You are on page 1of 16

BAB 1 : MPU 3123 TITAS

Ilmu Tamadun & Ketamadunan


Objektif Pembelajaran :
* Memahami konsep & prinsip yg
menjadi asas dalam ilmu tamadun &
ketamadunan.
* Mengenali aspek-aspek dan elemen
penting, asas tamadun &
ketamadunan.
* Membincangkan isu-isu penting
dalam ilmu tamadun & ketamadunan.
Pengenalan

Terlalu banyak persoalan berkaitan


dengan tamadun & ketamadunan.
Pengajian ketamadunan :
membincangkan teori, konsep-konsep
asas, ciri serta sifat tamadun secara
konseptual, teoritikal dan abstrak.
Ianya tidak terikat dengan batasan
masa @ zaman.
Sejarah Tamadun : Merujuk kepada
pengalaman yang dilalui oleh sesuatu
tamadun dari segi pencapaian, jatuh
bangun, kemajuan dan kemundurannya
@ kajian mengenai masa lampau. Ianya
terikat dengan sesuatu masa @ zaman.
Tanpa sejarah, kajian ketamadunan
akan menjadi sesuatu subjek yang
hampa, usang dan kosong seperti
bakul yang tiada berisi.

Oleh itu, sejarah mesti menjadi


komponen asas dalam kajian
ketamadunan kerana melalui sejarah,
ilmu dan teori ketamadunan itu
dibentuk, dibina dan dikembangkan.
Ianya termasuk aspek agama,
falsafah, kajian bandar, sosiologi,
antropologi, kebudayaan, sains,
teknologi, seni & sastera.
Apakah Tamadun?
Secara amnya tamadun adalah suatu
cara hidup yang berkembang apabila
manusia mula menetap di satu kota
atau bandar yang terdapat suatu
organisasi sosial dan politik yang
dikenali sebagai negara (state).
Budaya : Merujuk kepada cara hidup
yang merangkumi gaya hidup yang
simple & gaya hidup yang komplex.
Tamadun : Merujuk kepada gaya
hidup yang memiliki ciri-ciri ekonomi,
politik, kerajaan & sistem sosial yang
sofistikated.
Dengan kata lain setiap masyarakat
memiliki budaya dan kebudayaan,
tetapi tidak semua masyarakat
memiliki tamadun.
Antara perkataan yang sinonim &
sering digunakan merujuk TAMADUN:
tamaddun ( Jurji Zaydan ), hadarah,
madaniyyah ( Muhammad Abduh ) ,
umran ( Ibn Khaldun), thaqafah,
nahdah, Maddana & civilization
(Latin: Civitas - Bandar @ kota.
Bahasa Melayu asal tiada terdapat
kalimah khusus yang dapat
mentakrifkan Tamadun dan
Peradaban kecuali perkataan maju,
kemajuan @ pembangunan.
Ciri-ciri Asas Tamadun
Will Durant dalam The Story of
Civilisation (Perancis), menyenaraikan
empat elemen asas iaitu :
i) Agihan ekonomi.
ii) Organisasi politik.
iii) Tradisi moral.
iv) Perlumbaan dalam pencapaian
dalam pengetahuan dan kesenian.
Ibn Khaldun (1332-1401) pula ketika
mengusulkan teori umran nya
menghuraikan tentang organisasi sosial dan
budaya bandar bagi menjelaskan
bertamadun atau tidaknya sesuatu bangsa
atau masyarakat.
Beliau menggunakan istilah Umran hadari
dan umran badawi bagi membezakan
antara masyarakat bandar dan masyarakat
desa.
Arnold Toynbee menjelaskan tamadun
merupakan sejenis kebudayaan yang
berkembang dalam kota. (Bukunya : A Study
of History).
Bagaimanakah tahap Tamadun itu
diukur ?
Untuk mengukur tahap ketamadunan
sesuatu masyarakat itu, ianya terbahagi
kepada dua bahagian :
i) Merujuk kepada manusia.
ii) Merujuk kepada persekitaran &
hasilan manusia itu.
i) Merujuk kepada manusia.
Merujuk kepada manusia ialah organisasi
sosial yang teratur yang dipunyai oleh
masyarakat bandar (termasuk politik,
ekonomi, budaya dan seni dalam segala
cabangnya).

ii) Merujuk kepada persekitaran & hasilan


manusia itu.
Merujuk kepada persekitaran & hasilan
manusia adalah semua produk masyarakat
bandar itu termasuklah barangan pengguna,
bangunan serta penemuan dan hasilan sains
dan teknologi.
Agama & Tamadun
Agama adalah satu aspek yang penting
dalam kajian ketamadunan kerana ia
merupakan sebahagian dari kehidupan
manusia. Kebanyakan tamadun
berkembang melalui agama.
Tamadun merujuk kepada suatu
tingkat pencapaian daripada segi
pembangunan sosial, keadaan
masyarakat yang berperadaban @
menjadi bertamadun
Teori Tamadun
Teori tamadun merujuk kepada usaha
untuk memahami, menjelas dan
menghuraikan tentang tamadun secara
lebih terperinci.
Ianya termasuk percubaan menjawab
persoalan-persoalan apakah,
bagaimana dan kenapa tamadun
terbina? Apakah elemen-elemen
asasnya? Kenapa tamadun berkembang
dan kenapa pula tamadun itu runtuh.
Persoalan-persoalan inilah yang
menjadi landasan bagi para
pemikir tamadun mengemukakan
kerangka teori dan fahaman
mereka tentang tamadun.
Rumusan & Kesimpulan

Pengajian ketamadunan adalah


sesuatu yang penting bagi sesebuah
masyarakat itu mengetahui peranan
dirinya dalam masyarakat dan negara
untuk sama-sama membangunkan
tamadun.
Kejayaan dan kejatuhan sesebuah
tamadun itu adalah terletak kepada
para pemimpin sesebuah tamadun
dan rakyat yang dipimpinnya.

You might also like