-983-3168-21-7

Isi Kandungan
Prakata

BAB 1
Web 2.0@UTM..........13

Web 2.0@UKM..........1

BAB 2
Web 2.0@UPM..........27

BAB 3
Web 2.0@UiTM..........35

BAB 4
Web 2.0@UMS..........41

BAB 5
Web 2.0@UNIMAS..........59

BAB 6
Web 2.0@UMT..........71

BAB 7
Web 2.0@USIM..........83

BAB 8
Web 2.0@UTeM..........97

BAB 9
Web 2.0@UPNM..........113

BAB 10

v Kata Alu-aluan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berpeluang menukilkan

kata alu-aluan dalam buku Web 2.0 di IPTA Malaysia yang merupakan inisiatif oleh Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) ini. Perkongsian amalan terbaik (best practice) oleh IPTA yang terlibat dalam penulisan buku ini harus dipuji dan tinggi nilainya terutamanya dalam usaha merealisasikan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Pembangunan e-Kandungan asli sangat penting sejajar dengan sasaran kepada IPT sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2015 seperti yang dinyatakan dalam DePAN. Web 2.0 merupakan alatan terkini pembangunan e-kandungan dalam menghasilkan bahan kuliah interaktif dan inovatif oleh para pensyarah. Pendekatan pembelajaran masa kini dan perkembangan teknologi web 2.0 yang begitu pesat telah menjadikan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sehubungan itu, dengan adanya teknologi terkini aplikasi web 2.0, pembangunan e-Kandungan akan dapat dilaksanakan dengan lebih interaktif dan efektif. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada MEIPTA yang terus berusaha memperkukuhkan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia melalui penerbitan dan penyelidikan yang dihasilkan. Jika sebelum ini MEIPTA telah menerbitkan Buku e-Pembelajaran di IPTA Malaysia dan Kajian Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia, saya yakin penerbitan buku ketiga ini akan dapat terus memacu perkembangan e-Pembelajaran. Pendekatan sebegini perlu diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengangkat martabat pengajian tinggi negara ke persada antarabangsa.

Dato Seri Mohamed Khaled Nordin

vi Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Secara umum, kandungan buku adalah perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Web 2.0 di IPT masing-masing. Alatan Web 2.0 yang sebahagiannya disediakan secara percuma membantu pensyarah IPT membangunkan e-Kandungan interaktif dalam tempoh yang singkat. Fenomena ini biasanya disebut sebagai rapid e-content. Konsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui media Internet. Tanpa perlu dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web 2.0 adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna. Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara tidak formal. Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr. Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.

Wassalam. Dato Prof. Dr. Rujhan Mustafa

vii Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Usaha Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) menerbitkan buku Web 2.0 di IPTA Malaysia ini amatlah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk terus memacu ke hadapan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyokong Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN). Perkembangan teknologi yang begitu pesat telah menuntut semua IPT melakukan transformasi dalam usaha melihat pengajian tinggi di Malaysia yang lebih dinamik dan inovatif. Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) adalah bertujuan untuk menyediakan satu kerangka dan hala tuju e-Pembelajaran yang jelas dan komprehensif bagi perlaksanaan peringkat IPT di Malaysia. DePAN yang digubal oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah distrukturkan mengikut tiga fasa utama yang mempunyai kerangka e-Pembelajaran meliputi lima tunggak utama iaitu Insfratruktur, Struktur Organisasi, Perkembangan Profesional, Kurikulum & e-Kandungan dan Pembudayaan. Dari aspek pembangunan e-Kandungan, terdapat banyak alatan Web 2.0 yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan kuliah interaktif kerana pendekatan pembelajaran masa kini amat berbeza. Selain daripada pembelajaran secara bersemuka (face-to-face), kaedah pembelajaran secara atas talian (online) sangat membantu para pelajar dalam memperkukuhkan kefahaman serta lebih dinamik dengan lokasi yang pelbagai. Sebagi pengiktirafan kepada para pensyarah yang aktif dalam membangunkan e-Kandungan, pihak KPT dengan kerjasama MEIPTA sedang menyediakan garis panduan bagi menyetarakan e-Kandungan dengan penerbitan. Saya bagi pihak KPT merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada MEIPTA yang terus berusaha memantapkan pelaksanaan e-Pembelajaran di Malaysia melalui penerbitan dan penyelidikan yang dilaksanakan. Semoga budaya seperti ini dapat dipupuk dan diteruskan lagi dalam memastikan sasaran DePAN dan PSPTN dapat dicapai.

Wassalam. Datuk Ab. Rahim Md. Noor

viii Prakata Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua rakan MEIPTA yang telah sama-sama menjayakan penerbitan buku Web 2.0 di IPTA Malaysia. Penerbitan ketiga MEIPTA ini amatlah bertepatan dengan perkembangan terkini teknologi maklumat dan komunikasi serta merealisasikan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN). Buku ini mengandungi 10 bab yang memperihalkan tentang aplikasi Web 2.0 di UKM, UTM, UPM, UiTM, UMS, UNIMAS, UMT, USIM, UTeM dan UPNM. Web 2.0 merupakan platform terbaharu dan popular kerana lebih bersifat dinamik, kolaboratif dan menekankan integrasi rangkaian sosial sebagai media komunikasi primer. Pelbagai alatan Web 2.0 dihuraikan dalam buku ini seperti Wiki, Blog, Facebook, YouTube, MySpace, Wallwisher, Slideshare, Scribd, Prezi dan banyak lagi. Sehubungan itu, pembangunan e-Pembelajaran di Malaysia pastinya dapat dilaksanakan dengan penuh dinamik berasaskan teknologi Web 2.0. Dengan bantuan teknologi Web 2.0 ini juga kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan oleh ahli akademik dan para pelajar dari masa ke semasa. Pada kesempatan ini sekali lagi ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan MEIPTA dan semua pihak yang telah berusaha dengan gigih dalam merealisasikan penerbitan buku ini. Sesungguhnya penulisan ini amat bermanfaat kepada kita semua.

Sekian. Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun Pusat Pembangunan Akademik UKM

PENGENALAN
Secara umumnya, pelaksanaan e-Pembelajaran di Malaysia secara berstruktur, khususnya di UKM telah menjangkau lebih dari seabad. Dalam tempoh tersebut, Teknologi Maklumat dan Komunikasi berkembang dengan begitu pesat sekali. Era Web 1.0 yang bersifat statik dan sekadar pemaparan maklumat telah mula pupus dan diganti oleh era Web 2.0 yang lebih bersifat dinamik, kolaboratif dan menekankan integrasi rangkaian sosial sebagai media komunikasi primer. Menariknya, antara dapatan penting Kajian Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia yang dikendalikan oleh MEIPTA pada 2010 ialah pengetahuan pensyarah berkaitan Web 2.0 adalah agak rendah. Justeru, mulai tahun 2011, UKM sebagai Pengerusi MEIPTA telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kemahiran pensyarah di UKM khususnya serta pensyarah IPT di Malaysia umumnya tentang integrasi teknologi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Bab ini memperihalkan pelbagai inisiatif yang diambil oleh UKM untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pensyarah IPT tentang integrasi Web 2.0 dalam pendidikan terutama dalam konteks pengajian tinggi. Inisiatif pertama ialah penerbitan siri buku berkaitan Teknologi Web 2.0 yang dikenali sebagai Web 2.0 Tools in Education Series oleh Pengerusi MEIPTA, Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Inisiatif kedua ialah pembangunan, penerbitan serta perkongsian Sumber Pendidikan Terbuka atau OER (Open Educational Resources) dalam bentuk e-buku, persembahan PowerPoint dan video animasi berkaitan pelbagai alatan Web 2.0. Inisiatif ketiga ialah pembangunan serta perkongsian modul latihan atas permintaan secara mobil yang dikenali sebagai Just-in-time Training 2U atau JiT2U (disebut Jitzu) berkaitan dengan

Mohamed Amin Embi Afendi Hamat Norazah Mohd Nordin

BAB 1 Web 2.0@UKM

2
Web 2.0@IPTA Malaysia

aplikasi terpilih Web 2.0. Bab ini juga akan memperihalkan latihan yang dilaksanakan bagi membantu pensyarah UKM mengintegrasikan teknologi Web 2.0 dalam P&P.

WEB 2.0 TOOLS IN EDUcATION SErIES


Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaraan, pengetahuan dan kemahiran pensyarah UKM khususnya serta pensyarah IPT Malaysia amnya, pada pertengahan tahun 2011 Prof. Dr. Mohamed Amin Embi telah menghasil sebuah panduan ringkas yang berjudul Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide (Rajah 1). Sebagai langkah permulaan, buku tersebut telah diterbitkan dalam bentuk e-buku yang boleh dicapai dari laman web Scribd.com. Menariknya, buku ini bukan sahaja telah mendapat sambutan daripada pensyarah UKM dan IPT lain di Malaysia tetapi oleh pendidikan di peringkat global. Sepanjang Rajah 1.1: Kulit buku Web 2.0 in Education. tempoh 8 bulan sejak diterbitkan dalam Scribd.com, buku tersebut telah mendapat hampir 69,000 bacaan (43,300 bacaan terus & 25,700 secara embed reads atau bacaan menerusi blog orang lain). Menariknya, 35% pembaca adalah dari Amerika Syarikat, 20% dari Malaysia, 5% dari Australia, 5% dari United Kingdom, 5% dari Kanada dan 30% dari pelbagai negara lain.

3
Web 2.0@UKM

Rajah 1.2: Statistik Total Reads buku Web 2.0 in Education.

Oleh kerana sambutan yang begitu memberangsangkan di peringkat kebangsaan dan global, buku tersebut sahaja telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu berjudul Aplikasi Web 2.0 dalam P&P (lihat Rajah 3), tetapi telah diterbitkan secara bersiri oleh UKM iaitu Web 2.0 Tools in Education Series. Pada akhir tahun 2011, empat lagi judul telah diterbitkan iaitu Web 2.0 Social Networking Tools: A Quick Guide, Web 2.0 Sharing Tools: A Quick Guide, Web. 2.0 Collaboration Tools: A Quick Guide, dan Web Survey & Polling Tools: A Quick Guide (lihat Rajah 3). Judul-judul lain dalam siri ini yang akan diterbitkan dalam tahun 2012 dan 2013 termasuklah: Web 2.0 Communication Tools: A Quick Guide Web 2.0 Presentation Tools: A Quick Guide Web 2.0 Bookmarking/Annotation Tools: A Quick Guide Web 2.0 Content Creation Tools: A Quick Guide Web 2.0 Research Tools : A Quick Guide Web 2.0 Assessment Tools: A Quick Guide Web 2.0 Publishing Tools: A Quick Guide

4
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 1.3: Contoh judul-judul Web 2.0 Tools in Education Series.

Sumber Pendidikan Terbuka Web 2.0 Bagi menambah serta mempelbagai bahan rujukan berkaitan teknologi Web 2.0 yang boleh dimanfaatkan oleh pensyarah UKM khususnya dan pensyarah IPT di Malaysia umumnya, UKM juga telah memulakan projek OER (Open Educational Resources). Melalui projek ini, bahan rujukan berkaitan alatan Web 2.0 dibangun dan diterbitkan dalam pelbagai format termasuk persembahan Powerpoint, video animasi serta manual/bab buku dalam bentuk pdf dan ebook. Alatan Terpilih Web 2.0 dalam Slideshare.net Sebanyak 60 persembahan Powerpoint berkaitan 30 alatan terpilih Web 2.0 (30 dalam Bahasa Inggeris & 30 dalam Bahasa Malaysia) telah dibangunkan dan diterbitkan dalam saluran khusus atau Channel Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (lihat Rajah 1.4). Sehingga kini, saluran ini telah dimanfaat oleh lebih dari 82,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Antara alatan Web 2.0 terpilih yang disediakan dalam bentuk Powerpoint untuk manfaat pensyarah termasuklah Jing, Voicethread, Wallwisher Prezi, Twitter, Wordpress, Flickr, Evernote, Skype, Elluminate dan Flipsnack.

5
Web 2.0@UKM

Rajah 1.4: Bahan Powerpoint yang boleh dicapai dari Slideshare.

Video Animasi Berkaitan Alatan Web 2.0 Terpilih Bahan multimedia berkaitan pelbagai alatan Web 2.0 terpilih juga telah dibangunkan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dalam bentuk animasi dan dipaparkan dalam saluran khas atau Channel YouTube dikenali sebagai i-learn/i-belajar (Rajah 1.5). Semua animasi tersebut dibangunkan dengan menggunakan perkhidmatan GoAnimate dan boleh diakses dan dimuat turun oleh pensyarah UKM khususnya dan pensyarah IPT Malaysia amnya secara percuma sebagai satu inisiatif Sumber Pendidikan Terbuka yang disediakan oleh UKM.

6
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 1.5: Contoh animasi berkaitan alatan Web 2.0 dibangunkan oleh UKM.

Manual Alatan Terpilih Web 2.0 Selain dalam bentuk persembahan Powerpoint dan animasi, bahan Sumber Pendidikan Terbuka berkaitan Web 2.0 yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Akademik, UKM juga diterbitkan dalam bentuk manual atau bab yang boleh diakses secara percuma. Bahan-bahan ini disediakan dalam bentuk e-manual atau e-bab berasaskan format pdf yang boleh dicapai dan dimuat turun dari laman web Scribd. com (lihat Rajah 1.6).

7
Web 2.0@UKM

Rajah 1.6: Contoh manual/bab alatan Web 2.0 terpilih dalam Scribd.com.

Latihan Atas Permintaan Secara Mobil (JiT2u) Oleh kerana permintaan untuk latihan berkaitan integrasi Web 2.0 dalam P&P di UKM khususnya dan di IPT Malaysia amnya agak tinggi dan latihan secara bersemuka tidak mampu menyelesaikan masalah ini, Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dan Dr. Afendi Hamat telah merekabentuk dan membangunkan suatu modul latihan atas permintaan secara mobil yang dikenali sebagai JiT2U (dilafaz sebagi jitzu). JiT2U adalah singkatan kepada Just-in-time Training 2U iaitu suatu modul latihan atas permintaan secara mobil yang boleh dicapai di mana jua, pada bila-bila masa merentasi platform. Platform ini membolehkan pensyarah UKM khususnya serta pensyarah IPT Malaysia amnya meningkatkan dan kemahiran berkaitan dengan lebih 25 alatan Web 2.0 terpilih melalui telefon pintar atau tablet tidak kira sama yang berasaskan Apple atau Android. Malah, latihan atas permintaan ini juga boleh dicapai secara web di alamat jitzu.ukm. my/web20 (lihat Rajah 1.7). Dalam modul ini, pensyarah diperkenalkan pelbagai alatan terpilih yang dibahagikan kepada 10 kategori berikut:

Social Networking Tools Sharing Tools Collaboration Tools Communication Tools Presentation Tools Bookmarking/Annotation Tools Content Creation Tools Survey/Voting Tools Assessment Tools Publishing Tools

8
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 1.7: Latihan atas permintaan secara mobil atau JiT2U.

9
Web 2.0@UKM

Untuk setiap alatan yang terdapat dalam setiap kategori, maklumat disediakan dalam bentuk Overview (Rajah 1.8), Application (Rajah 1. 9), Additional Resources (Rajah 1.10) serta Tutorial (Rajah 1.11) yang dibangunkan dalam bentuk i) animasi video (boleh dicapai dari YouTube.com), ii) persembahan Powerpoint (boleh dicapai dari Slideshare.com), iii) manual pdf (boleh dicapai dari Scribd.com), dan iv) e-buku (boleh dicapai dari Flipsnack.com. Seperti buku Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide, JiT2U mendapat sambutan yang begitu positif daripada para pendidik seluruh dunia. Dalam tempoh empat bulan sejak diterbitkan, JiT2U telah dicapai oleh pendidik dari lebih 96 negara (dari 860 bandar) seluruh dunia (Rajah 1.12).

Rajah 1.8: Contoh Overivew yang disediakan.

Rajah 1.9: Contoh maklumat Application yang disediakan.

10
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 1.10: Contoh Additional Resources yang disediakan.

Rajah 1.11: Contoh bentuk tutorial yang disediakan.

11
Web 2.0@UKM

Rajah 1.12: Capaian JiT2U dari 738 bandar (90 negara).

LATIHAN BErKAITAN WEB 2.0


Bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pensyarah UKM berkaitan integrasi Web 2.0 dalam P&P, pelbagai bengkel dan kursus telah diadakan sepanjang tahun 2011. Antara kursus yang paling diminati pensyarah ialah Kursus Integrasi Web 2.0 dalam P&P dan Interactive Lecture via Web 2.0 Tools. Oleh kerana permintaan yang begitu tinggi oleh pensyarah UKM untuk kursus berkaitan Web 2.0, di samping JiT2U yang boleh dicapai secara atas talian atau mobil, Pusat Pembangunan Akademik, UKM menyediakan Siri Bengkel Bulanan Web 2.0 (kursus sehari) untuk tahun 2012 (seperti Jadual 1.1). Kursus ini bukan sahaja dibuka kepada pensyarah, tetapi juga diadakan kepada kakitangan bukan akademik dan pentadbir universiti.

12
Web 2.0@IPTA Malaysia Jadual 1.1: Siri Bengkel Web 2.0 Tahun 2012 Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Program Siri Bengkel Bulanan (1-Day Workshop) Web 2.0 Web 2.0 Workshop Siries 1/2012: Social Networking Tools Web 2.0 Workshop Siries 2/2012: SharingTools Web 2.0 Workshop Siries 3/2012: e-Learning for Non-Academic Staff Web 2.0 Workshop Siries 4/2012: Collaboration Tools Web 2.0 Workshop Siries 5/2012: Communication Tools Web 2.0 Workshop Siries 6/2012: Presentation Tools Web 2.0 Workshop Siries 7/2012: Bookmarking/Annoation Tools Web 2.0 Workshop Siries 8/2012: Content Creation Tools Web 2.0 Workshop Siries 9/2012: Tools for Administrators Web 2.0 Workshop Siries 10/2012: Survey/Voting Tools Web 2.0 Workshop Siries 11/2012: Assessement Tools Web 2.0 Workshop Siries 12/2012: Publishing Tools 19/01/2012 20/02/2012 20/03/2012 24/04/2012 23/05/2012 20/06/2012 12/07/2012 05/09/2012 19/09/2012 16/10/2012 21/11/2012 11/12/2012 Tarikh

KESIMPULAN
Dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, e-Pembelajaran di UKM turut diperkasakan menerusi integrasi Web 2.0 dalam P&P. Sebagai Pengerusi MEIPTA, UKM telah mengambil beberapa inisiatif untuk menerajui usaha memperkasakan penggunaan Web 2.0 dalam kalangan pensyarah bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan di peringkat global.

PENGENALAN
Sistem e-Pembelajaran yang berasaskan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) telah lama digunakan di UTM bagi memudahcara proses pembelajaran di samping mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menarik. Setiap kursus yang ditawarkan di UTM, sama ada di peringkat pra atau pasca siswazah diberikan kemudahan untuk menggunakan sistem LMS yang berasaskan perisian sumber terbuka Moodle. Bagaimanapun, dengan adanya pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi Web 2.0, pihak universiti telah mengambil langkah menyediakan kemudahan-kemudahan ini untuk kegunaan pelajar. Aplikasi Web 2.0 memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menyumbang kepada menghasilkan isi kandungan dan tidak lagi hanya sebagai pengguna yang pasif. Web 2.0 juga menggalakkan kolaborasi dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Secara umum, kemudahan Web 2.0 disediakan di UTM melalui tiga kaedah. Pertama ialah melalui kemudahan yang disediakan dalam sistem LMS sendiri. Perisian moodle yang digunapakai sebagai platform e-Pembelajaran di UTM telah pun menyediakan kemudahan-kemudahan Web 2.0 yang asas seperti blog, Wiki, RSS reader dan lain-lain. Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan kemudahan yang sedia ada ini untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam kursus masing-masing. Sebagai contoh, Wiki digunakan untuk penyediaan dokumen secara kolaborasi, manakala blog digunakan untuk pelajar membuat refleksi terhadap proses pembelajaran mereka. Walaupun demikian, kemudahan Web 2.0 yang sedia terdapat dalam LMS adalah agak ringkas dan paling asas kegunaannya. Sebahagian daripada pensyarah memerlukan ciri-ciri yang lebih kompleks supaya menjadikannya lebih berkesan. Oleh yang demikian, pihak universiti telah menyediakan kemudahan-kemudahan ini yang

Mohamed Noor Hasan Jamalludin Harun

Bab 2 Web 2.0@UTM

14
Web 2.0@IPTA Malaysia

boleh diakses daripada server di dalam kampus. Namun, masih terdapat beberapa aplikasi yang lebih baik jika diakses terus daripada sumbernya di luar kampus. Dari segi perancangan strategi universiti, kemudahan-kemudahan Web 2.0 ini kelak akan menjadi sebahagian daripada sistem e-Pembelajaran universiti dan boleh diakses secara bersepadu. Ini bermakna seseorang pengguna hanya perlu mengakses manamana kemudahan yang disediakan dalam ruang lingkup persekitaran e-Pembelajaran dan seterusnya boleh mengakses lain-lain kemudahan.

KEMUDAHAN WEB 2.0 DAN SISTEM E-PEMBELAJArAN SEDIA ADA


Bagi menjamin kelancaran pembangunan dan juga perkembangan e-Pembelajaran di UTM, satu rangka kerja e-Pembelajaran telah disediakan oleh pihak UTM. Lima komponen utama telah dijadikan dasar dalam pembangunan dan perkembangan e-Pembelajaran di UTM iaitu Institusi, Pengurusan, Pembekal Pengetahuan, Pedagogi dan Teknologi. Keseluruhan rangka kerja tersebut dapat diringkaskan menerusi Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Rangka kerja e-Pembelajaran@UTM.

15
Web 2.0@UTM

Daripada rangka kerja tersebut, jelas dapat diperhatikan salah satu elemen yang turut diberi perhatian ialah elemen teknologi itu sendiri. Ini memandangkan pihak universiti yakin bahawa penggunaan teknologi yang bersesuaian serta disokong dengan strategi yang selari dengan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mampu memberi impak yang signifikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, sekiranya diperhalusi lagi elemen teknologi yang diberi tumpuan dalam rangka kerja e-Pembelajaran di UTM, dapat diperhatikan kemudahan-kemudahan yang mampu menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar khususnya yang seiring dengan perkembangan teknologi Web 2.0 turut diambil kira. Kemudahankemudahan seperti Blog, Rangkaian Sosial, Portfolio Elektronik, WebCast dan sebagainya merupakan antara yang diberi perhatian dan kesemuanya diseiringkan dengan keperluan e-Pembelajaran di UTM.

Rajah 2.2: Komponen teknologi yang diberi tumpuan dalam rangka kerja e-Pembelajaran@UTM.

16
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 2.3: Hubungkait antara kemudahan Web2.0 dengan LMS sedia ada.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN WEB 2.0 DI UTM


Portfolio Elektronik Portfolio pelajar merujuk kepada satu kompilasi dokumen yang berasaskan bukti artifak di mana pelajar terlibat secara langsung dalam proses refleksi secara berterusan ke atas pembelajaran, prestasi pencapaian pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah serta perancangan pembangunan personal, akademik dan kerjaya mereka. Bagi membolehkan portfolio pelajar ini dimanfaatkan dengan maksimum, satu sistem yang dikenali sebagai e-Portfolio@UTM telah dibangunkan dan mula digunakan pada tahun 2005. Setelah digunakan lebih daripada 5 tahun, pelbagai komen dan pandangan pengguna diambil kira dan pada tahun pada tahun 2011, usaha penambahbaikan telah dijalankan bagi memantapkan sistem e-Portfolio UTM. Satu sistem baru yang lebih mesra pengguna, fleksibel dan selari dengan keperluan generasi Web 2.0 telah disediakan dan kini sistem tersebut telahpun digunapakai untuk pelajar tahun pertama sesi pengajian 2011-2012.

17
Web 2.0@UTM

Sistem e-Portfolio yang baru ini membolehkan pengguna iaitu pelajar dan juga pensyarah bukan sahaja menggunakan ianya sebagai sistem e-Portfolio yang menyimpan dokumen tetapi juga sebagai satu sistem rangkaian sosial, blog, jurnal peribadi, penyediaan resume dan lain-lain lagi. Selain itu, ianya juga turut diintegrasikan bersama dengan sistem e-Pembelajaran di mana pengguna hanya perlu login sekali sahaja dan secara automatik mereka juga boleh menggunakan sistem e-Portfolio. Data atau maklumat dari kedua-dua sistem juga sebahagiannya boleh dikongsi bersama di mana sebagai contoh hasil kerja pelajar yang dimuat naik ke dalam sistem e-Pembelajaran boleh dipaparkan kembali di sistem e-Portfolio dan begitu juga sebaliknya.

Rajah 2.4: Sistem e-Portfolio@UTM boleh boleh dicapai di http://eportfolio.utm.my.

18
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 2.5: Pengguna boleh mencapai sistem e-Portfolio terus dari sistem e-Learning@UTM kerana kedua-dua sistem telah diintegrasikan bersama.

Sistem rangkaian Sosial Rangkaian Sosial merupakan antara kemudahan Web 2.0 yang paling popular dan menjadi kegemaran remaja masa kini. Daripada Friendster kepada mySpace dan yang terkini Facebook, kemudahan rangkaian sosial sememangnya telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan mereka. Walaupun pada peringkat awalnya ianya diwujudkan bagi tujuan komunikasi dan perkongsian maklumat antara satu sama lain, kini sistem rangkaian sosial turut dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, politik, keagamaan, hiburan termasuklah dalam bidang pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia menyedari keperluan tersebut dan mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan rangkaian sosial sendiri khususnya yang membolehkan pelajar dan staf berada di dalam rangkaian sosial yang sama domainnya. Selain dari menggunakan sistem e-Portfolio UTM sebagai salah satu platform rangkaian sosial, satu lagi sistem rangkaian sosial berasaskan sumber terbuka, iaitu Elgg, sedang diuji sejak setahun yang lalu. Bermula dengan penggunaan bagi tujuan komunikasi staf di beberapa buah fakulti di UTM, seterusnya sebagai medan perkongsian sumber untuk program pengajian siswazah di salah sebuah fakulti di UTM, kini sistem tersebut diuji juga bagi tujuan P&P.

19
Web 2.0@UTM

Rajah 2.6: Contoh penggunaan Elgg sebagai sistem rangkaian sosial di salah sebuah fakulti di UTM.

Blog Blog sememangnya merupakan antara salah satu kemudahan Web 2.0 yang paling popular dewasa ini. Ianya membolehkan sesiapa sahaja mempunyai laman web peribadi dengan cara yang paling mudah dan pantas. Terdapat pelbagai perkhidmatan percuma yang menawarkan kemudahan blog ini kepada pengguna seperti Wordpress, Blogspot dan banyak lagi. Bagi membolehkan pengguna sama ada staf mahupun pelajar mempunyai laman blog mereka sendiri, Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil inisiatif menawarkan perkhidmatan blog kepada mereka. Ini bagi membolehkan kemudahan tersebut lebih fleksibel dan pihak Universiti juga boleh menetapkan agar laman blog pelajar dan staf UTM berada dalam domain yang sama dan sekaligus meningkatkan sumber maklumat dari dalam UTM yang dikongsikan kepada dunia luar. Laman blog UTM boleh dicapai di http://staff.blog.utm.my (untuk staf) dan http://student.blog.utm. my (untuk pelajar).

20
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 2.7: Laman blog staf UTM boleh dicapai di http://staff.blog.utm.my.

PErKONGSIAN SUMBEr MULTIMEDIA


UTMotion, pada peringkat awalnya merupakan satu usaha UTM dalam menyediakan kemudahan perkongsian sumber multimedia khususnya audio dan video untuk tujuan P&P. Menyedari bahawa kemudahan ini boleh dimanfaatkan bersama oleh semua warga universiti, penggunaan UTMotion seterusnya telah diperluaskan untuk pelbagai tujuan lain seperti mempromosikan UTM kepada masyarakat luar, mempromosikan kepakaran dan hasil penyelidikan, merakamkan peristiwa semasa di UTM, memperkenalkan aktiviti pelajar dan staf dan banyak lagi. Tidak seperti kemudahan perkhidmatan video yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi yang lain, UTMotion adalah berasaskan kepada konsep Web 2.0 yang sebenar kerana ianya membuka ruang yang lebih luas bagi menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan penggunanya. Semua staf dan pelajar bukan sahaja boleh memuat turun video tetapi juga boleh memuat naik video masingmasing untuk dikongsi bersama pengguna di seluruh dunia. Selain itu, UTMotion juga membenarkan pengguna membentuk kumpulan yang mempunyai minat yang serupa, menyediakan senarai media pilihan (playlist), menetapkan video yang dimuat naik sama ada untuk tatapan umum atau peribadi dan banyak lagi.

21
Web 2.0@UTM

Sistem UTMotion boleh dicapai di http://utmotion.utm.my dan kini mempunyai sembilan saluran atau channel utama iaitu : Creative Works Library Resources Research and Development Student and Staff Activities Teaching and Learning University Events University on Press Vice-chancellor Gallery Zoom UTM

Biasanya, pensyarah memuat naik video yang berkaitan dengan pembelajaran dalam kelas yang mereka kendalikan kepada saluran Teaching and Learning dan menyediakan pautan dalam sistem e-Pembelajaran untuk diakses oleh pelajar. Video yang dimuat naik ini mungkin merupakan animasi untuk memudahkan pemahaman sesuatu konsep, proses atau langkah kerja. Sebahagian daripada pensyarah pula memuat naik video rakaman kelas mereka untuk memudahkan pelajar-pelajar mengulangkaji. Di samping itu pelajar juga dibenarkan memuat naik rakaman video atau audio yang mereka hasilkan, melalui saluran Creative Works, dan kemudian dinilai oleh pensyarah atau rakan sekelas.

Rajah 2.8:. UTMotion boleh dicapai di http://utmotion.utm.my.

22
Web 2.0@IPTA Malaysia

Selain daripada kemudahan perkongsian audio dan video menerusi sistem UTMotion, UTM juga menyediakan satu lagi kemudahan perkongsian sumber grafik untuk kegunaan staf dan juga pelajar yang dikenali sebagai EScena. Beza antara EScena dengan UTMotion hanyalah pada jenis media yang boleh dimuat naik.

Rajah 2.9: EScena boleh dicapai di http://escena.utm.my.

LATIHAN DAN SOKONGAN


Menyedari bahawa tidak semua staf mampu atau bersedia menerima perubahan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi terkini dalam proses P&P, maka pendedahan, latihan dan khidmat nasihat perlu diberikan dari masa ke semasa. Web 2.0 misalnya merupakan antara teknologi baru yang perlu diberi pendedahan dan bagi tujuan tersebut beberapa kursus telah disediakan untuk staf akademik di UTM seperti, Kursus Lanjutan e-Pembelajaran, Kursus Teknologi Web 2.0 bagi tujuan P&P dan Kursus Pembangunan Blog bagi tujuan P&P. Di samping itu, terdapat juga beberapa bengkel khas yang disediakan bagi membimbing staf dalam memanfaatkan sistem berasaskan Web 2.0 yang telah disediakan. Sebagai contoh, untuk sistem e-Portfolio UTM beberapa siri bengkel pembangunan modul e-Portfolio telah dan akan diadakan dari masa ke semasa untuk pelajar dan juga staf di UTM. Semuanya ini bertujuan bagi membolehkan perkongsian

23
Web 2.0@UTM

ilmu bagaimana setiap teknologi tersebut dapat dimanfaatkan secara optimum dan berkesan khususnya dalam mempertingkatkan kualiti P&P di UTM dapat dilakukan.

cONTOH PENGGUNAAN PEMBELAJArAN DI UTM

WEB

2.0

DALAM

PENGAJArAN

DAN

Blog: Portfolio, Jurnal dan Medan refleksi Kendiri Sebuah blog atau Weblog adalah sebuah laman web yang digunakan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat seperti jurnal. Dalam konteks pendidikan, ianya boleh dimanfaatkan dalam pelbagai tujuan seperti jurnal, portfolio, medan perkongsian maklumat, medan refleksi kendiri dan banyak lagi. Blog juga dikatakan mampu meningkatkan kemahiran menulis, menggalakkan penulisan reflektif, serta menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran masing-masing. Dalam beberapa kursus peringkat pasca-Ijazah di Fakulti Pendidikan, UTM misalnya, blog dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggalakkan pelajar membina portfolio yang memaparkan hasil kerja atau projek yang dihasilkan di dalam kelas yang mereka ikuti. Ini secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk lebih serius dan bertanggungjawab dalam menyiapkan setiap projek atau tugasan yang diberikan. Ini memandangkan hasil kerja tersebut akan dicapai dan dipertontonkan bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan sekelas tetapi juga masyarakat luar daripada setiap pelusuk dunia. Berikut merupakan beberapa contoh blog pelajar seperti mana yang dinyatakan.

Rajah 2.10: Contoh laman blog pelajar.

24
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 2.11 Contoh refleksi pelajar yang dinyatakan dalam laman blognya

Menjadikan setiap projek sebagai portfolio pelajar dan dipersembahkan menerusi blog juga secara tidak langsung membuka minda pelajar kepada kritikan atau komen secara terbuka. Ini memandangkan setiap hasil kerja tersebut boleh dikritik secara terbuka menerusi ruang komen yang disediakan di dalam blog. Di samping itu, pelajar juga boleh mendapat input daripada rakan-rakan, pensyarah dan juga masyarakat luar bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti projek atau tugasan yang telah disediakan.

25
Web 2.0@UTM

Selain itu, pelajar juga diminta menggunakan blog sebagai jurnal peribadi yang membolehkan mereka membuat refleksi kendiri terhadap setiap isu utama yang dibincangkan di dalam bilik kuliah. Mereka dikehendaki meringkaskan isi kuliah mengikut kefahaman masing-masing, menambah bahan rujukan dalam pelbagai format sama ada yang dihasilkan sendiri mahupun menerusi pautan luar, mengulas kesukaran atau masalah yang dihadapi bagi sesuatu topik dan sebagainya. Menerusi cara ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu topik bukan sahaja menerusi sesi kuliah bersama pensyarah tetapi turut dilatih merujuk dan menganalisis setiap topik itu dengan lebih mendalam. Sokongan pembelajaran menerusi komen atau cadangan rakan-rakan dan masyarakat luar juga sedikit sebanyak membantu seseorang pelajar itu dalam proses pembelajaran dan tidak lagi terikat atau bergantung sepenuhnya dengan pensyarah di bilik kuliah. Menerusi proses reflektif kendiri, juga secara tidak langsung membantu pelajar lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka sendiri.

Penggunaan Wiki untuk Pembelajaran Kolaboratif


UTM menyediakan kemudahan Wiki untuk pensyarah atau pelajar menghasilkan dokumen secara kerjasama dalam kumpulan. Di samping itu, sistem e-Pembelajaran (LMS) juga menyediakan kemudahan Wiki bagi membolehkan pelajar menghasilkan tugasan atau artikel secara bekerjasama dalam kumpulan. Kelebihan penggunaan Wiki ini ialah ahli-ahli kumpulan boleh memberikan sumbangan masing-masing untuk menghasilkan suatu artikel yang mantap. Dalam sistem pengurusan e-Pembelajaran Moodle terdapat beberapa jenis Wiki yang boleh dimanfaatkan dalam kelas. Misalnya, seorang pensyarah boleh menyediakan satu Wiki untuk seluruh kelas dan meminta semua pelajar dalam kelas memberikan sumbangan dalam menghasilkan artikel yang lengkap untuk sesuatu topik. Bagaimanapun, sekiranya kelas itu besar, lebih mudah sekiranya pelajar dalam kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ditugaskan untuk menulis suatu rencana mengenai tajuk tertentu, ahli dalam sesuatu kumpulan boleh menyunting Wiki yang dikhaskan untuk kumpulan masing-masing. Pensyarah boleh menyemak Wiki yang dihasilkan dan melihat sejarah perkembangan Wiki tersebut. Markah akan diberikan mengikut sumbangan seseorang pelajar kepada Wiki bagi kumpulan masing-masing.

26
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 2.12: Contoh kronologi pembangunan sebuah laman Wiki.

Pelajar yang telah menggunakan kemudahan ini berpendapat bahawa mereka dapat merasakan peranan atau sumbangan masing-masing semasa proses Wiki dihasilkan. Selain daripada itu semangat kerjasama serta semangat berpasukan juga dapat dipupuk melalui tugasan seperti ini. Pensyarah pula dapat memberikan penilaian yang adil terhadap sumbangan setiap ahli dalam kumpulan sekiranya Wiki digunakan untuk kerja-kerja berkumpulan.

KESIMPULAN
Aplikasi Web 2.0 banyak membantu UTM dalam meningkatkan kualiti P&P melalui bahan kuliah interaktif yang dibangunkan oleh para pensyarah dan kemudahan untuk berinteraksi dengan pelajar. Latihan secara intensif dan infrastruktur ICT akan dimantapkan dari masa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan e-Pembelajaran di UTM terus kehadapan dengan pembangunan bahan kuliah interaktif e-Kandungan yang lebih pesat.

PENGENALAN
Dewasa ini, bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat dicapai dengan pantas dengan adanya kemudahan Internet jalur lebar, seperti Streamyx, Generasi Ketiga (3G) dan Unifi. Teknologi canggih yang disokong oleh telefon pintar atau smartphone berkeupayaan melayari Internet dan menerima email dengan pantas merupakan faktor utama mengapa alatan Web 2.0 semakin digemari mutakhir ini. Alatan Web 2.0 seperti blog, perkongsian video, Wikis dan Facebook merupakan media baru dalam berkomunikasi bagi rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan Generasi-Y. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan Internet jalur lebar yang semakin laju, yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Rata-rata rakyat Malaysia daripada peringkat umur kanak-kanak sehingga orang dewasa mempunyai iPad, komputer riba dan telefon pintar, malahan telefon pintar ini mempunyai kuasa pemprosesan melebihi 1GHz setanding dengan komputer peribadi. Situasi maklumat di hujung jari merupakan dorongan yang kuat untuk rakyat Malaysia berkomunikasi menggunakan alatan Web 2.0 termasuklah dalam aspek P&P. Bab ini mengupas penggunaan beberapa alatan Web 2.0 yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

BLOG & FAcEBOOK


Penggunaan alatan Web 2.0 terutamanya blog dan Facebook semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat, pengajar dan pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Harlisya Harun Sidek Ab Aziz Zaidan Abdul Wahab

Bab 3 Web 2.0@UPM

28
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 3.1: Penggunaan Facebook dan blog mampu menarik perhatian pelajar.

Penggunaan blog dan Facebook telah dimanfaatkan untuk semua warga universiti termasuklah pelajar prasiswazah dan siswazah. Sebelum adanya kemudahan Web 2.0, pelajar perlu mencetak nota yang disediakan oleh pensyarah. Bayangkan sekiranya terdapat seramai 10 orang pensyarah yang memberikan nota yang berlainan, betapa banyaknya nota yang perlu dicetak dan kos yang perlu ditanggung oleh pelajar. Hal ini berbeza untuk pelajar zaman sekarang, yang mana pelajar hanya memuat turun nota menggunakan alatan Web 2.0 sama ada dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti mahupun halaman yang boleh didapati secara mudah di Internet, seperti blog dan Facebook. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan nota secara atas talian mahupun mencetaknya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan budaya tanpa kertas yang sedang diwar-warkan oleh kerajaan. Malahan bertepatan dengan budaya Teknologi Hijau, iaitu eco-friendly terhadap alam persekitaran. Di samping itu, budaya tanpa kertas ini menyenangkan pengurusan dokumen, yang mana ianya lebih mudah untuk disimpan, disusun, dicari atau dengan kata lain sistem pengurusan dokumen yang lebih sistematik dan efektif. Contoh cara pengurusan dokumen boleh dilihat di Rajah 3.1, yang mana maklumat disusun mengikut label. Pelajar kini mempunyai platform untuk berkongsi maklumat dan berdiskusi mengenai isu penting pembelajaran mereka di IPTA. Apa jua permasalahan mereka yang mereka tidak dapat zahirkan secara bersemuka, dapat diluahkan di dalam blog dan Facebook. Perkara ini dapat dilakukan secara privasi antara pensyarah dan pelajar tersebut ke arah menyelesaikan permasalahan pelajar dengan kadar segera. Blog dan Facebook juga dapat menggalakkan pelajar untuk meminati ilmu dan mempelajarinya secara mendalam. Pelajar dapat menghubungi pensyarah di atas talian Web dan perbincangan dapat dilakukan secara aktif. Pelajar bukan sahaja dapat bertanyakan apa jua permasalahan mereka di dalam pembelajaran malah dapat berkongsi maklumat dengan pensyarah, di samping mewujudkan jaringan kerjasama yang erat antara pelajar dan pensyarah sesebuah universiti dengan universiti lain.

29
Web 2.0@UPM

Pensyarah juga boleh menggunakan blog dan Facebook untuk pemberitahuan maklumat terkini kepada pelajar seperti tugasan penting yang perlu dihantar segera, maklumat mengenai tarikh ujian, markah dan sebagainya. Kerja akan lebih mudah dapat diselenggarakan dengan segera dan proses P&P akan menjadi lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. YouTube dan apa juga animasi yang menyeronokkan yang boleh membantu kefahaman pelajar boleh dimuat turun dan diletakkan ke dalam blog dan Facebook. Proses P&P di IPTA akan menjadi lebih efektif dengan komitmen pensyarah dan pelajar dapat di sinergikan melalui pengunaan blog dan Facebook. Walaupun begitu, bagi memastikan setiap pelajar mendapat maklumat yang terkini melalui penggunaan blog dan Facebook, pensyarah perlu memaklumkan kepada pelajar melalui email atau SMS. Ini amat penting, supaya setiap pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan blog dan Facebook di dalam proses P&P mereka di IPTA. Pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai telefon pintar yang membolehkan setiap blog yang telah dikemaskini dihantar ke email di dalam telefon pintar masing-masing. Penggunaan blog dan Facebook bukan sahaja memberikan impak yang positif terhadap proses P&P di peringkat prasiswazah, malah ianya amat berkesan terhadap pelajar siswazah di IPTA. Pelajar siswazah yang dimaksudkan di sini adalah pelajar di peringkat Master dan PhD. Kerajaan dewasa ini amat menggalakkan rakyatnya untuk meneruskan pelajaran sehingga di peringkat siswazah, yang mana pada 2020, harapan kerajaan untuk mendapatkan nisbah pelajar prasiswazah dan siswazah di setiap IPTA adalah satu dengan satu (1:1). Atas dasar ini, penggunaan blog dan Facebook amat berguna untuk memudahkan proses pembelajaran di peringkat Master dan PhD. Sebahagian pelajar di peringkat Master dan PhD mengikuti pengajian secara separuh masa, kerana mereka bekerja dan belajar pada masa yang sama. Dengan adanya blog dan Facebook, mereka dapat memastikan kemajuan penyelidikan dijalankan secara sistematik. Penggunaan blog contohnya amat membantu pelajar siswazah dalam penyelidikan mereka. Mereka boleh menulis apa jua laporan kemajuan di dalam blog dan boleh disemak dengan segera oleh penyelia pengajian mereka. Sekiranya ada isu yang penting daripada laporan kemajuan tersebut, penyelia boleh memaklumkan dengan segera kepada pelajar. Dengan ini, apa jua permasalahan yang berkaitan dengan penyelidikan boleh diatasi dengan segera. Ini amat penting bagi memastikan pelajar siswazah dapat menghabiskan pengajian mereka di dalam masa yang telah ditetapkan. Momentum penyelidikan dapat diteruskan dan tidak tersekat oleh kesibukan penyelia. Penyelia boleh membaca laporan kemajuan penyelidikan pelajar di mana jua beliau berada, contohnya dengan menggunakan kemudahan telefon pintar, iaitu Blackberry dan iPhone.

30
Web 2.0@IPTA Malaysia

Selain daripada laporan kemajuan, blog dan Facebook juga dapat membantu pelajar siswazah di dalam menguruskan penyelidikan mereka agar penyelidikan mereka dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan tidak sama dengan pembelajaran prasiswazah. Pembelajaran di peringkat prasiswazah semuanya telah disusun dan diatur oleh pensyarah dengan pelajar hanya perlu mengikutinya sahaja. Ini amat berlainan sekali dengan penyelidikan. Tanpa pengurusan penyelidikan yang berkesan, pelajar tidak mungkin dapat menghabiskan penyelidikan mereka di dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Dengan adanya blog sebagai contoh, pelajar dapat menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 15 minit sehari bagi memastikan kesinambungan penyelidikan mereka. Untuk 15 minit ini, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah dengan menulis lima perkara ini: Sasaran yang bolah dicapai untuk setiap hari. Kesimpulan berdasarkan penyelidikan pada setiap hari. Bahan rujukan terhadapan kesimpulan yang mereka perolehi. Ekstrak daripada bahan rujukan. Apakah sasaran untuk keesokan hari.

Lima perkara yang telah disebutkan di atas amat penting untuk memastikan kesinambungan penyelidikan bagi seseorang pelajar.

KLIP VIDEO & YOUTUBE


Sumber P&P dapat diperolehi menerusi aplikasi Web 2.0 diantaranya YouTube.com seperti dalam Rajah 3.2, Rajah 3.3 dan Rajah 3.4. Klip video bagi alatan perkongsian pelbagai bahan disediakan oleh penyumbang di seluruh pelusuk dunia.

31
Web 2.0@UPM

Rajah 3.2: Diantara klip video dari YouTube.com bagi tujuan pengukuhan pembelajaran Sains dan Teknologi Kaca.

Rajah 3.3: Glass Processing factory (Sumber YouTube.com).

Rajah 3.4: Proses penghasilan botol kaca (Sumber YouTube.com).

32
Web 2.0@IPTA Malaysia

Melalui YouTube tersebut, para pelajar dapat melihat sendiri secara maya bagaimana proses penghasilan kaca kepingan serta botol-botol. Pada dasarnya walaupun para pelajar berkesempatan melawat kilang-kilang kaca namun para pelajar tidak dapat melihat secara dekat proses peleburan kaca kerana suhu yang agak tinggi sekitar 800 darjah Celcius. Tinjauan rambang mendapati para pelajar begitu asyik menonton klip video bagi mengukuhkan lagi pembelajaran mereka dalam kursus-kursus yang diikuti.

WIKIPEDIA
Pelbagai maklumat dan info asas mengenai sains dan teknologi kaca disediakan menerusi aplikasi ensiklopedia Wiki di Wikipedia.com seperti dalam Rajah 3.5. Para pelajar yang baru mengenal kaca, digalakkan membuat rujukan awal di Wikipedia sebelum didedahkan dengan ilmu yang lebih mendalam lagi. Bahan pembelajaran yang tersedia di Wikipedia meliputi teks, imej serta hiper-pautan ke maklumat yang berkaitan dengan kursus diikuti.

Rajah 3.5: Sumber dari Wikipedia dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

33
Web 2.0@UPM

Teknologi Flash/Kuiz Interaktif Aplikasi kuiz yang dibangunkan menggunakan teknologi Flash dapat dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) membolehkan penilaian pelajaran dilakukan secara atas talian seperti dalam Rajah 3.6. Berikut adalah antara maklum balas dari sebahagian pelajar yang menjalankan kuiz secara atas talian: Inovasi ini terbaik dan berguna bagi pensyarah untuk menilai prestasi para pelajar. Cara yang sangat menarik dan berkesan untuk menilai prestasi pelajar dalam jangka masa yang ditetapkan. Pelajar mendapat skor sebaik sahaja menamatkan sesi kuiz. Pelajar berpeluang menggunakan strategi menjawab soalan yang mudah dahulu sebelum menjawab soalan yang agak sukar. Dengan penyusunan soalan-soalan yang rawak iaitu berbeza-beza dari satu komputer dengan komputer yang lain, maka dijangka kurangnya berlakunya peniruan jawapan dalam kalangan pelajar.

Rajah 3.6: Kuiz interaktif yang dibangunkan bagi tujuan penilaian pembelajaran pelajar.

34
Web 2.0@IPTA Malaysia

KESIMPULAN
Penggunaan alatan Web 2.0 untuk aktiviti pembelajaran membolehkan interaksi yang lebih efektif di antara pelajar dan pensyarah. Melalui media ini, pensyarah boleh menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan mendapat maklumbalas yang menyeluruh daripada para pelajar. Adalah penting bagi pengajar untuk menguasai alat pengajaran berunsurkan Internet dalam menjadikan budaya menuntut ilmu di Malaysia selari dengan universiti-universiti lain yang bertaraf dunia.

PENGENALAN
Gaya pembelajaran elektronik mula diperkatakan secara meluas dalam masyarakat Malaysia setelah kemunculan Internet sekitar 1980an. Web 2.0 sebenarnya bermula apabila penggunaan bahan medium elektronik dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) meskipun sebelum kelahiran Internet. Mutakhir ini, keghairahan masyarakat dunia untuk memperkatakan e-Pembelajaran sebagai model lifelong learning semakin meningkat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kini teknologi Internet semakin berkembang dengan kemunculan teknologi Web 2.0. Teknologi Web 2.0 seperti blog, Wiki dan laman rangkaian sosial akan memautkan maklumat kepada pengguna yang saling berhubung. Ini bermakna dimensi bidang pendidikan akan berubah hasil daripada perkembangan teknologi yang pesat ini. Ia boleh dikategorikan sebagai pembelajaran menggunakan bahan elektronik, pembelajaran menerusi komputer, pembelajaran secara atas talian, pembelajaran virtual dan sebagainya. Namun secara rumusannya, ia adalah gaya pembelajaran kontemporari yang menggunakan medium elektronik secara komprehensif termasuk mengaplikasi sistem pengurusan pembelajaran.

SENArIO & rEALITI


Sistem pendidikan negara kita telah menjangkau era teknologi canggih yang mana kita sedang bergerak ke arah hub ilmu di rantau timur yang termaju. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bukan lagi sesuatu yang menakutkan malah menjadi fasiliti asas dalam semua bentuk P&P. Konsep pembelajaran elektronik atau e-Pembelajaran di Malaysia bermula secara agresif apabila Kerajaan

Mohd Nor Hajar Hasrol Jono Azlan Abdul Aziz Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad Mohd Nor Mamat Mohd Ali Mohd Isa

Bab 4 WEB 2.0@UiTM

36
Web 2.0@IPTA Malaysia

memperkenalkan konsep sekolah bestari pada 1990-an. Istilah yang menggambarkan aplikasi Internet kolaboratif yang baru. Web 1.0 peringkat awal adalah statik, berpusat, berasaskan kandungan, sedia dibaca, kaku dan bersifat individu. Sebaliknya, Web 2.0 adalah dinamik, tersebar, berasaskan perkhidmatan, sedia ditulis, bersatu tanpa terikat dan sosial. Perbezaan utama Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna lebih besar dalam membina dan menguruskan isi kandungan, yang mana ini menukar sifat dan nilai sesuatu maklumat. Teknologi Web 2.0 juga dipanggil sebagai Web sosial termasuklah blog, Wiki (Wikipedia) dan rangkaian sosial atau social networking. Web 2.0 membenarkan dan memudahkan penglibatan aktif setiap pengguna. Ini bermakna menerusi penggunaan teknologi ini para pelajar dan pensyarah menjadi lebih aktif dan terlibat secara individu.

ciri-ciri Web 2.0 di UiTM Di antara ciri-ciri untuk menjadikan web tersebut dikatakan sebagai Web 2.0 yang digunakan di UiTM adalah: Web sebagai platform yang mana web sebagai tempat bekerja walau dimana pengguna berada. Hanya dengan melayari laman web, pengguna dapat menjalankan aktiviti yang dikehendaki. Adanya penglibatan dari pengguna dalam menjalankan aktiviti interaksi pengetahuan. Sebagai contoh, di Wikipedia, sebuah ensiklopedia berasaskan web yang digunakan oleh pengguna untuk menyusun berdasarkan bahan yang dimasukkan pengguna Internet di seluruh dunia. Web 2.0 mempunyai perkhidmatan web atau RSS yang merupakan suatu teknologi dalam dunia web yang dibangun untuk mempermudah bagi pembacaan ataupun langganan kandungan (isi/artikel) dari suatu laman/web/ blog Adanya kemajuan inovasi pada antara-muka (interface) disisi pengguna. Kandungan AJAX yang menggabungkan HTML, CSS, Javascript, dan XML pada Yahoo!Mail Beta dan Gmail membuat pengguna merasakan lebih dari sekadar penyedia e-mail.

rangkaian Sosial di UiTM Rangkaian sosial dianggap sebagai ruang lingkup aplikasi yang meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan sosial dan mengumpul

37
Web 2.0@UiTM

pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web. Definisi ini memberi kefahaman tentang rekabentuk P&P dengan menggunakan pelbagai alatan dan aktiviti yang tersedia melalui rangkaian sosial. Ada sesetengah pendapat lain pula mengatakan bahan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membenarkan individu-individu bagi membina profil umum atau separa umum dalam sistem terbatas, menyatakan senarai pengguna lain dengan orang yang mereka berkongsi hubungan, serta melihat dan menjelajah senarai hubungan mereka yang dibuat oleh orang lain dalam sistem.

Wikipedia Wikipedia merupakan salah satu alat Web 2.0 yang sering digunakan oleh ramai pensyarah di UiTM. Berikut dikongsikan pengalaman seorang pensyarah yang menggunakan Wikipedia dalam aktiviti P&P beliau dalam subjek Kaedah Penyelidikan bagi pelajar ijazah pertama jurusan pengajian perniagaan. Salah satu kaedah beliau menerangkan makna sesuatu konsep dalam penyelidikan adalah dengan merujuk kepada Wikipedia. Memandangkan kelas diadakan dalam makmal komputer yang mempunyai capaian Internet maka capaian ke Wikipedia dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, para pelajar diminta melayari laman Wikipedia untuk memahami sesuatu perkara. Misalnya, pelajar diminta mencari makna konsep pemboleh ubah moderator dan pemboleh ubah intervening (moderating variable dan intervening variable). Kemudian para pelajar diminta menerangkan kepada kelas. Para pelajar lain boleh membanding maksud istilah tersebut dengan definisi lain yang terdapat dalam laman web yang lain pula. Melalui aktiviti seperti ini, minat pelajar didapati meningkat untuk mempelajari subjek tersebut dan pelajar juga dapat memahami sesuatu istilah dengan mudah kerana bahasa yang digunakan dalam laman Wikipedia adalah mudah difahami. Pensyarah yang terlibat juga dapat memperolehi maklumat yang lebih terperinci tentang sesuatu konsep berkenaan kaedah penyelidikan kerana laman Wikipedia menyediakan pautan (link) dengan laman web lain bagi mendapatkan maklumat tambahan atau yang lebih terperinci. Dengan itu Wikipedia dapat membantu seseorang pelajar memahami sesuatu istilah atau masalah dengan lebih mudah dan berkesan.

38
Web 2.0@IPTA Malaysia

YouTube Pensyarah yang sama juga terlibat dalam latihan pensyarah baru iaitu Kursus Asas Pengajaran. Beliau diamanahkan untuk menyampaikan tajuk Teaching and Learning Styles. Dalam mengendalikan latihan tersebut di samping menggunakan slide dalam menyampaikan kandungan tersebut beliau juga menggunakan YouTube secara aktif. Beliau menggunakan video berkaitan gaya pengajaran yang diperolehi daripada YouTube sebagai contoh seperti video yang bertajuk The University Lecture: Four Teaching Styles. Dalam video tersebut dilakonkan secara jelas empat stail pengajaran iaitu formalist, buddy, disciplinarian dan interactor. Dengan menayangkan video tersebut para peserta diminta memberi komen tentang kaedah pengajaran tersebut untuk disesuaikan bagi diaplikasi dalam aktiviti pengajaran di UiTM. Seperkara yang menarik ialah, video tersebut dapat diulang-ulang bagi memastikan perbincangan yang mendalam dapat diadakan. Hasil daripada penggunaan YouTube didapati para peserta lebih aktif melibatkan diri dalam program latihan, mengurangkan rasa bosan dan meningkatkan daya kefahaman dan ingatan terhadap kandungan latihan yang diikuti. Di samping, itu para peserta digalakkan juga membangunkan video mereka sendiri tentang pengajaran mereka yang boleh dimuat naik di laman YouTube bagi dikongsi dengan masyarakat luar di seluruh dunia. Hasil daripada pemerhatian umum tentang reaksi peserta terhadap penggunaan YouTube didapati mereka sememangnya seronok dan menghayati video yang ditayang dalam usaha memahami sesuatu kandungan kursus yang dilaksanakan.

Web & Blog Bagi UiTM, pembelajaran melalui web boleh menyokong dan menambahbaik pembelajaran sepenuh masa di kampus dan juga pembelajaran jarak jauh (Rajah 4.1). Pensyarah boleh meletakkan bahan-bahan pengajaran secara atas talian untuk dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa. Selain itu pembelajaran melalui blog juga memberi pendekatan baru kepada warga kampus yang mana mereka kini boleh berinteraksi secara perbincangan atas talian. Ini membuka peluang kepada pelajar dan pensyarah selain dari masa kuliah atau pertemuan bersemuka untuk melakukan perbincangan. Dengan ini pelajar akan lebih bijak menguruskan pembelajaran yang mana mereka boleh berada dalam persekitaran bilik kuliah pada bila-bila masa. Ruang untuk mereka membuat rujukan, membaca, bersoal jawab lebih luas dan tidak terhad kepada masa dan tempat.

39
Web 2.0@UiTM

Aktiviti-aktiviti atas talian seperti forum, pengumuman, penilaian atas talian dan juga tugasan boleh dicapai pada bila-bila masa tanpa memerlukan bilik kuliah.

Rajah 4.1: Contoh blog pengajaran & pembelajaran.

Integrasi Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan rangkaian Sosial Teknologi Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan bermanfaat untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap teknologi atas talian. Penggunaan peralatan ini kebiasaannya berkait dengan senario bukan pendidikan di luar konteks bilik darjah. Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk P&P supaya dapat disesuaikan dengan generasi pelajar baru ini

Implikasi rangkaian Sosial Terhadap Proses Pengajaran & Pembelajaran Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu. Antara modul yang terdapat di dalam portal i-Learn antaranya ialah pembahagian kumpulan mengikut pelajar dan kursus melalui i-group, penyediaan

40
Web 2.0@IPTA Malaysia

bahan kursus melalui kandungan modul, perbincangan melalui forum, pelaksanaan kuiz/ujian, serta penggunaan digital Drop Box untuk tujuan menghantar dan menerima dokumen yang tertentu seperti surat, tugasan pelajar, dan sebagainya. Bahan kursus yang dimuat naik oleh pensyarah boleh disediakan dalam bentuk format seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, Flash, Video, Audio, PDF dan lain-lain. Bagi mencapai pembelajaran yang berkesan, pensyarah akan dibantu mengendalikan kumpulan pelajar masing-masing menggunakan i-Discuss dengan lebih mahir. Menu seperti Announcement, i-Discuss, Mydrawer, Members dan Monitoring i-Discuss akan digunakan secara khusus untuk kumpulan pelajar masingmasing. Ia tidak lagi berbentuk umum, seperti terdapat dalam menu Tools bagi membantu pensyarah membangunkan bahan kursus bagi setiap kursus yang diajar. Setiap pensyarah akan dibantu dan diberi tunjuk ajar cara penggunaan alat-alat perisian yang dapat memudahkan pembangunan bahan kursus. Setiap pensyarah akan diwajibkan untuk memuat naik bahan kursus yang telah dibangunkan dengan dibantu oleh fasilitator di Pusat i-Learn. Setiap pensyarah dikehendaki menyediakan topik forum bagi setiap kursus yang diajar. Ianya terbuka kepada semua kumpulan pelajar dari pensyarah yang berbeza. Pelajar harus mengajukan soalan berkaitan topik forum. Sebarang tugasan hendaklah dihantar dan dimuat turun melalui portal i-Learn. Tugasan hendaklah disediakan, dimuat naik oleh pensyarah dan dimuat turun oleh pelajar. Pelajar kemudiannya dikehendaki menghantar tugasan melalui Digital Drop Box.

KESIMPULAN
Web 2.0 yang mengandungi pelbagai jenis alatan rangkaian sosial menyediakan kemungkinan untuk berkongsi dan membina pengetahuan. Proses P&P yang menggunakan alatan rangkaian sosial menyediakan satu model pembelajaran dan juga penglibatan dalam masyarakat kepada pelajar. Menerusi penggunaan rangkaian sosial, pelajar mendapat keyakinan baru dan pengalaman perkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara kreatif, terarah kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat.

PENGENALAN
Selaras dengan Dasar e-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta ke arah pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1 Malaysia dan Model Baru Ekonomi (MBE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga tidak ketinggalan untuk memperkasakan e-Pembelajaraan di seluruh universiti. Sememangnya, Dasar e-Pembelajaran ini amat tepat masa bagi mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di mana salah satu daripada lima teras strategik tersebut ialah dalam membangun modal insan bertaraf dunia dengan memberi tumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan pendidikan. Dengan tumpuan tersebut, objektif pendidikan berkualiti untuk semua dapat direalisasikan melalui penggunaan ICT. Teknologi e-Pembelajaran yang terkini jelas berupaya menjadikan IPT lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat global serta berupaya menyediakan graduan, (P&P) dan perkhidmatan pendidikan yang bertaraf dunia. Antara alatan Web 2.0 dalam Moodle yang biasa digunakan oleh pensyarahpensyarah IPTA ialah forum dan Wikis. Bab ini membincang pelaksanaan Web 2.0 di UMS.

KAJIAN PELAKSANAAN WEB 2.0 DI UMS


Kajian ini memfokus perbincangan kepada dua perkara berikut: 1. Apakah alatan Web 2.0 yang dilaksanakan di UMS? 2. Apakah persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan Web 2.0 di UMS?

Tan Choon Keong Lee Kean Wah Crispina Gregory K Han Salfarah Abdullah

Bab 5 Web 2.0@UMS

42
Web 2.0@IPTA Malaysia

WEB 2.0
Kebanyakan IPT di Malaysia menggunakan teknologi Web 2.0 dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk para pelajarnya. Istilah Web 2.0 mula diperkenalkan oleh Darcy DiNucci, seorang juru perunding rekabentuk maklumat elektronik pada bulan Januari 1999 (Wikipedia, 2011). Walau bagaimanapun, istilah ini tidak muncul semula sehinggalah tahun 2002. Pada tahun 2003, istilah Web 2.0 menjadi popular apabila OReilly Media dan MediaLive menganjurkan persidangan Web 2.0 yang pertama dan diteruskan sehingga hari ini. Pada hari ini, kebanyakan IPT terutamanya IPTA melaksanakan Web 2.0 melalui Learning Managament System (LMS) seperti Moodle yang merupakan satu perisian sumber terbuka yang percuma. Antara hasil-hasil perbincangan dalam persidangan Web 2.0 yang dianjurkan oleh OReilly Media dan MediaLive pada tahun 2003 ialah pelaksanaan tiga bahagian Web 2.0 oleh syarikat-syarikat Web 2.0. Bahagian-bahagian tersebut ialah Rich Internet Application (RIA) yang berkaitan dengan grafik, Service-Oriented Architecture (SOA) dan rangkaian sosial yang mendefinisikan bagaimana Web 2.0 dapat mengintegrasikan semua pengguna akhir serta menghasilkan interaksi yang lebih dalam kalangan mereka. Infrastruktur Internet yang menganjak dari pendekatan Web 1.0 ke pelantar (platform) Web 2.0 yang mengamalkan pendekatan kolaboratif telah mengubah tingkah laku sosial dunia. Teknologi Internet yang muncul termasuklah web rangkaian sosial (Social Networking Sites SNS) seperti MySpace dan Facebook, blog, komuniti kongsi foto, servis pesanan (messaging services) seperti AOL Instant Messenger dan merangkumi juga servis menjodol (dating) seperti eHarmony dan HotorNot. com. Anjakan ini dicetus oleh tingkah laku sosial berjuta-juta pengguna Internet dan syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan kepada mereka. Kegagalan mengikut trend baru ini akan menyebabkan ramai yang ketinggalan zaman dan hilang rakan kenalan siber ini. Beberapa contoh utama laman Web 2.0 ialah Wikipedia, Facebook, MySpace, Amazon, Ebay, Flickr, Blogger dan YouTube. Salah satu istilah penting Web 2.0 ialah Wiki. Dengan adanya perisian Wiki daripada Wiki Media, individu dapat mengedit isi kandungan Wiki. Contoh ialah Wikipedia.com, sebuah ensiklopedia percuma yang mana semua pengguna dapat mengemaskini dan mengubah istilah-istilah ensiklopedia di dalam talian (online). Istilah tagging juga penting dalam Web 2.0.kerana membenarkan pengguna untuk memberi tag (nama atau komen) kepada sebarang maklumat atau objek dalam laman web. Tagging juga terdapat dalam bentuk memberi gred atau kadar, nama atau kata kunci untuk sebarang maklumat yang dibaca tanpa mengira sama ada maklumat tersebut betul atau sebaliknya. Teknologi tagging ini menggambarkan usaha-usaha

43
Web 2.0@UMS

kolaboratif konsep Web 2.0. Kerangka kerja (framework) Web 2.0 untuk pembelajaran diterangkan oleh beberapa model utama. Kerangka kerja Web 2.0 boleh dibahagikan kepada tiga bahagian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Kerangka kerja Web 2.0.

Tiga bahagian kerangka kerja Web 2.0 ialah sosial atau kolaboratif, pengguna sebagai pereka arahan dan pengurusan ilmu. Kerangka kerja sosial atau kolaboratif merujuk kepada kepentingan untuk mewujudkan satu ruang kerja untuk menyokong pengguna dalam proses pembelajaran, penilaian kendiri, berkolaborasi dan memberi sumbangan. Pengguna sebagai pereka arahan merujuk kepada situasi yang mana pengguna menggunakan alatan Web 2.0 untuk menjana ilmu berasaskan kepada minatnya sendiri secara kreatif dan menghasilkan maklumat yang bermakna dan berkaitan dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki. Pengurusan ilmu pula ialah penggunaan ilmu secara efisien dan bijak. Model Kittinger juga menerangkan komponen pembelajaran menggunakan Web 2.0. Model Social Behaviour of Internet Users seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2 membahagikan pembelajaran menggunakan Web 2.0 dalam tiga fasa utama.

44
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 5.2: Model Social Behaviour of Internet Users.

Model Kittinger dibahagikan kepada fasa motivasi, fasa analisis dan pilihan serta fasa produksi. Dalam model ini individu yang bekerja mempunyai motivasi dalaman dan luaran. Motivasi luaran merujuk kepada tekanan daripada rakan sebaya, tekanan daripada komuniti dalam talian dan tekanan daripada syarikat di mana mereka bekerja. Motivasi dalaman pula ialah keperluan dan kehendak kendiri. Selepas fasa motivasi, pengguna dipaksa oleh tekanan yang disebut tadi untuk menyertai aktiviti Web 2.0 untuk membuat analisis dan membuat pilihan laman Web 2.0 yang paling sesuai untuk diri sendiri. Dalam fasa produksi pula, pengguna tersebut telah bersedia untuk menyumbang isi kandungan dalam usaha kolaborasinya dengan pengguna lain. Web 2.0 harus mempunyai ciri-ciri yang berguna kepada pengguna. Ciri-ciri utama Web 2.0 ialah pengalaman kaya pengguna (rich user experience), penyertaan, isi kandungan dinamik, data meta, standad web dan kebolehubah (scalability). Lainlain ciri tambahan yang sepatutnya diberi ialah seperti konsep perisian terbuka (openness), kebebasan dan kebijaksanaan pengguna secara kolektif. Ciri-ciri Web 2.0 dapat disimpulkan kepada tujuh iaitu penyertaan, standard, desentralisasi, konsep perisian terbuka, konsep modul, kawalan pengguna dan identiti. Penerangan terperinci mengenai maksud setiap ciri tersebut ditunjuk dalam Jadual 5.1.

45
Web 2.0@UMS

Ciri Penyertaan (participation) Piawai (standard) Desentralisasi (decentralization) Konsep perisian terbuka (openness) Konsep modul (modularity) Kawalan pengguna (user control) Identiti (identity)

Jadual 5.1 Ciri-ciri Web 2.0

Pelantar seperti blog, rangkaian sosial, dan muat naik grafik dan video secara percuma yang membolehkan produksi dan perkongsian isi kandungan secara mudah dan kolektif. Antara muka yang seragam untuk akses isi kandungan dan perisian Web 2.0. Mengedarkan isi kandungan dan perisian Web 2.0 secara fleksibel di banyak Pelayan (servers) daripada hanya memusatkannya di sesuatu sistem sahaja. Syarikat dan pembangun perisian Web 2.0 menyediakan perisian Web 2.0 dan perkongsian isi kandungan secara sumber terbuka (open source).

Maksud

Mewujudkan modul besar yang bersepadu yang terhasil daripada integrasi dan pautan pelbagai komponen dan modul lain.

Membenarkan pengguna untuk mempunyai kawalan ke atas segala isi kandungan dan data yang mereka muat turun dari Internet serta identiti sumber tersebut. Kebebasan dari segi identiti yang mewakili pelbagai interaksi merentasi pelantar, dunia maya dan rangkaian sosial.

Laman-laman Web 2.0 sepatutnya membenarkan pengguna untuk membuat lebih banyak aktiviti selain daripada hanya memuat turun maklumat dikehendaki. Perisian pelayar (browser) seharusnya bertindak sebagai pelantar rangkaian (network as platform) untuk pengguna mendapat kemudahan antara muka, perisian dan kemudahan simpanan. Pengguna yang menyumbang data kepada laman-laman Web 2.0 harus mempunyai kawalan dan kebebasan untuk menambah nilai kerja asal. Teknologi Web 2.0 memberi peluang dan pelantar kepada para pensyarah dan guru untuk menyediakan pelbagai aktiviti akademik untuk pelajar berinteraksi secara efektif dengan mereka. Penyertaan yang terhad di dalam bilik darjah atau dewan kuliah menyebabkan wujudnya desakan atau keperluan untuk pelajar berinteraksi dalam talian supaya mendapat maklum balas yang lebih efektif untuk topik-topik pembelajaran. Tugasan-tugasan di bilik darjah tamat apabila kelas tamat. Ini bertentangan dengan prinsip dan konsep Web 2.0 di mana pelajar masih giat terlibat dalam blog atau forum untuk membincang, mengubah dan menambah isi kandungan tugasan asal masing-masing. Penyertaan aktiviti Web 2.0 menyimpan dan merekod segala interaksi mereka secara bermakna. Ada antara pensyarah atau guru berpendapat bahawa teknologi rangkaian sosial akan mempengaruhi pelajar untuk mempelajari yang negatif, tetapi di sudut pandangan positif pula, ia membangunkan sesuatu idea atau produk melalui perbincangan dan

46
Web 2.0@IPTA Malaysia

interaksi di bawah panduan pensyarah atau guru mereka. Dengan membenarkan pelajar menggunakan alatan Web 2.0, pensyarah dan guru sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan pembelajaran secara independen dan berkongsi pembelajaran dengan rakan sebaya. Walaupun Web 2.0 penting untuk pembelajaran jenis ini, pensyarah atau guru harus memberi panduan, memantau dan mengawal segala jenis perbincangan yang ditentukan oleh pelajar sendiri. Dengan erti kata lain, Web 2.0 untuk pendidikan bukan hanya untuk tujuan sosial tetapi seharuslah aktivitinya dijalankan secara kolaboratif. Kebanyakan alatan Web 2.0 adalah berkaitan dengan sidang video (podcasting), blogging, tagging, rangkaian tanda buku sosial (sosial bookmarking) dan rangkaian sosial. Terdapat beratus-ratus alat atau perisian Web 2.0 tetapi kebanyakan alat-alat yang popular adalah berkaitan dengan blog, forum, Wikis and rangkaian sosial. Blog Blog merupakan laman untuk menyampaikan komen, pendapat dan perasaan pengguna terhadap topik yang dilemparkan dalam web blog tersebut. Terdapat mesej blog yang memberi komen yang membina, namun terdapat juga komen yang menyinggung perasaan pengguna lain. Pelbagai jenis blog yang boleh dicapai oleh pengguna awam ialah daripada Google, Yahoo dan juga Adobe. Syarikat-syarikat ini terutamanya Adobe membenarkan pengguna untuk menyampaikan komen secara langsung atas produk dan perkara-perkara lain. Sebagai contoh, Adobe LiveDocs menyediakan antara muka atau butang Tambah Komen (Add Comment) untuk setiap topic Help untuk membolehkan pengguna menjana semua komen mengenai sesuatu produk. Forum Forum dalam talian menyerupai papan buletin untuk pengguna memberi pendapat untuk sesuatu perkara yang dibincang. Kebanyakan forum hari ini digunakan untuk mendapat maklumat mengenai minat, produk dan permainan dalam talian. Forum mudah diwujudkan dan ia membenarkan kawalan pengguna sepenuhnya. Sebagai contoh, flyertalk.com menyediakan forum luas untuk perbincangan mengenai bandaraya, program pelanggan kerap terbang (frequent flyers), keselamatan penerbangan dan sebagainya. Kebanyakan IPT juga menggunakan kemudahan LMS seperti perisian Moodle untuk menyediakan forum bagi menjana perbincangan topiktopik akademik dalam kalangan pelajar IPT. Wiki Wiki yang paling besar dan popular ialah Wikipedia (www.wikipedia.com). Wiki membenarkan pengguna untuk menyampaikan maklumat seperti sesuatu istilah yang

47
Web 2.0@UMS

dipelajari secara kolaboratif. Dalam Wiki, apabila pengguna A menyumbang sesuatu artikel, pengguna B boleh mengubah dan menulis semula artikel tersebut. Walaupun ini merupakan prinsip dan konsep Wiki, namun ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penulis asal. Walau bagaimanapun, Wiki berjaya mengumpul berjutajuta jenis maklumat berguna berkaitan istilah ilmu, contohnya Wikipedia. Selain itu, Wiki juga dapat mengklasifikasikan istilah mengikut kategori tetapi forum hanya membolehkan pencarian sahaja dan bukan pengkategorian maklumat. rangkaian Sosial

Terdapat banyak perisian rangkaian sosial dalam pasaran untuk perkongsian idea dan produk. Antara yang terkenal ialah Facebook dan Twitter untuk perkongsian idea, pendapat dan fail. Perisian YouTube pula popular untuk perkongsian video. Facebook mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna pada tahun 2005 dan telah berkembang kepada melebihi 10 juta pengguna pada masa kini. Yang amat mengkagumkan para penyelidik ialah Facebook tidak menjalankan apa-apa pengiklanan dalam laman webnya, namun perkembangan pesatnya berlaku kerana desakan atau tekanan daripada rakan sebaya dan komuniti dalam talian. Sekiranya seseorang kawan rapat tidak menyertai Facebook maka dia berkemungkinan besar akan kehilangan pelbagai maklumat atau data terkini daripada jutaan komuniti dalam talian lain. Twitter Twitter juga semakin popular akibat jangkitan gejala Facebook. Ia merupakan perkhidmatan blog mikro (microblogging) yang membenarkan pengguna untuk menghantar atau membaca mesej yang panjangnya sehingga 140 aksara. Mesej ini dikenali sebagai tweets. Twitter dicipta oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 dan dianjurkan oleh Twitter Inc. Pada tahun 2011, Twitter mencapai pendaftaran melebihi 200 juta pengguna dan telah menjana melebihi 200 juta tweets. Twitter juga dikenali sebagai SMS Internet dan digunakan oleh ramai ahli politik terkenal dan juga artis di dunia terkenal di dunia. YouTube YouTube yang dianjurkan oleh YouTube Inc, merupakan pelantar popular untuk menayangkan video yang dicipta oleh pengguna. Setiap pengguna YouTube menyediakan video sendiri yang unik dan ada kalanya berkonflik dari segi tujuan, agama dan sebagainya untuk perkongsian dan ini memberi implikasi serius kepada segmen pengguna tertentu. Penyalahgunaan sumber dan video yang berbau antikerajaan dan anti-sosial merupakan pelbagai cabaran YouTube terhadap prinsip kebebasan penggunaannya. Walau bagaimanapun, oleh kerana YouTube mempunyai berjuta-juta koleksi video untuk semua kategori pengguna, maka ia tetap menjadi

48
Web 2.0@IPTA Malaysia

sumber rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar IPT dalam pembelajaran dan penyelidikan. Kajian ini merangkumi semua pensyarah UMS yang telah menjalani latihan kemahiran Moodle yang dianjurkan oleh Unit Media dan Teknologi Pendidikan (UMTP) UMS. Rekod UMTP menunjukkan bahawa seramai 485 orang pensyarah dan tutor UMS pernah mengikuti latihan ini setakat bulan Mei 2011. Setelah mengikuti latihan Moodle, sejumlah 1,186 kursus dapat diwujudkan oleh pensyarah-pensyarah ini. Selain itu, seramai 86 orang pensyarah UMS telah menjawab soal selidik yang mengandungi 19 item berkaitan penggunaan LMS Moodle. Pelantar SmartUMS yang berasaskan Moodle merupakan pelantar e-Pembelajaran rasmi UMS yang mula digunakan pada tahun 2005. Pada bulan Mei 2011, pihak pentadbir SmartUMS melaporkan bahawa terdapat sebanyak 1,186 kursus yang berdaftar untuk 12 buah sekolah (fakulti) di bawah 485 orang pensyarah UMS. Rajah 5.3 menunjuk halaman depan sebuah kursus dalam SmartUMS.

Rajah 5.3: SmartUMS.

49
Web 2.0@UMS

SmartUMS mempunyai beberapa alat Web 2.0 yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar UMS dalam (P&P) seperti forum, Wiki dan chat. Antara alat-alat ini, forum ialah alat yang paling kerap diguna untuk membincang tajuk-tajuk akademik seperti tugasan dan sebagainya. Statistik sehingga bulan Mei 2011 dalam SmartUMS menunjukkan bahawa hampir 49.5% (240 orang) daripada pensyarah UMS pernah menggunakan forum dalam P&P kursus-kursus UMS.

Rajah 5.4: Forum dalam SmartUMS.

Tujuan utama penggunaan forum oleh pensyarah UMS ialah keinginan untuk mengetahui idea dan pendapat pelajar terhadap pemahaman sesuatu topik yang diajar. Forum dalam SmartUMS mempunyai siri perbincangan yang dikenali sebagai threads yang bermula sebagai pertanyaan dan diikuti oleh jawapan dan jawapan kepada yang lain. Perbincangan sebegini boleh menampung maklum balas yang tidak terhingga dan oleh itu sebenarnya forum mencetuskan perbincangan antara ramai pengguna dan bukan setakat seorang atau dua sahaja. Selain daripada menggunakan forum untuk perbincangan idea, pendapat dan komen pelajar, pensyarah UMS juga menggunakan blog dalam P&P. Laman Web 2.0 yang menganjurkan blog yang paling popular dalam kalangan pensyarah UMS ialah Blogspot (www.blogspot.com). Namun begitu, terdapat sebahagian kecil pensyarah

50
Web 2.0@IPTA Malaysia

yang aktif menggunakan blog membuat aduan bahawa akses SmartUMS adalah perlahan. Salah satu blog yang digunakan oleh seorang pensyarah UMS ditunjuk dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Contoh blog pensyarah UMS

Selain daripada forum, pensyarah UMS juga menggunakan kemudahan Web 2.0 seperti chatting dalam SmartUMS untuk mendapat pandangan dan persoalan daripada pelajar mengenai isi kandungan kursus. Chat dalam talian merupakan penghantaran mesej teks secara automatik daripada penghantar kepada penerima. Di UMS, terdapat juga pensyarah UMS menggunakan chat apabila mereka mempunyai tugas rasmi di luar UMS. Sehubungan itu pelajar akan dimaklumkan masa chat melalui pengumuman di papan buletin dalam SmartUMS. Chat adalah platform yang efektif sebab fungsinya hampir dapat menggantikan kuliah pensyarah memandangkan ia membenarkan pelajar bertanya soalan dan pensyarah dapat menjawab dengan serta merta. Selain menggunakan SmartUMS dalam P&P, pensyarah UMS juga menggunakan alat-alat Web 2.0 lain dalam web. Salah satunya ialah rangkaian sosial menggunakan Facebook. Facebook digunakan untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan para pelajar UMS dari segi mengkaji cara hidup mereka serta mengetahui tahap pembelajaran mereka di UMS. Melalui Facebook, pensyarah dan pelajar UMS banyak berkongsi fail-fail grafik, pendapat dalam bentuk emel dan instant messaging dan memahami minat masing-masing. Salah satu contoh penggunaan Facebook oleh seorang pensyarah UMS yang mengajar Bahasa Inggeris ditunjukkan dalam Rajah 5.6.

51
Web 2.0@UMS

Rajah 5.6: Contoh halaman Facebook pensyarah UMS.

Kebanyakan rangkaian sosial diwujudkan untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk rangkaian dalam kalangan kumpulan profesional sahaja (contoh: LinkedIn) dan untuk mendapat campuran interaksi antara kumpulan profesional dan individu pula (contoh: Facebook). Rangkaian sosial dapat membantu individu untuk berada dalam talian lebih baik dan efisien daripada kaedah lama yang melibatkan pertukaran kad bisnes dan maklumat peribadi asas. Pensyarah UMS juga menggunakan perisian LMS yang dikenali sebagai Schoology (Schoology.com) sebagai pelantar LMS tambahan untuk tujuan P&P. Schoology merupakan satu gabungan LMS dan rangkaian sosial yang percuma. Ia merupakan kaedah Facebook yang menggunakan alat media sosial yang popular untuk memperbaiki tahap komunikasi dan kolaborasi. Selain daripada memberi antara muka yang hampir serupa dengan Facebook, Schoology juga membekalkan

52
Web 2.0@IPTA Malaysia

kemudahan tambahan seperti rekod kehadiran, buku gred dalam talian, ujian dan kuiz dan kotak letak kerja rumah (homework dropboxes). Namun demikian penggunaan Schoology belum sampai tahap yang tinggi disebabkan pensyarah UMS tidak dapat mengawal penilaian yang dibangunkan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa UMS tidak mempunyai autoriti mentadbir (administrative rights) kepada semua komponen pembelajaran yang dibangunkan terutamanya penilaian. Oleh kerana itu, apabila terdapat masalah berkaitan penilaian, ia amat sukar untuk diselesaikan. Sebagai contoh, amat sukar untuk tukar balik ke status belum menjawab atau jawab semula untuk penilaian apabila pelajar hilang akses secara tiba-tiba semasa menjawab disebabkan oleh punca di luar kawalan mereka seperti kehilangan sumber elektrik. Contoh penggunaan Schoology dalam P&P oleh pensyarah UMS ditunjuk dalam Rajah 5.7.

Rajah 5.7: Contoh halaman Schoology pensyarah UMS.

Sebelum kemunculan dan populariti LMS Moodle berkembang pesat, ramai pensyarah UMS menggunakan perisian Web 2.0 yang dikenali sebagai Nicenet (nicenet.org) untuk mengadakan perbincangan P&P. Nicenet juga dikenali sebagai

53
Web 2.0@UMS

Pembantu Kelas Internet (Internet Classroom Assistant) iaitu satu alat dalam talian yang menyokong keseluruhan kelas. Dalam Nicenet, pensyarah dapat menggunakan kemudahan sidang video, penjadualan, perkongsian dokumen, menghantar mesej dan perkongsian pautan maklumat. Nicenet dibangunkan khas sebagai alat bantu pembelajaran dan forum dalam Nicenet menyokong semua jenis kerja kolaboratif pelajar seperti mengepos mesej, mengedit selepas mengepos mesej, berkolaborasi dengan rakan sebaya dan memberi komen kerja pelajar lain. Rajah 5.8 menunjukkan penggunaan Nicenet oleh seorang pensyarah UMS.

Rajah 5.8: Contoh halaman Nicenet pensyarah UMS.

Satu lagi alatan P&P penting yang digunakan oleh pensyarah UMS ialah YouTube. Penggunaan klip video dalam P&P bukan merupakan satu konsep baru tetapi kita harus mengingati keceriaan yang digambarkan oleh pelajar apabila satu set TV ditolak ke hadapan bilik darjah. Reaksi sebegini adalah disebabkan oleh persepsi pelajar yang menganggap bahawa menonton video adalah lebih seronok daripada membaca, bercakap, menulis, mengira dan berbincang. Video memberi sesuatu pengalaman pendidikan secara imersif yang amat sukar dilupakan dan biasa dianggap sebagai pembelajaran yang kaya dengan multimedia (multimedia-rich learning experience).

54
Web 2.0@IPTA Malaysia

Ramai pensyarah UMS membuat pautan YouTube dalam kursus-kursus SmartUMS mereka. Walaupun aktiviti Web 2.0 dijalankan di UMS tetapi pelaksanaannya dihalang oleh pelbagai faktor dan sebab. Jadual 5.2 menunjuk dapatan pensyarah UMS terhadap kebolehan mengguna LMS berteknologi Web 2.0.
Jadual 5.2 Respons pensyarah UMS terhadap kebolehan mengguna LMS Saya tahu apa itu LMS Moodle Item Min (M) 3.69 4.06 2.12 3.72

Bil 1 2 3 4

Sisihan Piawai (SP) .985 .938 1.067 .941

Saya mempunyai kebolehan untuk memuat naik sipnosis kursus dan nota ke LMS Moodle Saya merasa susah untuk memahami dan mempelajari LMS Moodle untuk kegunaan diri sendiri Saya tiada masalah yang serius mempelajari LMS Moodle

Skor min tertinggi ialah di mana ramai responden menyatakan bahawa mereka berkebolehan untuk memuat naik sipnosis kursus dan nota ke LMS Moodle (M=4.06, SP=.938). Dapatan responden tiada masalah yang serius mempelajari LMS Moodle menunjuk min sebanyak 3.72 (SP=.941) iaitu di tempat kedua dan diikuti oleh responden mengetahui apa itu LMS dengan skor min sebanyak 3.69 (SP=.985). Kenyataan bahawa merasa susah untuk memahami dan mempelajari LMS Moodle untuk kegunaan diri sendiri mencatat min sebanyak 2.12 (SP = 1.067). Dapatandapatan ini memberi implikasi bahawa ilmu dan cara menggunakan LMS amat mempengaruhi kebolehan pensyarah UMS untuk menggunakan Web 2.0 dalam P&P. Skor min untuk persepsi bahawa mereka susah dan tidak dapat belajar LMS secara sendiri adalah rendah dan memberi harapan lebih baik untuk UMS maju ke depan dalam cabaran Web 2.0.
Jadual 5.3 Respons pensyarah UMS terhadap penggunaan LMS Saya suka menggunakan LMS Moodle sebagai satu alat pengajaran Saya merasa senang menggunakan e-Pembelajaran (LMS Moodle) dalam kursus saya Item Min (M) 3.85 3.76 3.64

Bil 1 2 3

Sisihan Piawai (SP) .847 .867 .880

LMS Moodle sangat membantu kursus saya terutama penggunaan forum, kuiz, Wiki, blog dan lain-lain

55
Web 2.0@UMS

4 5 6

LMS Moodle dan LMS yang lain digunakan dengan banyak di universiti di negara lain

3.77 3.95 3.79

.929 .880 .959

Kebanyakan aktiviti (forum, Wiki dan lain-lain) yang melibatkan kolaborasi dan perkongsian informasi dalam kalangan pelajar boleh dibina dalam LMS Moodle LMS Moodle membolehkan ramai pelajar berinteraksi dengan pengajaran saya

Jadual 5.3 menunjukkan dapatan tinjauan persepsi responden terhadap penggunaan LMS Moodle berteknologi Web 2.0. Skor min tertinggi sebanyak 3.95 (SP=.880) menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap aktiviti Web 2.0 yang boleh dibangunkan oleh SmartUMS seperti forum, Wiki dan lain-lain yang melibatkan kolaborasi dan perkongsian informasi dalam kalangan pelajar. Persepsi responden yang menyatakan mereka suka menggunakan LMS Moodle sebagai satu alat pengajaran menunjukkan nilai skor min sebanyak 3.85 (SP=.847). Selain itu, ramai responden menyatakan bahawa LMS Moodle membolehkan ramai pelajar berinteraksi dengan pembelajaran mereka. Kenyataan ini disokong dengan nilai min sebanyak 3.79 (SP=.959). Untuk kenyataan LMS Moodle dan LMS yang lain digunakan dengan banyak di universiti di negara lain, didapati bahawa skor min ialah 3.77 (SP=.929). Responden yang menyatakan senang guna LMS Moodle ialah min sebanyak 3.76 (SP=.867) dan kenyataan LMS Moodle membantu dari segi penghasilan forum dan kuiz ialah min sebanyak 3.64 (SP=.880). Dapatan kajian bahagian ini memberi implikasi bahawa secara umumnya kebanyakan daripada 86 orang pensyarah UMS yang ditinjau bersetuju bahawa LMS Moodle amat membantu dalam P&P terutamanya dari segi penyediaan forum dan Wiki.
Jadual 5.4 Respons pensyarah UMS terhadap permasalahan penggunaan LMS Implementasi e-Pembelajaran menggunakan LMS Moodle tidak efektif kerana akses Internet yang lambat di UMS Saya mempunyai masalah akses Internet selepas waktu bekerja Item Min (M) 3.07 2.81 2.81 2.64

Bil 1 2 3 4

Sisihan Piawai (SP) 1.281 1.232 1.333 1.095

UMS sepatutnya tidak menggunakan LMS Moodle kerana akses Internet yang lambat

Saya tidak suka menggunakan LMS Moodle kerana saya merasakan kaedah kuliah dalam dewan besar adalah lebih efektif

56
Web 2.0@IPTA Malaysia 5 6 Penyediaan nota dan aktiviti untuk LMS Moodle adalah satu beban untuk saya Saya tidak mahu menggunakan LMS Moodle dalam kursus saya kerana kekurangan masa untuk berinteraksi dengan pelajar secara atas talian 2.50 2.49 .967 1.060

7 8 9

Penggunaan LMS Moodle membazir banyak masa saya kerana penyediaan nota dan aktiviti memakan banyak masa Implementasi e-Pembelajaran di UMS masih tidak mempunyai sokongan kuat di pihak universiti

2.38 2.23 1.78

1.118 1.214 .987

Penggunaan LMS Moodle untuk kursus saya tidak mendapat sokongan baik daripada ketua jabatan

Jadual 5.4 melaporkan dapatan kajian yang menunjukkan permasalahan penggunaan LMS Moodle. Masalah-masalah utama pelaksanaan e-Pembelajaran Web 2.0 mengikut urutan ialah akses Internet lambat (M=3.07, SP=1.281), masalah akses Internet selepas waktu bekerja (M=2.81, SP=1.333), tidak guna LMS sebab akses Internet lambat (M=2.81, SP=1.232), kaedah kuliah lebih berkesan (M=2.64, SP=1.095), membebankan (M=2.50, SP=.967), kekurangan masa berinteraksi dengan pelajar (M=2.49, SP=1.060), membazir dan menggunakan banyak masa saya (M=2.38, SP=1.118), kurang sokongan universiti (M=2.23, SP=1.214) dan kurang sokongan ketua jabatan (M=1.78, SP=.987). Data-data ini menunjukkan bahawa sekiranya akses Internet adalah lambat di universiti dan di rumah, maka pensyarah UMS akan mengurangkan penggunaan Web 2.0 dalam P&P (masalah 1, 2 dan 3). Terdapat pensyarah yang berpandangan kaedah kuliah lebih berkesan adalah jelas menunjukkan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan ketinggalan zaman teknologi Web 2.0 (laggards). Begitu juga kumpulan yang menyatakan kekurangan sokongan universiti dan ketua jabatan kerana kumpulan ini akan membantah pelaksanaan e-Pembelajaran di kampus. Kumpulan yang banyak menyatakan tentang tambahan kerja (beban), kekurangan masa berinteraksi serta membazir masa juga merupakan kumpulan pensyarah yang bersikap negatif dan antipembangunan e-Pembelajaran.

57
Web 2.0@UMS

cADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Data ini telah menunjukkan bahawa pelaksanaan Web 2.0 di UMS melalui platform Moodle (SmartUMS) adalah pada tahap yang minimum dan pelaksanaannya dihalang oleh pelbagai masalah. Antara masalah tersebut ialah akses Internet yang amat perlahan, beban tugas dan keengganan untuk menggunakan Web 2.0. Justeru, langkah-langkah berikut akan diambil bagi menambahbaik penggunaan Web 2.0 di UMS: Melaksanakan seminar atau kempen kesedaran e-Pembelajaran di UMS bertujuan mempromosikan kebaikan alatan Web 2.0 kepada P&P di IPT. Memberi insentif atau pengiktirafan kepada pensyarah yang menggunakan Web 2.0. Insentif dalam bentuk wang tunai, hadiah pertandingan Web 2.0, geran penyelidikan dan sebagainya. Pihak pentadbiran UMS mengurangkan atau menyelesaikan masalahmasalah yang menghalang pelaksanaan Web 2.0 demi pembangunan kualiti pembelajaran pelajar.

KESIMPULAN
Pelaksanaan Web 2.0 amatlah penting untuk P&P kerana pelajar pada masa kini serta majoriti pelajar IPT akan datang merupakan pelajar generasi siber di mana penggunaan komputer dan Internet adalah pada tahap yang amat tinggi. Data terkini mendapati bahawa tahap penggunaan Web 2.0 di UMS amatlah terhad (hanyalah forum dan sedikit aktiviti chat dalam SmartUMS) disebabkan oleh pelbagai masalah. Oleh yang demikian, lebih banyak promosi dan usaha yang perlu dilakukan seperti seminar e-Pembelajaran serta latihan penggunaan SmartUMS untuk meningkatkan kemahiran Web 2.0 dalam kalangan para pensyarah. Sekiranya masalah-masalah penghalang Web 2.0 dapat diatasi, maka e-Pembelajaran UMS boleh menjadi lebih maju.

PENGENALAN
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang sedang digunakan di UNIMAS adalah berasaskan Moodle. Sistem yang lebih dikenali sebagai Morpheus ini diterima pakai dengan baik oleh staf akademik dan pelajar di UNIMAS. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.1, bilangan kursus dalam talian yang aktif meningkat dengan kadar yang tinggi semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2007. Tambahan pula, hampir kesemua pelajar prasiswazah di UNIMAS merupakan pengguna aktif Morpheus.

Rajah 6.1: Bilangan kursus dalam talian yang aktif di dalam Morpheus (2007 2011).

Chen Chwen Jen Gabriel Tonga Noweg Sharifah Norizan Wan Zain

Bab 6 Web 2.0@UNIMAS

60
Web 2.0@IPTA Malaysia

FUNGSI WEB 2.0 PADA MOrPHEUS


Generasi kedua Web atau lebih dikenali sebagai Web 2.0 menyediakan pelantar yang membolehkan semua pengguna untuk menghasilkan kandungan dalam talian yang berpusatkan pengguna, memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif serta gabungan/kolaborasi pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerapan aplikasi Web 2.0 yang bersesuaian ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh menghasilkan pembelajaran yang aktif dan efektif. Pelajar boleh memainkan peranan sebagai penulis, penerbit, pakar, penyiar dan/atau penyunting di persekitaran pembelajaran tersebut. Moodle, selaku enjin dalaman Morpheus, menyokong struktur rekaan dan kefungsian Web 2.0. Di dalam Morpheus sendiri juga telah diintegrasikan beberapa aplikasi Web 2.0 yang digunakan oleh komuniti LMS di UNIMAS. really Simple Syndication (rSS) RSS merujuk kepada Really Simple Syndication dan ia merupakan satu format untuk menyalurkan berita dan tajuk utama dari pelbagai sumber seperti laman web, portal, jurnal dan sebagainya di laman web masing-masing. Morpheus memiliki blok yang membenarkan tajuk utama/berita daripada laman web/sesawang luar dipaparkan pada laman kursus Morpheus. Tajuk/berita utama dipaparkan sebagai pautan ke kandungan/ berita penuh. Blok ini secara automatik akan dikemaskini untuk memaparkan tajuk/ berita terkini apabila maklumat di laman web luar tersebut berubah. Pensyarah hanya perlu melakukan tetapan sekali sahaja dan sistem akan secara automatik mengemaskini paparan pada blok RSS. Penggunaan RSS boleh dilihat sebagai satu kaedah untuk memastikan laman kursus dalam talian sentiasa aktif dengan hanya sedikit tetapan untuk memaparkan pautan kepada kandungan terkini pada laman web luar. Ini membolehkan pelajar mendapat maklumat terkini setiap kali mereka mengakses laman Morpheus yang menggunakan aplikasi RSS. Rajah 6.2 memaparkan penggunaan RSS (tajuk utama suratkhabar Star) pada laman utama Morpheus yang mana pengguna tidak akan ketinggalan dalam mengikuti perkembangan berita semasa. RSS juga sesuai digunakan pada mana-mana laman kursus untuk menyalurkan kandungan jurnal, penemuan kajian terkini, blog atau sebarang isu-isu terbaharu yang berkaitan dengan subjek atau kursus berkenaan.

61
Web 2.0@UNIMAS

Rajah 6.2: RSS untuk penyaluran tajuk berita.

Wiki Wiki merupakan satu lagi contoh aplikasi Web 2.0 yang terdapat di dalam Morpheus. Wiki pada Morpheus menyediakan satu ruang suntingan HTML yang digunakan oleh pelajar untuk menambah dan mengemaskini kandungan Wiki. Ia menyediakan antaramuka yang ringkas untuk mengubah laman Wiki, memformat teks, memasukkan gambar dan pautan, dan membenarkan perekaan laman web yang mudah dengan pelbagai kandungan multimedia yang menarik. Pensyarah boleh menggunakan Wiki yang dihasilkan oleh pelajar atau kumpulan pelajar sebagai bahan pembentangan. Melalui pembentukan Wiki oleh kumpulan pelajar, setiap ahli akan bersama-sama membangun dan mengemaskini kandungan laman Wiki yang disediakan. Ruang suntingan yang ada membolehkan ahli kumpulan untuk mengesan setiap versi tugasan yang dibangunkan dan dikemaskini pada bila-bila masa, menyemak pertindihan atau persamaan idea atau sumber Wiki dan menyediakan ruang yang boleh digunakan untuk mengumpul hasil akhir tugasan. Di samping itu, pensyarah boleh memantau perkembangan atau kemajuan setiap kumpulan, memberikan maklumbalas atau komen yang membina sekiranya perlu dan memudahkan pemantauan serta penilaian sumbangan setiap ahli kumpulan. Pemantauan dan penilaian kebiasannya kurang berkesan bagi tugasan kumpulan yang memerlukan penghantaran laporan atau kertas kerja secara konvensional berbanding dengan penggunaan Wiki. Rajah 6.3 menunjukkan contoh Wiki yang

62
Web 2.0@IPTA Malaysia

dibangunkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil subjek Research Methodology serta maklumbalas atau komen daripada pensyarah yang dibezakan menerusi warna atau jenis teks.

Rajah 6.3: Contoh penggunaan Wiki di dalam Morpheus.

Dengan adanya aktiviti dalam talian seperti Wiki, pensyarah hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja untuk membuat tetapan aktiviti Wiki dan seterusnya menggalakkan pelajar untuk menghidupkan laman kursus menerusi penglibatan dan kolaborasi aktif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dari masa ke semasa, pensyarah boleh memantau perkembangan tugasan pelajar di samping memberikan tunjuk ajar dan pembetulan sepanjang proses pembangunan Wiki pelajar. Setakat ini, kesemua kursus di dalam Morpheus hanya boleh diakses oleh pensyarah dan pelajar yang berdaftar di dalam kursus masing-masing sahaja. Ini sedikit sebanyak mengekang potensi penggunaan fungsi ini kerana penglibatan pihak luaran dalam aktiviti Wiki tidak dibenarkan.

63
Web 2.0@UNIMAS

Forum Perbincangan Forum perbincangan merupakan aktiviti yang amat digemari pada tahun 1990-an dan awal 2000. Forum merupakan antara fungsi pertama yang diperkenalkan menerusi sistem pembelajaran dalam talian. Sehingga kini, fungsi ini masih giat digunakan di dalam sistem Morpheus oleh pensyarah UNIMAS melalui pelbagai kaedah. Kaedah termudah yang diaplikasikan oleh kebanyakan pensyarah adalah dengan mengemukakan satu topik untuk dijawab dan dibincangkan oleh pelajar. Rajah 6.4 di bawah menunjukkan satu contoh forum perbincangan.

Rajah 6.4: Contoh forum perbincangan ringkas.

Sesetengah pensyarah menggunakan forum perbincangan sebagai alat untuk menunjukkan contoh hasil kerja terbaik pelajar kepada kelas. Sumbangan tugasan terbaik pelajar yang dihasilkan menerusi pelbagai aktiviti lain seperti Wiki, chat, assignment, workshop, mind map dan lain-lain boleh dikongsi di ruang forum. Forum seperti ini memberikan motivasi kepada pelajar untuk memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan tugasan. Sesungguhnya, majoriti pelajar lebih bermotivasi sekiranya hasil kerja mereka dipersembahkan. Contoh terbaik ini seterusnya boleh digunakan sebagai sumber bahan bagi perbincangan yang lebih lanjut.

64
Web 2.0@IPTA Malaysia

Untuk kelas dengan bilangan pelajar yang kecil, sesetengah pensyarah menggunakan forum sebagai ruang perbincangan berbentuk sulit untuk setiap pelajar. Menerusi kaedah ini, hanya pensyarah dan pelajar berkenaan sahaja yang mempunyai akses ke forum tersebut. Forum seperti ini bermanfaat sekiranya seseorang pelajar perlu bertanyakan soalan penting yang mungkin segan untuk dikemukakan di dalam kelas secara bersemuka atau di ruang atas talian lain yang bersifat terbuka. Faedah lain yang dikenalpasti termasuklah memudahkan pelajar untuk menjejak perbincanganperbincangan terdahulu. Forum juga boleh digunakan sebagai ruang soal-jawab untuk perbincangan ringkas dan cepat. Untuk forum sebegini, pelajar tidak dapat melihat maklumbalas rakan-rakan mereka sehinggalah pelajar menghantar maklumbalas. Topik untuk jenis perbincangan ini kebiasaannya merupakan soalan daripada pensyarah manakala maklumbalas pelajar ialah jawapan kepada soalan berkenaan. Rajah 6.5 menunjukkan contoh penggunaan forum soal-jawab.

Rajah 6.5: Contoh forum soal-jawab.

65
Web 2.0@UNIMAS

chat Chat bertujuan untuk menyokong komunikasi sesama pelajar yang dapat mempermudahkan kolaborasi dan perkongsian maklumat. Rajah 6.6 menunjukkan contoh penggunaan aktiviti chat bagi mewujudkan kumpulan belajar dalam talian, terutamanya untuk membantu dalam persediaan ujian/peperiksaan. Soalan-soalan, topik atau isu-isu berkenaan kursus dikemukakan sebagai bahan perbincangan bagi kumpulan belajar berkenaan.

Rajah 6.6: Contoh Chat untuk kumpulan pelajar.

Chat turut sesuai digunakan sebagai ruang untuk mengkaji kertas peperiksaan dan tugasan-tugasan kelas. Untuk menjadikan ruang chat sebagai ruang peribadi, pensyarah boleh menutup ruang chat setelah semua pelajar yang berkaitan berada di dalam ruang chat berkenaan. Dalam kes sebegini, pensyarah akan menjadualkan masa chat dengan pelajar-pelajar tertentu dan seterusnya menjalankan sesi perbincangan peribadi apabila mengkaji kertas peperiksaan atau tugasan. Sesetengah pensyarah bahasa juga boleh mengumpulkan transkrip chat yang seterusnya boleh digunakan sebagai bahan perbincangan pelajar. Terdapat juga pensyarah yang memuatkan kemudahan chat daripada sumber luaran dengan menggunakan widget seperti Cbox (http://cbox.ws/) dan Shoutmix (http://www.shoutmix.com). Widget seperti yang dinyatakan ini menyediakan satu pelantar komunikasi sesama pelajar dan juga bersama pensyarah dalam bentuk yang kurang formal, pantas dan lebih santai. Pertanyaan atau kemusykilan berkenaan subjek, proses pengajaran atau tugasan boleh dikemukakan dengan mudah tanpa prosedur yang remeh.

66
Web 2.0@IPTA Malaysia

Database Berlainan dengan Web 1.0 yang lebih memfokuskan kepada paparan pasif sesuatu kandungan yang dibangunkan oleh pengguna web, Web 2.0 pula berjaya menggunakan kekuatan laman web untuk penggumpulan maklumat pintar. Aktiviti database pada Morpheus membolehkan pelajar mewujud, mengemaskini, dan mencari bank masukan rekod. Ini adalah selari dengan konsep pengumpulan pintar kerana ia memudahkan perkongsian maklumat dan pengetahuan. Kebanyakan ahli akademik UNIMAS menggunakan database untuk mengumpul butiran tugasan. Bagi setiap tugasan, satu database komprehensif diwujudkan secara automatik untuk setiap penghantaran tugasan. Bank butiran tugasan boleh dilihat dan dicari oleh semua ahli di dalam kursus berkenaan. Database juga boleh digunakan untuk mengumpul maklumat melalui medan-medan yang telah ditentukan oleh pensyarah. Rajah 6.7 menunjukkan satu lagi contoh penggunaan database untuk mengumpul peta minda yang dihasilkan oleh pelajar sepanjang semester. Database sedemikian menyediakan satu platform perkongsian yang baik di samping membantu pelajar menyimpan peta minda untuk persediaan peperiksaan akhir.

Rajah 6.7: Contoh Database koleksi peta minda.

67
Web 2.0@UNIMAS

Workshop Kebanyakan pensyarah UNIMAS lebih cenderung menyuruh pelajar menghantar tugasan menerusi aktiviti penghantaran tugasan yang konvensional (pelajar muat naik tugasan ke sistem). Walau bagaimanapun, sejak beberapa semester kebelakangan ini, aktiviti workshop mula mendapat perhatian. Ia digunakan terutamanya apabila pensyarah mengkehendaki pelajar mempelajari sesuatu topik atau subjek dengan melakukan penilaian atau penaksiran tugasan rakan-rakan mereka. Kriteria-kriteria penilaian akan ditentukan oleh pensyarah terlebih dahulu yang seterusnya akan digunakan oleh pelajar untuk menilai hasil tugasan rakan-rakan. Pada masa yang sama juga pelajar akan dinilai berdasarkan penilaian yang dilakukan. Ini bermakna, di samping mendapat penilaian ke atas tugasan, pelajar juga boleh mengetahui kualiti atau tahap penilaian masing-masing. Ini adalah selari dengan prinsip utama Web 2.0 iaitu membolehkan perkongsian maklumat dan kolaborasi. Perkongsian Media menerusi YouTube Dengan koleksi jutaan video yang merangkumi pelbagai subjek dalam kehidupan, YouTube merupakan antara aplikasi media yang paling popular digunakan. Di UNIMAS terutamanya, YouTube diguna sebagai alat bantu mengajar dalam sesuatu subjek. Kebolehan Morpheus untuk memasuk atau embed video daripada YouTube ke dalam sesebuah kursus di atas talian sememangnya diguna pakai dengan cukup meluas dalam kalangan pensyarah UNIMAS. Dengan cara ini, pemain video dari server YouTube akan dipaparkan di laman kursus dan pelajar hanya perlu klik pada butang play untuk memainkan video. Sesungguhnya, ini merupakan kaedah yang efektif dan efisien untuk menjadikan kursus lebih menarik kepada pelajar. Contoh penggunaan YouTube di dalam Morpheus adalah seperti di Rajah 6.8.

Rajah 6.8: Contoh Paparan YouTube di dalam Morpheus.

68
Web 2.0@IPTA Malaysia

Sistem rangkaian Sosial Penggunaan sistem rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter turut membantu proses pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS. Dengan adanya kemudahan memasukkan widget Facebook ke laman web, pensyarah dengan mudah dapat membuat pautan ke laman/kumpulan Facebook daripada Morpheus. Dengan cara ini, pelajar memperoleh pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Rajah 6.9 menunjukkan contoh penggunaan widget Facebook di dalam Morpheus.

Rajah 6.9: Contoh Widget Facebook di dalam Morpheus.

KESIMPULAN
Setakat ini, pihak universiti masih belum menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti impak penggunaan Web 2.0 yang disediakan menerusi sistem pembelajaran dalam talian. Walau bagaimanapun, melalui kursus-kursus dalam talian yang dibangunkan, adalah jelas bahawa ciri-ciri Web 2.0 telah berjaya menstimulasikan kaedah pertanyaan yang baru, meningkatkan keyakinan pelajar, memantapkan

69
Web 2.0@UNIMAS

kebolehan dan tanggungjawab dalam menghasilkan kandungan kursus yang berpotensi untuk diterbitkan, membangunkan kaedah baru dalam pembelajaran secara kolaboratif, menyediakan ruang perkongsian maklumat, dan membenarkan pelaksanaan pembelajaran secara tidak formal di dalam persekitaran pembelajaran yang formal seperti di UNIMAS.

PENGENALAN
Web 2.0 merupakan satu teknologi dalam aplikasi berasaskan web yang mengintegrasikan ciri-ciri perkongsian maklumat dan inter-operasi. Ia juga mementingkan aspek kolaborasi dalam sesuatu laman web yang membenarkan pengguna berinteraksi secara terus menggunakan platform web tersebut dengan pengguna-pengguna yang lain. Bab ini membincangkan beberapa kes penggunaan teknologi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Daripada pengamatan yang dilakukan, adalah didapati bahawa aplikasi Web 2.0 yang digunakan oleh pelajar secara aktif ialah Facebook, Twitter, chat dan YouTube. Penerimaan baik teknologi ini memberi ruang kepada perkembangan pesat penggunaannya dalam proses P&P pada masa akan datang. Sejarah e-Pembelajaran di UMT bermula pada tahun 1999 yang mana kursuskursus prasiswazah yang ditawarkan kepada pelajar telah disampaikan dalam bentuk mod blended. Mod pembelajaran ini mengadunkan pembelajaran tradisional bersemuka berbantukan sistem e- Pembelajaran. Pada peringkat awal pelaksanaan, e-Pembelajaran merupakan satu medium yang membolehkan pensyarah memuat naik bahan atau nota kursus, mengadakan kuiz secara atas talian, serta medan perbincangan dengan pelajar. Pelajar yang bertindak sebagai pengguna e-Pembelajaran boleh memuat turun nota atau bahan kursus apabila diperlukan. Aktiviti rutin e-Pembelajaran telah mengalami sedikit penambahbaikan selari dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Perkembangan teknologi semasa telah memungkinkan pelantar e-Pembelajaran diintegrasikan dengan teknologi Web 2.0 Istilah Web 2.0 dikaitkan dengan aplikasi web yang dibina untuk memudahkan pengguna dalam melakukan perkongsian maklumat, kemudahan dalam penggunaan aplikasi dan kebiasaannya aplikasi tersebut dibina berasaskan pengguna dalam

Mohd Lazim Abdullah Mohd Hafriz Nural Azhan Noor Maizura Mohd Noor Md Yazid Mohd Saman Nur Amirah Amiruddin

Bab 7 Web 2.0@UMT

72
Web 2.0@IPTA Malaysia

memudahkan kolaborasi dengan pengguna web yang lain. Pengguna dibenarkan berkolaborasi dan berinteraksi dengan pengguna-pengguna yang lain di dalam persekitaran aplikasi Web 2.0. Ia juga berkait rapat dengan web sosial yang diwujudkan yang menjadi asas kepada kewujudan Web 2.0. Di antara aplikasi yang menggunakan konsep Web 2.0 ini ialah podcasting, blogging dan aplikasi rangkaian sosial. Penggunaan Web 2.0 dalam (P&P) di Malaysia mungkin masih boleh dianggap baru dan belum mencapai tahap matang sepenuhnya. Dalam perkembangan penggunaan teknologi ini, pelbagai aplikasi Web 2.0 telah digunakan untuk menyokong P&P di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Populariti Web 2.0 dalam kalangan pelajar dan pensyarah telah mencetuskan fenomena literasi baru dalam e-Pembelajaran. Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan setiap IPT tidak terkecuali mengalami tempias dan mengadaptasi setiap teknologi tersebut di dalam P&P. Sebagai sebuah IPTA, UMT juga telah mengorak langkah untuk mengintegrasikan teknologi ini ke dalam proses P&P melalui pelantar e-Pembelajaran. E-Pembelajaran di UMT tidak hanya berkisar kepada penggunaan memuat naik dan memuat turun nota atau bahan kursus sahaja. Penggunaan Web 2.0 seperti forum dan blog disediakan bagi setiap pelajar dan pensyarah. Setiap kursus mempunyai aplikasi forum tersendiri yang membolehkan setiap pelajar berinteraksi di antara satu sama lain. Ini membolehkan pensyarah mengadaptasi pembelajaran aktif dalam setiap pembelajaran yang dilakukan melalui e-Pembelajaran. Walaupun Web 2.0 telah berada sekian lama, namun penggunaan Web 2.0 secara sengaja dalam sistem e-Pembelajaran masih tidak banyak digunakan. Sehinggalah pada tahun 2002, UMT telah mengorak langkah memperkenalkan penggunaan Web 2.0 kepada pensyarah dan pelajar. Oleh itu, bab ini menghurai amalan penggunaan Web 2.0 dalam kalangan pensyarah dan pelajar di UMT. Beberapa contoh penggunaan teknologi Web 2.0 turut dimuatkan. Namun begitu, kelancaran pengintegrasian Web 2.0 dalam e-Pembelajaran banyak bergantung kepada sokongan infrastruktur yang disediakan oleh pihak UMT.

INFrASTrUKTUr SOKONGAN
Pelaksanaan penggunaan Web 2.0 di UMT perlu disokong oleh prasarana dan infrastruktur rangkaian kampus yang mencukupi dan terkini. Pusat Teknologi Maklumat (PTM) berperanan menyelaras perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di UMT dengan menyedia dan menyelenggarakan rangkaian kampus menggunakan teknologi rangkaian berwayar (wired network) dan rangkaian tanpa wayar (wireless network ). Rangkaian berwayar di UMT menggunakan kabel fiber

73
Web 2.0@UMT

optik dan UTPCat5e. Jumlah nod bagi keseluruhan kampus adalah hampir 5500 nod. Jumlah ini melibatkan 1500 orang pengguna tetap, bilik-bilik kuliah, makmal komputer dan penyelidikan. Hampir 90% peratus kampus UMT telah dilengkapi dengan kemudahan sistem rangkaian tanpa wayar termasuk asrama dan persekitaran UMT. Berdasarkan polisi ICT UMT, setiap bangunan berpenghuni oleh warga kampus akan dilengkapi dengan kemudahan rangkaian tanpa wayar. Oleh itu, setiap bangunan di UMT dikatakan keseluruhannya mempunyai sekurang-kurangnya lima unit perkakasan Access Point yang menggunakan teknologi terkini. Selain itu, bangunan kolej kediaman yang menempatkan sebilangan pelajar turut dilengkapi dengan kemudahan rangkaian tanpa wayar. Pelajar dan kakitangan boleh menggunakan kemudahan ini melalui komputer peribadi atau mana-mana peranti yang sesuai dengan teknologi rangkaian tanpa wayar yang disediakan. Struktur rangkaian UMT berkonsepkan redundancy serta mempunyai dua jenis kategori iaitu kategori pertama ialah 10 Gigabit Ethernet (GE) bagi laluan utama rangkaian dan 1 Mbps bagi laluan selain daripadanya. Di samping itu, UMT telah mendapatkan perkhidmatan penyedia perkhidmatan Internet daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Jalur lebar sambungan rangkaian kampus ke Internet telah ditingkatkan daripada 95 Mbps ke 120 Mbps. Kelajuan rangkaian jalur lebar ini mencukupi untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti buat masa ini. Selain kemudahan Internet, PTM juga menyediakan kemudahan tiga buah Makmal Komputer dan Kaunter Khidmat Pelanggan. Semua kemudahan dan perkhidmatan TMK ini tertakluk kepada Polisi TMK universiti. Rajah 7.1 menggambarkan topologi rangkaian untuk bangunan utama UMT.

Rajah 7.1: Topologi Rangkaian UMT.

74
Web 2.0@IPTA Malaysia

Pembangunan dan penggunaan Web 2.0 ini disokong oleh infrastruktur ini. Pelajar dan pensyarah dibenarkan menggunakan aplikasi Web 2.0 tanpa sebarang kawalan. Had kelajuan rangkaian data yang tinggi membolehkan pelajar mengakses aplikasi Web 2.0 seperti Facebook, Twitter dan Blog pada bila-bila masa. Infrastruktur rangkaian UMT ini sesungguhnya telah membolehkan pengintegrasian Web 2.0 dalam e-Pembelajaran dengan jayanya. Namun begitu, terdapat beberapa makmal aplikasi di UMT tidak membenarkan pelajar mengakses ke aplikasi web yang menggunakan pendekatan Web 2.0. Makmal ini tertakluk kepada waktu sesi pembelajaran. Oleh yang demikian, akses ke aplikasi yang menggunakan pendekatan Web 2.0 tersebut disekat untuk memberi ruang kepada P&P yang melibatkan pengaturcaraan dapat dijalankan dengan lancar. Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh mengakses jika menggunakan rangkaian tanpa wayar UMT yang disediakan dengan menggunakan komputer riba peribadi pelajar.

PENGGUNAAN WEB 2.0 DI UMT


E-Pembelajaran di UMT pada awalnya menggunakan perisian yang menghadkan kebolehan aplikasi terhadap Web 2.0. Namun begitu, pada tahun 2008, aplikasi sumber terbuka telah diperkenalkan iaitu Moodle. Antara teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam e-Pembelajaran UMT ialah Twitter, Facebook, Chat dan YouTube. Twitter Penggunaan Web 2.0 di UMT bermula dengan penyediaan platform Twitter bagi MyLearn. MyLearn ialah aplikasi e-Pembelajaran di UMT yang menggunakan Moodle. Twitter dalam MyLearn telah membolehkan pensyarah dan pelajar mengetahui maklumat-maklumat terkini di samping berinteraksi dengan pengurus e-Pembelajaran jika terdapat sebarang masalah berkaitan sistem. Paparan Twitter dalam Mylearn dapat dilihat pada Rajah 7.2.

75
Web 2.0@UMT

Rajah 7.2: Paparan hadapan MyLearn menggunakan Twitter.

Facebook Selain Twitter, aplikasi lain yang menjadi pilihan pelajar ialah Facebook. Justeru , Unit e-Pembelajaran mengambil inisiatif dengan mengintegrasikan Facebook dalam MyLearn sebagai salah satu medan untuk membolehkan semua pelajar berinteraksi di antara satu sama lain. Contoh paparan Facebook dalam MyLearn dapat dilihat seperti dalam Rajah 7.3.

76
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 7.3: Paparan MyLearn UMT @ Facebook.

Penggunaan MyLearn bersama-sama dengan Facebook diharapkan dapat meningkatkan jumlah capaian ke sistem e-Pembelajaran di UMT. Statistik menunjukkan peningkatan penggunaan MyLearn setelah sistem ini diintegrasikan dengan Facebook dan Twitter. Rajah 7.4 menunjukkan peningkatan penggunaan MyLearn selepas integrasi dilakukan dari 2721 kepada 3451.

Rajah 7.4: Perbandingan Penggunaan Twitter dan Facebook dalam tempoh seminggu.

Penggunaan Facebook dan Twitter juga digunakan untuk memudahkan hebahan maklumat bengkel, seminar atau latihan yang dijalankan.

77
Web 2.0@UMT

Perluasan penggunaan Facebook juga memudahkan interaksi dalam kalangan alumni. Sebagai contoh, salah satu alumni yang aktif menggunakan Facebook sebagai platform berkomunikasi ialah alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian. Paparan keaktifan alumni ini dapat dilihat dalam Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Paparan kumpulan Facebook alumni kejuruteraan perisian UMT.

Perkara yang dibincangkan biasa berkisar tentang teknologi maklumat dan ada yang bertanyakan tentang masalah berkenaan kod atur cara. Masalah ini biasanya turut dibantu oleh para ahli yang lain. Malahan kumpulan ini juga turut berkongsi maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan kepada bakal graduan. Online chat Penggunaan meluas rangkaian sembang di dalam dan di luar Universiti sebagai medan perkongsian maklumat turut digunakan. Sebagai menyokong kebebasan kebolehcapaian Web 2.0, UMT tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap penggunaan alatan sembang (chat) seperti Yahoo Messenger, Skype atau ICQ. Namun begitu, penggunaan dalam pengajaran hanya baru dipraktikkan setelah diperkenalkan

78
Web 2.0@IPTA Malaysia

modul sembang (chat) yang terbina di dalam platform MyLearn. Paparan kursus yang menggunakan modul sembang adalah seperti pada Rajah 7.6.

Rajah 7.6: Paparan utama MyLearn bagi Kursus CSS4102.

Di dalam MyLearn, modul sembang diaktifkan untuk digunakan oleh pensyarah dalam perbincangan ilmiah yang dipantau oleh pensyarah masing-masing. Paparan chat adalah seperti pada Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Paparan Chat .

79
Web 2.0@UMT

Pelajar yang melibatkan diri dalam perbincangan ini dipantau oleh pensyarah. Pensyarah akan menetapkan tajuk-tajuk perbincangan di awal permulaan perbincangan. Setiap topik yang dibincangkan akan dimulakan oleh pensyarah dan seterusnya pelajar akan meneruskan perbincangan sehingga jawapan yang sepatutnya dihuraikan oleh pensyarah. Rajah 7.8 menunjukkan paparan di mana pensyarah menetapkan topik untuk dibincangkan dan masa untuk perbincangan ilmiah tersebut.

Rajah 7.8: Paparan awal sebelum perbincangan secara atas talian dimulakan.

Penggunaan Chat telah menarik minat pelajar untuk berbincang secara aktif dan meningkatkan penggunaan MyLearn. Statistik menunjukkan peningkatan selepas integrasi dilakukan dari 70 kepada 221 mengikut hari modul chat di aktifkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.9.

Rajah 7.9: Perbandingan keaktifan pelajar mengikut waktu modul chat diaktifkan.

Setelah tamat sesuatu sesi chat, pelajar akan diberikan ujian secara atas talian untuk melihat kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dibincangkan. Contoh paparan ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 7.10.

80
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 7.10: Paparan ujian atas talian.

Setiap perbincangan ada disediakan log khas, yang mana pensyarah boleh melihat kembali hasil dan jawapan daripada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Penglibatan pelajar bagi aktiviti tersebut direkodkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.11.

Rajah 7.11: Log perbincangan.

81
Web 2.0@UMT

YouTube Video sebenarnya adalah sebuah medium yang sangat berkuasa dan berkesan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar sekali gus memberi impak kepada P&P. Video boleh mempersembahkan sesuatu maklumat dengan sangat menarik dan secara terkawal. Sebelum ini perkongsian video atas talian agak sukar dilakukan. Dengan kewujudan MyLearn, YouTube telah digunakan sebagai platform perkongsian video. Pensyarah boleh memuat naik video bantuan mengajar kepada pelajar untuk memberikan pemahaman yang lebih bagi sesuatu topik. Penggunaan video yang diambil dari YouTube boleh dimasukkan terus dengan cara embedded. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan storan yang digunakan, malahan penggunaan bandwidth pelayan juga dapat dikurangkan. Pelajar juga dapat menonton video yang dimasukkan oleh pensyarah tanpa perlu ke laman utama YouTube. Salah satu contoh YouTube yang boleh ditonton secara terus di MyLearn ditunjukkan dalam Rajah 7.12.

Rajah 7.12: Penggunaan YouTube Dalam MyLearn.

Masalah dari segi hak cipta tidak timbul di sini kerana YouTube telah meletakkan syarat-syarat untuk memuat naik bahan ke dalam YouTube. Oleh yang demikian, pensyarah tidak perlu risau jika menggunakan bahan video dari YouTube sama ada ia menyalahi dari segi hak cipta atau tidak. Oleh yang demikian, pelajar tidak hanya bergantung pada bahan pengajaran di dalam kelas sahaja, akan tetapi bahan kursus disertakan dalam bentuk video yang dimasukkan oleh pensyarah ke dalam MyLearn.

82
Web 2.0@IPTA Malaysia

KESIMPULAN
Teknologi Web 2.0 telah digunakan dengan meluas sebagai salah satu kaedah yang digunakan untuk membantu P&P. Bab ini telah memberi penjelasan ringkas berkenaan Web 2.0, infrastruktur yang menyokong Web 2.0 serta beberapa contoh amalan aplikasi 2.0 yang digunakan dalam sistem e-Pembelajaran di UMT. Statistik penggunaan Web 2.0 turut dipapar yang menunjukkan beberapa peningkatan penggunaan e-Pembelajaran. Dengan pengintegrasian Web 2.0 dalam e-Pembelajaran, ia telah berjaya menarik minat pelajar untuk menggunakan MyLearn secara aktif sebagai wadah dalam proses P&P. Adalah dijangkakan pelbagai kemudahan aplikasi Web 2.0 yang masih belum diterokai dapat digunakan untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di UMT.

PENGENALAN
USIM sebagai sebuah universiti yang mempunyai misi untuk terkehadapan dalam persekitaran dan teknologi terkini, pastinya tidak dapat tidak perlu memanfaatkan teknologi Internet terkini khususnya teknologi Web 2.0. Teknologi Web 2.0 ini memberikan kuasa yang sangat besar kepada pengguna komputer untuk memuat naik, berkongsi, memuat turun bahan-bahan sama ada berbentuk teks, grafik, audio mahupun video. Dengan ciri-ciri seperti kolaborasi, kerjasama, perkongsian bahan di Internet, Web 2.0 telah memberikan satu paradigma baru bukan sahaja dari aspek bersosial malahan dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

DASAr IcT USIM: PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0


Di USIM, penggunaan teknologi Web 2.0 ini tertakluk kepada polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti. Pada awalnya, USIM membenarkan 100% penggunaan aplikasi Web 2.0 tanpa sebarang sekatan. Namun atas faktor tertentu, pihak pengurusan universiti memutuskan bahawa ianya perlu dikawal bagi memastikan sistem utama yang menggunakan rangkaian Internet tidak terjejas. Kawalan dan pemantauan ini dikendalikan oleh Unit Rangkaian dan Keselamatan (URKICT) ICT, Pusat Teknologi Maklumat. Para pengguna terutamanya pensyarah boleh mencadangkan laman web yang mempunyai aplikasi Web 2.0 kepada Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global (GOAL Center). Kemudian GOAL Center akan memanjangkan perkara ini ke URKICT bersama sokongan atau rasional aplikasi tersebut kepada Bahagian Pembelajaran dan Pengajaran. Jika didapati ianya wajar, pihak Pusat Teknologi Maklumat atau pihak

Norita Md Norwawi Mohd Ilias M Shuhud Ernie Suzana Ali

Bab 8 Web 2.0@USIM

84
Web 2.0@IPTA Malaysia

pengurusan yang lebih tinggi akan membenarkan capaian kepada aplikasi Web 2.0 tersebut. Selain dari melihat sumbangan aplikasi tersebut kepada P&P, keperluan dari segi teknikal juga akan dilihat supaya ianya tidak mengganggu kelancaran sistem sedia ada.

PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 DI USIM


Oleh kerana kekangan jalur lebar/bandwidth yang digunapakai di USIM agak rendah, capaian ke aplikasi Web 2.0 telah dikawal dan dipantau bagi memastikan capaian pengguna ke sistem berasaskan web tidak terganggu. Di antara aplikasi Web 2.0 yang popular dalam kalangan warga USIM adalah blog,Wiki, rangkaian sosial dan perkongsian bahan Multimedia. Manakala aplikasi Web 2.0 yang tidak dibenarkan dicapai di USIM adalah blog-blog yang tertentu, memuat turunkan bahan video dari laman web video seperti YouTube dan jaringan sosial seperti Facebook. Walau bagaimanapun, akses kepada aplikasi Facebook dibenarkan diluar waktu pejabat iaitu bermula 6.00 petang hingga 7.00 pagi keesokan harinya atau hari Sabtu dan Ahad. Terdapat pelbagai teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan di laman web dan aplikasi sistem maklumat di USIM. Rajah 8.1 adalah paparan sebahagian dari laman utama web USIM.

Rajah 8.1: Paparan sebahagian dari laman web http://www.usim.edu.my.

85
Web 2.0@USIM

Di antaranya aplikasi yang digunakan ialah : a. RSS (Laman web USIM, GOALS dan lain-lain) b. Web Feed *(Laman Web USIM/Pusat/Fakulti dan lain-lain) c. Wiki Engine (GOALS dan lain-lain) d. Permalinks (USIM Online, GOALS dan lain-lain) e. Tag Cloud (Laman web PTM, PIPP dan lain-lain) f. Addthis (Laman Web USIM/Pusat/Fakulti) Selain daripada itu, beberapa aplikasi Web 2.0 juga digunakan untuk tujuan pentadbiran, pengurusan dan interaksi antara pelajar dan umum. Rajah 8.2 hingga Rajah 8.7 menunjukkan contoh-contoh aplikasi yang digunakan seperti : a. Facebook dan Twitter rasmi USIM untuk interaksi umum b. Radio Internet USIM (jpF chat, forum) c. Perkongsian bahan multimedia di USIM Online termasuk Web TV d. Blog Perpustakaan e. MyDocs Digital Locker

Rajah 8.2: Facebook USIM.

86
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 8.3: Twitter USIM.

Rajah 8.4: Radio Internet USIM.

87
Web 2.0@USIM

Rajah 8.5: Web TV USIM.

Rajah 8.6: Blog Perpustakaan USIM.

88
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 8.7: Pautan kepada aplikasi digital Locker, myLMS.

PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DENGAN PArA PELAJAr
Para pelajar USIM juga pastinya tidak terkecuali dari pengaruh teknologi Web 2.0 sama ada sebagai blogger, perkongsian bahan audio dan video serta yang paling popular di Malaysia hari ini iaitu Facebook. Para pelajar ini adalah golongan yang dibesarkan dalam persekitaran digital ini. Satu cara untuk mendekati para remaja khasnya para pelajar adalah melalui teknologi ini di samping mendidik dan membimbing cara penggunaan yang positif dan produktif. Laman Facebook juga membenarkan satu komunikasi secara terbuka antara pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan. Hal ini lebih memberansangkan lagi dengan kemudahan teknologi mudah alih dan tanpa wayar seperti WiFi, PDA, iphone, Blackberry dan sebagainya yang memudahkan pencapaian dimana sahaja dan ketika manapun atau anywhere anytime. Diantara penggunaan yang sangat aktif sebagai media komunikasi dengan para pelajar ialah seperti: a) Pengurusan program dan aktiviti para pelajar Beberapa program dan aktiviti pelajar telah dilaksanakan dengan menggunakan Facebook Group sebagai alat komunikasi sesama Ahli Jawatankuasa Pelaksana seperti Harun Yahya Conference Signs of The Creator, Malaysia IHL Business Plan Competition (MIBPC), Pertandingan Pengaturcaraan dan Multimedia (ATURKREATIF), para peserta Infosys Roll Out Program, National Research and Innovation Competition (NRIC), ACM-ICPC Al-Khawarizami Programming Competition dan lain-lain. Facebook memberikan medium untuk berinteraksi dengan cepat dan cekap. Para peserta atau jawatankuasa boleh memberikan komen secara telus mengenai projek atau tugasan seperti reka cipta banner, poster, streamer, brosur dan perkembangan semasa. Hebahan dan penyebaran berita begitu mudah dan mendapat respon yang cepat memandangkan para pelajar sentiasa berada di hadapan komputer mereka.

89
Web 2.0@USIM

Rajah 8.8: Facebook untuk AJK pelaksana Harun Yahya Conference Tour@USIM.

b) Pengurusan Latihan Industri Sebagaimana yang kita faham, latihan industri adalah satu komponen wajib universiti di mana para pelajar harus berada di industri untuk menjalani latihan mengikut tempoh yang telah ditentukan. Kebiasaannya para pelajar ditempatkan di merata tempat di seluruh Malaysia. Facebook Group telah digunakan oleh Penyelaras Latihan Industri untuk memantau, membuat hebahan mengenai lawatan, tarikh-tarikh penting serta pensyarah pelawat masing-masing. Mereka juga boleh berinteraksi secara terus dengan pensyarah pelawat mereka terutama ketika menguruskan hal berkaitan lawatan. Malahan terdapat sebuah syarikat yang telah menggunakan Facebook ini sebagai satu platform komunikasi antara penyelia majikan di industri, para pelajar praktikum dan penyelaras di USIM. Ia juga boleh bertindak sebagai satu alternatif kepada buku log yang dapat merekodkan tugasan yang perlu dilaksanakan seperti yang diarahkan oleh penyelia industri dan dapat dipantau secara terus oleh penyelaras.

Rajah 8.9: Facebook untuk parap latihan industri.

c) Pengurusan Alumni, Program, Kursus dan Persatuan Selain dari itu, Facebook serta blog juga telah digunakan untuk menjaringkan graduan program atau alumni. Walaupun para pelajar telah bergraduat, hubungan dengan USIM, fakulti dan para pelajar junior masih dapat diteruskan. Contohnya ISAFamily adalah kumpulan bagi mengumpulkan semua pelajar dari program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat). Hebahan seperti iklan pekerjaan, seminar

90
Web 2.0@IPTA Malaysia

dan bengkel antara item yang biasa dikongsikan selain dari perkembangan terkini mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkaitan.

Rajah 8.10: Facebook untuk kumpulan pelajar Bachelor in Computer Science (Information Security and Assurrance).

Selain dari itu, persatuan-persatuan pelajar juga menggunakan Facebook sebagai satu wadah untuk mendekati masyarakat kampus seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sekretariat Pendakwah Muda USIM (SPPM), Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFast), Sekretariat Pelajar Pengajian Quran dan Sunnah (SPPQS) serta Kolej Kediaman Pelajar. d) Special Interest Group & Khidmat Komuniti Masyarakat kampus juga tidak lari dari mempunyai minat atau hobi tertentu dan menubuhkan kumpulan yang dipanggil Special Interest Group seperti Open Source Community@USIM, Komuniti Linux Sabily, Kumpulan Dinar dan Dirham. Kumpulan ini biasanya akan disertai bukan sahaja oleh warga USIM tetapi juga dari pihak luar dan ini tentunya meluaskan lagi jaringan kenalan yang mempunyai minat yang sama. Bukan sahaja perkongsian ilmu malahan rundingan dan perbincangan dalam urus tadbir penganjuran program ceramah dan pameran dilaksanakan secara online di samping telefon.

Rajah 8.11: Facebook untuk Komuniti Sabily Malaysia, penggiat Sistem Pengoperasian Islamik Linux.

91
Web 2.0@USIM

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PEMBELAJArAN

WEB

2.0

UNTUK

PENGAJArAN

&

Mulai semester pertama Sesi 2011/2012, USIM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System) berasaskan sumber terbuka iaitu Moodle (www.goals.usim.edu.my). Sistem baru ini boleh diintegrasikan dengan alatan Web 2.0 seperti Facebook, YouTube, Flicker dan sebagainya. Satu kajian telah dijalankan selama empat minggu yang melibatkan 143 orang pelajar tahun dua yang mengambil kursus SKJ1013 Pengaturcaraan JAVA dari program Matematik Kewangan, Fizik Gunaan, Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dan Teknologi Kimia Industri. Satu tinjauan telah diadakan bagi melihat respon para pelajar terhadap pengunaan aplikasi Web 2.0 dalam P&P. Untuk tujuan pengajaran, aplikasi Facebook dan YouTube telah digunakan. Dua kumpulan telah diwujudkan (i) OOPs! JAVA di mana ahli terdiri daripada para pelajar, pensyarah dari pelbagai Institiut Pengajian Tinggi termasuk industri dan (ii) JAVA@USIM Sep 11 iaitu satu Fan Page yang digunakan untuk berkongsi bahan rujukan tambahan dari YouTube dan laman-laman web tertentu serta nota pensyarah dalam bentuk Facebook Notes . Rajah 8.12 dan 8.13 menunjukkan ilustrasi kumpulan laman tersebut.

Rajah 8.12: Java@USIM.

92
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 8.13: OOPs! JAVA Facebook Group Sep 11 Fan Page.

Manakala untuk pembelajaran pula, para pelajar telah diberikan tugasan untuk menyediakan bahan sama ada menggunakan YouTube, Wikispaces atau Blog berdasarkan topik yang telah diagihkan. Rajah 8.14 hingga 8.16 menunjukkan sebahagian hasil tugasan tersebut.

Rajah 8.14: Wiki JAVA di Wikispaces hasil kolobrasi para pelajar SKJ1013 Semester1 Sesi 2011/12.

93
Web 2.0@USIM

Rajah 8.15: Contoh Blog dalam goals.usim.edu.my.

Rajah 8.16: JavaDiUSIM Channel di YouTube.

PANDANGAN PArA PELAJAr TErHADAP PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0


Tinjauan telah dijalankan setelah semua tugasan diserahkan menggunakan Google Docs Form contohnya seperti dalam Rajah 8.17. Seramai 112 (79%) pelajar telah memberikan respon kepada tinjauan ini.

94
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 8.17: Ilustrasi sebahagian dari soal selidik.

Jadual 8.1 Aplikasi yang digunakan untuk e-Pembelajaran Facebook - Java@USIM Sep 11 YouTube Blog Wiki Aplikasi Bil. 56 59 60 58

Peratus 50 53 54 52

Berikut adalah ringkasan kepada respon yang diberikan oleh para pelajar mengikut skala Likert .
Jadual 8.2 Ringkasan dapatan daripada pelajar SKJ1013 Pengaturcaraan JAVA Semester 1, Sesi 2011/12
SOALAN PENGGUNAAN DALAM PEMBELAJArAN / TUGASAN 1. Pengalaman menggunakan aplikasi 1. Darjah kesukaran menggunakan aplikasi Web 2.0 21% 2% 12% 9% 32% 40% 28% 40% 7% 9% Tidak Setuju 1 2 3 4 Setuju 5

Peningkatan Minat, Komitmen dan Semangat Kerja Berkumpulan 2. Meningkatkan minat untuk melaksanakan tugasan 3. Meningkatkan komitmen untuk menyiapkan tugasan 4. Kerjasama/Kolaborasi sangat bermanafaat 0% 1% 1% 3% 1% 0% 20% 16% 5% 49% 54% 43% 29% 28% 51%

95
Web 2.0@USIM 5. Kerja kumpulan lebih efekif 6. Lebih suka kaedah tradisi dicetak di atas kertas 0% 19% 0% 37% 9% 37% 36% 5% 55% 3%

PENGUNAAN UNTUK PENGAJArAN DAN SUMBEr rUJUKAN 7. Kesesuaian Facebook 8. Kesesuaian YouTube 9. Kesesuaian Goals Blog 10. Kesesuaian Wikispaces 11. Aplikasi membantu SEBELUM kuliah 12. Aplikasi membantu SELEPAS kuliah meningkatkan meningkatkan kefahaman kefahaman 2% 2% 1% 1% 0% 1% 6% 0% 0% 2% 1% 2% 1% 1% 11% 4% 15% 26% 17% 26% 35% 21% 37% 21% 46% 43% 44% 48% 44% 49% 33% 52% 37% 28% 38% 23% 21% 28% 13% 23%

13. Aplikasi membantu meningkatkan kefahaman saya walaupun TIDAK HADIr kuliah 14. Keberkesanan bahan e-Pembelajaran menggunakan teknologi Web 2.0 ke atas pengetahuan anda.

Secara umumnya respon daripada para pelajar sangatlah menggalakkan dan hampir kesemua kumpulan telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan sehari lebih awal dari tarikh serahan. Ini satu yang sangat memberangsangkan dan menunjukkan minat dan komitmen yang sangat baik daripada para pelajar. Rajah 8.18 menunjukkan pecahan pembahagian tugas mengikut aplikasi Web 2.0 yang digunakan. Berdasarkan maklumbalas daripada pelajar, 67% telah pun mempunyai pendedahan kepada aplikasi Internet ini dan 89% menyatakan mereka tiada masalah dalam menggunakan aplikasi ini. Para pelajar telah mempunyai pendedahan yang tinggi dalam dunia digital dan Internet. Suatu yang sangat memberangsangkan, lebih dari 80% responden menyatakan adanya peningkatan minat dan komitmen dalam menyiapkan tugas dimana hanya 8% sahaja yang memilih kaedah tradisional yakni mencetak di atas kertas sebagai medium penghantaran tugasan. Nyata mereka begitu berkemahiran dan mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dalam membuat tugasan. Seterusnya 90% pelajar merasakan bahawa penggunaan aplikasi itu mampu meningkatkan kerjasama dan kolobarasi dalam kalangan pelajar menghasilkan satu kerja berpasukan yang menyeronokkan dan efektif. Daripada segi e-Pembelajaran, lebih dari 70% responden menyatakan aplikasi YouTube, Blog, Wikis dan Facebook sesuai untuk digunakan sebagai sumber rujukan

96
Web 2.0@IPTA Malaysia

bahan-bahan. Menariknya lebih 98% pelajar menyatakan bahawa bahan yang dimuat naik dalam aplikasi ini mampu meningkatkan kefahaman mereka sebelum dan selepas kuliah dimana lebih 70% responden merasakan bahan e-Pembelajaran ini dapat membantu kefahaman mereka jika mereka tidak dapat hadir kuliah. Secara keseluruhan, 96% responden bersetuju bahawa aplikasi Web 2.0 yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka.

KESIMPULAN
Secara umumnya, penggunaan aplikasi atau teknologi Web 2.0 ini telah berjaya meningkatkan minat dan komitmen pelajar kepada kuliah, makmal dan tugasan. Ini dapat dilihat daripada kehadiran yang hampir 100% setiap kali sesi kuliah dan makmal. Statistik pencapaian ke Java@USIM Sep 11 Fan page juga menunjukkan trafik yang tinggi dalam mencapai bahan yang dimuat naik. Maklumbalas daripada pelajar dalam kajian turut mengalu-alukan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses P&P dan memberikan masa yang lebih produktif apabila mereka melayari Facebook dan Internet umumnya. Jelas para pelajar yang dibesarkan dalam dunia teknologi maklumat atau generasi digital ini dapat dibantu dan pertingkatkan minat mereka terhadap subjek pembelajaran dengan penggunaan teknologi Web 2.0. Dengan peningkatan kepada trafik jalur lebar, aplikasi ini akan lebih mudah dan cepat untuk dicapai dan dapat meningkatkan prestasi para pelajar USIM secara umumnya.

PENGENALAN
Dunia komunikasi dewasa ini berkembang dengan sangat pesat, termasuk dengan perkembangan Internet. Perkembangan Internet sendiri kemudian juga dimonopoli dengan meningkatnya populariti Social Network Services (SNS) atau yang lebih dikenal dengan jaringan sosial. Justeru itu, jaringan sosial yang sangat popular pada masa ini ialah Facebook yang telah berjaya menarik minat pelbagai golongan untuk tujuan komunikasi berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara online. Fenomena ini menarik kerana pada awalnya Facebook hanya berfungsi sebagai salah satu media social networking yang bertujuan sebagai tempat saling berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain. Kemudian dilihat oleh sebahagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan P&P online. Wiki (Wikispaces) sering kali digunakan untuk mewujudkan kolaboratif laman sesawang bagi sesebuah kumpulan mahupun komuniti. Ia menyediakan seorang editor untuk pengguna ataupun ahli-ahli Wiki bagi menyumbang atau berkongsi isi kandungan di dalam kumpulan itu. Walaupun terdapat banyak sistem yang membolehkan kita berkongsi dan berbincang tentang kandungannya, Wiki menyediakan lebih rencana dalam fungsinya. Bagi menyokong proses P&P, Wiki boleh digunakan sebagai platform penilaian setara bagi pengajaran dan latihan yang kritikal dalam kalangan pelajar. Kebanyakan sistem pengurusan pembelajaran yang wujud membenarkan pengguna untuk memuat naik kandungan dan menyediakan alat untuk perbincangan. Walau bagaimanapun, terdapat pengetahuan bagi pelajar untuk menggunakannya secara efektif. Pengguna mungkin berhadapan dengan kesukaran atau ketidakselesaan ketika melakukan atau mengikuti proses pembelajaran. Sebagai contoh, ciri-ciri memuat naik kandungan memerlukan pelajar untuk memuat turun kandungan sebelum pengguna

Sazilah Salam Norasiken Bakar Abdul Samad Shibghatullah Nuridawati Mustafa

Bab 9 Web 2.0@UTeM

98
Web 2.0@IPTA Malaysia

boleh memulakan penyemakan semula dan memberi maklumat. Tambahan pula, alat perbincangan biasanya tidak dapat dikaitkan dengan kandungan yang dimuat naik.

PENGGUNAAN FAcEBOOK SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAr BAGI PENGAJArAN & PEMBELAJArAN
Kebanyakan pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM telah menggunakan Facebook sebagai satu saluran yang sangat mudah untuk berkomunikasi dengan para pelajarnya. Facebook digunakan untuk membantu mereka dalam memantapkan proses P&P. Hasil daripada temubual dengan pensyarah di FTMK mengenai Facebook adalah seperti berikut: a) Kaedah Facebook Para pelajar telah dikategorikan mengikut kelas dan dijadikan sebagai kumpulan bagi memudahkan penghantaran maklumat secara serentak. b) Kegunaan Facebook Kebanyakan pensyarah menggunakan Facebook semasa di luar waktu pengajaran tetapi ada juga pensyarah yang menggunakan Facebook semasa makmal iaitu bagi latihan mengenal pasti coding sesuatu bahasa. Bagi mana-mana pelajar yang akan memperolehi jawapan coding dahulu akan berkongsi dengan kawan-kawan yang lain semasa proses P&P sedang berlangsung dalam makmal. c) Tujuan Facebook Pensyarah akan menggunakan saluran Facebook dengan tujuan untuk menyebar luas maklumat mengenai pembatalan kelas, ingatan tarikh penghantar projek, tugasan, kuiz, peperiksaan pertengahan dan akhir semester kerana Facebook merupakan medium komunikasi yang sangat popular. Di samping itu, Facebook juga bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang mereka kurang jelas semasa dalam kelas. Ada juga pensyarah yang menggunakan Facebook dengan tujuan untuk membuat forum yang diberikan markah. Contohnya, pensyarah berkenaan memberikan satu tajuk dan meminta pelajar memberi justifikasi dalam 100 patah perkataan dan jawapan yang diberi tidak boleh sama dengan jawapan daripada pelajar yang lain. Peranan pensyarah berkenaan akan memastikan jawapan pelajar yang bernas dan munasabah akan diberi markah 1 hingga 5. Namun begitu pensyarah dan pelajar akan membuat perbincangan mengenai topik-topik projek dan isi kandungan P&P dalam Facebook.

99
Web 2.0@UTeM

d) Faedah Facebook Kebanyakan pensyarah memilih saluran komunikasi Facebook kerana ianya mudah untuk berkomunikasi iaitu pensyarah boleh berkomunikasi dengan pelajar mereka pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada selagi ada kemudahan Internet. Faedah yang paling ketara ialah bagi pelajar yang sukar untuk memberi idea atau bercakap dalam kelas atau makmal maka melalui Facebook mereka akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea, sekiranya ada dalam kalangan pelajarpelajar lain yang memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh pensyarah berkenaan. Secara tidak langsung, pensyarah dapat mengenalpasti sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa pensyarah mengajar dalam kuliah maka semasa di luar waktu kuliah pelajar berkenaan boleh menggunakan saluran Facebook untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka dengan mendapat maklumbalas daripada pelajar lain dan pensyarah. e) Kesesuaian Penggunaan Facebook Kebanyakan pensyarah telah menggunakan Facebook yang berkaitan dengan P&P di samping dapat membina pembangunan Kemahiran Sosial (Sosial Skill). Bagi mengenal pasti peratus kemahiran sosial yang telah terbina melalui Facebook maka satu soal selidik secara online seperti di Lampiran A telah diberikan kepada pelajar di UTeM. Seramai 97 pelajar telah menjawab soalselidik tersebut dengan skala: Skala 1. Sangat Tidak Setuju Skala 5. Sangat Setuju Rajah 9.1 hingga 9.6 menunjukkan peratusan Kemahiran Sosial melalui Facebook. Kemahiran Sosial telah dikategorikan kepada 6 kemahiran seperti berikut: i. Kemahiran Jangka Panjang. Rajah 9.1 telah menunjukkan seramai 64 % pelajar bersetuju dan sangat bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran jangka panjang.

100
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 9.1: Kemahiran jangka panjang.

ii. Kemahiran Komunikasi Rajah 9.2 telah menunjukkan seramai 63 % pelajar bersetuju dan sangat bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran komunikasi.

Rajah 9.2: Kemahiran komunikasi.

iii. Kemahiran Penyelesaian Masalah Rajah 9.3 menunjukkan seramai 57 % pelajar bersetuju dan sangat bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran penyelesaian masalah.

Rajah 9.3: Kemahiran penyelesaian masalah.

101
Web 2.0@UTeM

Kemahiran Kepimpinan Rajah 9.4 telah menunjukkan seramai 41 % pelajar bersetuju dan sangat bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran kepimpinan.

Rajah 9.4: Kemahiran kepimpinan.

v. Kemahiran Nilai Moral Rajah 9.5 telah menunjukkan seramai 54 % pelajar bersetuju dan sangat bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran nilai moral.

Rajah 9.5: Kemahiran nilai moral.

vi. Kemahiran Berkumpulan Rajah 9.6 telah menunjukkan seramai 60 % pelajar bersetuju Facebook dapat melahirkan kemahiran berkumpulan.

102
Web 2.0@IPTA Malaysia

Rajah 9.6: Kemahiran berkumpulan.

Maklum balas bertulis pelajar terhadap beberapa faedah Facebook i. Pelajar lebih mudah berkomunikasi sesama mereka dan dapat melihat maklumat yang diberi oleh pensyarah apabila ia dibincangkan. ii. Pelajar lebih mudah untuk mendapatkan pengemaskinian jadual waktu kelas. iii. Pelajar dapat menyelesaikan masalah kurang pemahaman semasa di dalam kelas. iv. Pelajar dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan, melakukan perbincangan dan menerokai sesuatu subjek daripada sumber yang berbeza bagi rakan yang berbeza. v. Mudah digunakan, kos yang rendah, menjimatkan masa, boleh dicapai di manamana sahaja, menjadi lebih bertanggungjawab dan pada masa yang sama pelajar berani untuk menyuarakan pendapat. vi. Pelajar boleh berhubung dengan pensyarah dan rakan yang lain di mana menjadikan pelajar lebih berkeyakinan di dalam pembelajaran serta dapat menjalinkan hubungan yang baik di antara pensyarah dan rakan-rakandisamping memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris. Kaedah ini merupakan salah satu alternatif untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pelajar dalam proses P&P. vii. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran penyelidikan. viii. Dapat menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah menarik perhatian pelajar. ix. Kerjasama antara pelajar dapat dibina semasa sesi perbincangan. x. Boleh merapatkan hubungan pensyarah dengan pelajar kerana pelajar dapat berkomunikasi dengan rakan dalam satu kumpulan secara serentak dan dengan pensyarah pada bila-bila masa. xi. Pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

103
Web 2.0@UTeM

xii. Kesan pembelajaran yang efektif bagi pelajar, tugasan dapat diselesaikan dengan lebih sempurna (dengan bantuan teknik berkumpulan), komunikasi antara pelajar dan pensyarah sama ada formal atau tidak formal dapat ditingkatkan dan menepati masa. Shot Skrin Facebook contoh 1 : Pensyarah telah menggunakan Facebook semasa dalam makmal komputer di mana pelajar bertanyakan soalan pada pensyarah tentang masalah coding, tetapi kawankawan lain yang dahulu memberi jawapan dan akhirnya baru pensyarah memberi komen tentang jawapan yang diberi sama ada betul atau salah.

104
Web 2.0@IPTA Malaysia

contoh 2: Pensyarah telah menggunakan saluran Facebook untuk memberi ujian kepada pelajar dengan mempunyai rubrik.

105
Web 2.0@UTeM

106
Web 2.0@IPTA Malaysia

contoh 3 : Pensyarah telah menggunakan Facebook untuk membincangkan mengenai Tugasan Projek pelajar.

WIKISPAcES SEBAGAI PLATFOrM PENILAIAN SETArA PrOJEK PELAJAr


Penggunaan Wikispaces Sebagai Platform Penilaian Setara Projek Pelajar Platform penilaian setara adalah tempat di mana pelajar boleh berkongsi hasil penemuan projek mereka dan pelajar yang lain berpeluang untuk menilai keputusannya serta akan memberi kritikan. Ini dapat melatih pelajar untuk menyediakan kritikan dan membolehkan pensyarah mengetahui kemahiran pemikiran kritis pelajar. Wiki adalah alat yang membenarkan perkongsian kandungan dan membenarkan pengguna untuk menggunakan alat perbincangan sejajar dengan kandungan yang tertentu. Ia menyediakan fungsi editor untuk pengguna berkongsi kandungan mereka bagi penyalinan dan pelekatan secara terus daripada dokumen yang asli, supaya pengguna yang mahu membaca kandungan yang dikongsi, tidak perlu memuat

107
Web 2.0@UTeM

turun yang akan mengambil masa yang lama untuk mereka terlibat dalam proses perbincangan. Bagi menggunakan Wiki sebagai platform penilaian setara didalam proses P&P, pensyarah perlu mewujudkan Wiki dan menjemput semua pelajar untuk menyertai Wiki. Kemudian, pensyarah perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk mencipta Wiki mereka sendiri dan melibatkan diri di dalam perbincangan pada Wiki mereka. Tanpa tunjuk ajar, pelajar hanya akan memuat naik dokumen mereka daripada menggunakan editor untuk berkongsi isi kandungan. Pelajar juga akan lebih menggunakan alat perbincangan yang berbeza sekiranya mereka tidak diberi tunjuk ajar untuk menggunakan alatan kepada isi kandungan secara terus. Wiki membenarkan kedua-dua jenis penggunaan alat perbincangan. Shot Skrin Wikispaces: Sebagai Alat untuk Latihan Kemahiran Pemikiran Kritis

108
Web 2.0@IPTA Malaysia

109
Web 2.0@UTeM

110
Web 2.0@IPTA Malaysia

KESIMPULAN
Teknologi terkini Web 2.0 banyak membantu dan mendatangkan kebaikan apabila digunakan dengan cara yang betul seperti penggunaan Facebook dan Wiki boleh dimanfaatkan dalam proses P&P secara tidak formal. Dengan adanya Facebook dan Wiki ruang lingkup pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam kelas malahan dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan bantuan Internet. FTMK sebagai fakulti peneraju dalam teknologi maklumat telah memanfaatkan Facebook dan Wiki dalam proses P&P. Melalui temubual bersama pensyarah dan pelajar yang menggunakan Facebook dan Wiki dapat disimpulkan bahawa banyak kebaikan dalam penggunaan Facebook dan Wiki iaitu memudahkan komunikasi, kos komunikasi yang murah atau percuma, merapatkan jurang antara pensyarah dan pelajar, memudahkan perbincangan dan membantu dalam pembinaan kemahiran insaniah tertentu seperti kerjasama kumpulan serta sebagai alat untuk latihan Kemahiran Pemikiran Kritis.

Lampiran A Soalselidik secara online

Bab 10 Web 2.0@UPNM

PENGENALAN
Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, penggunaan kemudahan Web 2.0 akan memberi banyak manfaat kepada pendidik dan pelajar. Walau bagaimana maju dan dinamik sesuatu platform Web 2.0, perkara paling utama yang harus dititik beratkan ialah kesedaran dan kesediaan pengguna tentang kelebihan dan kekurangan Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Objektif utama bab ini adalah untuk mendapatkan maklum balas kakitangan akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tentang kesedaran dan kesediaan mereka menggunakan Web 2.0 sebagai salah satu alat bantu mengajar. Kakitangan akademik yang terlibat dalam kajian ini adalah mereka yang mengajar Bahasa Inggeris yang terdiri daripada tiga orang pensyarah, sembilan orang guru bahasa dan dua orang tutor. Temubual bersama semua kakitangan akademik ini telah dilaksanakan dalam bulan September 2011 dan setiap seorang diberikan tiga soalan. Setiap temubual mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Hasil daripada temubual menunjukkan yang hampir semua tenaga pengajar Bahasa Inggeris di UPNM tidak memahami fungsi dan potensi Web 2.0. Justeru, beberapa langkah yang sangat kritikal akan dibincangkan sebagai persediaan memperkenalkan dan meningkatkan penggunaan Web 2.0 di UPNM. Kemudahan telekomunikasi yang semakin canggih membolehkan pembelajaran sepanjang hayat terlaksana dengan berkesan. Penggunaan Internet dan juga kecanggihan teknologi Web 2.0 juga telah menyumbang kepada peningkatan kebolehpercayaan terhadap kuasa e-Pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa isu utama yang harus dihadapi oleh pengguna-pengguna yang ingin terus menjadikan Internet sebagai satu perantara P&P). Penulisan ini adalah salah satu usaha ke arah meningkatkan penggunaan e-Pembelajaran di UPNM.

Jowati Juhary

114
Web 2.0@IPTA Malaysia

Latar Belakang Sistem e-Pembelajaran di UPNM Sebagai IPTA yang yang baru berusia empat tahun, cabaran utama UPNM ialah menjana kaedah P&P yang berkesan. Salah satu perantara pengajaran yang juga disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah (KPT) adalah e-Pembelajaran. KPT melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTPN) yang dilancarkan pada tahun 2007 telah menggariskan beberapa Agenda Projek Kritikal (CAP) yang harus dilaksanakan di IPT. Salah satu daripadanya ialah e-Pembelajaran dan dalam usaha membuktikan kesungguhan pihak KPT, Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) telah dilancarkan pada bulan April 2011. Bagi menyahut seruan ini, UPNM telah membuat satu pembelian Sistem Pengurusan Pembelajaran daripada pihak swasta. Pembelian ini sebagai satu langkah terancang kerana sebagai sebuah universiti baharu, kemahiran kakitangan akademik dan teknikal agak terbatas. Sistem yang diberi nama My Online Classroom e-Learning ini bersifat mesra pengguna. Sepanjang tahun 2010 dan awal tahun 2011, latihan kepada kakitangan teknikal daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) UPNM serta latihan penggunaan kepada kakitangan akademik telah giat dijalankan oleh pihak vendor dan juga pihak Pusat Pembangunan Profesional (PPP) UPNM.

Rajah 10.1: Paparan utama Sistem Pengurusan Pembelajaran di UPNM.

Walau bagaimanapun, secara umumnya kakitangan akademik di UPNM tidak begitu teruja menggunakan sistem ini. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, sistem ini dapat membantu kakitangan akademik UPNM dalam memantapkan P&P. Oleh kerana

115
Web 2.0@UPNM

e-Pembelajaran telah digunakan secara meluas di Malaysia sejak dua dekad lalu, IPT Malaysia telah mula mengorak langkah ke arah penggunaan Web 2.0 di dalam dan luar dewan kuliah. Persoalannya, di manakah tahap penggunaan e-Pembelajaran di UPNM semasa rakan-rakan akademik daripada IPT yang lain bertungkus lumus mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan bantuan Web 2.0? Oleh kerana sistem pengurusan pembelajaran ini juga berstatus baharu, agak sukar mendapatkan jawapan yang sebenar. Walaupun begitu, bab ini cuba merungkai pemahaman dan kesediaan kakitangan akademik di UPNM tentang Web 2.0 yang boleh didapati dengan mudah di Internet.

Kajian tentang Web 2.0 di UPNM Kajian ini hanya menumpukan kepada 14 orang kakitangan akademik dari Jabatan Bahasa dan Budaya UPNM yang mengajar Bahasa Inggeris. Rasional utama pemilihan kakitangan akademik ini sebagai responden kajian ialah kerana mereka menggunakan MyLinE (My Learning in English) sebagai salah satu bahan P&P yang dibangunkan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Usaha ini telah menarik minat pihak KPT dan pada tanggal 16 September 2008, MyLinE telah dibuka kepada semua pelajar IPTA. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan bahan-bahan bercetak dan dalam talian tentang Web 2.0 dan juga temubual bersama 14 kakitangan akademik yang mengajar Bahasa Inggeris di UPNM. Sebanyak tiga soalan diajukan kepada semua responden dan masa yang diambil untuk setiap sesi temubual adalah lebih kurang 15 minit bagi setiap responden. Setiap jawapan diasingkan berdasarkan tematema yang telah ditetapkan semasa analisis kandungan dilaksanakan. Artikel ini mempunyai lima bahagian utama. Bahagian pengenalan ini merupakan bahagian pertama. Bahagian kedua membincangkan Web 2.0 dan kajian yang dilaksanakan ke atas keberkesanannya dalam proses P&P. Seterusnya, artikel ini membentangkan analisis dan perbincangan jawapan daripada responden. Cadangan tentang beberapa perkara kritikal akan dibentangkan sebelum bahagian penutup.

116
Web 2.0@IPTA Malaysia

WEB 2.0
Web 2.0 merupakan gaya baharu dalam penggunaan laman web. Istilah Web 2.0 menjadi semakin popular semasa Persidangan Web 2.0 di San Francisco pada tahun 2004. Di antara ciri-ciri utama Web 2.0 ialah laman sesawang menjadi satu platform penting, kepandaian aplikasi dimanfaatkan secara kolektif, pengumpulan dan pengurusan data yang berkesan, pembaharuan sistem dan perisian yang berterusan, pengunaan teknik pengaturcaraan yang ringan, pengintegrasian aplikasi secara serentak dan aplikasi yang memperkayakan pengalaman pengguna. Di antara aplikasi Web 2.0 ialah blog, Wiki, Facebook dan pelbagai lagi aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam membantu P&P. Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyenaraikan pelbagai aplikasi Web 2.0 yang mampu membantu kakitangan akademik memilih perkakasan yang bersesuaian dengan mereka. Disebabkan kepelbagaian aplikasi Web 2.0, beberapa kelebihan Web 2.0 seperti berikut: i. Memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam mereka cipta laman sesawang berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya dalam Wikipedia atau laman sesawang e-Bay yang menciptakan perniagaan maya dengan adanya pengguna dan penjual dalam talian. Memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa perkara seperti paparan pengguna, model programming ataupun model perniagaan Melakukan perkongsian maklumat yang boleh didapati secara terkini, cepat dan tepat. Menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia.

ii. iii. iv.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan Web 2.0 seperti yang dinyatakan di bawah: i. ii. Pengguna akan lalai kerana terlalu lama berdepan dengan rakan sosial hingga menyebabkan pengguna lupa dengan tanggungjawab. Pengguna itu lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka anti dunia fizikal.

117
Web 2.0@UPNM

iii.

Gangguan oleh individu tidak dikenali yang tanpa disedari menceroboh data pengguna. Oleh sebab itu pengguna perlu berhati-hati dalam membenarkan rakan yang baru dikenali memasuki senarai rakan sosial.

KESEDArAN DAN KEFAHAMAN TENTANG WEB 2.0


Dapatan daripada jawapan-jawapan responden telah diletakkan dalam beberapa tema utama. Responden telah ditanya tiga soalan seperti berikut: i. Apa yang anda tahu tentang Web 2.0? (Kemudian responden dimaklumkan apakah yang dimaksudkan sebagai Web 2.0) Pernahkah menggunakan Web 2.0 dalam P&P di UPNM? Pada pendapat anda bagaimana Web 2.0 boleh membantu anda sebagai kakitangan akademik? Pada pendapat anda bagaimana Web 2.0 boleh membantu pelajar?

ii. iii.

Sebelum perbincangan lanjut dilakukan, demografi responden diringkaskan dalam Jadual 10.1. Dapat disimpulkan kepelbagaian latar belakang responden tidak mempengaruhi jawapan mereka yang hampir serupa. Secara tidak langsung, ini mungkin membuktikan bahawa persekitaran di UPNM telah menyebabkan responden berpandangan sama.
Jadual 10.1 Demografi Responden Kajian Lelaki 25-30 tahun Sarjana Muda 5 0-3 tahun 2 0-3 tahun 5 6 4 Perempuan 10

Aspek Demografi Jantina Umur

Pengukuran

31-35 tahun 3 Sarjana 6 4-7 tahun 7 4-7 tahun 6

36-40 tahun 2 PhD 3 8-11 tahun 2 8-11 tahun 3

41 tahun ke atas 3

Kelayakan Akademik

Pengalaman Mengajar

11 tahun ke atas 11 tahun ke atas 3

Tahun Mengajar di UPNM/ATMA*

*ATMA = Akademi Tentera Malaysia (1995-2006)

118
Web 2.0@IPTA Malaysia

Kesedaran Daripada 14 responden, tiada yang mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Web 2.0 apabila soalan pertama diajukan kepada mereka. Perkara ini amat memeranjatkan kerana lapan daripada 14 responden adalah mereka yang tergolong dalam kumpulan yang digelar digital natives. Kumpulan ini dilahirkan selepas tahun 1980-an. Selepas definisi umum dinyatakan, dua orang responden sahaja yang pernah menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam P&P mereka. Aplikasi yang digunakan ialah YouTube dan Facebook. Walaupun dua orang responden pernah menggunakan aplikasi Web 2.0, penggunaan yang tidak sistematik menyebabkan impak terhadap pelajar menjadi kurang berkesan. Ini diakui oleh kedua-dua responden terbabit yang tidak pasti bagaimana menggunakan aplikasi Web 2.0 dengan lebih efisien. Kefahaman Kefahaman responden tentang e-Pembelajaran dan Web 2.0 adalah selari kerana sembilan responden menyatakan ketidakselesaan dalam menggunakan sistem pengurusan pembelajaran UPNM serta MyLinE. Disebabkan kurang kefahaman tentang potensi Web 2.0 juga, semua kesembilan responden menyatakan ketidakselesaan tentang usaha-usaha awal yang perlu dilakukan sebelum bahan-bahan P&P dapat dibangunkan. Seorang responden mengakui yang beliau kurang yakin dengan kebolehan Web 2.0 sebagai pengantara dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan. Ini kerana bahan-bahan yang dibangunkan mengambil masa untuk menjadi sesuatu yang stabil dan boleh dipercayai. Pendapat responden ini disokong oleh tiga responden lain yang menyatakan kebimbangan tentang keupayaan Web 2.0. Daripada jawapan responden ini, dapat disimpulkan bahawa mereka tidak mempunyai kefahaman bagaimana Web 2.0 dapat membantu mereka sebagai kakitangan akademik. Persoalan yang kerap ditimbulkan dan yang sepatutnya telah dapat difahami semua pendidik ialah tentang fungsi dan tanggungjawab perantara dalam talian dan kakitangan akademik secara fizikal. Telah banyak kajian yang cuba meyakinkan semua kakitangan akademik bahawa e-Pembelajaran dan Web 2.0 tidak akan menggantikan pensyarah secara total sebaliknya e-Pembelajaran dan aplikasi Web 2.0 hanya akan menyokong P&P sedia ada. Kemahiran Hampir semua responden mengakui yang mereka memerlukan latihan yang berterusan sekiranya Web 2.0 menjadi perkara wajib di UPNM. Daripada 14 responden, hanya lapan orang yang pernah mengikuti kursus yang berkaitan dengan e-Pembelajaran di UPNM. Kursus ini meliputi penggunaan sistem pengurusan pembelajaran yang dibeli

119
Web 2.0@UPNM

pihak pengurusan manakala kursus-kursus lain seperti pembangunan e-Kandungan, P&P dalam talian dan sebagainya tidak pernah dihadiri oleh semua responden. Apabila diselidiki dengan lebih mendalam, dapat disimpulkan bahawa kesedaran dan kefahaman responden tentang e-Pembelajaran dan seterusnya Web 2.0 dapat ditingkatkan sekiranya kemahiran mereka diasah dengan sistematik dan berkesan. Satu atau dua kursus berkaitan e-Pembelajaran dan Web 2.0 tidak akan dapat membantu meningkatkan kemahiran. Apa yang diperlukan oleh semua responden adalah satu mekanisma yang akan membantu mereka menambah nilai kaedah pengajaran masing-masing. Mereka harus berani untuk learn, relearn dan unlearn. Ini bermaksud, kaedah pengajaran yang tidak lagi bersesuaian dalam era globalisasi ini mungkin perlu dihapuskan daripada senarai kaedah pengajaran kakitangan akademik UPNM.

Kekangan Lain Responden juga ada menyatakan beberapa isu yang juga tidak kurang pentingnya. Pertama adalah isu tentang kemudahan infrastruktur bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang berkaitan e-Pembelajaran. Walaupun UPNM mempunyai jalur lebar berkapasiti 64mbps, kerap kali terdapat gangguan terhadap kelajuan jalur lebar terbabit. Memandangkan UPNM sedang dalam rangka pembinaan kemudahan di kawasan sekitar kampusnya, tidak mustahil gangguan ini kerap kali terjadi. Oleh itu, responden mencadangkan penggunaan WiFi yang akan dapat membantu mereka mencari bahan-bahan dalam talian yang bersesuaian dan juga bereksplorasi dengan Web 2.0. Kedua adalah isu berkaitan masa pelajar yang kerap kali memberikan alasan apabila diminta kakitangan akademik membuat rujukan atau menggunakan bahanbahan P&P dalam talian. Jadual waktu pelajar kadet terutamanya yang sangat padat menyebabkan masa bagi mereka melayari laman sesawang yang berkaitan dengan kursus yang diambil ataupun penggunaan sistem pengurusan pembelajaran UPNM sangat terhad. Enam responden menyatakan kegusaran mereka dalam memastikan pelajar dapat memanfaatkan Web 2.0 kerana kekangan masa ini. Secara ringkasnya, berdasarkan soalan yang diajukan kepada semua responden, mereka agak ragu-ragu dengan potensi yang ada pada Web 2.0. Walaupun begitu, mereka juga sangat optimis yang apabila mereka mempunyai kemahiran yang mencukupi, kakitangan akademik ini mampu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sudah mereka miliki. Apa yang penting, menurut tiga responden adalah keupayaan mereka sebagai kakitangan akademik dalam memberikan pilihan bahan-bahan pembelajaran kepada pelajar, dan terpulang kepada pelajar dalam

120
Web 2.0@IPTA Malaysia

memilih bahan-bahan dan perantara yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran masing-masing. Ini bermaksud, kakitangan akademik yang mengajar Bahasa Inggeris di UPNM masih belum bersedia untuk menangani cabaran penggunaan Web 2.0 pada ketika ini.

cADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan tinjauan awal ini, cadangan penambahbaikan disenaraikan seperti berikut: i. Setelah hampir empat tahun beroperasi, PTMK sewajarnya mempunyai Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang komprehensif yang mendapat kelulusan Senat UPNM dan seterusnya menyokong Dasar e-Pembelajaran UPNM. Tanpa kedua-dua dasar ini, agak sukar untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada kakitangan akademik tentang fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Unit e-Pembelajaran bersama-sama dengan Ketua CAP e-Pembelajaran UPNM seharusnya diberi mandat penuh dalam membuat keputusan dan polisi tentang latihan berkaitan e-Pembelajaran dan aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang dapat membantu proses P&P. Tanpa kuasa ini, tiada satu tempat rujukan yang dapat digunakan oleh kakitangan akademik tentang isu-isu berkaitan P&P dalam talian. Modul-modul e-Pembelajaran dan penggunaan Web 2.0 seharusnya menjadi kayu pengukur dalam proses penilaian kenaikan pangkat atau anugerah kepada kakitangan yang menjayakannya. Pengiktirafan ini wajar dilaksanakan kerana banyak masa dan tenaga yang dicurahkan dalam memastikan bahanbahan e-Kandungan berkualiti dapat dibangunkan. Pihak pengurusan juga mestilah lebih berani dalam membeli peralatan ataupun perkakasan yang dapat membantu kakitangan akademik dalam mencipta bahan-bahan P&P yang berkesan. Pembelian perisian seperti LectureMaker dan CAMTASIA bakal merubah senario pembangunan e-Kandungan di UPNM. Perisian ini apabila digabungkan dengan aplikasi Web 2.0 akan menjadi satu perantara yang sangat relevan dan berupaya menjana pemikiran kritis.

ii.

iii.

iv.

121
Web 2.0@UPNM

v.

Pihak pengurusan seharusnya berfikiran terbuka dalam menangani isu penggunaan Web 2.0. Galakan pihak pengurusan seperti tidak menghalang kakitangan akademik dalam mengakses YouTube dan aplikasi Web 2.0 yang lain mencerminkan kesungguhan dan keazaman pihak pengurusan dalam usaha menyokong kepelbagaian kaedah P&P di UPNM.

KESIMPULAN
Anjakan paradigma penggunaan Web 2.0 di Malaysia akan hanya dapat direalisasikan di UPNM sekiranya pihak pengurusan benar-benar bertekad dalam memastikan beberapa perkara seperti yang dicadangkan. Komitmen pihak pengurusan amat kritikal kerana kakitangan akademik melihat komitmen ini sebagai akujanji pihak pengurusan untuk mencapai P&P yang berkualiti di UPNM. Walaupun kajian awal ini tidak melaksanakan soal selidik ke atas semua kakitangan akademik UPNM yang berjumlah 225 orang pada masa ini, dapat disimpulkan secara awal yang kesedaran dan kefahaman tentang Web 2.0 amat perlu dalam memastikan keseragaman misi dan visi pendidikan dan latihan di UPNM.

You might also like