You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 22

26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
LAWATAN RIADAH KE
KIDZANIA DAN MENARA
KUALA LUMPUR

TARIKH :
28 MEI 2016 (Sabtu)

MASA :
7.00 pagi – 8.00 MALAM

ANJURAN :
UNIT KAUNSELING & UNIT DISIPLIN
1.0 PENDAHULUAN

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah semata-mata, malah dapat
diperolehi melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas. Guru-guru sebagai pembimbing boleh
mendorong para pelajar menimba suatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana
berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan
lagi daya ingatan para pelajar.

Atas kesedaran ini, tenaga pengajar SK LKTP Jengka 22 di bawah Unit Kaunseling dan
Unit Disiplin telah merancang satu program “Lawatan Riadah ke Kidzania Kuala Lumpur” iaitu
sebuah kota di mana kanak-kanak berpeluang menjalani kehidupan berdikari dan memahami
dunia golongan dewasa, dengan menjalani kehidupan sebagai orang dewasa. Kidzania
merupakan pusat hiburan yang berbentuk pembelajaran interaktif dan pengalaman bekerja
untuk anak-anak.

Pelbagai aktiviti lakon peranan yang meriangkan disediakan dan direka khusus untuk
merangsang tumbesaran fizikal dan intelektual kanak-kanak. Ini turut menyumbang ke arah
perkembangan kemahiran dan perwatakan mereka. Malah, kandungan bagi tiap-tiap aktiviti
di setiap premis berkait rapat dengan subjek yang dipelajari di sekolah. Menerusi ‘lakon
peranan’, kanak-kanak lebih memahami keadaan dunia sebenar.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif program lawatan ini diadakan adalah :


2.1 Membuka minda para pelajar tentang pengetahuan mengenai dunia orang dewasa
2.2 Pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan di samping persediaan menghadapi
kehidupan bekerja
2.3 Mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru agar lebih harmoni
bagaikan sebuah keluarga.
2.4 Membantu dalam pembentukan moral dan pembentukan sosial murid-murid

3.0 SASARAN

Program lawatan ini dikhususkan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta Pengerusi dan Naib Pengerusi Unit Beruniform, Kelab
dan Persatuan serta Sukan dan Permainan SK LKTP Jengka 22.

4.0 AJK PELAKSANA


PENAUNG : En. Ruslan b. Basharuddin
PENASIHAT : En. Hairol Nazim bin Nazri
SETIAUSAHA : Pn. Salmi Suhana bt Abdullah Sani
BENDAHARI : Pn. Norazila bt Rosle
GURU PENGIRING : Penyelaras Program - Pn. Ruzilawati bt Idris
AJK Kawalan Pelajar - Cik Zurain Fadira bt Zulkapli
AJK Keselamatan - En. Hairunizam b. Othman
AJK Makanan - Cik Siti Khadijah Sahida bt Abdul majid
AJK Fotograf - Pn. Dayana bt Mohd Noor
AJK Pengangkutan - Cik Hazanah bt Abdullah

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 28 Mei 2016 (Sabtu)

Masa : 7.00 pagi – 8.00 malam

Tempat : i) Kidzania
ii) Menara Kuala Lumpur

Penyertaan : Guru Pengiring – 10 orang


Pelajar – 30 orang
Jumlah – 40 orang

6.0 SUMBER KEWANGAN


PERKARA KADAR JUMLAH

 Yuran
- Murid RM 120.00 X 30 RM 3600.00
- Guru RM 120.00 x 10 RM 1200.00

 Sumbangan RM 900.00

TOTAL RM 5700.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA KADAR JUMLAH

Makan Minum
RM 3.00 X 40 RM 120.00
 Sarapan
RM 8.00 x 40 RM 320.00
 Makan Tengahari

Pengangkutan RM 1500.00

Bayaran masuk Kidzania RM 75 X 40 RM 3000.00


RM 14 X 30 RM 420.00
Bayaran masuk Menara Kuala Lumpur
RM 22 X 10 RM 220 .00
Air Mineral 3 kotak RM 48.00

Rencam RM 72.00

TOTAL RM 5700.00

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.00 pagi Berhimpun di Dataran Kejat SK Jengka 22
7.30 pagi Bas bertolak ke Kuala Lumpur
10.00 pagi Tiba di Kidzania
10.30 pagi Mendaftar masuk ke Kidzania

11.00 pagi – 1.00


 Menjalankan aktiviti di Kidzania
tengahari

1.00 - 3.00
Makan tengahari dan solat
petang
3.00 petang Bertolak Menara Kuala Lumpur
4.00 petang Dijangka tiba di Menara Kuala Lumpur
6.00 petang Bertolak pulang ke SK Jengka 22
8.00 malam Dijangka tiba

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar program “Lawatan Riadah ke Kidzania” ini dapat berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah. Semoga objektif program ini dapat dicapai sepenuhnya. Kejayaan
pelaksanaan program ini menunjukkan komitmen padu dan kerjasama jitu yang telah diberikan oleh
semua pihak. Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Jengka 22. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan Oleh :

..............................................................
(PN. SALMI SUHANA BT ABDULLAH SANI)
Setiausaha Program
“Lawatan Riadah ke Kidzania”

Diluluskan Oleh :

...............................................
(EN. RUSLAN B. BASHARUDDIN)
Guru Besar
SK LKTP JENGKA 22
10.0 SUMBER KEWANGAN
PERKARA KADAR JUMLAH

 Yuran
- Murid RM 120.00 X 28 RM 3360.00
- Guru RM 120.00 x 10 RM 1200.00

 Bimbingan dan Kaunseling


RM 600.00

TOTAL RM 5160.00

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KADAR JUMLAH

Makan Minum
 Sarapan RM 3.00 X 40 RM 120.00
 Makan Tengahari RM 6.00 x 40 RM 240.00

Pengangkutan RM 1200.00

Bayaran masuk Kidzania


RM 75 X 29 RM 2175.00
- Murid
RM 35 X 7 RM 245.00
- Guru
Bayaran masuk Menara kuala Lumpur
RM 14 X 30 RM 420.00
- Murid
RM 22 X 10 RM 220.00
- Guru
TOTAL RM 3420.00

You might also like