You are on page 1of 10

DISEDIAKAN OLEH :

A S A N T E A / P S A N D E R A S A I DA R
S U G A N T H A M A L A R A / P R AT N A M
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi
kemajuan profesion keguruan.

Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka mula


berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru.

Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat


dijadikan pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon
dalam bukunya The Reflective Practitioner
dalam tahun 1983.
Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi
pengalaman dalam minda apabila menggunakan
pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi
praktikal.
Secara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup
Mengumpul, mencatat dan mengingatkan semula
kejadian dan aktiviti yang telah lepas.
Memikirkan semula teori, menyatukan teori/idea
dengan amalan sebenar.
Mempelajari dari pengalaman yang dilalui.
Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa
yang dilakukan oleh guru-guru ketika mereka
mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan
pengajaran berasaskan teori-teori yang pernah
dipelajari.
Refleksi dilakukan selepas sesuatu pengajaran
dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru memahami
apa yang telah dilakukan dan reaksi murid-murid
terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-
idea mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika
guru-guru mengajar.
Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru-guru
menilai dan membuat kesimpulan mengenai implikasi untuk
tindakan selanjutnya seperti membentuk satu pelan tindakan baru
untuk pengajaran. Ciri-ciri tersebut wujud apabila guru-guru
menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan praktikal
pengajaran. Ia memanfaatkan guru-guru dalam pelbagai cara.
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran
teori dan praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian
dan interaksi

You might also like