You are on page 1of 17

Bab 2

Kajian Literatur
Tinjauan literatur ataupun sorotan literatur
merupakan ulasan maklumat yang diperoleh
daripada:
jurnal,
buku,
dokumen (laporan, prosiding)
dan penyelidikan-penyelidikan lepas
(tesis)untuk sesuatu penyelidikan baru.

Proses tinjauan ini adalah untuk mengenal


pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang
dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik
lain
Kajian literatur adalah rumusan literatur yang
ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan
penyelidikan semasa dan yang terdahulu.

Kajian literatur disusun mengikut topik dan


laporan sorotan mengikut tema atau kajian
individu.

Kajian literatur adalah dokumentasi yang


diperlukan dalam proposal kajian dalam Bab
2.
Kajian literatur.
memantapkan lagi kemahiran individu mencari
maklumat dari pelbagai sumber,
membina ciri-ciri seorang penyelidik yang
sentiasa mengikuti perkembangan bidang
penyelidikan semasa.
membantu individu mempelajari bagaimana
para penyelidik menulis dan mempersembahkan
penyelidikan mereka
mengenal pasti penyelidikan yang sesuai untuk
dibandingkan dengan penyelidikan yang akan
dijalankan.
penggunaan pangkalan data membantu
meningkatkan kemahiran merancang dan
menyusun bahan-bahan bacaan yang diperoleh
dengan lebih cekap dan efektif
Objektif Tinjauan Literatur :
1. Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa
yang perlu dikaji.
2. Menemui pemboleh ubah yg relevan dengan
tajuk penyelidikan yg baharu (subtopik cadangan
kajian lanjut)
3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan
pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan
mendapat perspektif baru dalam topik yang
sama,
4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan
berkaitan penyelidikan yg hendak dijalankan.
5. Mendapatkan maklumat untuk istilah baru yang
diperlukan dalam penyelidikan yang akan
dijalankan.
6. Memahami struktur latar belakang subjek
penyelidikan yang dijalankan.
7. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan
berkaitan suatu topik penyelidikan.
8. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan
yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan
masalah penyelidikan yang akan dijalankan.
Fungsi / Kepentingan Tinjauan Literatur
Mengenal pasti apa yang telah dikaji/
dilakukan
Menyediakan maklumat yang diperlukan
bagi membina rangka kerja logikal yang
sesuai dengan topik dikaji
Menyediakan rasional untuk hipotesis yang
akan dikaji dan justifikasi kepada
keperluan / signifikan kajian
Mengena lpasti metodologi kajian yang
sesuai digunakan
Membantu untuk interpretasi hasil kajian.
5 Langkah Penting dalam Tinjauan Literatur

1. Mengenal pastikata kunciuntuk pandu kajian


2. Mengenal pastisumber dan lokasibahan
pangkalan data library/internet
3. Mengumpulkan abstrak maklumat yang diperoleh
dalam rujukan dan membuatpenilaian bahan
yang sesuaidijadikan bahan rujukan
4. Menganalisis, menyusun bahan bacaan yang telah
dipilih denganmengekstrak dan
mempersembahkan isi pentingdalam pelbagai
bentuk
5.Menulisliteratur
Tinjauan Literatur Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan Kualitatif


(awal proses) (sepanjang proses)
Keluasan dan Perlu menyeluruh dari semua Sekadar yang diperlukan
kedalaman bahan- aspek penyelidikan seperti untuk memahami masalah
bahan literatur yg masalah kajian, kerangka kajian dan asas-asas teori
dirujuk pada peringkat konseptual kajian, pemboleh atau model yang berkaitan
permulaan ubah, metodologi dan dapatan
penyelidikan kajian-kajian lain yang berkaitan

Kegunaan ulasan menjustifikasikan keperluan menjustifikasikan keperluan


litertatur pada penyelidikan penyelidikan
peringkat permulaan mendapatkan rasional
penyelidikan penyelidikan, masalah, dan
persoalan penyelidikan serta
tujuan penyelidikan

Kegunaan ulasan Mengesahkan, menyokong atau Menyokong atau


literatur pada menidakkan pernyataan- memodifikasikan dapatan
peringkat akhir pernyataan dalam tinjauan atau penyelidikan sedia ada
penyelidikan literatur sebelum itu. dalam tinjauan literatur
Contoh kajian literatur:

Selain daripada itu, kajian oleh Shaharudin Abd Aziz


(2005) ke atas atlet Sukma Perak bagi menghadapi
SUKMA 2004 yang berlangsung di Negeri Sembilan.
Subjek kajian terdiri daripada 250 orang iaitu 130
orang atlet adalah lelaki dan selebihnya iaitu 120
orang adalah atlet wanita. Umur atlet semasa kajian
dijalankan adalah antara 13 hingga 20 tahun. Subjek
kajian dipilih secara rawak tanpa mengira jenis sukan
yang disertai. Sebanyak 19 jenis acara sukan yang
disertai subjek yang dipilih. Beliau menggunakan soal
selidik iaitu Task and Ego Orientations in Sport
Questionnaire (TEOSQ) yang telah diterjemahkan
oleh beliau sendiri ke dalam Bahasa Malaysia dan
Leadership Style in Sport Questionnaire (LSS)
(Chelladurai & Salleh, 1980).
Dapatan kajian beliau mendapati atlet lebih menyukai
gaya kepimpinan jurulatih secara maklum balas positif,
diikuti latihan dan arahan, demokratik, sokongan sosial
dan akhirnya autokratik. Dapatan kajian beliau juga
menunjukkan terdapat hubungan antara gaya
kepimpinan jurulatih bagi dimensi latihan dan arahan
serta maklum balas positif dengan pencapaian atlet.
Sementara gaya kepimpinan bagi dimensi demokratik,
sokongan sosial dan autokratik dengan pencapaian
atlet terdapat hubungan yang rendah. Selain daripada
itu, kajian Shaharudin Abd Aziz (2005) ini menunjukkan
atlet yang baru, lebih menggemari jurulatih yang
mengamalkan corak kepimpinan maklum balas positif
diikuti oleh corak kepimpinan latihan dan arahan.
Sementara bagi atlet yang sudah lama menceburkan
diri dalam acara sukan, mereka lebih cenderung
kepada jurulatih yang mengamalkan gaya kepimpinan
dimensi demokratik diikuti gaya kepimpinan dimensi
Kejayaan gaya kepimpinan mengikut teori laluan
matlamat juga dikatakan berfungsi kepada dua
pemboleh ubah situasi iaitu ciri peribadi dan faktor
persekitaran subordinat. Pemimpin perlu
membentuk matlamat yang jelas kepada
pekerjanya. Teori ini dianggap begitu meyakinkan
kerana teori ini menjelaskan mengapa sesuatu gaya
kepimpinan lebih efektif dalam sesuatu situasi
berbanding situasi lain (Stoner & Wankel, 1989).
Bagi pengurusan program jurulatih pula, kajian telah
dijalankan oleh Gibbons, McConnel, Forster, Riewald
dan Peterson (2003) ke atas atlet Amerika Syarikat
yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
(Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk) dari
tahun 1984 hingga 1998. Seramai 760 orang subjek
yang terdiri dari 430 orang atlet lelaki dan 330 orang
atlet wanita. Kajian dijalankan bagi mengenalpasti 10
faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan atlet
dan 10 faktor yang menghalang kejayaan atlet dalam
Sukan Olimpik. Antara 10 faktor yang menyumbang
kecemerlangan atlet ialah kecemerlangan jurulatih,
keberkesanan program latihan dan kemudahan sukan,
etika kerja jurulatih, sokongan rakan dan keluarga
atlet. Sementara antara faktor yang menghalang
kecemerlangan atlet ialah kekurangan jurulatih yang
pakar, kekurangan latihan dan kekurangan peluang
menyertai pertandingan, dan kurang sokongan dari
Subjek menunjukkan bahawa program latihan dan
kemudahan yang disediakan membantu mereka
mencapai kejayaan. Ini menunjukkan atlet berpuas
hati terhadap pengurusan program latihan yang
dijalankan oleh jurulatih. Walau bagaimana pun,
subjek juga menyatakan kekurangan kekerapan
latihan dan kekurangan diberi peluang menyertai
pertandingan merupakan faktor yang menghalang
atlet dari mencapai kejayaan di Sukan Olimpik.

Selain daripada itu, Gibbons et al. (2003) juga


menyatakan pengurusan program latihan jurulatih
juga memberikan impak kepada kepuasan atlet.
Pengurusan program latihan yang berkesan dan
efisien dalam ketiga-tiga fasa latihan akan memberi
kepuasan kepada atlet. Kesannya, secara tidak
langsung akan meningkatkan pencapaian atlet
semasa bertanding.
Cara Penulisan Dalam Rujukan

Tesis :
Abd Aziz Osman. 1999. Perhubungan antara stail kepimpinan
ketua bidang dengan kepuasan kerja guru mata pelajaran teknik
dan vokasional. Kertas Projek, Master Sains Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Prosiding
Anuar Din., Salleh Abd Rashid., & Dolorine Miting. 2007. Case
study on job satisfaction among the sport tourism managers
during the Mount Kinabalu International Climbathon. Proceedings
Universiade Bangkok 2007, FISU Conference. 9 12 August 2007,
Bangkok, Thailand. 568.

Jurnal
Chelladurai, P., & Ogasawara, E. 2003. Satisfaction and
commitment of American and Japanese collegiate coaches.
Journal of Sport Management, 17: 62-73.

Buku
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1:
Artikel dari Akhbar:
Ithnin Mahadi. 2005. Kuala Lumpur. Jurulatih perlu ambil kira
sains sukan. Berita Harian, 10 Mac 2005: 37.

Artikel dari internet


Vilani, L.H.P., & Samulski, D.M. 2009. Situational Leadership II
and the Coach-Athlete Relationship in Brazil Table Tennis.
http://www.cbtm.org.br/scripts/arquivos/Artigo_vilani_9_ITTF.pdf/
Retrieved 14 January 2009.

You might also like