You are on page 1of 15

Sejarah Perkembangan Bidang

Bimbingan dan Kaunseling di


Malaysia.

Oleh:

Apa itu Bimbingan?

Menurut D.W. Lefever (1970) menyatakan bahawa


bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan
ini bertujuan membantu individu melalui usahanya
sendiri untuk mengembangkan kebolehan serta
menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat
demi kesejahteraan hidup.
Contohnya seperti guru membimbing pelajar
supaya lebih memahami sesuatu topik, tetapi
mereka sendiri mempunyai pilihan samada untuk
terus mengikut bimbingan guru atau tidak.

Apa itu Kaunseling?

Arbuckle( 1965) menjelaskan kaunseling


ialah proses membantu klien melihat
siapa sebenar dirinya, apa yang dimiliki
serta apa yang tidak boleh dibuat dengan
mudah, apa yang sukar dicapai dan apa
yang tidak boleh dicapainya langsung.
Contoh apabila guru kaunseling
membantu pelajar memilih aliran yang
sesuai dengan dirinya berdasarkan faktorfaktor dalamannya.

Sejarah B&K di Malaysia.

a.
b.
c.

Sejarah perkembangan kaunseling di


Malaysia dapat diringkaskan kepada
tiga fasa yang ketara iaitu;
Pengenalan perkhidmatan bimbingan
Penggabungan bimbingan dan
kaunseling
Kemunculan profesion kaunseling di
Malaysia.

Pengenalan Perkhidmatan
Bimbingan

Usaha bimbingan ini telah dilaksanakan


sedari 1939, dan semakin berkembang pada
tahun 1959 apabila Kementerian Buruh
menubuhkan perkhidmatan pekerjaan belia di
Jabatan Buruh Negeri(Mohd Mansur dan
Nordina, 2003).
Pada 1962, R.K MacKenzie, pakar perunding
daripada Kanda telah dilantik untuk
menyelidik dan mengajar serta melatih
pegawai Pelajaran Malaysia di Maktab
Perguruan Ilmu Khas.

Kesungguhan kerajaan mengukuhkan


dan memperkembangkan bidang
bimbingan /paduan dapat dilihat
menerusi langkah Kementerian
Pelajaran mewujudkan Ketua Unit
Paduan Pelajaran pada 1968
seterusnya diikuti penyediaan
peruntukan kewangan pada 1972
untuk sekolah mengelolakan aktiviti
bimbingan dan kaunseling.

Dari aspek penyediaan guru pelatih,


pada1969, pemilihan 275 orang guru
seluruh Malaysia untuk menghasilkan
guru pembimbing yang terlatih. Kursus
singkat ini dilaksanakan sehingga 1980
di MPIK dengan kerjasama UNESCO,
dan diteruskan oleh MPIK dengan
memperkenalkan program Sijil Khas
Bimbingan dan Kaunseling.

Penggabungan Kaunseling
dan Bimbingan

Pada 1979, peranan guru panduan


dicadangkan menerusi laporan kabinet,
agar lebih diperluaskan kepada aspek
tingkah laku dan tidak terbatas hanya
kepada kerjaya.
Pada 1981, KPM menukar nama Unit
Penyalahgunaan Dadah kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling, diketuai
Ketua Penolong Pengarah dan 4
pegawai.

Pada 1981, Tun Dr. Mahathir Mohamad


telah mengisytiharkan perang kepada
dadah dan melancarkan usaha
intensifdalam penguatkuasaan,
pendidikan awal dan pemulihan.
Maka BDK bukan hanya tertumpu di
sekolah, malahan berkembang ke arah
nasional.

Kemunculan Profesion Kaunseling.


(Persatuan Profesional Kaunseling)
Pada 1982, Persatuan Kaunseling
Malaysia(PERKAMA) ditubuhkan dan
ahlinya ialah kaunselor sekolah dan kolej
dan diperluaskan kepada kaunselor
bidang lain.
Mereka turut menulis buku dannartikel
sehingga lahirnya Jurnal PERKAMA pada
1983 bertujuan menyebarkan peranan
PERKAMA, maklumat bimbingan dan
kaunseling serta perjalanan PERKAMA.

Usaha memartabatkan profesion ini


agar setanding dengan profesion lain
dilihat menerusi penubuhan Majlis
Kaunseling Malaysia atas usaha
Kementerian Perpaduan Negara(pada
waktu itu) yang berperanan sebagai
penggubal Akta Kaunselor(diluluskan
Parlimen sebagai Akta 580 pada 2000)
dan menubuhkan Lembaga Kaunselor
Malaysia(LKM) yang mengawal selia
amalan kaunseling Malaysia.

KPM mewujudkan jawatan kaunselor


sepenuh masa pada 1996 telah
mengukuhkan lagi fungsi kaunselor di
Malaysia dan pada 2000, sekurangnya
seorang kaunselor sepenuh masa di
sekolah menengah dan guru bimbingan
dan sekolah rendah.

Latihan Kaunselor

Dibahagikan kepada 2; jangka


pendek(Sijil) dan jangka
panjang(Diploma, Ijazah pertama dan
pascasiswazah)
MPIK menjadi institusi yang ulung
dalam menawarkan program
bimbingan dan kaunseling sepenuhnya
apabila program bimbingan dan
kaunseling.

IPT terawal menawarkan kursus ini


ialah UKM melalui Diploma Psikologi
dan UM bagi program Diploma
Pendidikan.
Diikuti pula dengan UPM yang
menawarkan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
dan melahirkan graduan BDK yang
terdiri daripada guru dan pelajar
kelulusan STP dan kebanyakkan
mereka bekerja sebagai guru atau
sektor kerajaan lain serta swasta.

Seterusnya IPTA seperti UKM, UM, UPM,


dan UPSI turut menawarkan Ijazah
Sarjana Muda seterusnya meliputi
Ijazah Sarjana dan dan Doktor Falsafah.
Namun pada awalnya, lebih menjurus
kepada penulisan tesis. Namun
akhirnya berkembang dengan
menggabungkan kursus dan praktikum,
bermula dengan UKM dan diikuti UPM,
UM dan UPSI.
Seterusnya dimasukkan ke dalam
Kursus Ikhtisas Ilmu Pendidikan latihan
guru di IPG.

You might also like