You are on page 1of 26

ACARA

LARIAN
PECUT
DEDORA DANIEL
CHRYILMIX TANIS
ZAHIR BIN ZAINOL
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan
memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki.
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat
(100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan
tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk
membuat larian sepantas mungkin..
Prinsip-prinsip asas acara
lari pecut :
Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak
kaki.
Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri
tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
Tangan digerakkkan dengan pantas.
Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan
selesa ( tidak ditegangkan ).
Barang-barang
keperluan
Blok Permulaan

Pakaian Sukan

Kasut Sukan
Latihan Ansur
Maju
Latihan Mendorong,
Larian Teknik Pecut,
Latihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan.
i)Latihan mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh
objek yang ditentukan
Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara
berganti-ganti dalam kumpulan
Larian bayang-bayang: secara berpasangan,
seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk
mengelakkan diri disentuh
Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter
berkumpulan
ii) Larian teknik pecut
Berlari dengan melangkah panjang
Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan,
mengangkat lutut
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih
menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari
pinggul ke paras hidung.
iii) Latihan kekuatan Kaki
dan latihan pecutan
Melonjak untuk jarak.
Melangkah panjang
( bounding )
Melonjak dan melangkah
melepasi halangan.
Melompat, memusing,
mendekam, dan memecut
Berpasangan : Berlari
dengan halangan oleh
tarikan rakan.
TEKNIK MULA LARI
PECUT
Gaya Berdiri
i) Persediaan- peserta bersedia beberapa meter di
belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan'
diberi.
ii) Ke garisan- Pelari bergerak ke hadapan dengan
meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula
tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang,
kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.-
bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada
kaki hadapan.- condongkan badan.- kedua-dua belah
tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan
dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka
tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii) 'sedia'- condongan badan
ditambah ke hadapan dan
mata pandang ke hadapan-
bengkokkan lebih lutut kaki
hadapan- kaki belakang
tolak ke tanah.- badan tidak
bergerak dan tumpu
perhatian kepada tembakan
pistol ataupun tiupan wisel.
iv) 'Bang' atau 'mula'- pelari
mula bergerak bila dengar
tembakan dengan menolak
kuat kaki hadapan.
Fasa Permulaan
Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dngan garis
permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari
garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian blok hadapan
Kedudukan kaki
hadapan dari
garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan kaki
belakang dari
kaki hadapan ( 1
tapak kaki)
Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan
blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan kaki
hadapan dari
garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan kaki
belakang dari
kaki hadapan ( 2
tapak kaki)
Gaya panjang
blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Kedudukan kaki
hadapan dari
garisan
permulaan (2
tapak kaki)
Kedudukan kaki
belakang dari
kaki hadapan ( 3
tapak kaki)
Fasa Pecutan
selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari
mengambil tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan
dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan
jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain
adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di
belakang garis mula.
Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher
didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata
pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.
Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul
diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki- selepas 'bang' atau
tembakan pistol, pergerakan ke hadapan
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat
tangan dan kaki.- tangan yang bertentangan
dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke
hadapan.
Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60
meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

- Tangan lain digerakkkan ke


belakang dengan kuat.
- Tangan dibengkokkan 90 darjah
- Lutut belakang digerakkan ke
hadapan dengan cepat dan pada
tahap rendah. Kaki hadapan
diluruskan sepenuhnya.
Teknik Kelajuan Maksimum
dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di
antara jarak 30 meter dan 60
meter.
Pecutan berlaku pada awal
larian -95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-
kira 18 meter.
Apabila seorang atlet
mencapai kelajuan
maksimum, kadar pecutannya
aka ditentukan oleh tahap
daya tahan ototnya.
Teknik Larian di selekoh
Pada bahagian selekoh,
semakin laju atlit berlari,
semakin kuat kuasa
'centrifugal.
Seorang pelari seharusnya
merendahkan badan ke arah
dalam untuk memastikan
larian selekoh berkesan
ataupun mengimbangkan
kuasa 'centrifugal'.
Tangan kiri terus dihayun
lurus, manakala tangan
kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan
sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari
jarak lariannya.
Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut
sehingga melewati garis penamat.
Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah
untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.
Peraturan
1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat
tanpa spring yang boleh membantu pelari.
2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah
memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari
tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan
atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan
atau kaki.
4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya
dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh
tanah.
5. Pelumba yang memulakan larian sebelum
tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas
dikira batal.
6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan
yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan
kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.
7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri
dari awal hingga akhir.
8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah
torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

You might also like